Puluhan buah rumah di Kampung Empila, Melayu dan Mangka Semong rosak teruk
ASAJAYA: Puluhan buah rumah di tiga buah kampung di sini musnah selepas dilanda ribut kuat petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang itu beberapa buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut yang turut memusnahkan bumbung rumah serta atap-atap puluhan rumah yang lain dalam kejadian yang berlaku tidak sampai 20 minit itu.
Turut musnah ialah beberapa buah rumah yang dibina menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik beberapa penduduk kampung terbabit.
Penduduk kampung ketika ditemui ekoran kejadian itu masih tidak dapat berkata apa-apa selain hanya mengalirkan air mata kerana sedih.
Kipli Sebi dari Kampung Melayu ketika ditemui berkata, beliau tidak ada di rumah semasa kejadian itu berlaku.
Katanya, beliau bergegas pulang ke rumah sejurus mendengar berita itu dan hanya mendapati bumbung rumahnya telah putus dihempas ribut kuat.
Seorang lagi penduduk, Fatimah Samat, 30 dan Mohsen Sion ,39, ketika ditemui hanya mampu melahirkan rasa sedih masing-masing berhubung kejadian itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).., Abdul Karim Rahman Hamzah ketika dihubungi mengenai perkara itu berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kebajikan dan Pejabat Residen untuk membantu mangsa dan menghulurkan bantuan segera.
Katanya, pihak nanti akan menyediakan bantuan kecemasan kepada mereka yang terbabit.
“Saya telah meminta pihak kebajikan dan Pejabat Residen untuk melakukan sesuatu bagi membantu mangsa,” katanya.
Menurutnya, pihak berkenaan juga akan melakukan penilaian ke atas kerugian berikutan kejadian itu.
Beliau kemudian meminta supaya penduduk kampung berkenaan yang terlibat dalam kejadian itu supaya bersabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan