Rabu, 3 Jun 2009
Syabas Dr. Abu Hassan..
Tidak keterlaluan sekiranya saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat Dr. Abu Hassan diatas kejayaaan pengHUJAHannya di tv9 malam tadi. Dalam rancangan Hujah malam tadi boleh dikatakan Dr. Abu Hassan telah memberi pukulan KO kepada Raja Ahmad Zainudin iaitu ADUN Kubu Gajah. Sebenarnya Raja Ahmad Zainudin bukanlah panel yang sesuai untuk berhujah secara ilmiah dengan Dr. Abu Hassan. Jikalau diperhatikan hujah yang dibawa Raja Ahmad Zainudin tiada fakta yang jelas dikemukakan, hanyalah omongan kosong dan hujahan yang membodek pemimpin atasan UMNO BN.
Kebiasaaanya hujah yang di bawa oleh Dr. Abu Hassan memang penuh dengan fakta yang begitu menarik. Dalam hujah tersebut, Dr. Abu Hassan juga mengatakan kita selalu membandingkan tahap demokrasi dengan negara yang teruk, kenapa kita tidak membandingkan negara-negara yang baik tahap demokrasinya seperti Finland atau Sweden. Kenyataan itu cukup menggambarkan betapa daifnya pemikiran-pemikiran pemimpin UMNO BN.
Manakala, hujah yang dibawa oleh Raja Ahmad Zainudin layaknya di kedai kopi sambil pakai kain batik sahaja dan tak lebih dari itu. Hujah Raja Ahmad Zainudin betul-betul menjengkelkan, meloyakan dan memualkan para penonton Hujah malam tadi. Pemikiran apa yang di bawa oleh Raja Hamad Zainudin sehingga sanggup mengatakan orang yang ingin menuntut kebebasan bersuara di katakan pengganas atau pelampau. Ini adalah pemikiran orang kelas ketiga yang tidak ingin kepada satu tranformasi ketamadunan.
Namun yang lebih mengejutkan apabila Raja Ahmad Zainudin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Institut Jati Diri bagi kepentingan generasi akan datang mengenai sejarah negara. Tidak cukupkah lagi Institut Integriti Malaysia yang ideanya di cetuskan oleh Pak Lah sehinggakan Raja Ahmad Zainudin ingin mensyorkan kerajaan mewujudkan Institut Jati Diri. Tujuan penubuhan Institut Integriti Malaysia(IIM) adalah melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN).
Adakah PIN sendiri meminggirkan konsep jati diri yang ingin di bawa oleh Raja Ahmad Zainudin, ataupun Raja Ahmad Zainudin sendiri tidak mengiktiraf IIM yang dicetuskan oleh Pak Lah sebelum ini ?
http://addin77.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan