Ahad, 8 Mac 2009

Ustaz Nasharudin sampaikan bantuan pukat kepada nelayan di Bachok

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Satu majlis penyerahan pukat telah diadakan di Parlimen Bachok pada 6 Mac lalu.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi Nasharfudin menyatakan penyerahan telah dilakukan pada wakil nelayan tersebut

"Ini adalah sebahagian dari program ahli parlimen untuk membantu pihak pihak yang memerlukan.

Pihak nelayan tersebut turut membangkitakn beberapa isu untuk dibawa oleh ahli parlimen ke dalam dewan, katanya.

Antaranya adalah isu pukat tunda yang banyak mengganggu para nelayan yang telah melibat kerugian yang banyak,katanya.

Beliau juga memberitahu nelayan turut memakulmkan masalah penggunaan pukat tunda ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian dari segi tangkapan ikan tetapi juga kerosakan terhadap pukat pukat mereka./wann _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan