Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Tulis salah, tak tulis terbuku pulak rasa dihati ini apatah lagi tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada pemimpin atasan PAS yang selama ini telah memimpin PAS seperti nakhoda kapal menuju rintangan demi ringatan untuk sampai sejauh ini.Tidak mudah mengemudikan perjuangan ini dan tidak mudah untuk menjadikan UG dan isu muzakarah sebagai peluru getah untuk menembak para pemimpin tersebut.
UG sebenarnya sudah lama dilupakan oleh jemaah PAS yang ada no ahli atau yang memegang jawatan di cawangan masing masing tetapi masih dialunkan oleh sekelompok luncai luar parti dan blogger celaka.Kenapa mereka begitu bersungguh sungguh untuk membuktikan ada pemimpin PAS mahukan UG sehingga yang paling menonjol melibatkan Tok Guru presiden?Hanya ALLAH sahaja maha mengetahui.Namun apa yang aku faham tentang UG yang pernah diungkapkan oleh Tok Guru presiden ialah penyertaan semua parti dalam membentuk kerajaan tidak semestinya hanya melibatkan PAS dan UMNO.Ini bermakna UG masih boleh dibina tanpa UMNO dengan penyertaan parti parti lain.Itu kefahaman aku tetapi luncai luar parti termasuk beberapa orang wartawan, termasuk penyumbang artikal di TKO,termasuk beberapa forumer di TKO, termasuk blogger celaka dan termasuk team PAS Reform tetap mendefinasikan UG sebagai kerjasama PAS dan UMNO.
Hujah paling dangkal pernah aku dengar ialah presiden PAS sedang membohongi dan menipu jemaah kerana UG ini.Hujah ini telah membawa team PAS Reform ke Putik untuk melanggar Tok Guru Presiden mungkin dengan tujuan membuktikan kepada jemaah betapa Tok Guru berbohong dan menipu jemaah.Dengan hujah ini jugalah PAS Reform beriya iya sangat untuk membersihkan PAS dari segala gejala pembohongan presiden dan bersungguh sungguh untuk mempengaruhi jemaah menukar presiden.
Tetapi alhamdulliah ahli jemaah yang ada kad keahlian dan yang memegang jawatan di cawangan tidak mudah membeli hujah sebegini kerana mereka tahu bahawa muzakarah dan UG sudah jadi sejarah.Mereka juga kenal dengan Tok Guru presiden lebih dari kenal dengan luncai dan blogger celaka serta PAS Reform yang diketuai oleh seorang blogger yang pernah ditangkap kerana menghina almarhum Sultan Johor.Mereka semua tahu bahawa Tok Guru tidak akan bercakap dengan percakapan yang lagho kerana itu mereka awal awal lagi menolak dakwaan bahawa Tok Guru berbohong atau menipu.
UG sudah dilupakan oleh jemaah PAS walaupun si luncai dan blogger celaka enggan mengakuinya.Begitu juga PAS Reform yang menggunakan UG untuk membuktikan sesuatu dan ingin menunjukkan mereka lebih baik tarbiyahnya berbanding tarbiyah ahli PAS sedangkan aku yakin tak seorangpun dari mereka yang terlibat dengan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.Kalau mereka pernah terlibat pasti mereka mengetahui betapa payahnya untuk menghidupkan perjuangan ini dan betapa sukarnya menyahut seruan pepimpin untuk merealisasikan PAS FOR ALL.
Aku sendiri sebagai naib ketua cawangan sering menerima sms peringatan dari SUK DUN untuk hadir ke perjumpaan DUN kerana sering kali terlupa kerana komintmen harian yang sibuk.Dan banyak kali aku gagal hadir ke perjumpaan DUN kerana komintmen itu.Begitu juga di peringkat cawangan, hanya ada 4 /5 orang sahaja yang hadir ke mesyuarat AJK dan sehingga kini rancangan PEMUDA MASUK KAMPUNG yang aku rancang di cawangan aku tidak dapat dijalankan kerana tiada sambutan dari kalangan pemuda.Sebabnya yang diberitahu kepada aku ialah pemuda sekarang lebih suka masuk hutan melihat beruk dan kera dari masuk kampung membantu orang kampung apa yang patut.
Itupun setelah aku ajak mereka merenung kembali betapa bodohnya pekerja parti semasa PRU 12 lalu kerana UMNO dengan segala kemudahan yang ada sudah mempengaruhi orang kampung sejak 4 tahun sebelum PRU.Oleh itu walaupun kerja PRU cawangan aku hebat dengan penyertaan ramai pemuda tetapi kehebatan itu tidak mampu menambah bilangan undi kerana sekatan yang sudah dibuat oleh UMNO.Akibatnya menang sorak kampung tergadai jadi aku cuba ingatkan para pemuda ini apakah kita mahu lagi jadi Pak Kadut di PRU akan datang?Kerana itu kita kena mulakan sekarang.Masuk kampung, buat gotong royong sambil berlibur, jumpa orang kampung dan sedarkan mereka betapa selama ini mereka ditipu oleh UMNO dengan duit ehsan dan bantuan yang tak seberapa.
Tetapi masih tidak ada sambutan sehingga kini.Aku kira masalah ini perlu penyelesaian segera untuk melihat syariat dan syiar Islam tertegak di bumi Malaysia bukannya sibuk dengan UG.Jadi adalah lebih baik bagi PAS Reform memikirkan unnuk menyumbang kearah penyelesaian masalah ini kalau benar benar mereka ikhlas dalam perjuangan.Soal presiden biarkan muktamar yang tentukan seperti sedang diamalkan oleh PAS sekarang.Tak perlu reform apa apa kerana yang lebih perlu untuk reform ialah modal insan untuk gerak kerja kemasyarakatan.
Hujah lain yang aku utarakan kepada para pemuda cawangan aku ialah kesukaran mereka untuk mencari kerja sehingga ada yang dah bertunang hampir setahun tetapi masih tidak mampu untuk berkahwin kerana ketiadaan kerja tetap.Aku katakan kepada mereka bahawa sekiranya keadaan tidak diubah sekarang, ianya akan menjadi lebih teruk dan yang merasakan segala kesulitan itu nanti ialah generasi pemuda sekarang.Dengan hujah inipun aku masih gagal mendapat kerjasama untuk merealisasi projek MASUK KAMPUNG.
Oleh itu kepada team PAS Reform terutamanya, nasihat aku hentikan segera projek sia sia langgar Hadi dan marilah bersama sama memikirkan cara terbaik untuk menyedarkan rakyat betapa perubahan amat amat diperlukan sekarang.Begitu juga luncai luar parti dan blogger celaka hentikan kerja kerja anjing menyalak bukit itu sekiranya anda semua mahu melihat PAS bersama PR mengambil alih putra jaya.Tetapi sekirannya anda terus dengan kerja bodoh anda itu, perjuangan ini tidak akan terhenti kerana kerja kerja anda tetapi akan diteruskan sesuai dengan pemanduan yang dibuat oleh para pemimpin.Tiada keraguan tentang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan