Isnin, 15 November 2010

Harapan CUEPACS dan Dilema Kerajaan


Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 500 sebagai Bantuan Khas Kewangan bagi meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah. Bantuan kewangan tersebut diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Langkah kerajaan ini dalam suasana ekonomi global yang masih belum stabil, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan pegawai-pegawainya.

Harapan CUEPACS dalam mendapatkan bonus untuk ahlinya tidak dapat ditunaikann kerana dengan menunaikan Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM 1 billion dengan hutang
daripada pendapatannya. Walau ekonomi negara nampak stabil, ekonomi dunia masih belum
selamat bagi Malaysia.

Tuntutan CUEPACS dan langkah Kerajaan masing-masing mempunyai sebabnya. Suara CUEPACS mewakili ahlinya, manakala Kerajaan pula perlu mengimbangi kepentingan negara dan pegawainya. Dalam hal ini, saya berpendapat kita harus mencari langkah terbaik untuk mengelakkan keluh kesah yang tiap tahun kedengaran.

Pada pendapat saya, bonus hanya layak kepada mereka yang layak kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang. Prestasi ini diukur dari pelbagai aspek yang boleh dikira di mana ia bukan melibatkan kecenderungan manusia dalam membuat keputusan. Prestasi ini adalah berasaskan stastitik, bukan penilaian pegawai dalaman. Juri rawak daripada kalangan rakyat yang dipilih wakil rakyat, JKKK, kerajaan negeri juga boleh menilai tahap perkhidmatan yang diberikan pegawai kerajaan.

Dengan penilaian prestasi sebegini, tahap kesiagaan pegawai-pegawai kerajaan dapat dinilai secara adil. Adil kepada rakyat, kerajaan, dan pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus, rajin, bekerja keras, diberikan penghargaan sewajarnya dan sebaliknya. Hanya mereka yang cemerlang, dedikasi, dihargai, dan mereka inilah sepatutnya diberikan bonus berganda-ganda. Bukan mereka yang sebilangan yang malas, tetapi dapat bonus juga.

Sudah masanya, polisi perkhidmatan kerajaan diselaraskan antara negeri, bonus diberikan kepada mereka yang layak, dan perkhidmatan dinilai melalui prestasi berasaskan stastitik. Dengan ini, kita tahu di mana kita berada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan