Isnin, 25 Oktober 2010

Sambutan hebat bukti rakyat Miri mahukan perubahan

Luar jangkaan dan amat hebat sekali. Itulah gambaran yang boleh diberikan sepanjang program sehari suntuk Pakatan Rakyat Miri bersama pimpinan pusat bersama penduduk Miri. Rakyat Miri yang dahagakan perubahan dari regim BN yang korup, telah memenuhi perkarangan lapangan terbang Miri seawal jam 900 pagi bagi menyambut kepimpinan PR Pusat. Diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR),Tuan Haji Muhammad Sabu(PAS),Baru Bian (PKR) ,Wong Ho Leng(DAP) hampir seribu penyokong dan rakyat Miri menyambut rombongan ini.









Rombongan disambut dengan bacaan doa AJK PAS Kawasan Miri ;Ustaz Ibn Daud disusuli paluan kompang . Selain itu tarian Naga juga dipersembahkan dibawa khas oleh DAP Miri. Setiba rombongan ke rumah Dr Teo(Ketua PKR Miri) ;pimpinan pusat bersama pimpinan setempat termasuk YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri,Fong PT(DAP) dan Edwin Dundang (SNAP) terus mengadakan sidang media . Dengan nada yakin ,Ketua Umum PKR menyatakan keyakinan bahawa semangat Sibu kini sudah tiba di Miri . Komitmen jitu 4 parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipamerkan di Miri merupakan satu lonjakan semangat bagi menghadapi Pilihanraya DUN yang amat penting tidak lama lagi.

Disebelah tengahari,rombongan pimpinan Pakatan Rakyat mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat yang telah mengemukakan memorandum aduan rakyat di Miri. Isu sekolah Cina;rampasan tanah adat ,masalah infrastruktur dan kelesuan Masjid dan Surau antara perkara yang dibangkitkan. Dalam ucapan aluan pimpinan setempat diketuai YDP Hj Jofri dan Dr Teo;kesemua pimpinan PR Miri sepakat bahawa masanya sudah tiba untuk BN menyerahkan mandat bagi ketiga tiga kerusi DUN Miri pada Pakatan. Dengan majoriti pengundi Bandar khasnya TiongHua sudah menyatakan keazaman untuk menukar pimpinan SUPP/BN yang ada sekarang;dengan sokongan padu serta gerakerja mantap antara semua parti ,pasti mampu menumbangkan BN.











Datuk Seri Anwar dan Hj Md Sabu dalam ucapan awal sebelah tengahari menyakan kekesalan yang amat sangat pada BN yang dalam bajet 2011 lebih menumpukan pembinaan bangunan kroni BN setinggi 100 tingkat bernilai 5 billion sedangkan masalah infrastruktur di pendalam Sarawak masih mundur. Kepincangan dan penyelewengan kuasa yang melampau oleh Taib dan koco konconya seperti masalah lambakan banjir balak yang melanda Sibu-Kapit baru baru ini telah menzahirkan kebejatan pimpinan BN kini. Dalam majlis tengahari itu juga;rombongan dikejutkan dengan kehadiran tetamu istimewa Pn Haslina yang mengalami lumpuh untuk sama sama bertemu Datu Seri dan rombongan biarpun masih dalam jagaan hospital. Dengan kerjasama pihak Hospital;pesakit ini dapat bertemu idola beliau.

Sesi dialog yang berlangsung selama dua jam anta rakyat dan pimpinan telah menghasilkan satu pelan tindakan bersama Pakatan. DSAI dan rombongan menyakan komitmen bersama untuk mambawa isu kemiskinan dan masalah penduduk Sarawak khasnya Miri ini ke Parlimen. Malah input ini juga akan menjadi asas kearah pembentukan manifesto bersama Pakatan Rakyat Sarawak kelak.

Pada sebelah malam;hampir 5,000 rakyat setempat hadir ;buat julung kalinya dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Miri. Antara penceramah yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang dalam perjalanan seterusnya ke Batu Sapi,YB Dominique Ng(PKR ),YB Wong Ho Leng(DAP) dan YB Azmin Ali(PKR). Ucaptama malam berakhir dengan ceramah yang cukup menarik perhati penduduk Miri yang disampaikan oleh AJK PAS Pusat;Tuan Haji Md Sabu.

Tuan Haji mengupas isu semasa dengan baik sekali;dan telah memberi peringatan penting pada rakyat Miri untuk berhati hati dengan sentimen perkauman yang kini dimainkan oleh UMNO/BN dalam menghalang kemaraan sokongan Pakatan Rakyat. Beliau ;bagaimanpun yakin dengan kesungguhan jentera parti dan kerjasama erat seperti yang disaksikan malam ini pasti akan membuahkan hasil dalam PR DUN dan PRU-13 akan datang. jelasnya;Misi menawan Petrajaya terus ke Putrajaya kini bukan omong kosong lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan