Jumaat, 3 April 2009

Politik Cara Orang Muda?

Mungkin ada definisi yang jelas tentang kesedaran berpolitik dan berpartisipasi dalam parti politik yang bisa di tanam di usia muda, bukan mengatakan tentang keburukan parti yang sedia ada, tetapi hanya sekadar membuka minda menyedarkan mereka memilih hal yang ‘baik’ daripada hal yang ‘tidak baik’, dan jangan sesekali menyogok mereka.

Belajar berpolitik bermakna belajar menjadi pemimpin. Andainya kita tidak mampu berpolitik maknanya kita tidak layak jadi pemimpin.

Adakah semua yang mengaku pemimpin itu bijak berpolitik? Politik songsang semakin kelihatan. Maka asasnya perlu ditanam sedari kecil, ketika mereka masih dibangku sekolah. Kejayaan mereka mengolah idea dan menjayakan sesuatu program menampakan kemantangan mereka berpolitik, dan mereka ini mampu menjadi peneraju pada sesebuah badan, menjadi pemimpin.

Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah ‘kemalasan intelek’. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.

Membiaknya virus kemalasan intelek ini, yang dibuktikan oleh fakta tidak menerima kemajuan sains, seperti ditunjukkan oleh golongan Creationist, sebenar menjadi punca utama pembenaan timbuk secularisme di sana. Didiklah anak kita dari kecil agar bijak berpolitik. Biarlah mereka berpolitik secara telus dan benar. Jangan sampai jadi keliru dalam membuat pertimbangan. Terkadang perlu juga menyergah dan mengetuk jiwa orang-orang yang mendakwa cintakan Islam dan dakwah, tetapi secara tidak disedari mereka telah termakan racun doktrin sekularisme dengan mengatakan;

“tak payahlah sibuk-sibuk dulu dengan politik, kita tumpu tarbiah dulu” dan lain-lain lagi.

Sikap cakna para ibu bapa, penjaga baik di rumah mahupun di sekolah perlu sesekali membajai benih politik kepada anak-anak ini. Mungkin anak yang mampu tegur silap emak ayah, akan celik juga dengan silap masyarakat sekitar, silap guru-guru malah silap kerajaan mereka. Anak-anak yang peduli politik yang sedang kita ‘perintah’ ketika ini insha-Allah menjadi ‘amirul mukminin’ di negara yang kita diami ini pada satu hari nanti.

Alangkah baiknya pengenalan dalam berpolitik ditanam semasa bersama anak-anak. Tidak perlu tunggu mengangkat bendera parti dan sebagainya, cuma duduk sebentar dengan mereka. Cetuskan rasa minat mereka memahami pasca keilmuan yang mengjangkau usia mereka, supaya mereka merenung sejenak sebelum menjawab. Mulakan yang mudah-mudah, jangan pula sampai mereka jemu. Pandai-pandailah anda menarik minat mereka pada ilmu, seterusnya kefahaman tentang politik dapat dicambah biak dalam diri mereka. Indah sungguh rumahtangga itu jika amalan tegur-menegur menjadi amalan. Tidak mengapa sesekali bila anak tegur kesalahan kita, tidak cepat melenting dan marah kerana di situ mereka sedang menjalani proses belajar tentang politik. Insha-Allah, mendidik si ibu bapa meninggalkan sikap ego.

Politik tu seni dan seni dengan diri memang tidak dapat dipisahkan, cuma kadang-kadang meluat dengan politik sebab digemburkan dengan masalaah politik kotor. Mungkin itu sebab ramai yang tak mahu ambil peduli pasal politik walhal ilmu politik tu begitu luas. Insha-Allah kecelaruan ini akan dapat dielakkan daripada berlaku pada generasi akan datang jika kita mendidik anak-anak berpolitik secara Islamik, iaitu menerapkan unsur-unsur dosa dan pahala dalam apa sahaja yang kita kerjakan.

Musuh-musuh Islam ini telah menanamkan dalam minda umat Islam bahawa politik dan agama tidak boleh dicampurkan. Justeru itu timbullah persepsi dalam kalangan kita bahawa ibadat-ibadat la politik-politik la, tak sama dan tak boleh disatukan. Maka dengan sebab itu timbul pernyataan yang hukum islam tidak boleh dijalankan kerana kita terdiri daripada masyarakat majmuk, walaupun ‘terang lagi bersuluh’ di siang hari tentang sirah baginda saw semasa mendirikan kerajaan Islam Madinah dahulu, bandar tersebut terdiri daripada pelbagai puak dan agama. Wujudnya Piagam Madinah menjelaskan keberlangsungan tentang ‘Islamic political’.

Satu pengisian yang mantap berkaitan pendidikan politik di kalangan masyarakat dan anak-anak. Penulis melihat masyarakat kita agak ‘taboo’ pabila membicarakan politik dan acapkali disalah tafsir memihak pada pihak tertentu. Adakalanya apabila seseorang menekankan politik pemersatu demi kebaikkan umah pun dianggap sebagai lalang kerana kononnya tiada prinsip dan wadah parti mana yang mahu disokong. Inilah mentaliti yang perlu diubah oleh masyarakat kita.

Penulis amat tertarik pada kecelikan masyarakat British berkaitan politik. Ada satu saluran siaran langsung British Parliamentary di BBC. Ahli parlimen mereka amatlah aktif dan sering mendekati masyarakat. Menyediakan pamplet dan buletin dan diletakkan di setiap rumah supaya mereka mengetahui akan aktiviti yang mereka lakukan. Selain medium blog, penulis kira ini adalah cara terbaik setiap pemimpin mendekati rakyat. Inilah pendidikan politik yang penulis kagumi.

Namun adakah masyarakat kita mampu dididik untuk ‘celik politik’ lebih-lebih lagi melangkaui semangat partisan? Barangkali budaya Asia yang menyatakan ketaatatan pada pemimpin lebih baik berbanding Barat yang lebih kritikal terhadap ahli politik mereka sendiri.

Lagi satu apabila anak-anak muda bicara politik akan dipandang sinis malahan dikatakan;

“Haa… Menyampuk cakap orang tua”

Menafikan rasa minat golongan muda pada politik, dan semakin meruncing dan sering kali diperkatakan oleh segelintir masyarakat kita. Jadi bagaimana pendidikan politik di kalangan anak-anak akan terhasil, walhal impak daripada orang-orang tua kita sendiri.

http://puteraazhari.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan