Khamis, 16 April 2009

Semua Adun BN hadiri sidang Dun hari ini

KUALA TERENGGANU, 15 April: Semua Adun BN yang memboikot sidang Dun Terengganu semalam menyertai sidang hari ini.

Dipercayai, tindakan ini ekoran arahan dari Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang meminta mereka supaya menyertai sidang Dun.

Semalam, 10 Adun BN termasuk bekas MB, Datuk Seri Idris Jusoh memboikot sidang Dun dan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel berdekatan.

Tiga dari mereka mendakwa menerima SMS ugutan dari Pejabat MB Terengganu.

Namun, langkah tidak menyertai sidang berlanjutan hingga petang kecuali Idris yang menyertai sidang pada sessi petang kira-kira jam 3.20 petang.

Berita lanjut menyusul

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan