Rabu, 6 Oktober 2010

Kecoh Rasuah Lebih Hina Dari Kekecohan Biasa



Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kekecohan yang berlaku dalam PKR baru-baru ini adalah dek kerana sikap teruja dan emosi sesetengah pihak yang ingin memburu kemenangan. Akhirnya mereka mengabaikan tatasusila pada hari pemilihan. Berbagai insiden yang berlaku sebenarnya tidak dirancang dan ia terjadi secara spontan. Mungkin ada dua tiga kes yang berlaku pakatan sulit antara calon dengan pegawai petugas pemilihan. Namun, jumlahnya agak kecil, tambahan pula pegawai terbabit juga adalah "manusia biasa" yang tidak terlepas daripada kesalahan dan bakal menerima hukuman atas tindakan mereka. Namun, secara kesuluruhannya masalah yang berlaku adalah dek kerana tidak berpuas hati akibat nama tiada dalam daftar semakan. Sedangkan ahli terbabit tidak mahu menyemak terlebih awal nama-nama mereka sebelum tibanya hari pemilihan. Akibatnya mereka "naik angin" dan berang melihat ramai penyokong tiada nama untuk mengundi. Juga berlaku kekecohan kerena terdapat isu kertas undi telah ditandakan oleh orang lain "pengundi hantu" dan sebagainya. Semuanya ini adalah kekecohan biasa sebenarnya. Namun, masihkah kita ingat bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO?. Kebanyakkan daripada mereka melakukan amalan rasuah "politik wang". Lihat sahaja kepada Ali Rustam yang dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara politik wang.


Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani Kedah juga kecoh dengan amukan
para perwakilan yang menolak perlantikan semula Bekas Ketua Bahagian itu


Malah Jawatankuasa Displin parti itu mengesan lebih 700 gejala politik wang berlaku dalam pemilihan di seluruh negara. Ramai yang diambil tindakan termasuk digantung dan diberi amaran. Semua ini membuktikan bahawa kekecohan yang berlaku dalam UMNO itu lebih hina daripada apa yang digembar-gemburkan terhadap PKR. Dari segi moralnya, mana yang lebih hina, gejala rasuah dalam parti atau kekecohan kecil ketika mesyuarat parti?. Rakyat yang bijak sahaja boleh menilai parti mana yang "cakap tak serupa bikin" itu.

[Justeru itu, rakyat dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa agar tidak panik melihat apa yang dilaporkan oleh media arus perdana itu. Sesungguhnya mereka memang menjalankan tugas dan agenda UMNO BN bagi menghakis sokongan rakyat terhadap parti pembangkang. Apa yang penting, amalan demokrasi terus disuburkan dalam PKR biarpun mendapat kecaman dan komentar berbaur hasutan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Kita harus sedar bahawa apa yang dilakukan ini adalah permualaan ke arah erti sebuah demokrasi yang subur. Memang akan ada yang tidak berpuas hati dan kecewa apabila terdapat pihak lain yang menang dan melakukan penyelewengan. Biarlah jawatankuasa displin parti yang menentukan sama ada kes tersebut benar-benar terjadi atau semua kekecohan berkenaan satu provokasi yang sengaja dilakukan].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan