Jumaat, 27 Mac 2009

UMNO takkan berubah, orang baru sistem lama

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging dan 'wirid' harian. Malah ianya sudah berakar umbi.

Apatah lagi sistem, perlembagaan, undang-undang serta peraturan malah amalan dalam sesuah organisasi tersebut sudah berakar umbi sejak sekian lama.

Lebih malang lagi Islam yang sepatutnya menjadi asas dan matlamat perjuangan diletakkan setaraf dengan biro pertanian dan sebagainya. Maka sudah pasti sebarang cakap dan tutur kata untuk membaiki sesebuah parti hanya tinggal retorik dan angan-angan kosong.

Itulah yang bakal terjadi kepada Umno. Walaupun sebahagian besar pimpinan Umno iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketiga-tiga Ketua sayap Umno adalah orang baru namun saya yakin Umno tidak akan berubah dari stail dan perangai lama. Ini kerana sistem, undang-undang dan peraturan dalam Umno masih sama cuma orang yang bertukar.

Rasuah, fitnah-memfitnah, penyalahguna kuasa, zalim, tohmah, caci-mencai, 'cah keting' dan sebagainya sudah tentu sukar untuk dikikis dari Umno kerana hanya iman dan Islam yang dapat mengawal dan membasmi semua perkara jijik itu. Selagi Islam dikesampingkan (seperti yang Umno amalkan) maka selagi itulah segala sifat mazmumah itu akan terus bergentayangan dan menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno.

Lihat sahaja bagaiman hebat dan yakinnya Pak Lah bahawa beliau akan dapat membenteras rasuah dalam negara dan dalam Umno tetapi semua itu hanya retorik bahkan rasuah lebih membarah dalam Umno ketika beliau menjadi Presiden. Bayangkan kira-kira 1,000 aduan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin suatu rekod yang tidak masuk akal. Bahkan ini menunjukkan seolah-olah Umno sudah menjadikan rasuah sebagai program parti.

Dari pemimpin atasan sehinggalah kepada AJK Cawangan semuanya dikatakan terlibat dengan rasuah. Dari sekecil-kecil amaun duit dan habuan sehinggalah sebesar-besar angka dan jumlah duit dan habuan semuanya menjadi gula-gula terbaik untuk calon-calon menang bertanding jawatan dalam Umno.

Maka saya yakin Umno tidak akan berubah selagi Islam tidak diangkat menjadi perlembagaan dan amalan dalam Umno. Pemimpin dan ahli akan terus memberi dan menerima rasuah dalam apa bentuk sekalipun selagi mereka tidak kembali kepada Islam dan tidak takut kepada Allah.

Sama juga halnya selagi rakyat dan pemimpin negara terus memandang Islam dengan sebelah mata maka selagi itulah seribu satu masalah dalam negara tidak akan selesai.

Islam bagi Umno dan BN hanyalah untuk solat, doa, nikah kahwin, zakat dan haji. Umno masih ber'aqidah' bahawa Ekonomi pemerintahan, muamalat dan lain-lain seolah-olah tiada dalam Islam.

Artikel dan analisis lain layari http://mutaligat.blogspot.com

1 ulasan:

  1. UMNO hanya membodohkan kaum melayu, memainkan isu perkauman & agama. lagu-lagu seperti melayu tertindas, agama islam diancam, telah dinyanyikan selama 50 tahun. padahalnya, dia yang memerintah selama ini and boleh menggunakan segala kuasa kuasa agensi kerajaan untuk memlaksanakan segala rancangan. 52 tahun dah, melayu masih tertindas??? saya betul betul hairah siapa yang sebenarnya mengindas melayu.

    kaum melayu patutlah sedar bahawa di bawah pemerintahan UMNO, walaupun diberi 400 tahun lagi, melayu tidak mungkin jadi gagah dan kuat. malang, mereka akan sentiasa merasa dirinya tergugat dan tiada kepercayaan pada diri sendiri kerana inilah teknik UMNO untunk membodohkan melayu supaya mereka terpaksa sentiasa bergantung pada mereka.

    tibalah masanya untuk melayu mecuba parti yang lain membangunkan bangsa, negara and agama.

    BalasPadam