Isnin, 6 Disember 2010

Ketua Pembangkang, "Datuk Seri Anwar Ibrahim" Di Selar Dalam Dewan Rakyat Semalam Gara-Gara Beri Fakta Salah Soal Peratus Kemasukan Pelajar !


KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) diselar di Dewan Rakyat semalam kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain. Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus pelajar sekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus. "Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah dari Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), semasa perbahasan rang undang-undang itu telah memetik Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2010, dengan menyatakan hanya 69.1 peratus pelajar di Malaysia berjaya mendaftar masuk ke sekolah menengah, lebih rendah berbanding di Indonesia (75.8 pertus), Filipina (81.4 peratus), Brunei (96.7 peratus), China (74 peratus), Turki (82.1 peratus), Arab Saudi (94.6 peratus) dan Sri Lanka (87 peratus). Menjelas lanjut, Wee berkata jumlah 91.5 peratus itu belum lagi mengambil kira faktor pelajar yang meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah Cina persendirian yang berjumlah 11,808 orang pada tahun lepas. "Ia juga belum mengambil kira kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara di bawah kementerian lain yang berjumlah 5,545 orang dan sebahagian lagi pelajar yang masuk ke sekolah antarabangsa ataupun sekolah swasta selain yang mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk Singapura. "Ini satu hakikat...jadi saya nafikan kenyataan Anwar itu kerana fakta yang diberikan tidak tepat," katanya.
[Terkadang, rakyat harus akui ada sesetengah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka bercanggah dengan hakikat sebenarnya. Ia bukan sahaja berlaku kepada pemimpin kerajaan, malahan pembangkang sendiri termasuk Anwar. Dalam hal ini, memang telah banyak kali Ketua Umum PKR itu tersalah fakta atau "terlebiht fakta" untuk mengelirukan ahli PKR dan rakyat. Misalnya, dalam pertemuannya dengan PKR Pahang baru-baru ini ternyata banyak fakta tidak benar telah disajikan. Antaranya Anwar mengatakan beliau turut turun membantu PAS di Pilihanraya Kecil DUN Galas, walhal hakikatnya tidak. Beliau juga mengatakan tidak campurtangan dengan pemilihan PKR, tidak menghubungi sesiapa agar menyokong calon-calon tertentu walhal semua itu ada berlaku malah ada calon yang diminta menarik diri untuk memberi laluan calon pilihannya. Begitu juga soal aduan ke Jawatankuasa Permilihan Pusat (JPP), yang mana Anwar mengatakan beliau bersetuju dengan kenyataan Saifuddin Nasution bahawa banyak kes aduan yang sudah selesai dan hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang belum diproses, walhal kes di Cabang Indera Mahkota (lokasi perjumpaan tersebut) sendiri statusnya masih diragui dan tidak selesai hingga ke hari ini. Malahan cabang itu antara yang terawal mengemukakan aduan kepada pihak JPP. Itulah hakikat yang sebenarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan