[Terkadang, dalam keterbukaan semangat mengatasi segalanya. Justeru itu, Chegubard sebagai bekas calon bagi jawatan Ketua AMK perlulah akur dengan keputusan yang diterima. Senario ini, samalah juga dengan akurnya rakyat dan pemimpin pembangkang terhadap mana-mana keputusan pilihanraya yang berlaku biarpun mereka tahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersikap "double standard" dalam mengendalikannya. Agenda yang lebih besar sekarang ialah untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Justeru itu, jika isu ketiadakadilan dan ketelusan dalam pemilihan ini terus diperdebatkan oleh "team Chegubard" maka kita khuatir lama kelamaan anak muda itu akan dituduh pengkhianat dan penderhaka kepada parti pula. Adalah lebih elok beliau duduk semeja dan memikirkan agenda seterusnya daripada terus berkokok untuk mempertahankan haknya yang telah dinodai oleh pihak lain. Agenda perjuangan rakyat itu yang lebih utama daripada agenda peribadi. Kalah atau menang, perjuangan membela rakyat wajar diteruskan jua akhirnya !].
Sabtu, 11 Disember 2010
Saifuddin: Chegubard Di Minta 'Sabar Menunggu' Hasil Siastan JPP Terhadap Semua Aduan Yang Di Terima Sepanjang Pemilihan PKR Baru-Baru Ini !!
KUALA LUMPUR, 11 Dis - Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin (foto) bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak tergopoh-gopoh. Sehubungan itu, Saifuddin meminta Badrul Hisham, yang kelmarin menegaskan tidak mengiktiraf keputusan pemilihan yang baru lalu, supaya bersabar menanti penemuan ke atas aduan-aduan aduan yang dibuat berhubung pemilihan pucuk kepimpinan pusat. Tambah Saifuddin, JPP masih menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan. Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan. “Aduan sekarang di atas meja JPP, jadi kita serah kepada JPP untuk menyiasat setiap aduan yang dikemukakan sepanjang pemilihan berlangsung. “Semua aduan yang dikemukakan masih belum selesai, JPP masih menyiasat setiap aduan. “JPP tahu tanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan itu, kita biarkan proses siasatan ini berjalan,” kata Saifuddin. Beliau juga mahu semua pihak memberikan ruang kepada JPP untuk menyiasat dengan teliti setiap aduan yang dikemukakan. “Lagipun kita baru habis kongres, sudah tentu siasatan terhadap aduan ini masih lagi berjalan. Jadi saya harap kita beri masa kepada JPP untuk menyiasatnya. “Bukan semua aduan akan selesai cepat, ada aduan yang kita kena panggil pengadu jadi kena sabarlah. “Kita juga perlu hormati proses siasatan ini, kepada mereka yang kemukakan aduan kita harap bersabar. Serah kepada JPP untuk siasat,” katanya. Ketika ditanya sama ada tindakan Badrul Hisham atau lebih dikenali “Chegubard” akan menjejaskan PKR, Saifuddin bagaimanapun berkata, tumpuan sekarang adalah pilihan raya umum ke-13. “Kita serahkan kepada JPP untuk siasat, isu kita sekarang adalah menghadapi pilihan raya umum. Fokus kita adalah memperkuatkan parti dan juga Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin.
[Terkadang, dalam keterbukaan semangat mengatasi segalanya. Justeru itu, Chegubard sebagai bekas calon bagi jawatan Ketua AMK perlulah akur dengan keputusan yang diterima. Senario ini, samalah juga dengan akurnya rakyat dan pemimpin pembangkang terhadap mana-mana keputusan pilihanraya yang berlaku biarpun mereka tahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersikap "double standard" dalam mengendalikannya. Agenda yang lebih besar sekarang ialah untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Justeru itu, jika isu ketiadakadilan dan ketelusan dalam pemilihan ini terus diperdebatkan oleh "team Chegubard" maka kita khuatir lama kelamaan anak muda itu akan dituduh pengkhianat dan penderhaka kepada parti pula. Adalah lebih elok beliau duduk semeja dan memikirkan agenda seterusnya daripada terus berkokok untuk mempertahankan haknya yang telah dinodai oleh pihak lain. Agenda perjuangan rakyat itu yang lebih utama daripada agenda peribadi. Kalah atau menang, perjuangan membela rakyat wajar diteruskan jua akhirnya !].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan