Isnin, 9 Mac 2009

Setiap statement TGNA pasti berbisa

" Setiap statement TGNA pasti berbisa. Statement kali juga amat berbisa. Kalau dulu, TGNA kata Allah mencarut. Maka sekoyong-sokong anjing-anjing AMENO menyalak, TGNA sesat katanya. Kali ini TGNA kata, Allah adalah untuk semua.

Pada saya statement TGNA cukup berhikmah. Ia melambangkn betapa Islam mengiktiraf setiap manusia sebagai hamba Allah, Tuhan Yang Esa dan Maha Berkuasa. Walaupun manusia tersebut menyekutukanNya.

Malah hujah TGNA ini bukannya dari pendapat beliau, untuk mendapatkan sokongan bukan Islam, jauh sekali ikut sedap mulut beliau. Statement ini berlandaskan Al-Quran. Kita cek sikit.

Firman Allah :

Pertama : Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).

Al-Ankabut : Ayat 61

Kedua : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka Terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.



Al-Zumar : Ayat 38.



Malah, dalam isu trinty dalam Kristian, al-Quran menyebut dengan jelas kepercayaan mereka. Firman Allah : Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.

Al-Maiah : ayat 73

Ayat-ayat di atas menceritakan bagaimana, kaum Kafir Quraisy, malah Yahudi dan Nasrani mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan. Yang menjadi kepincangan pada mereka hanya mereka enggan menyembah Allah, tetapi memilih untuk menyekutukanNya. Keengganan inilah yang menyesatkan mereka. Maka soal Allah hanya untuk umat Islam tidak timbul. Malah pada saya, statement TGNA adalah statement halus untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, yang ditekankan oleh TGNA lagi adalah penggunaan “God” dengan maksud “Allah”. Istilah God bermaksud tuhan secara umum, dan bukannya Allah Yang Esa. Sebenarnya, disinilah kesilapan KDN sebelum ini yang menyamakan God dengan Allah. Mungkin nak tutup malu, lalu mereka menyerang TGNA.

Di akhir statement TGNA, beliau berkata terpulang kepada kerajaan untuk membolehkan penggunaan Allah pada agama lain atau tidak. Ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi (تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة ), yang bermaksud pentadbiran pemimpin, adalah bergantung kepada kepentingan rakyat. Denga kata lain, terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan mana yang lebih baik untuk umat Islam.

So, sepatutnya kerajaan berterima kasih kepada TGNA kerana tolong bagitau kerajaan bagaimana cara berfikir dan pada masa yang sama berdakwah kepada bukan Islam. Ni tidak, serang membabi buta, sekadar melihat keuntungan politik dalam isu sebegini.

Yang paling memalukan pada saya adalah statement menteri yang meminta TGNA cek dalam kamus dan ensyklopidia makna Allah. Cukup menyerlahkan kejahilan AMENO pada Islam. Adakah patut kita mengenal Allah Yang Maha Berkuasa, melalui kamus-kamus dan rujukan-rujukan lain selain al-Quran?

Yang terakhir, statement TGNA juga membuktikan betapa AMENO hanya memperjuangkan Islam pada sudut yang menguntungkan mereka. Kalau isu Hudud, siapa lagi yang paling kuat menentang kalu bukan AMENO. Kalau isu, sekolah agama SAR, siapa lagi kalu bukan AMENO yang menindas mereka. Isu aurat tak payah nak sebut lah.

Sebarang kesilapan, mohon teguran dari mereka yang lebih arif!

Sama-sama kita renungkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan