Sabtu, 4 April 2009

Pembebasan Tahanan ISA; Permainan Politik Najib Meraih Undi Menjelang 7 April. - malaysiakini


Bukit Gantang – Janji Perdana Menteri yang baru, mengisytiharkan pembebasan tahanan ISA adalah untuk meraih simpati pengundi menjelang hari pengundian pilihanraya kecil Bukit Gantang pada Selasa ini, 7 April.(Gambar - Nizar tidak janggal duduk dan makan bersama orang ramai)
Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali berkata ia adalah permainan politik Dato’ Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz Operasi PRK Bukit Gantang, Air Kuning, pagi tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah berkesempatan mengunjungi Kem Tahanan Kamunting tengahari ini.

Beliau kesana untuk bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara tahanan yang menunggu pembebasan tersebut sejak semalam.

Namun para tahanan yang dijanjikan pembebasan itu, sehingga tengahari ini, masih belum dibebaskan lagi.

“Saya dalam perjalanan dari Kem Tahanan tadi, bersama-sama dengan keluarga tahanan, yang ayah-ayah mereka dan suami-suami mereka yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semalam, tapi malangnya merek masih belum dibebaskan sehingga hari ini,”katanya ketika berucap pada majlis Hari Keluarga dan Sukaneka UPU Pengkalan Aur dekat sini.

Katanya beliau mengambil kesempatan berbicara dan memohon para pegawai Kem tersebut supaya membebaskan para tahanan itu.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya keluarga dan isteri-isteri tahanan yang teraniya telah datang dari jauh, dari serata pelusuk tanahair sejak petang semalam ataupun pagi tadi untuk melihat suami atau anak-anak mereka yang telah dizalimi.

Mengulas perkembangan pilihanraya kecil Bukit Gantang, beliau berkata pilihanraya kecil ini adalah perlawanan antara ‘hak’ dan ‘batil’.

“P.059 ini adalah satu pertarungan yang hebat diantara hak dan batil. ‘Hak’ diwakili oleh Pakatan Rakyat dan ‘Batil’ diwakili oleh UMNO dan Barisan Nasional,

“kita telah 51 tahun dibawah kebatilan UMNO dan kemuncak kebatilan mereka adalah merampas hak rakyat,”jelasnya.

PELIK TETAPI BENAR !!! UNTUK MEREKA TAK PERCAYA HANTU – INI BUKTINYA- malaysiakini

Seorang lelaki bernama Peter John Jaban pada hari Sabtu ini telah memberitahu bahawa dia telah menenui 3 ekor hantu.

Dua hantu betina dan saekor hantu jantan.

Hantu betina benama Dayang Utat Kamaruden dan Timah anak Ambal.

Dayang timbul pada tahun 1898 dan dikuburkan 1981. Timah muncul tahun 1900 dan telah ditanamkani beberapa tahun lalu.

Peter Jaban dari Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) berkata hantu hantu ini telah mula merangkak bangkit untuk mengundi di Bantang Ai.

Yang menjadi pelik tetapi benar ialah hantu hantu ini ini telah lama di tanamkan di tanak perkuburan Cina di Lubuk Antu.

RM, RM, RM, RM, RM Untuk Petugas UMNO/BN - malaysiakini

sumber: perisik rakyat

Kalau aku habaq depa kerja pasai duit, hangpa orang-orang UMNO/BN marah, kata kami tipu, kata kami reka, kata kami fitnah. ni nak tunjuk "fitnah" kami betoi ka tak betoi... Hangpa tengok attachment dekat bawah ni. bukak mata tu luas-luas, kalau tak nampak jugak, hangpa boleh cuci mata hangpa dengan ayaq ludah aku (ambik dekat bawah artikel ni).


A. Ahli UMNO seisi rumah RM1,000
B. Penyokong UMNO seisi rumah RM500
C. Pemuda / Wanita / Puteri RM100 setiap hari
D. Minyak kereta RM100 setiap hari
C. Minyak Motosikal RM50 setiap hari

Masyuuuuuuuuukkk...!!!

Khak Ptuih...!!!

BATANG AI : Daniel Tajiem Berkempen Untuk PR

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas Presiden PBDS, Datuk Daniel Tajeim menyeru pengundi-pengundi Batang Ai untuk memberikan undi mereka kepada calon PKR Jawah anak Gerang.

Tajem, merupakan seroang tokoh berpengaruh yang kini melobi untuk Jawah, calon PKR untuk pilihanraya kecil Batang Ai 7 April ini.

Tajeim yang menghadiri simposium yang dihadiri oleh hampir 150 pemimpin-pemimpin masyarakat kaum Dayak di Sibu baru-baru ini untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat di negeri itu yang berpunca dari penyalah-gunaan kuasa oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Antara isu yang dibincangkan ialah tindakan kerajaan BN yang terus merampas tanah pusaka rakyat, kemiskinan tegas di bandar dan luarbandar serta kuasa ekonomi dan politik kaum Dayak yang semakin terhakis.

Tajeim menyatakan masa sudah tiba untuk menamatkan pemerintahan BN di bawah pimpinan Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata rasa tidak puashati terhadap Taib Mahmud bukan sahaja menebal di kalangan masyarakat Dayak sahaja, malah kaum lain juga termasuklah yang berbangsa Melayu dan kaum Cina.

Mahkamah Tinggi Terima Permohonan Hj Nizar Cabar Pelantikan MB

BUKIT GANTANG, 4 April (Hrkh) - Calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin melahirkan rasa syukur apabila permohonan beliau untuk mencabar proses pelantikan Menteri Besar baru iaitu Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi.

"Kini tiada lagi istilah derhaka terhadap sultan kerana kita akan hanya membicarakan kes pelantikan Menteri Besar ini menurut prosedur perundangan," ujarnya kepada Harakah di program Khidmat Kesihatan di Kampung Baru Jelutong, Changkat Ibol baru-baru ini.

Tegasnya, meskipun terdapat pelbagai halangan dan rintangan termasuklah tindakan Peguam Negara untuk memutarbelitkan isu dan fakta, namun ia sedikitpun menjejaskan kebenaran yang bakal terbukti.

"Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai tuduhan dan fakta yang cuba diputar belit oleh peguam negara tetapi kita bersyukur selepas Hakim Abdul Rahim mengumumkan keputusan bahawa kes ini akan diteruskan," tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan tersebut telah melenyapkan isu derhaka yang dipalitkan terhadapnya oleh Umno-BN setelah berlakunya peristiwa pelantikan Zambry.

"Dengan keputusan ini juga menyebabkan tuduhan mengenai derhaka kepada Sultan hancur berkecai kerana isu tersebut tidak pernah timbul, tiada kena mengena dengan pihak istana.

"Kini apa yang ada hanyalah kes bagi membuktikan pelantikan Zambry sah ataupun tidak," katanya lagi.

Pada majlis yang sama, beliau diperiksa tahap kesihatan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas calon PAS parlimen Bukit Gantang pada pilihan Raya Umum ke-11 lalu, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Nizar tersenyum mendengar keputusan pemeriksaan tekanan darah beliau oleh Lo'Lo' sebagai stabil dan baik.

Ia disertai tepukan gemuruh penyokong dan penduduk yang hadir meskipun hujan sedang turun dengan lebat. - mks._ -sumber harakahdaily

Nama Kebuah Iban Anang Ngundi BN (Kenapa Iban Jangan Undi BN)

Written by: Dr John Brian Anthony ( input ari 3rd party)

PLEASE PRINT THIS SHORT REMINDER AND DISTRIBUTE TO BATANG AI

* Jalai nyambung pelajar enggi kitai Iban sengaja ditejal orang ambi ke kitai tasal laun mansang
* Kereja perintah kitai Iban mati tusah alah laban bansa Abdullah enggau Tugau tuai.
* Api, jalai alun, ai kitai Iban maioh enda di beri awak ke seruran rimpi mabun laya.
* Pala tanah kitai Iban pen enda diberi perintah awak ke nyamai di tujah lalu di beri ngagai kaban iya
* Ba jalai dagang kitai Iban pen enda di beri peluang awak ke seruan ngining Cina, Laut, Melanau enggau bansa ti kaya
* Ba politik kitai Iban napi indik, untak diurik, mata dipantik awak ke lungau enda meda nadai seput kena ngeleda.
* Pengajar di ulu pen diberi agai Melayu Malaya ambi ke sida bulih eluan maioh nyadi raja bulih reta.
* Nyunting Barisan nya baka ngerawang jalai ke sebayan ke ulun Chendan enggau Chaung jai sada.
* Ngundi PKR nya chara kitai Iban malas penyaie Najib, Taib, George Chan, James Masing enggau Jabu.
* Milih Jawah Gerang nya tanda kitai Iban enda ulih di engkaramba orang ngapa awak ke kitai majak mansang senang belama
* Tan bubu ridan bulih ikan labang, Ambi project enggau duit Barisan Ngundi Jawah Gerang
* Enti undi kitai Iban alah beli BN reti nya kitai bansa sigi nadai rega, nadai nama, nadai rita.
* Enti PKR alah kitai Iban majak dikemeli, dikembula, dikelanyai ke BN - nadai pala tanah, nadai pemansang manah serta berega - mina bulih sepir pemansang.
* UNDI PKR asuh menang kitai Iban awak ke nyadi Kepala Menteri Sarawak PKR ila.
* Anyut ke Taib mahmud ambi ke iya badu agi dipeda.
* Sida Temenggung, Pemancha, Pengulu, Tuai Rumah Kunsila BN ukai orang ke patut dititih laban sida pan digaji BN makai rakyat. Enti kita mending ke jaku sida, reti nya kita ditu baka nganjung paung empa jani Taib, Jabu & Jabu - orang ti teleba beridup nginsap darah bansa diri empu.
* Mimit bejaku nyebut SALCRA & LCDA laban kitai iban mudah dikemula senang dikelese. Iban ti udah kena nemu SALCRA & LCDA nya nipu, orang ke amat bulih penguntung nya mina Taib, Jemut & Jabu.
* Nama pemansang Iban di Kapit bai Jemut?. Minta jalai alun ari Sibu ke Kepit ke semina 126km pan iya takut, takut ka express Cina enda laku laban duai iya Jabu sigi rindu merinsa bansa diri empu.
* Mimit bejaku nyebut Betong berari-rari, nya politik Jabu ajar Tang Yang Sangat Dikasihi. Enti perintah bai Jabu semina nemu ngemansang ke menua Betong, kapa kitai ba ai bukai tu deka nyukung?. Awaka orang Betong aja mih nyukung Barisan laban semina menua Betong aja dikemansang ke Jabu seduai Buban!
* Menua Batang Ai tu asal penatai Iban baka Belaga asal menua pemindah Kenyah & kayan. Dua bengkah menua tu sengaja digaga ke Taib tekat ai awak ka Dayak nadai agi kelai pesaka bansa diri. Kati kitai tau enda nemu?. Dini untak Jemut & Jabu?. Lapa Taib enda ngaga projek hidro ba menua Laut & Melanau?. Kati agi enda nemu ga kitai Jabu & Jemut nya jugau?. Jemut kerah-kerah madah ke perintah Taib deka nambah ke tekat ai 12 iti da. Patut kitai dibai iya sebaka beli enggau iya laban semua 12 iti tekat ai nya deka digaga ngalah ke menua ke diwan bansa Dayak?. Patut kitai Iban berunding, BN anang sekali-kali nyunting laban BN Taib tu parti munuh, ketegal iya nemu kitai Dayak tu mayuh tubuh.
* Apai, indai aki, ini, aka, menyadi - dani mih kitai ari mimpi ti dibai Jabu, Jemut & Mussen enggai ke kitai empu, anak telesak, uchu ambu, ichit wit kitai ila nyadi ulun Taib & BN!
* Enti Jabu & Jemut madah ke PKR tu parti ari Malaya, BN ke betuai ke UMNO pan ukai datai ari Lubang Baya Tapang Peraja. PKR tu amat parti baru tang BN sigi udah lama ditemu Bula + Nipu (B+N).
* Masuk Malaysia 45 taun ngasuh Iban majak merinsa enda nyenyalah baka rari ke ribut tetemu ke ujan, rari ke sungkup tetemu ke pendam, ku jaku deka ngiga pengidup tang ngasuh nyau nyadi ulun parti Barisan.
* Kati Taib enda nemu ngeleda?. Udah iya empu, diatu bini iya ga empa cancer. Tulah makai duit rakyat mih nya, nyau deka parai pan enda nemu jera. Mensia kelalu jai baka tu kati ku ngajar?. “Nadai cara bukai tang undi PKR.” Penyai Taib, Jabu & Jemut nama jalai nagang?. “Mudah nya wai, undi aja Jawah Gerang!.” Politik makai suap bakani deka mutar?. “Tualk BN, ambi PKR!” Enti PKR menang, nama penguntung ulih kitai di Batang Ai?. “Taib, Jabu & Jemut deka nukung laban nyau nemu kitai Iban enda ulih kemeli ke agi.”

IDUP BANSA DAYAK LALU ANGKAT NYADI RAJA

Nizar tambat hati pengundi Bukit Gantang

"Woi, Nizar ada kat sini!" jerit seorang pemuda Cina dalam bahasa Mandarin kepada kawan-kawannya di sebuah pasar malam di Kota Jaya, Simpang, dekat Taiping baru-baru ini.

Dengan pantas, para peniaga dan juga pengunjung pasar malam tersebut memanjangkan leher meninjau-ninjau kelibat Adun Pasir Panjang yang popular itu.

Ramai yang meluru ke hadapan untuk bersalaman dengannya sewaktu beliau bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain, tersenyum sambil memberi salam, menegur sapa setiap peniaga persis berjumpa kawan lama, berbisik sesuatu di telinga mereka, menepuk bahu, dan bersalam erat.

Tindakannya mendapat reaksi mesra para peniaga sehingga ada yang menawarkannya agar membalikkan murtabak yang sedang dicanai dan merasai juadah yang mereka jual.

"Ini bukan kali pertama dia datang ke sini," kata seorang penjual makanan Melayu. "Ini kali ketiga," tambahnya seraya menjelaskan bahawa kehadiran Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih dianggap Menteri Besar Perak itu, bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk di situ.

Lelaki Melayu itu terpaku melihatkan peniaga-peniaga lain, terutama yang berbangsa Cina yang agak tergamam apabila pertama kali bertemu muka dengan Nizar.

Jika bukan kerana jurugambar yang asyik merakamkan setiap aksinya bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dari DAP dan KeADILan yang berjalan bersamanya, Nizar tentunya sudah dilihat sebati dengan suasana pasar malam itu.

Malam itu Nizar mengenakan kemeja lengan pendek berwarna hijau muda, berseluar hitam dan memakai kasut kulit hitam berkilat.

Sebuah keluarga Cina yang menjual pakaian begitu teruja apabila Nizar berhenti di gerai mereka dan menegur mereka dalam bahasa Mandarin. Mereka tidak melepas peluang lalu bergambar dengan Nizar.

Apabila Nizar berlalu, terdengar keluarga Cina itu bercakap sesama mereka dalam bahasa Hokien. "Dia nampak segak betul kan?"

"Ya lah ... nampak masih muda," sahut anak perempuannya dengan gembira.

Tetapi sambutan yang paling mesra dan hangat datangnya dari sebuah kedai kopi, Mei Shi, di pinggir jalan tersebut.

Sebelum Nizar sampai di muka pintu kedai tersebut, beliau telah dikerumuni oleh sekumpulan lelaki Cina, yang bertepuk tangan dengan hangat sambil menariknya ke dalam kedai, untuk menyertai teman-teman mereka yang bermain mahjong.

Mereka meminta Nizar dengan hormat mengocok buah mahjong yang mereka main dan Nizar tidak menolak permintaan mereka.

Nizar merumuskan lawatannya ke pasar malam itu dengan memberikan ucapan pendek daripada belakang sebuah lori dengan meminta orang ramai memberikan sokongan kepadanya pada hari pengundian 7 April nanti, supaya "perubahan ini dapat memerikan perubahan yang lebih besar di peringkat Persekutuan". Ia sedikit sebanyak merujuk kepada pergelutan undang-undang berhubung krisis menteri besar Perak itu.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan melaungkan slogan Pakatan Rakyat: "Hidup, hidup! Makkal Sakthi! Reformasi" dan diikuti oleh orang ramai dengan penuh bersemangat.

Nizar kelihatannya telah berjaya menawan hati pengundi-pengundi di situ.

Seorang peniaga makanan Melayu yang pro-PAS memberitahu Malaysian Insider bahawa dia pasti akan memangkah Nizar pada hari pengundian nanti.

Dengan mengungkapkan slogan yang sering disebut oleh pakatan pembangkang bahawa keadilan mesti ditegakkan, lelaki tersebut kelihatannya begitu teruja dengan kempen Nizar.

Dia amat marah dengan wakil rakyatnya Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering, salah satu kerusi negeri di bawah parlimen Bukit Gantang) yang melompat parti dan mengakibatkan tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kita mengundi dia kerana parti, bukan kerana dirinya. Dia mesti diajar," jelasnya.

Menilai kepada tindak balas orang ramai di pasar malam tersebut, ramai yang memihak kepada Nizar. Bagaimanapun dengan beberapa hali lagi tibanya hari mengundi, apapun boleh berlaku.

Tulisan ini diterjemah secara bebas daripada Malaysian Insider_

Berubah atau rebah, tunggulah Selasa ini

Berubah atau rebah yang menjadi inti ucapan Perdana Menteri baru pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sebenarnya sejak awal lagi disedari rakyat.

Berubah apabila kebebasan suara yang dipertahankan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi direntap kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Febuari lalu.

Tanda-tanda rebah pula semakin jelas apabila BN terpaksa menggunakan seluruh tenaga birokrasi, profesor dan media sehingga 24 jam sehari menyerang Pakatan Rakyat.

Dan akhirnya BN benar-benar rebah apabila pensyarah bidang sosiologi dan multimedia bercakap isu politik. Mereka diheret muncul di kaca televisyen bagi menggayang Pakatan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, apa yang berlaku menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diulang tayang semula sekarang.

"Ini jelas memperlihatkan BN mahu menang tanpa bertanding sebelum hari mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

"Berdasar kepada apa yang dilapor dan diperkatakan sekarang seolah-olah calon BN bertanding seorang diri di ketiga-tiga kawasan pilihan raya tersebut.

"Dan 7 April ini barulah lawan sebenar BN muncul. Mereka muncul bersama rakyat dan akhirnya pemenang sebenar demokrasi akan diketahui malam itu," katanya di sini.

Beliau berkata, kegembiraan pendokong Umno dan BN yang mendapat ketua baru tidak mungkin mampu bertahan lama kerana hakim rakyat akan bertugas 7 April ini.

Menurutnya teori yang dikupas profesor jemputan setiap malam dalam TV akan diterjemah rakyat Selasa ini, sama ada berpijak di alam nyata atau hanya syok sendiri

Dan akhirnya akan meleburkan masa tenaga akademik terbabit. Takut-takut dilabel pelajar sebagai profesor kangkung.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu pandangan seorang profesor bagi membuat pilihan kerana politik sempit dan jumud yang diamalkan kerajaan sekarang telah menyemput dada mereka.

"Prinsip demokrasi semakin kucar kacir dan kebebasan suara rakyat dinafikan. Rakyat sudah lama kenal peribadi Perdana Menteri baru dan menteri-menteri lain.

"Dan cerita di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu serta konflik di Perak sudah lama rakyat bincang di kedai kopi," katanya.

Menurutnya larangan kempen membabitkan isu Altantuya dan krisis politik di Perak menyebabkan rakyat tertanya-tanya, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan ketua baru yang semakin berkuasa sekarang.

"Kenapa mesti ada halangan. Tidakkah ini dikatakan orang sebagai pengecut. Tentunya mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Inilah yang rakyat hendak tahu," ujarnya.

Baru-baru ini pihak polis melarang parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil menyentuh kes pembunuhan Altantuya dan istana Perak sebagai bahan berkempen.

Zainuddin berkata, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah menghasut rakyat membenci kerajaan BN, sebaliknya tindak tanduk mereka sendiri membuatkan rakyat tambah muak. - mj _

KDN serbu kilang pencetak Suara Keamanan, rampas plet

Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan serbuan ke kilang Percetakan NAJ Press, Shah Alam, petang tadi. Kilang itu diserbu kerana mencetak akhbar Suara Keamanan milik parti KeADILan dan akhbar Hujjah milik PAS.

Menurut kakitangan syarikat itu, enam orang pegawai KDN terlibat dalam serbuan tersebut. Tidak ada naskah kedua-dua akhbar yang dirampas. Walau bagaimanapun mereka merampas plat yang digunakan untuk mencetak Suara Keamanan, akhbar Hujjah dan akhbar suara Keadilan berbahasa Cina, Gong Zheng Bao.

Tindakan dibuat mengikut Akta Mesin Cetak 1984 (pindaan) 1987.

Turut diambil ialah kenyataan bertulis dari pemilik kilang tersebut.Serbuan bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.45.

* p/s - Sila Klik Link untuk lawati weblog Suara Keadilan Online untuk gambar rampasan 'plat' tersebut.


--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Umno Bodoh matematik dan Mohon restu Rakyat

Satu tag baru untuk Umno /BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Biasa kita lihat tag BN ialah “Undilah Barisan Nasional”, tetapi kali ini agak berlainan sedikit.


Mungkin inilah perubahan yang hendak dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru pegang jawatan PM ke 6 pada 3 April 2009. Antara perubahannya ialah tag baru “mohon restu rakyat”.

Umno/BN memohon restu rakyat Bukit Gantang untuk meneruskan parti yang berlumur dengan najis rasuah. Apa tidaknya inilah sejarah pemilihan Umno yang paling teruk di dunia . Cuba bayangkan calon yang bertanding 269 orang, manakala aduan rasuah ialah 900 aduan. Pening kepala JK Disiplin parti Umno yang sudah tua-tua belaka, terpaksa memikul biawak hidup dalam Umno.


Umno memohon restu rakyat BG untuk meneruskan kegagalan membenteraskan jenayah di negara ini. Umno gagal menjaga kselamatan rakyat. Tidak ada siapa yang tinggal di Malaysia merasa selamat. Kes jenayah meningkat, budak kena colek menjadi-jadi, bunuh rompak di mana sahaja. Kita yang ada anak merasa hati tidak tenteram selagi mereka tidak sampai ke rumah apabila mereka ke sekolah. Inilah Malaysiaku bawah Umno.


Nampaknya tinggal di Malaysia bawah Umno/BN, kaya pun susah, kerana takut kena rompak dan samun. Miskin lagi susah kerana barang mahal.


Macam mana jenayah tidak meningkat berates ribu pelancung yang datang setiap tahun, yang pulang hanya sedikit sahaja. Negara berada diambang bahaya kalau rekod kemasukan orang luar tidak terpelihara. Contohnya ialah rekod kemasukan Antatuya ke Malaysia telah hilang. Ini bahaya besar pada negara. Kenapa perkara ini BN/Umno tidak seruis dalam hal ini. Apa jaminan kalau kumpulan penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini, sedangkan rekod kemasukan mereka hilang dalam system. Siapa punya angkara?


Umno mohon restu rakyat BG untuk membazirkan wang rakyat lagi. Kalau pilihanraya kecil Kuala Terengganu kerajaan habis duit rakyat 15 juta untuk khemah dan belanja polis. Kini berlaku lagi satu pembaziran wang rakyat. Kita boleh lihat khemah polis di parlimen BG macam pengaman di Somalia selepas perang saudara.


Tahukah kita kalau wang sebanyak RM15juta kalau dibelanjakan buat rumah rakyat yang berharga RM30 ribu sebuah, maka kita dapat beri 500 buah rumah secara percuma. Tetapi Umno mohon restu rakyat BG untuk meneruskan tradisi menindas rakyat dan membuncitkan perut suku sakat mereka.


Umno mohon restu rakyat BG untuk menaikkan barang keperluan rakyat seperti tol, minyak, letrik, air. Sesuai dengan jenama BN, barang naik, berapa naik, banyak naik, bila naik, baru naik.

* Penulis adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat .

Surat Terbuka PMIUM Buat PM Malaysia Ke-6

"Sumber: mahasiswakini.com
Oleh: Mohd Shazni Munir b. Mohd Ithnin*

Salam sejahtera buat pemimpin,
Salam kasih buat seluruh rakyat.

Alhamdulillah, Allah s.w.t dengan kebijaksanaannya, telah pun mencaturkan bagi rakyat di bumi Malaysia ini, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang keenam adalah insan yang bernama Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Sebagai manusia, tuntutan kepimpinan adalah suatu kewajipan yang perlu dipenuhi bagi mengemudi suatu bahtera menuju matlamat.

Berkenaan ini, Ar-Rasul s.a.w berpesan buat umatnya: “Apabila keluar tiga orang dikalangan kamu, maka hendaklah melantik dari kalangan kamu seorang ketua.” Maka sekali lagi pujian dipanjatkan kepada Allah s.a.w, kerana kehendak Nabi s.a.w ini kita dapat tunaikan.



Pimpinan kami,

Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan setiap perkara punyai hikmah dan pengajaran disebaliknya. Kita sedia maklum, bahawa amanah kepimpinan itu sangat berat dan tanggungjawabnya sangat besar. Ia bukan amanah yang diberi secara percuma dan bukan jua tugas yang memerlukan semata-mata melunaskan kehendak-kehendak orang. Bahkan, ia lebih dari itu.

Dalam hal ini, takutilah wahai pemimpin akan pesanan Nabi s.a.w ini: “Tidak ada seorang pemimpin pun yang dilantik untuk urusan Muslimin (orang Islam dan lain), kemudian dia tidak bersusah payah untuk mereka dan menasihati mereka, kecuali tidak dimasukkannya ke syurga bersama-sama mereka.” Ia barangkali sebuah amaran dan ia juga satu ingatan.

Wahai pemimpin yang diberi kuasa,

Janganlah dilalaikan dengan kuasa serta pangkat yang dikurniakan kepadamu. Dan jangan pula kamu terpedaya dengan banyaknya teman dan rakan, penuhnya pujian dan sanjungan, serta harta dan kelengkapan yang ada disekelilingmu. Hendaklah bersifat zuhud dan bersederhana.

Ambillah apa yang perlu sahaja untuk urusan duniamu. Agihkanlah lebihan hartamu buat rakyatmu yang kesusahan dan kelaparan. Agar Allah s.w.t memberkati kehidupanmu dan memandu langkah pimpinanmu.

Pemimpin yang kami sanjungi,

Renung-renungkanlah masa depan negara ini.

Lebih 50 tahun sudah, Malaysia diberikan nikmat kemerdekaan. Merdeka daripada penjajahan kuasa Barat. Namun, wahai pimpinan kami, sehingga kini erti sebenar kemerdekaan itu belum lagi dirasai. Apa makna merdeka andai ada pimpinan kami yang tidak amanah memberi rasuah?

Apa maksud merdeka andai ibu-bapanya tidak menghiraukan anak-anaknya? Benarkah kita sudah merdeka jika remajanya banyak terlibat gejala sosial seperti dadah dan pelacuran? Betulkah kita merdeka andai sistem pendidikan kita tidak mampu melahirkan generasi yang baik akhlaknya?

Dan benarkah sudah kita bebas sedangkan hukum-hakam Allah tidak dilaksanakan malah diketepikan, lalu mengambil undang-undang sekular dan Barat sebagai tunjang negara? Benarkah kita negara yang dikatakan merdeka itu??

Wahai pemimpin, sesungguhnya tanggungjawabmu sangat besar.

Kami bukanlah rakyat yang terbaik untuk memberi nasihat ini. Bukan jua sempurna untuk mengatakan sebegitu. Namun, kerana sayangnya kami kepada negara yang tercinta, agama yang disanjungi, serta pimpinan yang kami harap-harapkan. Warkah nasihat ini mungkin sedikit sebanyak bisa menjadi penawar dan ingatan betapa payahnya amanah yang bakal kamu hadapi kelak.

Wahai Perdana Menteri Malaysia yang keenam,

Awaslah dengan rintangan dan cabaran. Sesungguhnya tanggungjawabmu sangat besar. Segala pundak jutaan rakyat ini terbeban di bahumu. Sesungguhnya amanahmu sangat berat. Siapakah yang akan ditanya di akhirat nanti, jika bukan kamu seandainya seorang rakyatmu yang mati kerana kelaparan.

Titisan peluh rakyat, deraian air mata rakyat, tumpahan darah dan nyawa, anak-anak yang menangis kelaparan susu, ibu-ibu yang mendekam kesejukan, rumah-rumah yang dirobohkan, muda-mudi yang dilalaikan, harta benda yang dilarikan dan rumah-rumah yang ditinggi dan diluaskan. Semua ini dibahumu. Sesungguhnya, amanah dan tanggungjawabmu benar-benar berat dan besar.

Tinggal lagi apa yang bakal kamu lakukan, wahai pemimpin kami.

Sesungguhnya panduan yang paling benar adalah Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. maka gunakanlah ia dalam mendepani kepimpinanmu. Tidak sekali-kali akan tersesat dengan dua rujukan berguna ini. Pakailah ia dengan sebaiknya.

Wahai pemimpin yang memandu kami,

Cukuplah sekadar ini. Moga Allah membuka pintu-pintu hati mu. Kami sentiasa berdoa agar dikurniakan pemimpin yang dapat memandu dan membimbing, bukan sekadar di dunia, malah bersama-sama beriringan menuju syurga di akhirat kelak.

Semoga Allah memayungkan rahmat-Nya.

Sekian.

Nasihat ikhlas buat Perdana Menteri Malaysia keenam.

*(penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM Sesi 2009/2010)


Dipetik dari:

http://sitihaslizaa.blogspot.com/

Jangan Seronok Sangat!

Dalam masa beberapa jam sahaja dari sekarang rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin yang akan memegang amanah di tempat mereka. Mereka turut membawa suara rakyat untuk memberi isyarat kepada pemerintah sekarang iaitu Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lupa diri.

Rakyat masih ingat bagaimana apabila kuasa dan rasuah disalahgunakan sehingga suara rakyat dikerdilkan.

Kini Umno dan Barisan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang baru. Yang lebih berwibawa kononnya daripada Pak Lah. Maka seronoklah kita apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan dibebaskan dari tahanan. Begitu juga dengan 13 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Dan dalam masa yang sama kerajaan akan turut mengkaji semula akta ISA. Tapi tunggu dulu. Mari kita huraikan satu-persatu permasalahan di atas.

Pertamanya - siapa yang menyekat akhbar Harakah dan Suara Keadilan? Adakah yang menyekat itu pemimpin dari Pakatan Rakyat? Adakah PAS, Keadilan atau DAP yang menyekat kebebasan akhbar-akhbar ini? Atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional? Jika demikian, mereka yang menyekat dan mereka membebaskan - apa yang peliknya? Ia ibarat bermain silap mata. Tetapi bisa sahaja menjolok psikologi rakyat supaya gembira dan tidak pelik jika tidak berfikir panjang, kita terdorong untuk bersorak sorai dengan mereka.

Keduanya - siapa yang menahan dan memasukkan tahanan-tahanan ini dalam ISA. Sudah tentu mereka yang berkuasa dari Umno dan Barisan Nasional. Tidak bolehkah tahanan ini dimasukkan kembali? Sudah tentu tiada jaminan. Dan mungkin juga 13 tempat kosong ini akan diisi kembali oleh 13 tahanan baru sesudah berlalunya pengundian di ketiga tempat itu pada 7hb April nanti. Pendekatan populis digunakan oleh Najib sudah tentu daripada penasihat-penasihat di sekeliling beliau sedikit sebanyak memberi 'kejutan' dan mengambus sedikit isu pembersihan diri Najib daripada pelbagai kontroversi yang menyelubungi diri beliau ketika ini.
Mari kita berbalik kepada perkara pokok mengapa rakyat begitu ghairah menantikan keputusan pengundian di ketiga tempat ini? Pertama di Perak - mengapa Bukit Gantang begitu menaikkan keghairahan rakyat untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional? Ia akibat daripada krisis di Perak yang mana jangan lupa jasa yang dihulurkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Beranikah kiranya Perdana Menteri ini menjejakkan kakinya di Perak kerana jasa beliaulah maka krisis di Perak ini terus berterusan dan bergolak.

Begitu juga dengan apa yang terjadi di Bukit Selambau. Mengapakah kerusi Adun di Bukit Selambau dikosongkan. Tidak teringatkah kita kenyataan bekas Adun Selambau yang mana beliau tidak tahan lagi di ugut siang dan malam supaya melompat parti. Kerana maruah beliau tekad untuk meletakkan jawatan. Untuk apa? Supaya pergolakan di Perak akan berjangkit kepada negeri Kedah pula. Jasa siapa itu? Siapa di balik tirai semua agenda ini? Jangan kita lupa itu.

Begitu juga dengan air muka Malaysia di seluruh dunia ketika ini. Ternyata wajah Malaysia memang dimalukan dan jatuh aibnya kerana menerima seorang pemimpin yang diselubungi isu antarabangsa. Pembunuhan Sang Matahari dari Mongolia. Isu politik wang di dalam Umno usahlah dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin sahaja. Adakah pemimpin lain bebas daripada politik wang dan memang bersih? Jangan lupa! Nanti kena ketawan dengan Che Det pasal dia kata Melayu mudah lupa!

http://azzlie.blogspot.com

Terkini Tentang Najib-5?

Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin Singapura, dan juga perwakilan-perwakilan asing dalam negara, yang rata-rata menyuarakan keyakinan bahawa hubungan antara negara akan dapat ditingkatkan lagi.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan berkata beliau yakin Malaysia akan terus makmur di bawah pentadbiran Najib. Menurutnya Singapura berhasrat untuk membina hubungan yang mantap bagi meningkatkan lagi "hubungan akrab dan kerjasama".

“Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat”

“Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” Tambah Ayah Jib lagi.

Apakah tranformasi yang dimaksudkan adalah hasil daripada penasihat utamanya, merangkap speaker beliau, Rosmah Mansur yang telah menghabiskan duit rakyat berjuta-juta seperti berbelanja di Pasar Malam.

Tunggu tandatangan Najib sahaja untuk diluluskan.

Untuk maklumat dan artikel terkini sila layari laman blog penulis di;

http://www.puteraazhari.blogspot.com/

TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak

"Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Laporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.



Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-

1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

...Penulis adalah peguam untuk Datuk Seri Nizar untuk kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur."

Referendum Tolak UMNO/BN

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh isu yang berlegar di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air ketika ini. Kesemua isu itu telah menjerat leher UMNO/BN. Dengan demikian, mahu tidak mahu, UMNO/BN telah terhumban ke dinding.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat mempunyai harapan yang sangat besar untuk memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Namun demikian, PAS dan PKR tidak boleh mengambil sikap terlalu yakin. UMNO/BN bukan sahaja mempunyai wang yang banyak malahan juga mengawal media, menggunakan peralatan kerajaan, dan memiliki pelbagai taktik kotor.

Semua petugas Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga sepanjang masa, tidak boleh leka, dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati. Biarkanlah pondok-pondok UMNO/BN kosong. Biarkanlah pekerja-pekerja UMNO/BN melahu di kedai kopi kerana mereka dapat habuan banyak dari duit haram. Perjuangan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita perlu memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas demi keberkatan untuk ummah. Di samping itu, janganlah lupa menunaikan tanggungjawab terhadap Khalik dan berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan jalan ke mercu kejayaan. Saya harap TKO membenarkan artikel ini dibaca oleh seramai mungkin pengunjungnya.

ISU MORAL PRESIDEN UMNO/PM

Polis Taiping (KPN nafi) melarang kita menyebut satu nama. Tak payah sebutlah. Kalau kita sebut individu itu dengan ungkapan "wanita Mongolia" pun semua orang tahu siapa yang dimaksudkan. Di samping itu, tidak ada kes yang berkaitan dengan Presiden UMNO/PM dengan wanita Mongolia itu dibicarakan sama ada di mahkamah Malaysia mahupun di luar negara. Jadi, tidak timbul subjudis kalau perkara ini dibangkitkan.

Dalam satu majlis di sebuah masjid di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Najib telah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita Mongolia yang diheboh-hebohkan itu. Walau bagaimanapun, laporan Kompas.com, The Liberation, The Times of India, The Australian, Timeonline, The Nation, 9News.com, dan lain-lain menyatakan hal yang sebaliknya serta beberapa maklumat tambahan lagi.

Hal inilah yang membingungkan rakyat. Sebenarnya, ada banyak lagi kes tentang Najib ini. Semuanya negatif. Persoalannya ialah siapa yang bercakap benar dalam hal itu. Setakat ini tiada reaksi yang diberikan oleh Najib. Dia berhak menyaman semua media atau mana-mana media yang difikirkan perlu (sekiranya laporan yang disiarkan berunsur fitnah) demi membersihkan imej dan namanya. Jangan pula pura-pura lupa, dia akan dimakan sumpah. Allah berkuasa menentukannya.

Keengganan itu yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat. Akhirnya, rakyat akan percaya kepada laporan-laporan tersebut dan media-media asing itu akan meneruskan kerja mereka. Isu ini akan menjadi lebih sensasi dengan pelantikannya sebagai PM.

Janganlah ambil mudah perkara ini seperti yang diluahkan oleh anak-anak beliau bahawa pemimpin politik memang terdedah kepada tohmahan. Fikirkan kesannya kepada ekonomi negara ketika kita sedang bergelut dengan kemerosotan ekonomi global ketika ini. Sekiranya isu ini dibiarkan berpanjangan imej negara pasti terjejas dan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN dalam semua PRK pada 7 April 2009 nanti pasti merudum.

ISU RASUAH

UMNO/BN sudah hilang pedoman atas isu ini. Mereka bukan sahaja tidak mampu menepis malahan juga menutupnya. Bukti nyata tentang hal ini ialah lebih 900 aduan rasuah politik yang masih belum selesai, siasatan kepada pemenang dalam perhimpunan baharu-baharu ini telah bermula, Ali Rustam dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana mengamalkan rasuah politik, dan Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun didapati melakukan kesalahan yang sama dengan Ali. UMNO mengambil keputusan untuk merestui perbuatan mereka dan mengekalkan jawatan mereka berdua.

Sehubungan itu, rakyat menerima hakikat bahawa UMNO/BN ialah parti rasuah. Rasuah merupakan satu amalan yang tidak bermoral. Para pengamalnya tidak boleh dipercayai. Parti yang menghalalkan rasuah wajib ditolak. Pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air akan menolak UMNO/BN.

ISU PPSMI

PPSMI dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Malaysia walaupun ditentang secara berterusan oleh pelbagai pihak. Pelaksanaan dasar ini bukan sahaja melanggar Perlembagaan Malaysia tentang penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan malahan juga menganiaya anak-anak Melayu dan Bumiputera yang majoritinya mendiami kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Dua kawasan ini tidak mempunyai akses yang kuat dengan bahasa Inggeris.

Lantaran itu, murid-murid Melayu dan Bumiputera tidak dapat mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dengan baik serta menjunamkan minat mereka terhadap dua mata pelajaran tersebut. Hal ini telah dibuktikan oleh hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh para ilmuwan dari pelbagai IPT ternama di Malaysia. Penyelidikan itu juga telah membenamkan hujah kuno Tun Dr. Mahathir. Penyelongkaran maklumat membuktikan dasar ini berudang di sebalik batu. Banyak syarikat yang mendapat untung berlipat kali ganda melalui kontrak membekalkan paralatan-peralatannya.

Tak tahulah sama ada masih terdapat orang yang sebegitu biol mempercayai teori nak bagus bahasa Inggeris kena belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia yang budiman! Berhentilah menyokong UMNO/BN yang mengkhianati anda semua.

ISU TANAH

Mengikut pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia, hal ehwal tanah diletakkan dalam Senarai Negeri, bukan Senarai Persekutuan dan bukan juga Senarai Bersama. Sehubungan itu, Kerajaan PR Perak mengetepikan cadangan yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara dalam urusan pemberian tanah tertentu.

Tentulah aneh apabila Zambry bersungut tentang "pelanggaran" itu tanpa sebarang tindakan susulan semasa berkempen di Bukit Gantang bagi membuktikan kebenaran kata-katanya. Memang mudah kalau hendak bercakap ikut sedap mulut sahaja. Nampaknya dia hanya berjaya mengelirukan rakyat dalam hal ini. Bagaimanakah pengundi hendak mempercayai cakap-cakap kedai kopi macam orang tak sekolah ini?

UMNO/BN menuduh Nizar menjadi boneka DAP. Oleh sebab itu, dia dituduh mengurniakan banyak tanah kepada orang Cina. Hakikatnya, PR telah memberi 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakannya Melayu) seluas 7,000 ekar. Hanya 47,000 lot kampung baru (kebanyakannya Cina) campur kampung adat (untuk Orang Asli) seluas 3,000 ekar. Angka-angka inilah yang diriuhkan oleh Zambry, NGO Melayu proUMNO, dan beberapa kerat profesor di IPTA. Kini mengapa mereka membisu? BODOH.

Semasa memerintah Perak, UMNO/BN telah menggadai 22,000 ekar tanah kerajaan kepada KL Kepong di Lekir, Manjong; 5,000 ekar di Bruas dan 1,500 ekar diberi kepada MCA di bandar Baru Kampar untuk projek UTAR; dan Tanah Simpanan Melayu seluas 200 ekar tapak kilang simen digadai kepada YTL di Padang Rengas.

Bandingkan keluasan tanah yang diberi oleh UMNO/BN kepada MCA satu-satunya dengan semua keluasan tanah yang diberi oleh PR kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan parti. Mengapa UMNO/BN membisu dalam hal ini? Bodoh. Mengapa UMNO/BN terhegeh-hegeh beri tanah kepada orang Cina sekarang ini? Khianatlah tu.

Harus diingat bahawa statistik pemberian tanah UMNO/BN yang tercatat di atas hanyalah beberapa contoh. Banyak lagi yang sengaja tidak dikemukakan di sini. Tidakkah statistik itu menunjukkan Kerajaan BN Perak yang diterajui UMNO menjadi kuda tunggangan MCA?

Di Batang Air, tanah milik individu, tanah orang Penan, dan tanah adat orang Iban telah dirampas tanpa pemberian sebarang pampasan untuk kroni dan syarikat antarabangsa. Adilkah perbuatan ini? Adakah pemimpin Iban dalam BN memperjuangkan hak orang Iban?

Isu tanah menyerlahkan keserakahan pemimpin UMNO/BN menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, kroni, dan syarikat-syarikat. Sehubungan itu, rakyat wajib menolak UMNO/BN dalam semua PRK pada 7 April 2009 nanti.

ISU MI SEGERA / GULA-GULA POLITIK

Semasa berkempen di Permatang Pauh, UMNO/BN beri pelbagai projek mi segera kepada pengundi. Pengundi menolak UMNO/BN. Semasa berkempen di Kuala Terengganu, UMNO/BN bukan sahaja memberi pelbagai projek mi segera malahan juga membawa semua pemimpin tertinggi berkubu di Kuala Terengganu untuk membedak-bedakkan mi segera kepada pengundi. Nilainya berbilion ringgit. Pengundi sekali lagi menolak UMNO/BN.

Hal yang sama dilakukan di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air. Najib ialah penipu besar kerana dia yang kata tiada projek mi segera lagi dalam PRK kali ini. UMNO/BN sedar mereka tidak boleh hidup tanpa memberi gula-gula kepada pengundi.

Dalam ucapan sulung sebagai PM pun Najib beri gula-gula. Bebaskan tahanan ISA konon. ADUN pembangkang yang ditahan terus merengkok di Kamunting. Kemudian tarik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan. Inilah sandiwara yang dari dahulu hingga kini dimainkan oleh semua PM Malaysia dalam ucapan sulung mereka. Udang di sebalik batunya ialah nak tunjuk sikap keterbukaan dan mesra rakyat. Sama-samalah kita lihat tindakan PM baru ini apabila dia tersepit.

Rakyat meluat dengan lakonan UMNO/BN ini. Semua pengundi sudah faham benar dengan taktik lapuk UMNO/BN. Mereka akan ambil hak mereka tanpa berasa perlu membalas pemberian tidak ikhlas itu dengan mengundi BN. Tiada undi kepada UMNO/BN untuk gula-gula!!!

ISU DERHAKA

UMNO/BN dan para pencacai mereka memang tiada kemaluan apabila menuduh Nizar menderhakai Sultan Azlan Shah. Hakim Abdul Aziz berkata, "... Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah ..." Sehubungan itu, peguam Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul.

Dengan kenyataan ini, UMNO/BN dan pencacai mereka terhumban ke dinding dengan pukulan K.O. Pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air tidak akan memberi muka kepada semua penceramah UMNO/BN yang menyentuh hal yang telah bertukar menjadi fitnah ini.

Sebaliknya mereka akan menghukum UMNO yang sudah terang lagi bersuluh menjadi penderhaka tegar kepada raja di Malaysia. Di bawah ini diperturunkan senarai penderhakaan UMNO kepada raja untuk tatapan dan kutukan rakyat atas kebiadapan UMNO itu.

1. Dato' Onn Jaafar, abang, dan kakaknya dibuang negeri ke Singapura kerana menderhakai Sultan Johor.

2. Pada tahun 1974, Ghazali Jawi menderhaka dengan menipu Sultan Idris apabila enggan letak jawatan Menteri Besar setelah tamat tempoh dua tahun yang dijanjikan.

3. Pada tahun 1979 berlaku krisis antara Sultan Pahang dengan Abdul Rahim Bakar, Menteri Besar ketika itu. Media dan UMNO mengkritik Sultan Pahang.

4. Pindaan Perlembagaan tahun 1983. UMNO yang tidak puas hati bertindak mengkritik dan memalukan semua sultan di Negeri-Negeri Melayu.

5. Pindaan Perlembagaan tahun 1993. UMNO membuat kenyataan terbuka menghina raja dan mengadakan rapat umum menyokong Mahathir dan mengecam raja.

6. Pada tahun 1990, UMNO kalah teruk dalam pilihan raya di Kelantan. UMNO membuat demonstrasi dan menghantar memorandum untuk mengecam sultan yang dituduh terlibat dalam politik.

7. Annuar Musa menabalkan Sultan Kelantan Haram di bawah pokok pada tahun 1993.

8. Shahidan Kassim mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.

9. Muhammad Muhd. Taib melarikan Ku Yah dan menikahinya tanpa pengetahuan Sultan Selangor.

10. Penyokong-penyokong Idris Jusoh yang menderhakai Sultan Terengganu kerana enggan melantiknya semula sebagai MB setelah dipersetujui oleh Pak Lah membuat kain rentang bertulis "KAMI NAK IDRIS, NATANG".

11. Shahidan Kassim dan penyokong-penyokongnya menderhakai Raja Perlis apabila tidak dilantik semula sebagai MB setelah dipersetujui oleh Pak Lah.

UMNOlah satu-satunya parti penderhaka di Malaysia. Walaupun majoriti ahli UMNO Melayu, mereka sudah lupa akar Melayu. Mereka gagal memahami bahasa halus iatana yang telah digunakan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bacalah semula Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk memahami maksud sebenar "sembah derhaka". Jangan jadi manusia celaka apabila hentam kromo sahaja tentang isu ini. Dalam kes ini, Melayu-UMNO telah hilang kemelayuannya. Merekalah Melayu yang layu di bumi Malaysia ini. Bagaimanakah mereka mendakwa menjadi pembela Melayu? Tak dak kemaluan ke?

Kes ini telah menimbulkan bukan sahaja rasa meluat rakyat terhadap UMNO malahan juga rasa loya. Tidak habis-habis mereka menipu orang Melayu. Tidak habis-habis mereka menipu kaum-kaum lain di negara ini. Lihatlah nanti pengajaran rakyat terhadap mereka. Harus diingat bahawa sedikit demi sedikit, hari demi hari. mereka sedang menderita ketulahan akibat perbuatan-perbuatan derhaka itu.

ISU KRISIS PERLEMBAGAAN

Rakyat telah menerima hakikat bahawa UMNO/BN telah merampas kuasa di Perak. Mereka menyembunyikan dua ADUN PKR, kemudian seorang ADUN DAP, dan memaksa ADUN UMNO yang memasuki PKR kembali ke UMNO sebagai taktik kotor untuk memperdaya sultan supaya setuju memberi kuasa kepada UMNO/BN.

Hingga kini, krisis itu tidak selesai malah merebak dari hari ke hari. Kedua-dua pihak, iaitu PR dan UMNO/BN naik turun mahkamah sahaja kerjanya. Bila mereka ambil tahu masalah rakyat pun tak taulah.

Bila mahkamah tolak saman pemula Sivakumar, Muhammad Muhd. Taib yang terkenal sebagai oportunis itu terus percaya laporan akhbar dan TV3 yang bengong itu bahawa tiga ADUN BEBAS itu diakui sah kedudukan mereka di DUN. Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan fakta songsang itu untuk berkempen. Semua yang ada di hadapannya ditipu bulat-bulat.

Itulah imej sebenar pemimpin UMNO/BN. Merekalah penipu. Merekalah samseng. Merekalah pengkhianat. Merekalah perasuah tegar. Merekalah orang kaya tegar. Merekalah yang menolak hudud. Merekalah yang tidak berkualiti. Merekalah yang tiada kredibiliti. Merekalah yang tiada integriti.

Rakyat pasti menolak UMNO/BN berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas yang kesemuanya dibentangkan dengan bukti nyata dan sahih. Tiada gunanya untuk menipu anda semua. Sokonglah Pakatan Rakyat. Kekalkanlah kemenangan untuk rakyat.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

Silapmata lama - Putarbelit Najib berkesankah?

Membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan beri permit akhbar alternatif adalah trick lama yang kerap dibuat PM-PM penyapu baru lalu, sejurus saja lepas mengangkat sumpah.

Soal bunuh Altantuya dan rasuah senjata tentera terkial-kial cuba dikambus. Kini rakyat tertunggu-tunggu Islam apakah yang mahu dicipta Najib, setelah Islam Hadadahari PM lalu gagal menipu rakyat.


Banyak cadangan dibuat, antaranya:

1.) Islam Awang-liku
2.) Islam C4 Monggolia
3.) Islam Rosmah
4.) Islam Scopene
5.) Islam Ziana
6.) Islam Bank-bebas Labuan
7.) Islam Bibir-merah
8.) Islam ..............



Hadiah gula-gula Najib berkesankah?
Oleh RAWI

"Langkah pertama ds najib sebagai perdana menteri bermula positif dengan mengambil hati dan sentimen rakyat ketika, dengan membebaskan tahanan seramai 13 orang tahanan isa dan pembenaran akbar parti politik untuk beroperasi semula

namun demikian sudah jadi lumrah setiap kali perlantikan perdana menteri untuk membebaskan sedikit sebanyak tahanan politik untuk menunjukkan keterbukaan seorang perdana menteri, kesemua lima perdana menteri yang baru dilantik semuanya telah berbuat sedemikian yaitu membebaskan tahanan politik.


ds najib dalam pidato pertamanya untuk pidato kenegaraannya mengumumkan untuk membebaskan tahanan isa dan membenarkan peredaran kembali organ parti Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.

Orang UMNO Perak "Jahanamkan Melayu Perak"

Umno Perak terutama Dato’ Zambry ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.


Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zambry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)


200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.


Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Derhaka Dahulu, Kini dan Selamaya...???

"siapakah yang paling derhaka?PR?

UMNO PENDERHAKA KEPADA SULTAN

Media cuba memutar belitkan perkataan derhaka yang diucapkan oleh YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar Menteri Besar Perak ketika mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada 5hb Feb 2009.

Apabila YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar tidak bersetuju supaya beliau meletak jawatan, sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan maka inilah istilah yang kena disebut iaitu “sembah patik sembah derhaka”. Ini bahasa istana. Bukan bahasa percakapan dengan Saad jual putu mayong. Kenapa media dan pemimpin Umno di negara ini pekak badak sangat sampai tidak reti bahasa yang perlu digunakan dalam istiadat dengan istana. Mereka ini tidak lulus Bahasa Malaysia ka? Sampai tidak faham penggunaan bahasa rasmi di istana.

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin Umno penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.

uMNo Bakal Jd Boneka MCA???

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar" - petikan malaysiakini.com

SEKARANG KITA TENGOK SIAPA BONEKA SIAPA?
DULU DEPA DOK KATA DS NIZAR BONEKA DAP LA NI UMNO PULAK BAKAL JADI BONEKA MCA?????

WAHAI ORANG2 UMNO DAN PEMIMPIN UMNO BAGI SAJALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI KAT ORANG CINA MCA.MEREKA KAN BERKONGSI KUASA BERSAMA UMNO.

ORANG YANG PATUT DI BERI JAWATAN TPM ADALAH AHLI2 PARLIMEN DARI SABAH DAN SARAWAK.KERANA MEREKA MENYUMBANGKAN SEPARUH KERUSI DALAM PARLIMEN.

NAJIB BAKAL MEMIPIN NEGARA TIDAK SAMPAI 30HARI.KALAU PALING LAMA PUN 3BULAN SAJA.PEMIPIN MCA NAK JAWATAN TPM PEMIMPIN SABAH SARAWAK PUN NAK TPM.

PAKAI GULUNG TIKARLAH BN TAK LAMA LAGI.

INSYAALLAH KITA AKAN DAPAT PERDANA MENTERI BARU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN BAKAL JD TUN ANWAR IBRAHIM.

TIMBALAN PERDANA MENTERI PULAK DATU SERI HADI AWANG.

HIDUP NEGARA ISLAM BARU MALAYSIA BEBAS DARI JENAYAH DAN GEJALAH GEJALAH SOSIAL YANG AMAT TERUK.TAK PAYAH DOK TENGOK POLITIK WANG,RASUAH.. TENGOK DULU ANAK2 MUDA APA JD?PEKERJAAN?GEJALAH2 TAK ELOK.BENDA KECIK NI PUN UMNO TAK BOLEH SELESAI LG......

An updated guide to new Malaysian terms

Ahh, don’t you miss the good old days, when life was simpler and words meant what everyone understood it to mean.

Things are much more difficult these days. But fret not, cos here’s a rough guide.

Mongolia Mari/That woman: refers to murdered Mongolian woman Altantuya.

Katak: a term used to describe elected MPs and state reps who jump parties.

Jelapang Whore: refers to a certain female state rep from Perak.

To be a Kugan: To die in police custody.


CAT: used to refer to the feline family. Now it’s an acronym of Competence, Accountability and Transparency.

Technical visit: Holidays and shopping trips by local politicians and their families to places like Disneyland, Dubai and Paris.

Old ways: Referring to a time when Umno was stronger; where every taxi permit had to be endorsed by and Umno division chief, among others.

Balkis: A Travel and Shopping Club for wives of Umno politicians. membership includes free luxury shopping, gifts and travel.

Bapak Koridor: the politician formerly known as Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jimat: a term that used to mean savings or frugality. Now it means to “neutralise” a target. This is an internal code among the Police Special Forces (UTK).

Glokal: To rape country’s coffers and use the money for international visits.

BABI: formerly used to refer to the swine family. Now used in Umno circles as an acronym of Brother Anwar Bin Ibrahim.

Phantom voter: Dead people exercising their democratic right.

Democracy Tree: A certain tree underneath which a historic and unusual meeting took place.

Reservoir Dogs: Perak Assembly Speaker V.Sivakumar’s team of bodyguards.

Permodalan Negeri Selangor Bhd: The party that picks up the tab for political wives’ shopping and travel.

Kita kan Serumpun: the phrase used to justify how come a first generation Malaysian could be MB of a state when there are three generations of people still with Red IC.

Traitor: Anyone who questions Umno way of doing things.

Tempe: 1) A substance, the oral ingestion of which would make your sagging skin tight again. 2) A person who has successful treatment using above-mentioned substance.

Liposuction: A new way to die, for rich females of Malaysia.

Money politics: A whimsical way to describe buying your way into a political post. Ali Rustam still dunno what it means.

Merapatkan Saf: An Umno version of the huddle.

Kodomo Lion: The son of a guy once lauded as the Lion of Umno.

ISA: Ikut Suka Aku. The “Aku” refers to whoever’s in power.

To do a Bala: refers to an act where you make two contradicting statutory declaration, and then disappear.

Superpoke: To have allegedly anally violated someone against his will.

Katrina: A certain hotel in Batu Pahat with free CCTV coverage. Dunno if they offer breakfast.

2 Bukit, 1 Batang: Two hills and one river (what did you think??)

Destiny: refers to your firm conviction that it’s your hubby’s turn to be PM.

Specialist Instigators: what some insecure folks call bloggers.

Derhaka: a term to describe criticism of the sultans, when anyone other than Umno does it.

Now, feel better?

http://dansemacabre.wordpress.com/2009/04/02/an-updated-guide-to-new-malaysian-terms

Hapuskan Kemungkaran UMNO/BN

"UMNO berhasrat menjadi parti yang bersih dan kuat. Namun, hasrat itu tinggal impian semata-mata. Kesemuanya berpunca daripada nafsu serakah ahli-ahlinya. Aduan rasuah politik dalam peringkat bahagian sahaja mencecah lebih 900 kes.

Kes yang diselesaikan boleh dibilang dengan jari. Ini bermakna pemimpin yang terpilih baru-baru ini tidak boleh mendakwa mereka bersih. Pemimpin-pemimpin yang kalah pun tidak boleh mendakwa mereka bersih. Mereka kalah kerana kedekut nak keluarkan banyak duit!!! Rasuah tetap juga diamalkan.

Maka terang dan nyatalah barisan kepimpinan itu berstatus ketam jika berhasrat untuk mengajak semua ahli UMNO menjadi pejuang yang jujur dan ikhlas membela bangsa, agama, dan negara. Ketam telah dijadikan Allah sejak azali tidak berupaya mengajar anaknya berjalan betul.

Sehubungan itu, rakyat berhak mencurigai kejujuran Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai Timbalan Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Naib Presiden UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Wanita UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Pemuda UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Puteri UMNO. Rakyat berhak mencurigai Ketua Putera UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ketua Bahagian UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua Ketua Cawangan UMNO. Rakyat berhak mencurigai semua ahli UMNO.

Tidak ada seorang pun yang waras dapat menerima kata-kata yang keluar dari mulut perasuah sebagai benar. Anak-anak muda yang diajar Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) di sekolah dan kini layak mengundi akan mentertawakan lakonan baik penceramah UMNO/BN. Semua penceramah itu akan membuang masa, wang, dan tenaga untuk memujuk pengundi yang semakin meluat kepada UMNO/BN. Mereka hanya berdaya memujuk ahli UMNO yang buta hati untuk menyebelahi mereka.

Jangan buat andaian semua ahli UMNO bersetuju dengan apa-apa yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Ada antara mereka yang tak suka calon yang dipilih. Ada antara mereka sudah tahu perangai buruk calon yang dipilih. Ahli-ahli UMNO yang tidak sehaluan ini akan memilih sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi Pakatan Rakyat.

Golongan muda dan tua yang bermaruah di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air! Anda percayakah kepada luahan hati yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin? Anda percayakah luahan hati Muhyiddin Yassin? Anda percayakah luahan hati Muhammad Muhd. Taib? Anda percayakah luahan hati Zahid Hamidi? Anda percayakah luahan hati Zambry Kadir?

Jangan sekali-kali percaya kepada perasuah tegar / pemimpin yang bersekongkol dengan perasuah / pemimpin yang turut menghalalkan amalan rasuah ini. Jika anda dekati mereka, anda akan terikut-ikut dengan perangai buruk mereka yang penuh dosa dan noda.

Saya percaya anda tidak bersetuju dengan perbuatan mungkar itu. Saya percaya anda berpegang kepada prinsip keimanan yang digariskan oleh agama yang anda anuti. Semua agama tidak merestui amalan rasuah yang penuh dengan tipu daya dan menyesatkan itu.

Marilah kita bina tamadun yang luhur berasaskan nilai-nilai kamanusiaan sejagat, yakni adil, sejahtera, berkebajikan, mesra rakyat, tidak elitis, dan mendokong konsep hidup bersama. Bersama-samalah kita bersatu menentang rasuah agar belitannya yang membelenggu dapat diuraikan. Kita cantas semua perasuah dan bakal perasuah yang menjahanamkan negara ini. Kita hapuskan rasuah hingga ke akar umbinya.

Rasuah laknatulLah kini bersarang dalam UMNO/BN. Menjadi tugas kitalah untuk menghapuskan mereka. Mereka mengganggu kehidupan kita. Mereka merampas hak kita. Mereka merompak hak rakyat yang tidak berdaya. Sementara kita masih diberi masa untuk bertindak, usahlah berlengah. Lakukannya dengan segera.

Semua pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air; tak kira tua atau muda; kaya atau miskin, lelaki atau wanita; Melayu, Cina, India, Iban, atau lain-lain; tanamkan kebencian yang sedalam-dalamnya pada rasuah. Tanamkan iltizam yang teguh untuk berjuang menghapuskan rasuah tanpa bergantung kepada SPRM yang menjadi rakan seperjuangan UMNO/BN. Sokonglah Pakatan Rakyat. Kekalkan kemenangan untuk rakyat!!!!

Langkah Pertama Najib sebagai PM6

Penggantungan akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan telah ditarik balik serta merta,juga membebaskan 13 tahanan ISA.Begitulah sebahagian dari isi ucapan sulung PM Najib yang baru disiarkan pada jam 8.10 malam tadi.

Ini mengambarkan langkah mesra rakyat yang harus kita beri pujian dan ucapan terima kasih,juga Najib akan berkerjasama dengan pihak pembangkang yang menguasai beberapa negeri secara baik dan tolak ansur.

Olih itu buat masa ini adalah menjadi kewajaran bagi kita untuk berpersangka secara baik pada PM Najib ini,semuga ia akhir nya akan memerintah Malaysia in mengikut pertunjuk Allah.

Buat masa ini juga rakyat akan memerhati dengan penuh tumpuan pada perkembangan yang selanjutnya yang akan dibawa olih Najib.Rakyat Malaysia sudah tentu nya berharap agar kerharmonian hidup akan terjaga walau pun selama ini kita berlainan parti dan perbezaan perjuangan.

InsyAllah selepas ini akan banyak lagi perubahan yang akan dibawa olih PM Najib,biarlah ia berlaku secara tersusun dan teratur,kami dari pihak PR akan memberi kerjasama dalam setiap ruang yang masih lagi membawa kebaikan pada kepentingan rakyat.

Sebagai kesimpulan mari lah kita berpolitik secara matang dan bermaruah,kita akan menghulur tangan secara baik bila mana huluran tangan itu atas niat yang baik."

Terkini Tentang Najib-4?

Datuk Seri Najib Razak memulakan lembaran baru pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversi.

Dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah menerajui negara, Najib juga menarik balik larangan penerbitan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, dan Suara Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) yang digantung permit bulan lalu.

"Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

Apakah ada ‘udang di sebalik batu’?

Untuk maklumat dan artikel terkini sila layari laman blog penulis di;

http://puteraazhari.blogspot.com/
"

Hadiah gula-gula Najib berkesankah?

Langkah pertama ds najib sebagai perdana menteri bermula positif dengan mengambil hati dan sentimen rakyat ketika, dengan membebaskan tahanan seramai 13 orang tahanan isa dan pembenaran akbar parti politik untuk beroperasi semula

namun demikian sudah jadi lumrah setiap kali perlantikan perdana menteri untuk membebaskan sedikit sebanyak tahanan politik untuk menunjukkan keterbukaan seorang perdana menteri, kesemua lima perdana menteri yang baru dilantik semuanya telah berbuat sedemikian yaitu membebaskan tahanan politik.


ds najib dalam pidato pertamanya untuk pidato kenegaraannya mengumumkan untuk membebaskan tahanan isa dan membenarkan peredaran kembali organ parti
Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA klik untuk bersahabat dengan bawean termenung

Jumaat, 3 April 2009

PM ke 6 penuh kontroversi.

Sah! Najib Tun Razak menjadi PM ke 6 setelah diperkenankan oleh Sultan Mizan selaku Yang Dipertuan Agong Malaysia. Kesemua perlantikan PM Malaysia bermula Tunku Abd Rahman hingga Abdullah Badwi berlaku dalam situasi tiada kontroversi. Rakyat samada penyokong kerajaan maupun pembangkang tidak melihat setitik habuk keburukan pada susuk tubuh PM Pertama hingga Kelima. Apatah lagi pada isteri mereka yang bergelar Wanita pertama.

Tetapi situasi ini berbeza pada Najib. Najib menduduki Sri Perdana dalam situasi penuh kontroversi yang membalut susuk tubuhnya dari hujung rambut hingga hujung jari kakinya. Bahkan isterinya Rosmah juga terkena tempiasnya.

Isu kontroversinya Najib bukan sahaja diperkatakan oleh rakyat tempatan dan pembangkang bahkan oleh akhbar luar negeri. Akhbar Perancis, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Indonesia memperkatakan tentang pembunuhan kejam gadis Monggolia. Dan terselit nama Najib dan Rosmah dalam artikel berkenaan.

Sejarah keberitaan akhbar dunia TIDAK PERNAH melaporkan berita rekod buruk PM Malaysia bermula dari Tunku hingga Pak Lah. Hari ini nampaknya rekod bersih itu "pecah". Nama Najib timbul di akhbar-akhbar berpengaruh dunia.

Dunia semakin berminat dengan Malaysia. Ooops maaf! Bukan berminat untuk melabur tetapi ingin tahu tentang cerita Najib. Dunia ingin tahu bagaimana "cekap"nya Jabatan Imigresen memadam kan rekod kemasukan gadis Monggolia itu ke Malaysia. Dunia ingin tahu bagaimana "bersatupadu"nya pendakwa dan peguambela bangun serentak membantah isu gambar Najib dan gadis Monggolia itu. Dan dunia ingin belajar bagaimana senangnya C4 dikeluarkan dari depotnya dan siapa membenarkannya?

Jika Tunku Abdul Rahman dikenali Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Husein Onn Bapa Perpaduan, Mahathir Bapa Pemodenan dan Abdullah Badwi Bapa Islam Hadhari maka Najib apa pula gelaran yang selayak baginya ? Bapa Komisen atau Bapa C4 ?

Ingat! Bush dikenali sebagai "Ibu Segala Peperangan" !

Rakyat Malaysia mengharapkan Najib perlu bersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan terhadapnya. Sekadar sumpah dengan Al Quran, budak KEMASpun boleh buat. Najib perlu saman akhbar dan individu yang menuduhnya.

Jika Anwar sanggup dipenjarakan dan dipecat dari TPM demi menegakkan kebenaran dan maruah diri, apakan Najib sekadar membisu. Membisu bermakna seolah-olah berita itu benar dan tiada yang tidak benar! Semuanya benar !

Apa yang pasti sepanjang khidmat Najib jadi PM, sudah pasti lawatan rasmi ke Mongolia tidak akan berlaku.

Selamat bertugas Wahai Putera Tun Razak.

Tahanan ISA bebas, tarik balik penggantungan permit

Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib hari ini telah membuat pengumuman yang mengejutkan bersempena dengan hari pertama beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

1. Menarik balik penggantungan permit Akhbar Harakah dan Suara Keadilan berkuat kuasa serta merta.
2. Membebaskan 13 orang tahanan ISA berkuatkuasa serta merta
3. Bersedia mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa apa yang diumumkan oleh Najib sekadar gimik untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat dan komponen BN. Imej kerajaan BN yang tercalar teruk perlu dibersihkan segera sebelum rakyat membuat referendum di dalam 3 pilihanraya yang akan berlangsung pada 7 April ini.

Rakyat perlu dihakis daripada mempercayai bahawa BN menggunakan Jentera Kerajaan didalam Pilihanraya, sistem demokrasi didalam negara kita mengalami kepincangan yang teruk, Rasuah menjadi amalan lazim dalam UMNO dan BN, Penyelewengan oleh Kroni tidak salah dan tidak boleh didedahkan dan berbagai lagi kebobrokan yang melanda rakyat marhaen di negara kita.

Saya pasti ramai diantara kita yang tidak sempat melihat siaran langsung dikaca tv sebentar tadi, sudah tentu alasan boikot terpacak difikiran anda. Selepas ini kita bakal melihat begitu banyak transformasi yang akan dilakukan oleh Najib. Langkah pertama bermula dengan rombakan kabinet selepas PRK kali ini.

Terlintas di benak ini apakah mungkin langkah menggantung permit 2 akhbar tersebut merupakan taktik pertama untuk menjayakan gimik beliau pada malam ini. Mereka-reka alasan yang tidak munasabah untuk menggantung permit mereka dan kemudian berlagak bermurah hati setelah mendapat jawatan yang diidamkan pada hari ini. Barang kali inilah 'April Fool' versi Najib.

Najib, UMNO dan Barisan Nasional akhirnya akur dan menerima bahawa ISA ini zalim. maka dengan itu terpacullah daripada bibirnya yang merah itu untuk membebaskan tahanan dan mengkaji semula akta itu. PAS dan Pakatan Rakyat telah lama kehadapan dalam memperjuangkan isu kezaliman ISA. Persoalannya, kenapa baru sekarang Najib membebaskan tahanan ISA? Adakah Abdullah lebih zalim daripada Najib? Tidak lain tidak bukan untuk meraih semula sokongan rakyat yang semakin menghakis keatas Kerajaan BN.

Desas-desus yang mengatakan bahawa rakyat akan bangkit berdemonstrasi untuk memansuhkan ISA telah sampaikan ketelinga team Najib. Oleh itu tindakan tersebut dilihat dapat meredakan kemarahan rakyat diatas kezaliman kerajaan BN lantas Najib mengambil peluang tersebut pada malam ini juga. Rakyat akan terus memerhati dan akan bertindak bila sampai masanya.

Walau apa pun, Tahniah kepada Najib dan Takziah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana mendapat seorang PM yang dilingkari dengan kes pembunuhan gadis Mongolia & rasuah Kapal Selam Scorpene.

Sila Layari :
http://pemudabersamamu.blogspot.com

Aku malu Najib sebagai Perdana Menteri

Sudah biasa didengari dan sudah pun menjadi buah mulut satu dunia, bahawa Najib telah tercemar namanya di persada dunia dengan kes Altantuya. Bertambah teruk apabila hari ini beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau yang mempunyai reputasi yang buruk ini, telah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah anda selaku rakyat Malaysia, tidak rasa malu dengan kenaikannya?

Bagi saya, saya rasa teramat malu kerana mendapat perdana menteri sepertinya. Saya tidaklah berniat melanggar arahan “jangan sebut Altantuya”, tetapi, saya meluahkan rasa janggal dengan kenaikannya tersebut. Masalah yang parah di sini ialah, apabila kes Perdana Menteri ini didengari seluruh dunia! Bukan hanya bualan di kedai kopi sahaja.

Satu ketika dahulu, ketika zaman Mahathir menjadi PM, saya pernah melancong ke United Kingdom, saya menaiki sebuah teksi. Pemandu teksi itu bertanya kepada saya, “kamu datang dari mana?”, Saya menjawab, saya adalah orang Malaysia. Pemandu teksi itu membalas, “Perdana Menteri awak bernama Mahathir kan?”, saya mengangguk mengiyakannya.

Pemandu teksi itu mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang bagus, dikenali di seluruh dunia, dan dia mengaku bahawa dia menyukai cara pentadbiran Mahathir ketika itu. Saya hanya mendengar, tetapi, hati ini berkata sendirian, “kalaulah engkau tahu hakikat sebenar, sudah pasti engkau akan mengutuk Mahathir…”

Bagaimanapula hari ini? Saya khuatir sekiranya saya pergi melancong ke mana-mana negara, dan apabila ditanya soalan yang sama, bagaimanakah saya hendak menjawabnya? Bayangkanlah sekiranya pemandu teksi itu bertanya “Perdana Menteri awak ialah Najib bukan?, tolong jelaskan kepada saya tentang kesnya dengan Altantuya…”




Ya, saya yakin, muka ini akan tebal setebal-tebalnya. Saya juga yakin, tiada seekor habuk pun orang UMNO yang mampu menjelaskan perkara sebenar. Ini kerana apabila Gobind bertanya sendiri kepada Najib, beliau gagal menjelaskannya, lalu menyalahkan orang yang bertanya pula. Apatah lagi orang-orang UMNO? Mampukah mereka menjawabnya, sedangkan tuan punya badan sendiri tidak mampu menjawab?

Itulah realiti hari ini, saya tidak merasa bangga memiliki Perdana Menteri yang bernama Najib, kerana namanya telah tercemar. Sebelum ini, beliau sudah diperingatkan beberapa kali supaya membersihkan namanya, namun, sampai hari ini, beliau masih terkulat-kulat untuk mendiamkan manusia di seluruh dunia daripada menyebut nama Altantuya.




Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Saifuddin: Akan ada kejutan besar esok

KUALA LUMPUR, 3 APRIL (SK) - PENGARAH Strategi keADILan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihan raya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.

Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK, Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihan raya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihan raya kecil tersebut.


Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.


Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.


“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihan raya kecil ini,” katanya.

sumber : Suara Keadilan Online.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
http://007malaya.blogspot.com/
http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

8 Perkara yang ada pada Nizar tidak ada pada Dr Zambery

Sebelum ini ketika isu Masjid Simpang hangat, Zambry telah mengatakan bahawa dia juga boleh menjadi imam solat, memberi tazkirah dan menafsirkan ayat al Quran. Kata-kata ini beliau lemparkan kepada Nizar yang baru sahaja selesai mengimamkan solat atas kehendak makmum. Tetapi, apabila melihat 8 gambar ini, saya yakin, Zambry tidak mampu menirunya. Dan saya turut mempersilakan beliau berbuat demikian.


Nizar senyum dengan ikhlas.. Zambry senyum kambing..


Nizar bercakap benar… Zambry berkata benar?


Nizar menghormati ulama’.. Zambry membantai ulama’..


Nizar mendampingi dan berjuang bersama ulama’,.. Zambry.. berjuang bersama duit..


Nizar menjadi imam Solat Jenazah dan mentalqin jenazah… Zambry?


Nizar makan di warung.. Zambry tak maiinnn laa..


Nizar serbu kubu lawan di Bukit Gantang.. Zambry baling batu dari belakang semak


Nizar MB pilihan rakyat … Zambry MB Haram… Takbirr!!
(http://drfikrah.blogspot.com)

Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6

Baru terbaca berita di pemudabesut.blogspot .com yang menyatakan ‘Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan’.

Gembira juga kalau ia benar-benar berlaku namun takdir Allah mendahului perancangan dan usaha manusia.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk menghindar Najib jadi PM termasuk usaha terakhir, Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun apakan daya, dalam sebuah negara ‘Malaysia Boleh’ ini, segala yang buruk boleh diangkat menjadi pemimpin. Manakala yang baik pula ditindas dan dianiaya.


Berita terbaru yang dilaporkan Utusan Online dan Berita Harian Online bahawa Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke 6 begitu menghibakan.


Cukuplah kalamullah dari ayat 216 Surah al-Baqarah ini menjadi penawar bagi kita,

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. “


Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang akan berlaku dan rahsia yang tersirat.


Lagikan Firaun yang mengaku tuhan itu, Allah izinkan dia berkuasa di Bumi Mesir. Namun kuasa Firaun tidak lebih dari istidraj bagi hamba yang takabbur sepertinya. Akhirnya, kuasa Firaun tenggelam bersama jasad Firaun dalam belahan laut mukjizat Nabi Musa.


Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Anbiya’ ayat 35,

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”


Biarkan Najib dengan amalannya. Moga di penghujung hayatnya, dia masih sudi dan mahu kembali kepada Tuhan.



Manakala kita tetap akan terus menolong menyekat Najib dan para sekutunya dari menzalimi rakyat marhaen.


Kita lakukan itu semua kerana menunaikan amanat Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi,

انصر أخاك ظالما أو مظلوما
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi.”


Hadis direkod Imam Bukhari.



Moga cebisan hidup kita yang tersisa ini mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.


Tahniahlah Najib! Impianmu tercapai jua walau ia sangat menyedihkan kami, pendokong Pakatan Rakyat. Hu..hu..hu..



Ummu Abbas
7 Rabiul Akhir 1430H
1.06pm
http://keranacinta.wordpress.com/