Umno kini mengapi-apikan sentimen perkauman dan mendakwa kononnya o rang-orang Melayu kini menghadapi darurat berikutan kemenangan PAS di Bukit Gantang.
Sokongan hampir 90 peratus pengundi Cina Bukit Gantang kepada calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendorong Umno menaburkan kempen fitnah secara bisik-bisik bahawa orang-orang Cina mahu membunuh kuasa Melayu
Semua itu itu adalah gimik murahan. Apabila Umno kalah atau bermasalah, mereka akan mengapi-apikan sentimen perkauman seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini seperti pada tahun 1969 dan 1987.
"Siapa yang mencetuskan tragedi berdarah 1969 kerana gila kuasa dan tak sabar nak berkuasa? Siapa pewarisnya?
"Satu-satunya nyawa dan taruhan Umno untuk terus hidup ialah isu perkauman. Jika kita tidak bertindak cepat untuk memerangi api perkauman yang kini sedang dinyalakan bersungguh-sungguh oleh Umno, apa jua kemungkinan tidak boleh ditolak,"
"Umno dan BN bukan sahaja takut kalah, malah lebih dari itu, mereka takut sokongan akan semakin berkurangan dan semaskin banyak kerusi yang akan hilang dari BN.
"Itu sahaja sebabnya mengapa mereka lari sana-sini tidak tentu arah seperti dikejar malaikal-maut apabila diminta membubarkan DUN Perak,"
"Kemenangan PAS di Bukit Gantang menyerlahkan sikap sebenar Umno yang begitu takut untuk menghadapi pembubaran DUN Perak.
"Umno sudah menjangkakan dari awal lagi bahawa mereka akan kalah lebih teruk lagi jika DUN dibubarkan, seperti yang berlaku di Bukit Gantang,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan