KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) diselar di Dewan Rakyat semalam kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain. Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus pelajar sekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus. "Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah dari Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), semasa perbahasan rang undang-undang itu telah memetik Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2010, dengan menyatakan hanya 69.1 peratus pelajar di Malaysia berjaya mendaftar masuk ke sekolah menengah, lebih rendah berbanding di Indonesia (75.8 pertus), Filipina (81.4 peratus), Brunei (96.7 peratus), China (74 peratus), Turki (82.1 peratus), Arab Saudi (94.6 peratus) dan Sri Lanka (87 peratus). Menjelas lanjut, Wee berkata jumlah 91.5 peratus itu belum lagi mengambil kira faktor pelajar yang meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah Cina persendirian yang berjumlah 11,808 orang pada tahun lepas. "Ia juga belum mengambil kira kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara di bawah kementerian lain yang berjumlah 5,545 orang dan sebahagian lagi pelajar yang masuk ke sekolah antarabangsa ataupun sekolah swasta selain yang mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk Singapura. "Ini satu hakikat...jadi saya nafikan kenyataan Anwar itu kerana fakta yang diberikan tidak tepat," katanya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu













Tiada ulasan:
Catat Ulasan