[Orang boleh menerima kekalahan andainya ia berlaku dengan adil dan saksama. Namun, orang tidak patut menerima kekalahan andainya terdapat bukti-bukti yang nyata berlakunya penipuan dan penyelewengan. Mahu akui atau tidak itulah yang menjadi kemuyskilan sekarang. Soalnya, jika benar JPP masih menyiasat, kenapa dibenarkan keputusan yang telah berlaku. Kenapa cabang-cabang terbabit tidak digantung pemilihan atau keputusannnya?. Kenapa diteruskan juga apa yang belum diketahui statusnya. Bayangkan, jika benar terdapat unsur negatif dalam pemilihan di cabang berkenaan maka apakah JPP rela untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat?. Atau, apakah mereka sanggup menangguhkan keputusan yang berlaku itu. Inilah yang sepatutnya dilakukan tapi tidak berlaku. Akhirnya, yang kalah dipaksa akur menerima keputusan itu dengan berat. Apakah ini keadilan namanya dan yang paling penting parti tidak boleh jadikan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution sbagai "kambing hitam" untuk menafikan segala kelemahan yang memang berlaku semasa pemilihan parti itu berlangsung sebenarnya].
Sabtu, 11 Disember 2010
Demi Keadilan, Setiausaha Agung Tidak Wajar Di Jadikan "Kambing Hitam" Demi Untuk Menafikan Segala Kepincangan Yang Memang Nyata Berlaku
Parti akan rosak jika ada "musuh dalam selimut" dan parti juga akan rosak jika ada "kuda trojan" menyelinap masuk. Itulah yang sering didedahkan kepada kita sebenarnya. Namun, pernahkah kita terfikir yang parti juga akan rosak apabila keadilan yang sepatutnya ditegakkan terus dipinggirkan?. Inilah yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Biar pun ia dinafikan, namun "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Keadilan dan ketelusan yang sepatutnya berlaku dalam Pemilihan PKR 2010 baru-baru ini, ternyata dicemari dengan berbagai unsur penipuan, penyelewengan dan ketidakadilan. Soalnya sekarang, apakah parti mahu benar-benar berubah atau telah berubah dulu sebelum agenda perubahan itu sendiri terlaksana. Keadilan haruslah ditegakkan untuk semua pihak, baik yang menang atau pun yang kalah. Alasan demi alasan yang diberikan untuk menutup kelemahan adalah tidak wajar sebenarnya. Inilah yang berlaku sekarang, apabila Setiausaha Agung PKR, Saiffuddin Nasution (foto), masih terus memberi alasan dangkal untuk mempertahankan kononnya pemilihan yang berlaku baru-baru ini adalah bebas daripada unsur-unsur yang dinyatakan itu. Malah, katanya memang ada aduan yang masih belum diselesaikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana ia memerlukan masa yang lama untuk memanggil saksi dan sebagainya. Masalahnya, apakah JPP ikhlas mahu menyiasat aduan tersebut?. Sedangkan daripada maklumat yang diterima, ternyata mereka langsung tidak memanggil saksi-saksi yang berkenaan sebaliknya mengatakan siasatan telah dibuat?. Malah ada aduan yang disertakan dengan bukti yang cukup kukuh, namun tetap tidak mendapat perhatian. Alasan kononnya JPP perlu masa yang lama untuk menyiasat adalah "tidak masuk dek akal" sebenarnya. Ini kerana, mereka boleh melakukannya jika benar-benar jujur dan ikhlas. Bak kata pepatah Melayu "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Ahli-ahli parti hanya dimomokkkan agar menerima segala kenyataan yang sudah tersurat. Akhirnya, mereka akan umumkan bahawa hasil siasatan mendapati semuanya berjalan dengan telus dan adil. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya dan wajar diselesaikan dengan telus dan adil.
[Orang boleh menerima kekalahan andainya ia berlaku dengan adil dan saksama. Namun, orang tidak patut menerima kekalahan andainya terdapat bukti-bukti yang nyata berlakunya penipuan dan penyelewengan. Mahu akui atau tidak itulah yang menjadi kemuyskilan sekarang. Soalnya, jika benar JPP masih menyiasat, kenapa dibenarkan keputusan yang telah berlaku. Kenapa cabang-cabang terbabit tidak digantung pemilihan atau keputusannnya?. Kenapa diteruskan juga apa yang belum diketahui statusnya. Bayangkan, jika benar terdapat unsur negatif dalam pemilihan di cabang berkenaan maka apakah JPP rela untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat?. Atau, apakah mereka sanggup menangguhkan keputusan yang berlaku itu. Inilah yang sepatutnya dilakukan tapi tidak berlaku. Akhirnya, yang kalah dipaksa akur menerima keputusan itu dengan berat. Apakah ini keadilan namanya dan yang paling penting parti tidak boleh jadikan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution sbagai "kambing hitam" untuk menafikan segala kelemahan yang memang berlaku semasa pemilihan parti itu berlangsung sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan