Ahad, 14 November 2010

Ada 7 Kesilapan DS Anwar & Pemimpin Pakatan Rakyat


Tujuh Kesilapan Anwar - Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.
Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib;
Kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam;
Ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi;
Keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah;
Kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi;
Keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR;
Ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.

Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.

Tiada ruang untuk mereka yang beridealisme

Editor Eksekutif Sin Chew Daily pula, Lim Mun Fah menganggap kuasa mudah mengkorupkan seseorang. Beliau bermula dengan senario politik tanahair yang semakin ketara fenomena polarisasi dalam isu perkauman dan agama. Lim Mun Fah menganggap adalah sukar untuk Zaid Ibrahim, seorang ahli politik yang cenderung kepada pemikiran liberal, lebih terbuka dan sederhana, untuk mendapat tempat dalam gelanggang politik di Malaysia.


Melihat kepada nasib Zaid Ibrahim, Lim Mun Fah mengeluh bahawa bukan sahaja taktik-taktik yang pelbagai digunakan dalam persaingan antara parti dengan parti, malah pemilihan dalam parti sendiripun menyaksikan penggunaan taktik yang pelbagai untuk mengukuhkan kepentingan sekta sendiri.

Lim Mun Fah mengakhiri artikelnya yang disiarkan pada 10 November ini dengan, "...Sesungguhnya, 'kuasa' lebih memikat hati daripada 'idealisme'. Untuk mereka yang tidak sanggup dikorup kuasa, mungkin hanya mempunyai satu pilihan, iaitu menjadi pembangkang untuk selama-lamanya!"

"Pembangkang" yang dimaksudkan Lim Mun Fah adalah mereka yang lantang untuk menyuarakan kebenaran, demi prinsip dan bukan untuk menghambat kuasa. Dengan kata lain, beliau mengandaikan Zaid sebagai "pembangkang", yang gagal mendapat tempat dalam parti politik, walaupun dalam PKR yang mendakwa dirinya penggerak perubahan dan membawa politik baru.


p/.s: ADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KISAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan