PUTRAJAYA 29 Sept [5.00 pm] - Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr.S.Subramaniam berkata, jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO. "Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman. "Kabinet telah meminta KSN untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya. Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata, adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak.
[Sebenarnya isu Biro Tata Negara (BTN) ini pastinya tidak akan selesai selagi program tersebut tidak dibatalkan. Sememangnya program itu menjurus ke arah perkauman dan sebagainya. Kononnya Melayu perlu bersatu untuk mempertahankan negara ini dari dijajah semula oleh orang asing. Maka mereka menggambarkan kaum-kaum lain sebagai orang asing. Akhirnya lagu "anak kecil main api" dilagukan untuk memberi semangat kepada peserta. Akhirnya mereka yang menyertainya mempunyai perasaan yang meluap-luap terhadap kaum lain di negara ini. Walhal mereka lupa bahawa konsep 1Malaysia itu sendiri jelas mahu supaya rakyat bersatu padu dalam apa jua keadaan sekali pun. Tambah parah sekarang modulnya diubah pula kepada membenci parti pembangkang termasuk PAS dan PKR yang kononnya mahu menjual agama, bangsa dan negara kepada orang asing. Momokan inilah yang menyebabkan mana-mana peserta yang sudah melaluinya pasti akan terbawa-bawa di alam realiti seperti yang berlaku ini. Bubarkan BTN!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan