Ahad, 24 Oktober 2010

Program ETP: Pengumuman besar Isnin ini, kata Najib

October 23, 2010
KUALA LUMPUR, 23 Okt – Datuk Seri Najib Razak berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP) sudah sedia untuk digerakkan berikutan kedudukan ekonomi negara yang sudah pulih dan mantap.
Perdana Menteri berkata pengumuman besar mengenai program itu akan dibuat Isnin ini setelah dirumuskan dengan begitu teliti oleh kerajaan selama setahun.
Najib dijadual melancarkan pelan hala tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari tersebut.
Beliau yang merupakan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC di sini.
ETP adalah proses transformasi kepada ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang turut meliputi Model Baru Ekonomi (NEM) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Menyentuh mengenai kenyataannya turun padang ke negeri-negeri pada tahun depan bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membayangkan sama ada pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan, Najib berkata: “Mereka boleh membuat pelbagai tafsiran, tapi apa yang penting ialah bagi kami untuk bertemu dengan rakyat.” – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan