Khamis, 25 November 2010

MCA Didakwa Bertindak Rasis dan Fitnah


MCA bertindak rasis dan memfitnah kerajaan Selangor apabila mendakwa kerajaan negeri meminggirkan pelajar Cina untuk bantuan biasiswa bagi melanjutkan pendidikan mereka mereka.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata kerajaan Selangor meluluskan biasiswa kepada kesemua 12 pelajar Cina yang memohon bantuan itu.Manakala 28 daripada 53 pelajar India juga berjaya dalam permohonan masing-masing.

Teresa menyelar ahli jawatankuasa pusat MAC Datuk Ti Lian Ker kerana terus menfitnah kerajaan Selangor dalam pemberian biasiswa kepada pelajar di Selangor.

"Ti membuat fitnah kononnya pelajar Cina tidak dibantu,"katanya.

Teresa menegaskan dakwaan Datuk Ti kononnya hanya segelintir pelajar Cina yang mendapat bantuan itu tidak benar kerana semua pelajar terbabit diberikan biasiswa.

Beliau berkata bahawa biasiswa pendidikan kerajaan Selangor tidak berpaksi kepada kuota perkauman sebagaimana yang diamalkan oleh Barisan Nasional.

"Biasiswa ini tidak dikenakan sebagai bayaran faedah dan diberi berasaskan keputusan peperiksaan pelajar dan pendapatan keluarga semata-mata," katanya lagi.

Daripada jumlah itu, 677 membabitkan pemohon bumiputera, di mana 485 diluluskan, manakala kesemua 12 pemohon Cina juga diberikan bantuan sama. Selain itu bantuan biasiswa juga diluluskan untuk 28 daripada 53 pemohon kaum India.

Teresa berkata perangkaan itu menunjukkan kerajaan Selangor tidak meletakkan kaum sebagai pra syarat menerima bantuan tetapi memberikan atas dasar keperluan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan