Jumaat, 3 April 2009

from Brother Abwar


30 March 2009
from Brother Anwar
Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN di Bangkok

Sabentar tadi saya berucap dalam Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Hadhir meraikan saya ialah Rektor Universiti Chulalongkorn, Professor Pirom Kamol Ratanakul, seorang pakar Epidemiologi Klinikal dan Ekonomi Kesihatan.


Acara dimulakan dengan ucapan pengenalan olih Yang Mulia Putera Sukhumband Paribatra, Gabenor Bangkok.

Ketika mana institusi pengajian tinggi Malaysia dihalang dari menjemput saya untuk menyampaikan syarahan, saya masih diberi kesempatan untuk melontarkan pandangan berhubung krisis ekonomi sejagat mutakhir ini serta berkongsi pengalaman bagaimana peritnya menongkah arus tatkala mengurus kewangan negara sekitar krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Sepuluh tahun berlalu, manakala negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand mahupun Indonesia sudah pun mengorak langkah memantapkan asas pengurusan ekonomi seumpama tadbir urus yang baik, peningkatan tahap ketelusan dan pengukuhan mekanisme pertanggungjawaban, Malaysia masih mendabik dada walaupun berada di takuk lama.

Tambah menakutkan bila mana meneliti Laporan Tahunan 2008 Bank Negara Malaysia yang menyatakan kadar pengangguran tidak mustahil berada pada paras 4.5%, bermakna kurang lebih 550,000 orang akan kehilangan pekerjaan!

Saya turut melakukan kunjungan tidak rasmi ke atas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan bertukar bicara berkenaan beberapa isu serantau.

ANWAR IBRAHIM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan