Lama tak menulis, sibuk prk Bukit Gantang. Dah mula ramai petugas jamaah yang datang memberi khidmat.
Penulis bangga semanggat juang ahli jamaah tak pernah luntur. Mereka tinggalkan anak isteri, korbankan masa, korbankan tenaga dan harta benda demi perjuangan Islam.
Tapi penulis rasa kecewa dan sedih, masih ada pimpinan tidak ingat jasa ahli jamaah yang berjuang untuk naikkan mereka sebagai wakil rakyat.
Penulis amat setuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden supaya diketepikan pemimpin PR termasuk pemimpin jamaah yang terlibat dengan rasuah dan tidak membela rakyat semasa menjadi wakil rakyat.
Kenyataan Tuan Guru seperti di sini adalah menyokong kenyataan DSAI berikutan aduan rasuah pemimpin PKR di Pulau Pinang.
Tuan Guru Presiden berkata :
“Dalam PAS sendiri kita memang memantau pemimpin PAS untuk memastikan mereka menjalankan tugas diamanahkan dengan baik dan berwibawa. Pemantauan terhadap wakil rakyat PAS lama dilakukan, bukannya sekarang dan mana-mana pemimpin yang lemah akan kita dibantu supaya mereka terus berjuang membela nasib rakyat,”
Penulis berharap apa yang Tuan Guru Presiden tegaskan ini menjadi kenyataan kerana sudah ada wakil rakyat jamaah termasuk dalam kategori tidak membela rakyat.
Wakil rakyat yang pentingkan diri sendiri lebih dari kepentingan rakyat. Wakil rakyat yang baru beberapa bulan jadi wakil rakyat sudah tukar kereta baru jenama mewah.
Wakil rakyat yang lebih pentingkan program boleh menonjolkan dirinya sebagai pemimpin hebat, sedangkan rakyat dalam kawasannya tidak dihiraukan.
Wakil rakyat yang berlagak dengan cermin mata orang kaya, kemudian marahkan rakyat yang tak kenal dia, sambil berkata " Tak kenal saya, sayalah YB......"
Wakil rakyat yang bergerak tanpa panduan jamaah, malah ketepikan jamaah kerana boleh menganggu pergerakannya.
Wakil rakyat yang berjanji sana berjanji sini, tapi kemudian tinggalkan rakyat menunggu janji.
Wakil rakyat yang menerima aduan dan permohonan rakyat tetapi diperapkan bukan diangkat ke atas untuk diatasi.
Wakil rakyat yang suka membodek pemimpin tertinggi dan memburukkan orang yang dia benci.
Wakil rakyat yang ditatang orang luar yang tak kenal perangai sebenarnya, tetapi dibenci rakyat di kawasannya.
Lebih teruk. Wakil rakyat yang berpakat dengan tokey balak dan tokey projek untuk dapat komisyen dari tokey-tokey ini.
Mungkin ada yang akan bertanya kepada penulis, ada ka wakil rakyat jamaah sebegini?.
Siasatla sendiri. Cari la wakil rakyat cicak kobeng ini.
http://tulahan.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan