Jumaat, 18 Jun 2010

Didakwa hari ini

Oleh Nor Azura Abdul Jalil


zura@hmetro.com.my

2010/06/17 PETALING JAYA: Pelawak berusia 41 tahun yang ditahan bersama lima lagi suspek termasuk seorang wanita berhubung kes penyalahgunaan dadah dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.





SAMBUNG REMAN...pelawak (tengah) bersama rakannya dijangka dituduh hari ini. Semalam, Majistret Nur Afida Idris membenarkan perintah reman terhadap keenam-enam suspek itu disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Pelawak yang memakai baju reman warna oren diiringi beberapa anggota polis tiba di mahkamah kira-kira 10.35 pagi. Turut kelihatan di mahkamah, beberapa ahli keluarga suspek.



Pada 13 Jun lalu, akhbar melaporkan pelakon dan pelawak yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan menganggotai sebuah kumpulan komedi terkenal itu ditahan di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam.



Ketika serbuan, pelakon komedi terkenal itu bersama suspek lain yang semuanya berusia antara 20 dan 30-an berada dalam sebuah apartmen yang dipercayai miliknya.



Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti bahan larangan terbabit mendapati ia untuk kegunaan sendiri.Semua suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati mereka positif ganja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan