Camputangan Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee





Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
FRIDAY, 10 SEPTEMBER 2010 18:56


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis
Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa
terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis
DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam
organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun
beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam
Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan
melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya
berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana
pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat
tindakan "habis madu sepah dibuang".

Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk
Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah
membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib
pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin.

Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas
Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya
melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa
diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram.
Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh
kontraversi.

PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan
begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun,
cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini
menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota
Polis dibawah pentadbiran BN.

Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes
pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang
politik.

Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika
beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan
Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya
campurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang
menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong
penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran
ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal
kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh
pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri
dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila
tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu
kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat
kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku
dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini
terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan
pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan.

PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri
mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak,
mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah
kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

火箭与新砂劳越(DAP 4 NEW Sarawak)'s Photos - 10-09-2010 Celebrate Hari Raya with Malay Friends

火箭与新砂劳越(DAP 4 NEW Sarawak)'s Photos - 08-09-2010 Give Hari Raya Greetings cards at Kpg. Melayu

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin dari Tuan Guru Nik Aziz



Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Lailaha Illallah Wallahu akbar.Allahuakbar Walillahil Hamd

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H pada tahun ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.

Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada seebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatann ini menyelamatkan seseorang manusia itu darripada neraka Allah SWT.

Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.

Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini mansua akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.

Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata temppat.

Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.

Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya-allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai.

Selain itu, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa berada di jalan raya. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan akibat perkara yang tidak diingini semasa di jalanraya. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin.


Dengan hormat,

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
1 Syawwal 1431H 

Kad Raya dari Tok Guru




Ini dia kad raya dari tok guru kesayangan kita semua.
Ehsan: Radio Rakyat - http://www.radiorakyat.net

Dok Canang No.26 dari 139 tapi jatuh dari No 24 tak habaq la pulak..!!??


Kedudukan Malaysia Jatuh Lagi Dalam Daya Saing Global


Daya saing global: Malaysia jatuh ke tangga 26

Malaysia merosot dua anak tangga ke tempat ke 26 daripada anak tangga ke-24 sebelum ini dalam Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan hari ini.

Penarafan negara telah berada pada trend menyusut untuk tiga tahun berturut-turut daripada kedudukan ke-21 pada 2008/09, kata laporan itu sambil berkata bidang latihan dan kesediaan teknologi antara teras yang harus dipertingkatkan.

Dalam indeks daya saing keseluruhan, bagaimanapun, negara berada pada kedudukan yang hampir sama iaitu 4.88 daripada tujuh berbanding 4.87 yang dicapai pada 2009.

"Di kalangan negara-negara Asia-Pasifik, Malaysia berada pada tempat ke-8, mendahului China, Thailand, India, Indonesia dan Filipina," kata satu kenyataan daripada Kemterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia mencapai kedudukan tertinggi pada Indeks Hak Perundangan, bersama-sama Hong Kong dan Singapura.

Negara itu juga mencapai kedudukan tertinggi pada kekuatan melindungi pelabur, tempat ke-4 selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong.

Sepuluh negara teratas dalam laporan itu adalah Switzerland, Sweden, Singapura, AS, Jerman, Jepun, Finland, Belanda, Denmark dan Kanada.

Arab Saudi dan Israel, masing-masing berada pada tempat ke 21 dan 24, telah mendahului Malaysia.

Laporan itu meliputi 139 negara, yang mana enam, iaitu Angola, Cape Verde, Rwanda, Swaziland, Iran dan Lubnan adalah negara-negara baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sementara kementerian itu mengakui terdapat banyak bidang yang perlu diberi perhatian, ia gembira melihat laporan itu menggariskan beberapa elemen psoitif terhadap ekonomi Malaysia.

Mustapa berkata Malaysia juga dinilai mempunyai pembangunan pasaran kewangan yang maju dengan kemudahan pembiayaan menerusi ekuiti tempatan, mendapat tempat ke-11 daripada ke-15 sebelum ini, dan kemudahan mendapatkan pinjaman pada tempat ke-10.

"Kesediaan modal teroka, kekukuhan bank, peraturan bursa saham dan ketelusan peraturan dalam pertukaran sekuriti turut menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata pencapaian Malaysia juga memuaskan dalam kategori yang lebih kompleks seperti kecanggihan perniagaan (ke-25) dan inovasi (ke-24).

Mengenai kebimbangan yang ditimbulkan oleh laporan itu, beliau berkata kerajaan telah pun melancarkan inisiatif kebangsaan untuk menanganinya.

"Antara langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan daya saing Malaysia adalah Model Baru Ekonomi, yang menekankan pencapaian pendapatan tinggi, Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan kerajaan dan perlaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

"Apabila inisiatif ini mula menampakkan hasil, kita menjangka dapat melihat peningkatan daya saing Malaysia secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya. -- Bernama

Kereta terbang hampiri realiti

Posted by admin | Tuesday, September 7, 2010



ANDA mungkin sering mendengar cerita mengenai konsep kereta terbang tetapi tiada satupun yang benar-benar boleh dibeli di pasaran. Kebanyakannya gagal dikomersialkan untuk pasaran pengguna biasa - mungkin kerana terlalu mahal atau tidak praktikal langsung.

Bagaimanapun, impian anda kini menghampiri realiti apabila ada syarikat yang berjaya membangunkan kereta terbang yang 'benar-benar' boleh terbang dan juga harganya tidak terlalu mahal.

Transition adalah nama kereta terbang atau pesawat darat itu keluaran Terrafugia. Walau apa sahaja namanya yang anda gelar, tetapi kenderaan itu telah diuji kemampuan terbangnya pada Mac lalu.

Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram.

Ini bermakna juruterbangnya tidak memerlukan lesen juruterbang biasa yang memerlukan kelulusan tertentu tetapi hanya perlu mengikuti kursus mudah sebagai juruterbang LSA.

Terrafugia mahu memasarkan Transition kepada juruterbang persendirian sebagai cara lebih mudah dan lebih murah untuk terbang.

Syarikat itu menyediakan latihan selama 20 jam untuk mereka yang berminat memandu Transition dan juruterbang sedia ada hanya memerlukan kursus persediaan sahaja.

Menurut syarikat itu, kereta terbang itu kini boleh ditempah dengan membuat pembayaran deposit sebanyak RM31,346 untuk kenderaan yang dijangka berharga antara RM627,000 dan RM784,000.

Setakat ini, syarikat itu telah menerima 80 tempahan dan penghantaran pertama dijangka dapat dilakukan menjelang akhir tahun ini. Apa yang menarik mengenai pesawat ini ialah ia mempunyai sayap yang boleh dikembangkan apabila ia terbang dan dilipat apabila dipandu sebagai kereta.

Kenderaan ini juga mempunyai sistem keselamatan ketika beroperasi sebagai pesawat atau kereta seperti beg udara, sistem payung terjun dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata, Transition akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk pesawat dan automobil dan menjadi "salah satu LSA paling selamat di dunia."

Bagi syarikat itu, Transition direka sebagai pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya dan bukannya kereta yang boleh terbang walaupun ia mempunyai kedua-dua ciri tersebut.

Transformer

Sebuah lagi prototaip kereta terbang yang telah dibangunkan ialah Transformer (TX), hasil keluaran AVX Aircraft Co.

Pesawat ini masih di peringkat awal kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D)nya untuk projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA) Amerika Syarikat.

Kenderaan untuk udara dan pesawat ini dirancang untuk kegunaan pihak tentera tetapi tidak mustahil ia akan dipasarkan untuk pengguna biasa seperti juga kereta Hummer.

Bagaimanapun Transformer merupakan gabungan kereta dan helikopter dan boleh berlepas tanpa menggunakan landasan dan mendarat di mana-mana sahaja.

Dua kipas yang diletakkan di belakang kenderaan ini akan memberikan lonjakan sama ada di udara atau darat.

Kelajuannya di udara boleh mencapai 225 kilometer sejam (km/j), 129 km/j di jalan biasa dan 48 km/j di jalan lasak.

Kenderaan ini dapat bertukar dari bentuk helikopter ke kereta dalam masa tidak sampai satu minit dan boleh melakukan penerbangan sejauh 462 kilometer dengan sekali isian minyak.

Kesimpulan, kedua-dua kereta terbang atau pesawat yang boleh beroperasi di jalan raya ini sememangnya teknologi masa depan yang masih ditunggu-tunggu oleh kebanyakan daripada kita.

Labels:

Tian Chua: Perkara 48 Perlembagaan penghalang politik mobilisasi


Lim Hong Siang | Sep 08, 2010 04:13:28 pm

 
Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2010 membenarkan rayuan Tian Chua terhadap sabitan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi berhubung kesnya, iaitu kesalahan menggigit anggota polis.  Ketiga-tiga orang panel hakim sebulat suara menyetujui bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi dibuat tanpa mempertimbangkan semua bukti.
Sejak awal lagi kes ini menjadi pertikaian umum - Polis yang mengakui dirinya membelasah Tian Chua tidak didakwa, sebaliknya Tian Chua (gambar kanan) yang dibelasah pula yang diheret ke mahkamah, berdepan dengan tuduhan menggigit anggota polis - insiden yang tidak kelihatan berlaku dalam klip video yang dirakam di tempat kejadian.
Pertikaian kemudiannya dilanjutkan kepada hukuman denda RM2000, memasuki babak "perkiraan matematik", sama ada hukuman ini memenuhi takrifan "tidak kurang daripada RM2000" dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang bakal menjurus kepada kehilangan hak kelayakan Tian Chua sebagai ahli parlimen.
Keadaan semakin keruh apabila calon mula dicadangkan untuk menyarung jersi PKR, belumpun dikesahkan sama ada kerusi Batu sudah dikosongkan mahupun tidak, lebih-lebih lagi ia harus ditentukan speaker (dewan perundangan) ataupun mahkamah (sistem kehakiman)?
Pertikaian yang hilang fokus
Namun demikian, untuk watak utama kes ini, fokus isu telah dikaburi, malah pertikaian dan perbincangan tersebut telah terpesong daripada isu pokok.
Seandainya diteliti Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, telah dinyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen - pada klausa 1(e), seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM 2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian Chua melihat Perkara 48 sebagai satu undang-undang yang "menjinakkan politik mobilisasi" di tanahair kita.  Lantaran daripada Perkara 48, wakil rakyat tidak berani untuk berdemonstrasi di jalan raya, malah tidak berani untuk berucap dalam ceramah yang tidak mempunyai permit.  Mereka sekadar bersuara dalam dewan perundangan, dengan "imuniti" yang diperuntukkan untuk melindungi wakil rakyat.
"Seandainya media enggan menyiarkan kenyataan mereka, maka mesej kami (pembangkang) gagal disampaikan kepada masyarakat massa," kata Tian Chua (gambar kanan).
Tian Chua menjelaskan, "Pendirian PKR adalah untuk mencabar (sekatan) ini.  Tiada wakil rakyat yang boleh berkata, 'saya tidak berani untuk hadir ceramah yang tidak mempunyai permit'."
Pemimpin politik yang memahat ingatan orang ramai dengan imej "pejuang jalan raya" sejak zaman reformasi tahun 1998 ini menyifatkan Perkara 48 sebagai "undang-undang zalim", kerana menjadikan wakil rakyat pantang untuk muncul di dalam himpunan rakyat, dan melaungkan suara rakyat.  Ekoran daripada itu, pembangkang gagal menggembleng sokongan rakyat secara berkesan.
Bagaimanapun, Tian Chua menganggap akta ini telah hilang kesannya secara beransur-ansur, apabila pemimpin pembangkang mengambil pendekatan demonstrasi jalan raya untuk beberapa tahun kebelakangan ini. 
Pindaan diperlukan...
Namun demikian, ia bukan bermakna wakil rakyat kebal daripada pelucutan kelayakan sebagai seorang ahli dewan perundangan.  Tian Chua mencadangkan agar Perkara 48 ini dipinda supaya hukuman pelucutan kelayakan wakil rakyat dihadkan kepada kesalahan jenayah seperti pembunuhan, pecah amanah, rasuah, pencurian dan sebagainya.
Sebaliknya, pelucutan kelayakan ini dikecualikan seandainya seseorang wakil rakyat disabitkan kesalahan seperti menghadiri perhimpunan haram, perlanggaran Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan sebagainya.
PPPA, OSA, ISA malah seksyen 27 Akta Polis 1967 telah hangat diperbincangkan, malah dikategorikan sebagai "akta zalim".  Secara perbandingannya, Perkara 48 ini jarang dipertikaikan sebagaimana akta tersebut.
"Tiada pertikaian (terhadap undang-undang ini) kerana mangsanya ahli dewan perundangan sahaja.  Ia tidak memberi kesan kepada orang awam."  Pertikaian Tian Chua terhadap Perkara 48 pernah dipersoalkan sebagai "terhantuk baru tengadah".  Beliau menjelaskan, undang-undang ini diperbincangkan semasa ia menimpa Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), dan juga Wee Choo Keong (bekas ahli parlimen DAP dan PKR).  Menurut Tian Chua, media memberi satu persepsi bahawa Lim dan Wee membincangkan Perkara 48 ini untuk kepentingan diri, kerana mereka ingin bertanding dalam pilihan raya.
"(Mengikut gambaran media) Ia seolah-olah tidak berkaitan dengan pengundi, sebaliknya ia dipersalahkan kepada wakil rakyat kerana tidak berhati-hati, mulut celupar dan turun ke jalan raya..."  Tian Chua merungut, sambil mendedahkan bahawa dirinya dinasihati pengundinya agar tidak turun ke jalan raya dan tidak "terlalu berani bersuara", sehingga pengundi "kehilangan seorang wakil rakyat yang baik".
Untuk Tian Chua, keadaan ini menunjukkan bahawa masalah pokok dalam isu ini telah diputarbelitkan.  "Sebaliknya, kita membincangkan sama ada Barisan Nasional mahu PRK diadakan atau tidak.  Kuasa hakim untuk menentukan PRK atau kuasa speaker.  Atau (bandingkan dengan) kes Fan Yew Teng (bekas wakil rakyat DAP)... Seolah-olah kita terlupa layanan yang tidak adil ke atas Fan Yew Teng," kata Tian Chua.
"Padahal, kita harus kata Fan Yew Teng tidak harus dilucutkan kelayakannya.  Tapi, sebaliknya beliau kata 'kalau Fan Yew Teng dilucutkan kelayakan, jadi orang yang lain juga harus dilucutkan kelayakan'," sambung Tian Chua.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga seorang peguam veteran, tampil memberi peringatan dengan merujuk kepada kes Fan Yew Teng, pada saat-saat Tian Chua melegakan nafas setelah dijatuhkan hukuman denda RM2000.  Pada tanggapan awal pihak Tian Chua, hukuman denda tersebut tidak cukup untuk melucutkan kelayakannya.
Kenyataan Karpal Singh ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya pihak PKR, yang menganggap Karpal sengaja berbuat demikian kerana beliau tidak begitu senang dengan Tian Chua sejak dahulu lagi.  Malah, ada yang mengimbas sejarah sehingga lembaran PRK Lunas, yang menyaksikan bagaimana Tian Chua mengugut untuk meletak jawatan, seandainya DAP tidak memberi laluan kepada calon Parti Keadilan Nasional (ketika itu) untuk bertanding.
"Pertama, saya tidak tahu apa perbalahan yang pernah berlaku antara diri saya dengan Karpal (gambar kanan).  Pada saya, kenyataan ini (Karpal sengaja membangkitkan kes Fan untuk mengheret Tian) sukar diterima.  Saya menganggap Karpal mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Beliau berpegang teguh dengan pandangan dirinya.  Beliau boleh melihat isu lebih daripada satu perspektif.  Beliau melihat masalah dari sudut undang-undang, sebagai peguam, dan bukan semestinya sebagai pembangkang atau perspektif hak asasi manusia, semasa beliau melihat sesuatu isu."
Tian Chua menambah, "Ini mungkin pendirian beliau.  Saya tidak perlu untuk meneka apakah motif di sebaliknya.  Saya balik kepada titik asal.  Seandainya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga, atau kami memerintah, kami harus memikirkan cara untuk meminda perlembagaan dalam dewan parlimen, supaya ahli dewan dapat memainkan peranan mereka secara berkesan."
"Saya tidak berniat untuk menjelaskan, seandainya hakim menurunkan hukuman denda tersebut kepada RM1999, maka selesailah masalah ini.  Betul beliau selesaikan masalah, tetapi jelas, mahkamah telah dipolitikkan.  Saya tidak berniat untuk menjadikan ini sebagai fokus," jelasnya.
*Wawancara bersama Tian Chua ini dijalankan oleh Chan Wei See dan Lim Hong Siang, di pejabat MerdekaReview pada 11 Julai 2010, dalam bahasa Cina.

MEDIA STATEMENT: Jawatankuasa Pemilihan Pusat on Party Elections 2010


Press Statement by JPP – 8th September 2010
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) was set up by the Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) to oversee the party elections 2010 as a result of a change in its Constitution where members choose all levels of KEADILAN leadership through direct “one man one vote” election system.
This very fundamental reform within the party is unprecedented and challenging as all its members now have the opportunity and responsibility to exercise their individual rights to have their choice of leadership by voting in good and effective leaders.
One of the first major preparation especially for a relatively young political party is to put into position a Code of Conduct for the party, which also include the code of conduct specifically for the party elections – including the dos and don’ts. Rules to govern all election processes, including the nomination of candidates had been prepared and so have training of election observers. Information on the election is being made available at the KEADILAN official web-site.
Creating the right environment for this direct election is based on the following principles:
· free and fair election
· level playing field
· party interest before self
· no money politics
· transparent processes
· exercising responsibility and accountability by all members
The nomination process for Cabang leadership is underway while the “heat” is on for the nomination and election of the Party’s National Leadership thus resulting in the JPP stepping in to reiterate the more obvious dos and don’t.
1. Allegations of money politics and smearing campaigns must be reported to the JPP. The practice of money politics is a very serious offence and if proven may lead to suspension from participating in the election process.
2. Statements made by candidates to solicit support must not undermind party image or cause disservice to the party, upholding party interest before self.
3. Individuals or group supporters cannot hold their media conferences or meetings at the party headquarters for campaign purposes. It was unfortunate that the press conference held to announce some MPs support for Azmin Ali was done in the party HQ without the HQ management’s knowledge.
All complaints should be directed to the JPP at KEADILAN HQ instead of airing them in the media, including personal blogs. It will not be in the interest of KEADILAN if dirty linen is washed in the public domain.
Dr Molly Cheah
Ketua, Jawatankuasa Pemilihan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan


Dari TV Selangor
Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.
Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.
Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.
“Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak” kata Anwar.
Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.
Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak
“Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita” kata Anwar.
Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.
Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.
Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.
Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.
Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.
Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

KSU nafi dakwaan Musa KDN campuri urusan PDRM


TERKINI @ 03:14:02 PM 08-09-2010
September 08, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pihaknya mencampuri urusan polis sebagaimana didakwa oleh Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara minggu depan. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, pembabitan pihaknya dalam mesyuarat mingguan dengan polis untuk membincangkan pengagihan sumber dan menyemak fail kes kemungkinan dianggap sebagai satu bentuk campur tangan.
“Kadangkala syor-syor Polis Diraja Malaysia tidak boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri, jadi kami tidak boleh dianggap sebagai campur tangan (dalam urusan PDRM),” kata Mahmood selepas menyaksikan majlis serah tugas Musa kepada Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.
“Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali,” katanya di sini hari ini.
Kelmarin, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan PDRM menjalankan tugas dan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.
Mahmood berkata di peringkat kementerian, mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM.
Menurutnya ini bagi memastikan segala keperluan PDRM diberikan perhatian sewajarnya sejajar dengan penambahbaikan perkhidmatan PDRM.
“Sekiranya sesuatu permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ianya kelihatan seperti KDN campur tangan dalam pengurusan PDRM.
“Walau bagaimanapun setiap permintaan dan perancangan PDRM seperti mana-mana jabatan kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada dasar kerajaan, prosedur kewangan serta lain-lain peraturan yang berkaitan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata walaupun isu tamat kontrak Musa tidak dimaklumkan secara bertulis, namun ia telah dimaklumkan secara lisan seminggu sebelum tarikh pengumuman KPN yang baru dan turut dimaklumkan sekali lagi secara lisan pada hari yang sama.
“Urusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Pegawai Kanan Polis perlu melalui Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri.”
“Seterusnya dipertimbangkan untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong melalui syor Perdana Menteri,” katanya.
Sementara itu, Musa enggan mengulas apabila ditanya mengenai penafian KDN itu.
Ketika diminta mengulas cadangan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua supaya memfailkan laporan rasmi mengenai campur tangan pihak ketiga itu, Musa berkata beliau akan mempertimbangkan cadangan itu apabila menjadi orang awam secara rasminya pada 13 September ini.
Dalam sebuah laman web media, Tian Chua dilaporkan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi Musa mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang dilihat cuba membidas pihak tertentu dan melepaskan dirinya daripada beberapa isu.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 September ini selepas 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Khairy: Bawa balik duta jika rundingan dengan Indonesia gagal


TERKINI @ 03:17:35 PM 08-09-2010
September 08, 2010
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meneruskan tekanan hari ini dengan meminta Wisma Putra supaya memanggil balik duta Malaysia ke Indonesia jika perundingan dua hala Putrajaya-Jakarta tidak membuahkan hasil. Kata beliau, Malaysia perlu mengambil langkah yang jelas untuk menyampaikan mesej tegas kepada Indonesia dalam usaha menyelesaikan isu diplomatik kedua-dua negara.
Khairy mendakwa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah gagal untuk menangani isu sebenar serangan ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu kelmarin.
“Ini adalah langkah terbaik kerana kita boleh lihat hari-hari kedutaan kita di Indonesia diserang, semalam pula ia ceroboh oleh puak-puak yang adakah demontrasi dan protes itu.
“Bagi kita adalah lebih baik panggil sahaja duta kita pulang kerana ia mungkin langkah terbaik selain menutup sebahagian perkhidmatan kita di sana,” kata Khairy.
Beliau juga berkata sepatutnya Anifah bertindak lebih tegas demi menjaga hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
“Nampaknya Menteri Luar kita tidak dapat hantar mesej yang jelas kepada rakan sejawatnya di Indonesia.
“Rakyat Malaysia sudah tidak boleh terima lagi apa yang berlaku, sampai bila ia akan berterusan? Ini juga melibatkan maruah negara,” katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada “Wira-wira Kota Raya” di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Beliau berkata walaupun Kedutaan Malaysia diserang tiap-tiap hari tetapi sehingga kini masih tidak nampak tindakan serius yang diambil kerajaan Malaysia dan Indonesia.
“Sehingga kini masih tidak ada keseriusan yang diambil pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia untuk tangani perkara itu.
“Jadi saya berpendapat Menteri Luar perlu lebih tegas dan sampaikan mesej jelas kepada kerajaan Indonesia,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun mengakui bahawa sistem negara Indonesia dan Malaysia adalah berbeza tetapi mesej tegas perlu disampaikan agar demonstrasi yang berlaku dapat dihentikan.
Sejak dua minggu lepas, sekumpulan rakyat Indonesia agresif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas kedutaan, Jalur Gemilang serta kepentingan Malaysia di Jakarta bagi membantah penahanan tiga anggota penguatkuasa marin negara itu oleh polis Malaysia.
Selain itu, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Bilangan laman web digodam meningkat


September 08, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas.
“SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.
“Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan.
Zeti berkata kebanyakan laman web tidak dipantau ketika hari raya dan serangan penggodam itu meningkat sewaktu musim raya tahun lepas.
Beliau seterusnya meminta pemilik laman web supaya menghubungi SKMM di talian 03-8688 8303 sekiranya mereka mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web mereka.
Katanya maklumat lanjut boleh didapati dengan merujuk kepada panduan SKMM di http:/www.skmm.gov.my/cybersecurity.
Zeti berkata pihaknya akan terus memantau situasi itu melalui Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM.
Beliau berkata ia merupakan sebuah pusat pemantauan keselamatan siber yang diwujudkan oleh SKMM selaras dengan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan dan 10 Objektif Dasar Kebangsaan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(AKM 1998).
Katanya pusat itu bertindak dalam memberikan amaran pencegahan awal kepada semua pihak yang berkaitan dalam negara. — Bernama

Tak sekolah kerana teramat miskin di Sarawak

Oleh: amkns

"Harian Metro 7 Sep 2010 . KUCHING: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib dilalui seorang ibu tunggal yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk membesarkan tiga anaknya selepas suami tercinta meninggal dunia akibat barah hati, tiga tahun lalu.

Rosmah Sija, 41, membesarkan tiga anaknya Fasillah Mathew, 17, dan Liza, 15, serta seorang anak lelaki berusia tiga tahun dengan mengambil upah sebagai pembantu kedai makan untuk RM10 sehari. 

Bagi empat beranak itu, satu-satunya harta berharga yang tinggal adalah pondok usang yang menjadi tempat mereka berlindung di Kampung Garung, Jalan Puncak Borneo, kira-kira 40 kilometer dari sini. 
“Kehidupan kami sekeluarga sukar selepas pemergian suami sehingga saya tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Anak sulung saya terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjaga adiknya memandangkan saya keluar bekerja. 
“Itulah pilihan yang kami ada walaupun dia memang mahu menyambung pelajaran. Jika tidak, bagaimanapun kami mahu mencari sesuap nasi,” katanya sambil mengesat air mata. Katanya, upah RM10 sehari tidak mencukupi memandangkan harga barang semakin meningkat, jadi dia dan anaknya menanam sayur serta buah bagi mencari pendapatan sampingan. 
“Kami menanam sayur dan pisang di belakang rumah, sekurang-kurangnya itu meringankan beban kami,” katanya. Kehidupan keluarga itu bertambah perit apabila Rosmah disahkan menghidap kanser payu dara tahun lalu dan pembedahan pertama dilakukan Mac lalu. 
“Saya perlu menjalani ujian ultra bunyi hujung bulan ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sudah tentu itu memerlukan perbelanjaan besar termasuk kos pengangkutan,” katanya.  
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taksekolahkeranamiskin/Article

Siapa yang akan menghancurkan ISRAEL?

Oleh: blalang

"hancurkan israelKekuatan siapa yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah SAW menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan  bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad). Kehancuran Israel berarti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan kekuatan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana.

Dimanakah Negara Khurasan itu?


hancurkan israel

hancurkan israel
Khurasan adalah satu kawasan/wilayah yang sudah tidak wujud lagi dalam peta dunia. Wilayah Khurasan yang dimaksudkan di dalam hadis itu meliputi kawasan Kabul, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian kecil Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang sampai ke Yunnan. Wallahualam.
Jika dari Afghanistan, tak lain tak bukan pasukan bendera hitam ialah Taliban yang dinaungi Al-Qaeda.
hancurkan israel
Bendera Al-Qaeda dari wikipedia:
hancurkan israel
Bendera yang digunakan oleh pejuang Taliban.
hancurkan israel
Wallahualam tapi antara negara lain yang lantang menentang Israel yang termasuk negara Khurasan ialah Iran. Siapa tak kenal Perdana Menterinya yang serba zuhud Mahmoud-Ahmadinejad.
Aku kongsikan gambar yang diterima melalui email, gambar betapa hebatnya sambutan Majlis Tadarus yang di Iran. Aku yakin mereka yang hadir ke majlis mulia ini adalah ikhlas kerana Allah bukan kerana politik dan wang.
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
hancurkan israel
Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sampai-sampai orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan berbicara; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi”. (HR. Ahmad)
Benarkah mereka adalah calon Ashhabu Rayati Suud yang dijanjikan? Tidak hairanlah Yahudi dan Barat seboleh-boleh hendak menghapuskan Taliban, Al Qaeda dan sedang melancarkan kempen anti nuklear di Iran. Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net.

HARAP-HARAP KALI NI BOLEH SELAM-Asrul Aimran Abd Jalil's Photos -


~HARAP-HARAP KALI NI BOLEH SELAM~Scorpene perlengkap pertahanan, titah Raja Muda PerlisRaja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini memiliki dua kapal selam
adalah pelengkap kepada sistem pertahanan negara.Baginda bertitah kehadiran dua kapal selam Scorpene yang diberi nama KD
Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu sudah pasti meningkatkan
keupayaan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawabnya menangani ancaman di
perairan negara.

Petraeus ingatkan risiko pembakaran Quran


Unjuk rasa anti AS
Unjuk rasa anti-AS marak karena rencana pembakaran Quran
Panglima tertinggi Amerika Serikat di Afghanistan Jenderal David Petraeus memperingatkan nyawa pasukan Amerika Serikat akan berada dalam bahaya jika rencana pembakaran Quran oleh sebuah gereja di AS tetap diteruskan.
Dia mengatakan tindakan itu akan menimbulkan masalah bukan hanya di Kabul tapi di semua tempat di dunia.
Pastor Terry Jones, dari Dove World Outreach Center, merencanakan menaruh kitab suci Islam itu di api unggun untuk memperingati serangan 11 September.
Unjuk rasa menentang aksi itu sudah berlangsung di Afghanistan dan Indonesia.
Itu jelas merupakan tindakan akan digunakan Taliban dan bisa menimbulkan masalah besar
Jenderal David Petraeus
Hari Senin (06/09) sekitar 500 orang melakukan aksi unjuk rasa dan mereka antara lain memekik "matilah Amerika."

Masalah besar

Kedutaan Besar AS di Kabul sudah mengeluarkan pernyataan yang menguruk rencana oleh gereja di Gainesville, Florida, yang tidak berafiliasi dengan gereja lain.
"Hal itu akan membahayakan pasukan dan juga membahayakan semua usaha," kata Jenderal Petraeus dalam sebuah pernyataan di media AS.
"Itu jelas merupakan tindakan akan digunakan Taliban dan bisa menimbulkan masalah besar."
Jenderal Petraeus memimpin pasukan NATO yang berjumlah sekitar 150.000 untuk menghadapi perlawanan Taliban.
Kita tidak lagi dikendalikan dan didominasi oleh ketakutan dan ancaman
Terry Jones
Sementara itu Letnan Jenderal William Caldwell, komandan misi pelatihan NATO di Afghanistan, mengatakan rencana pembakaran kitab suci sudah menimbulkan kontroversi dan keprihatinan.

PGI mengecam

Dalam pernyataan di harian Wall Street Journal, Terry Jones, mengatakan AS harus menyampaikan pesan yang jelas kepada elemen radikal Islam.
"Kita tidak lagi dikendalikan dan didominasi oleh ketakutan dan ancaman."
Gereja yang dipimpin Jones sebelumnya tak banyak dikenal dan hanya memiliki sekitar 50 jemaat.
Dalam situsnya mereke menybut Islam sebagai "keras dan menekan" yang memicu protes dari sejumlah kalangan.
Persekutuan Gereja-gereja di Indonesia (PGI), awal Agustus, sudah mengeluarkan pernyataan yang mengecam rencana gereja pimpinan Pastor Jones.
"Kami tentu saja menghargai kebebasan berekspresi di Amerika sebagai bagian dari hak asasi manusia. Tetapi di sisi lain kami melihat ini sebagai kebebasan yang kebablasan," kata Sekretaris Jenderal PGI Gomar Gultom kepada BBC Indonesia waktu itu.

Tunjuk perasaan lagi di kedutaan Malaysia di Jakarta


Tue, Sep 7, 2010
JAKARTA:  Beberapa penunjuk perasaan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.
Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota
kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan  lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus
memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan
sambil mengibarkan bendera Indonesia.
Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.
Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera Merah Putih yang panjang  di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian  meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.
Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.
Ini kejadian kedua membabitkan anggota LMP – kali pertama  pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia  dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.
Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia  hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian  Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

BONGKAR! Bekas KPN dedah wujud campurtangan kerajaan (Umno/BN) dalam PDRM!




Oleh: Pria Malaya

Jika selama ini penganut fahaman Umno tidak mempercayai kata-kata PAS dan pakatan Rakyat bahawa sememangnya wujud tangan2 ghaib yang mengarah dan memperkudakan polis (PDRM), malah menuduh PAS telah memfitnah Umno dan Polis, nampaknya hari ini mereka terpaksa menelah air liur basi mereka kembali..

Ternyata pengakuan yang diungkapkan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN, Tan Sri Musa Hassan semalam adalah suatu yang menggemparkan sifatnya dan selayaknya diberi perhatian secara serius oleh rakyat Malaysia...

Lazimnya, mereka yang telah melepaskan jawatan atau terpaksa melepaskan jawatan (secara terpaksa), maka akan diungkit dan didedah segala satu peristiwa yang selama ini membelenggu kehidupan dan kerja mereka..sudah banyak contoh yang berlaku, dan kali ini ia terjadi kepada pihak polis sendiri..

Kerana itu kita tidak pelik, kebanyakan pemimpin dan penyokong kerajaan (Umno) bawahan begitu bersungguh2 mempertahankan pihak polis walau apa juga keadaan sekalipun..kerana mereka tahu, bahawa polis telah cuba 'bekerja' sebaiknya untuk mereka..

Dan di pihak PAS dan PR, kami bukanlah membantah atau mengutuk pihak/PDRM membuta tuli..tetapi kami membantah orang atasan PDRM dan juga orang politik yang telah mempergunakan polis, terutama dalam kes2 melibatkan politik..kami juga hormat pihak polis sekiranya polis terlebih dahulu hormat hak rakyat (dgn bertindak adik, tidak bertindak mengikut arahan pihak pemerintah)...

Ikuti pengakuan Musa Hassan dibawah, dan cuba anda nilai sendiri setiap kata-kata beliau yang bagi penulis telah membuktikan bahwa sememangnya pihak polis telah diperkudakan oleh sang penguasa (Umno/BN) selama ini, pihak PDRM telah disalahguna/dicucuk hidung oleh sang pemerintah demi kepentingan dan keuntungan politik sempit mereka...


1. "Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar"

2. "Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang"..

3. "Sesetengah orang (yang mencampuri urusan polis) ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri"..

4. "Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,"..

5. "Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan"..

6. "Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi."

7. "Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar,"

PERHATIAN BAGI MUSLIM!!!-GEMPAR: Kerang Digaul Bersama Darah Khinzir

 

by Panglima Tomey on Tuesday, September 7, 2010 at 4:30pm
KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

jijik dan biadap!
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
"Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

"Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan," katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Najib Perlu Buktikan Teo Menyampaikan Tazkirah



Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.

Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.

“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.

“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.

Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.


Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.

“Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan,” katanya.

“Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya,” kata beliau.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa.

Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid.

“Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik.

“Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya,” kata beliau.

Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian.

“Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam,” kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat.


“Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama,” kata Asri.

Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda.

“Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam.

“Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang.

“Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa.

“Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

“Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat,” kata beliau.

“Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat,” tambahnya. -TMI

Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah

GOMBAK, 5 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

“Garis panduan ini mesti kita patuhi sebelum memasuki masjid,” kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

“Hanya orang Islam dibenarkan menyampaikan tazkirah di masjid atau surau.

“Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi,” kata Pengerusi BN ini.


Najib yang juga Presiden Umno menambah, Sultan Selangor dan enakmen pentadbiran Islam negeri juga melarang bukan islam daripada memasuki ruang solat.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menghantar surat amaran kepada Teo awal minggu ini.

Menurut Mais tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang menitahkannya menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Dalam kenyataannya, Teo pula menjelaskan kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor,” katanya.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beberapa pemimpin PKR dan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. -TMI


Ulasan GB

1) Najib berdusta atau mendapat maklumat dari pengampunya yang pendusta, menuduh Teo menyampaikan TAZKIRAH. Najib dan penuduhnya perlu buktikan Teo bertazkirah. Saya sendiri tidak yakin Najib tahu apakah pengertian tazkirah?

2) Najib perlu menasihat dan mengarahkan dahulu isteri kesayangannya, Rosmah, untuk menutup aurat secara sempurna sebelum meminta wanita bukan Islam berbuat demikian.

3) Begitu juga halnya mufti yang bernama Harussani, yang turut dilihat cenderung untuk membela pemimpin UMNO, membuat kenyataan berikut:

beliau (Teo) tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat

Nasihatkan dulu wanita-wanita UMNO terutama isteri PM tersebut, jika anda tidak mahu digelar sebagai ulamak ussu' - ulamak pengampu yang busuk yang hanya memandang kesalahan orang lain tetapi mendiamkan diri terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ternyata mereka dari UMNO ini dari PM sampai ke bawah hanya cuba mencari political mileage dari isu Teo ini. Dan akhirnya mendedahkan kebebalan UMNO terhadap agama sendiri dan populariti Teo yang semakin menjulang tinggi.

Rakyat beragama Islam semakin bersimpati dengan nasib Teo dan semakin meluat dengan UMNO yang jahil murakab.

Serdang - akan menyaksikan di dalam pilihanraya akan datang, UMNO semakin terkangkang!

Iklan Raya: TV3 Benar-benar Sudah Gila Akibat Salam 1Malaysianya



Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?

Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.

Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan Buddha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan Umno dan Apco menjadi slogan baru iaitu 1Agama.

Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, boleh melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?

Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.

Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib!

Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.

Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi.

TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.

Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi.

Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan Apco, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.

Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.

Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji.

Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah. -edyesdotcom.


ISU IKLAN RAYA TV3 2010: Masyarakat mahu mohon maaf terbuka

Perbagai lapisan masyarakat menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan iklan terbaru TV3 berkaitan ucapan “Selamat Hari Raya” khusus kepada para penonton TV3.

Video iklan yang berkenaan yang tersebar luas di facebook, youtube dan blog sejak 2 hari lepas mendapat kecaman hebat pelbagai pihak.

Imej beca terbang ala-santa claus jelas boleh mengelirukan penonton khususnya golongan kanak-kanak. Sekali imbas ia sudah kelihatan seperti iklan krismas bagi penganut agama kristian.

Lebih mengejutkan, terdapat penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan.

Di peringkat awal iklan pula memaparkan penggunaan tulisan jawi secara terbalik menimbulkan persoalan apakah tujuan iklan ini dibuat di waktu umat Islam sedang berada pada kemuncak bulan Ramadhan. Selain itu, “close up” di tayangan awal mendapati paparan sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok ‘seakan-akan’ pohon Krismas dikelilingi dengan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). Ia jelas menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini di samping boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mengelirukan golongan Non-muslim.

Para pengkritik mengaitkan imej ini dimasukkan sempena dengan konsep 1Malaysia yang dipaparkan kerajaan.

Masyarakat kini sedang giat menyebarkan maklumat protes dan kelab ‘anti’ TV3 juga kini giat mendapat sambuntan khususnya di kalangan pelayar facebook atau para bloggers.
Pihak TV3 digesa menarikbalik iklan berkenaan di samping menyiarkan permohonan maaf secara terbuka. Ianya bukanlah isu kecil malah melibatkan krisis akidah umat Islam. Penonton tv3 yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu Muslim seharusnya bangun menyuarakan bantahan kepada pihak berkaitan khususnya kepada Kerajaan Malaysia agar tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyiarkan iklan yang sebegini rupa. -khirulrijal

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.