Dengar ceritanya puak-puak UMNO di Terangganu nak ikut Datuk Seri Nizar ‘pohon derhaka’. Meraka nak derhaka sebab nak buat undi tak percaya pada Mentri Besar Terengganu yang dipilih oleh istana Terengganu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh tahun lepas.
Desas-desus ini sampai membuatkan Mentri Besar Datuk Ahmad Said beri amaran kepada sesiapa yang nak buat usul undi tak percaya.
Tiba-tiba pula, hari ini dilaporkan bahawa sepuluh orang ADUN Barisan Nasional sudah memboikut DUN Terengganu kerana kononnya menerima ugutan bunuh. Mereka kata meraka diugut sebab dipercayai hendak membuang Datuk Ahmad Said.
Nampaknya UMNO masih berpecah. Luka tahun lalu sudah bernanah kembali. Ingatkan semuanya sudah berakhir dengan perlantikan Datuk Ahmad Said, rupanya tidak. Ingatkan UMNO sudah bersatu dengan adanya saf pimpinan UMNO yang baru dan kemasukan semula Tun Mahathir, rupanya tidak. UMNO masih UMNO. Masih berpuak-puak, berkelompok-kelompok dan berdendam.
Apa-apa hal pun, nampak gayanya kumpulan Datuk Seri Idris sudah berpatah arang dengan kumpulan Datuk Ahmad Said. UMNO Terengganu nampak retak menanti belah. Mengapa kumpulan Datuk Seri Idris tak suka Datuk Ahmad kita semua boleh agak. Tetapi tidaklah jelas mengapa parti yang kononnya membela Melayu dan raja-rajanya sanggup untuk memikirkan untuk ‘membuang’ Mentri Besar lantikan istana Terengganu. Bukankah seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini, membantah raja-raja Melayu itu derhaka namanya?
Saya akan tercari-cari geng-geng Pemuda UMNO yang akan berdemonstrasi dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya harap akan dianjurkan sekali lagi perhimpunan menyokong Sultan di PWTC dan di seluruh negara. Lilit kuning dengan slogan “DAULAT TUANKU” itu jangan dibuang, dilit semula di kepala!
Saya juga akan tengok samada blogger-blogger yang dahulunya begitu pro-monarki dalam isu di Perak akan membuat pula gambar dengan tulisan “DAULAT TUANKU” di hadapan bendera Terengganu kemudian papar di blog masing-masing.
Ayuh, Melayu UMNO yang dahulu berlagak pembela, institusi raja-raja memerlukan pembelaan kamu sekali lagi. Ayuh, PERKASA yang kononnya mempertahankan kepentingan orang Melayu, berdemonstrasilah menunjukkan kemarahan anda.
Kalau marah pada YB Karpal, kenalah marah juga pada geng Datuk Idris Jusoh. Kalau marah pada Datuk Seri Nizar, kenalah marah pada Datuk Rasol Wahid. Kalau marah dengan Pakatan Rakyat di Perak, kenalah marah dengan Barisan Nasional di Terengganu.
Ataupun kalau UMNO buat kira boleh?
http://refleksiminda.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan