Isnin, 27 September 2010

Ijtima' Tarbawi : Dah Nak Sampai!


1. Setelah sekian lama menanti , kini saat dan detik yang ditunggu - tunggu semakin hampir tiba. Hanya 8 hari sahaja lagi . Para pencinta Amal Tarbawi tentunya tidak sabar menanti saat tersebut [ Ijtimak Tarbawi ] yang telah dijadualkan berlangsung pada 1, 2 dan 3 Oktober 2010 di Perkarangan Masjid Rusila.

2. Insyaallah , seluruh EXCO DPP Pusat , Negeri dan Kawasan termasuk Jawatan Kuasa Pemuda Cawangan telah bersedia untuk hadhir memberikan komitmen yang tinggi . Bukan sahaja untuk menjayakan Ijtimak tersebut tetapi untuk menimba segala khazanah Amal Tarbawi yang akan disediakan sepanjang Ijtimak Tarbawi ini.

3. Tidak perlu saya ulangi objektif ijtimak dan apakah keperluan mendesak [ kerana asasnya telah saya nyatakan dalam posting yang terdahulu - posted 1 dan posted 2 ] yang mewajarkan seluruh anggota atau organ Dewan Pemuda PAS hadhir kerana saya sangat yakin , semua telah menyedari dan menginsafi keperluan Amal tarbawi dalam perjuangan kita yang semakin mencabar mendepani halangan dan rintangan semasa.

4. Saya mengharapkan Ijtimak Tarbawi ini akan melonjakkan tahap keupayaan dalaman atau spiritual dan mental setiap anggota Pemuda\i PAS sebelum kita mengerahkan semaksima mungkin kekuatan fizikal guna memacu perjuangan sukar ini mencapai kemenangan yang berkualiti dan hakiki .

5. Ada sedikit persoalan yang timbul berikutan jadual Ijtimak ini sama tarikh dengan Jamuan Hari Raya PAS Pusat iaitu pada 3 hb Oktober 2010 . Apa boleh buat , kita tidak punya banyak ruang untuk mengelakkan pertindanan jadual kerja dan program dengan agensi - agensi lain dalam parti biarpun sedaya mungkin telah dibuat penyelarasan . Namun jadual Ijtimak pada 1, 2 dan 3 oktober kelak telah pun didokumenkan sejak julai lalu .

6. Saya telah berbincang perkara ini dengan Setiausaha Agong PAS dan secara asasnya DPP diberi kelonggaran untuk tidak menghadhiri Majlis Jamuan PAS Pusat kecuali beberapa DPP Kawasan yang terpaksa ditugaskan untuk penyelenggaraan majlis jamuan tersebut sementara yang lain memberi keutamaan kepada Ijtimak Tarbawi yang telah dirancang awal.
7. Saya juga mengharapkan kepada semua peserta agar hadhir dengan segala pengorbanan nescaya kita akan merasai kemanisannya lantaran menuai hasil dari keringat dan penat lelah sendiri . Susah sukar ditempoh dengan semangat untuk menjayakan Ijtimak ini sekaligus memantapkan Amal Tarbawi kita.

8. Menariknya , peserta atau DPP Kawasan sangat digalakkan membawa khemah masing - masing sementara pihak penganjur akan menyediakan buluh untuk memasang khemah . Insyaallah , penginapan kita di Ijtimak Tarbawi ini dalam bentuk perkhemahan [ mukhayyam ] di sepanjang pantai Rusila. Sementara masjid dan perkarangannya dijadikan tempat pengisian program dan mereka yang mahu beriktikaf sepanjang malam .

9. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua untuk menjayakan Ijtimak bersejarah ini . Abadikan hidup kita bersama perjuangan bersejarah ini . Mudah - mudahan kita termasuk dari kalangan pejuang yang istiqamah dan hebat .

10. Antara rahsia kenapa saya maklumkan sejak Julai lalu mengenai Ijtimak yang akan dilangsungkan pada bulan oktober ini ialah supaya semua peserta dapat membuat persiapan awal . Persiapan kewangan , mohon cuti dan sebagainya sehingga meminimakan ruang alasan untuk tidak hadhir kecuali hanya alasan yang benar - benar syarie . Semoga kita bertemu di Ijtimak Tarbawi di Rusila kelak insyaallah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan