Rabu, 29 September 2010

Penganjur Program 'Kutu Ekspress' Di Hadapkan Ke Mahkamah Majistret Dekat Shah Alam Hari Ini


SHAH ALAM 28 Sept [12.51 pm] - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi kesalahan menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu yang dikenali sebagai Program Ekspres sejak dua tahun lalu. Sabbri Yusof, 49, dan Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak. Mereka sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menggunakan syarikat itu untuk menganjurkan pelaburan wang kutu Program Ekspres yang dilarang di bawah Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 antara 1 Disember 2008 dan 29 April lalu. Pasangan itu disaman mengikut Seksyen 3 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Kes itu akan disebut semula 2 November ini.
[Semoga pihak berkuasa dapat mendedahkan siapakah dalang disebalik kes pelaburan kutu rakyat ini. Ia telah lama berlaku dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang mahu mencari rezeki dengan mudah. Malah, lebih panas lagi ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang terlibat sebenarnya. Tambah parah, ada juga pemimpin yang turut sama terjebak dengan projek ini. Memang kita tahu dulu ia mungkin menjadi kenyataan, tetapi hari ini yang kaya raya ialah penganjur terbabit. Kerana setiap bayaran yang dibuat oleh ahli akan dikenakan caj tertentu. Tambah malang, ada pula yang mengatakan projek ini mendapat kelulusan Bank Negara dan sebagainya. Termasuk juga program Ekpress anjuran World Heritage Resources ini. Soalnya kenapa mereka boleh beroperasi sekian lama sebelum siasatan dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan ?].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan