Solat ibadat semakin terabai

SOLAT adalah ibadat paling istimewa berbanding dengan ibadat-ibadat lain seperti berzakat dan menunaikan haji kerana Rasulullah SAW menerima perintah itu secara terus daripada Allah tanpa perantaraan Malaikat Jibrail iaitu ketika baginda melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah Allah itu diterima ketika baginda berada di Sidratulmuntaha.


Apabila Allah mewajibkan semua umat Islam bersolat, Rasulullah tidak pernah berkompromi dengan umatnya dalam soal mengerjakan ibadat tersebut malah mereka yang tidak mahu menunaikannya dianggap telah melakukan satu pekerjaan fasik.

Rasulullah di dalam salah satu hadisnya pernah menyatakan dengan maksudnya ''Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

Dalam satu lagi hadis, Rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya ''Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".

Jika diteliti secara lebih mendalam, kedua-dua hadis itu jelas menunjukkan ketegasan yang mahu disampaikan oleh Rasulullah berhubung dengan solat. Mereka yang sakit sekali pun diwajibkan bersolat.

Sebenarnya jumlah keseluruhan dalil yang menyentuh soal solat adalah amat banyak. Ini menunjukkan solat merupakan ibadat terpenting di dalam Islam.

Persoalannya sekarang berapa ramai di antara kita yang menyedari mengenai kepentingan untuk bersolat? Berapa ramai di antara kita yang cukup sembahyangnya sebanyak lima kali sehari semalam? Lebih malang lagi berapa ramai di antara kita yang langsung tidak mendirikan solat?

Bagi mereka yang tidak menunaikan solat, tidakkah terdetik di hati mereka bahawa golongan yang sengaja meninggalkan solat akan diseksa dengan azab yang amat pedih?

Tidak dinafikan pada zaman ini hambatan terhadap kerja-kerja keduniaan terlalu hebat. Manusia dipaksa bekerja kuat untuk mencari rezeki dan kesenangan dunia. Mereka disibukkan dengan kerja-kerja keduniaan dan semuanya itu merupakan ujian Allah untuk menentukan siapakah di antara mereka yang masih taat dengan perintah Allah.

Allah sengaja menganugerahkan mereka dengan pelbagai nikmat. Mereka terlalu leka bekerja hingga sanggup meninggalkan solat. Mereka menganggap wang, kedudukan dan jawatan adalah lebih penting.

Sungguh menyedihkan kerana mereka yang diberikan pelbagai kemewahan dan kesenangan dunia ini tidak mahu sujud kepada Allah. Lebih menyedihkan lagi mereka yang tergolong dalam kumpulan itu berada di sekeliling kita.

Para sahabat pernah bertanya pada Rasulullah mengenai seksaan golongan yang sengaja meninggalkan solat dan Rasulullah menjawab ''Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab. Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat".

Sambungan daripada hadis ini Rasulullah ada menyatakan orang tidak bersolat akan hilang keberkatan rezekinya (walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya. Mereka tergolong sebagai manusia istidraj).

Ketika hampir ajalnya Rasulullah ada menyatakan bahawa orang tidak bersolat mereka akan mati dalam kehinaan iaitu rohnya dicabut dengan kasar dan tanpa belas kasihan.

sumber: detikdaily.net

Agama Anak: Meca Juga Bantah Keputusan Kabinet

Keputusan kabinet bahawa anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya setelah mereka memeluk Islam telah dikecam hebat oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia(Mecma).

Menurut Setiausaha Agong Mecma,Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.


"Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.

"Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka," katanya.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.

"Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.

"Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri," katanya.

sumber: detikdaily.net

Usul Letak Jawatan Sivakumar Sebagai Speaker Tidak Sah

"MB Haram PerakPejabat SUK Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker DUN Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan. Jikalau usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker dan ia merupakan tindakan luar biasa. Surat usul Speaker letak jawatan adalah tidak sah kerana dikeluarkan oleh Setiausaha DUN , Abdullah Antong yang di gantung tugas. Bagaimana seorang Setiausaha DUN yang di gantung tugas boleh mengeluarkan surat usul letak jawatan letak jawatan kepada Speaker? Ia sangat melucukan dan tidak boleh masuk diakal. Tindakan Zambry telah itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan MB Perak yang sah masih belum selesai. Ternyata UMNO BN sanggup membelakangi undang-undang yang mereka cipta sendiri, apatah lagi undang-undang Islam. Puak-puak ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka untuk selama-lamanya. Tetapi sampai bila? Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI? Sungguh dangkal dan jelek pemikiran puak-puak ini...

http://addin77.blogpsot.com

sumber: tranungkite.net

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’

Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.

Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )

Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).

Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)

Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)

Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )

Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.


Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301


Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )


Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)



Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”


Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”


al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)

Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)

al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)

Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)

Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)


Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.



Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Kedudukan mereka sebagai ulama' adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama' dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.

Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Keistimewaan Ulama’

Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)

Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.

Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.

Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.

Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)

Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)



Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)


Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

Nota : Penulis adalah AJK PAS Pusat 2007-2009

Sumber: Tranungkite.net

ITeM di Sarawak

Kuching, 1-2/5/09 - Badan Perhubungan PAS Sarawak dan Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan ICT & e-Media (ITeM) dengan kerjasama dari Jabatan IT PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Saudara Rasdi dan Timbalan Pemuda PAS Sarawak, saudara Solehin.

Antara yang dibentangkan di dalam bengkel tersebut ialah memperkasakan IT untuk menyebarkan penerangan dan dakwah di bumi Sarawak. Seramai 5 orang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah membuat pembentangan dan demo untuk bengkel tersebut. Tujuan bengkel tersebut adalah sebagai langkah awal untuk PAS Sarawak menghadapi Pilihan Raya Sarawak yang ke-12 diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Kepentingan IT di dalam pilihan raya sekarang adalah satu keperluan setanding dengan zaman sekarang.

pemuda sarawak

bakal muncul speaker haram di perak???

" DUN perak dikatakan bakal bersidang pada 7 mei 09,(jika dun perak tidak bersidang sebelum 15 mei,pilihan raya negeri akan dibuat)..

isu yang timbul sekarang adalah usul yang dibawa umno untuk menjatuhkan speaker dari pakatan rakyat v sivakumar.desas desus kuat mengatakan,bekas adun dap,HEE YIT FONG akan mengantikan siva.dia sebenarnya tidak layak untuk menjadi speaker kerana dia seorang yang tidak amanah kepada rakyat serta tidak punyai kesetian kepada perjuangan..

jika benar dia dilantik menjadi speaker mengantikan siva,maka negeri perak akan punyai seorang lagi 'benda'haram iaitu speaker haram(yang pertama adalah menteri besar haram).dewan yang mulia dun perak juga akan tercemar kerana punyai seorang speaker yang tidak dihormati rakyat.

entahlah,berapa banyak lagi benda haram yang akan muncul di perak,MB haram,konsert haram,kini speaker haram...seterusnya...?apa pulak yang haram..

ps-anak haram???


sumber:

http://keraspedal.blogspot.com/

Muhyidin tunjukkan jalannya



KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.


Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Foto BERNAMA.

Nik Abduh Sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat


Saya berpendapat keberanian Nik Abduh Nik Aziz, selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat wajar dihargai oleh ahli-ahli PAS sempena pemilihan akan datang ini. Nik Abduh adalah pemimpin masa hadapan PAS yang jujur, serta sanggup menanggung risiko apabila 'menmeecelupkan' pembantu bapanya dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


2. Saya tidak fikir beliau tergesa-gesa menulis entri tersebut (dalam blognya) seperti yang disangkakan. Nik Abduh menyatakan 'saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah.' Beliau tentulah arif, dan bijak. Sebagai 'ahlul bait Nik Aziz', Nik Abduh tentulah lebih faham dan dapat melihat dengan telus apa yang sedang mengasak Mursyidul Am sebuah parti Islam. Sahabat dan pembantu ayahandanya yang didakwa 'mengambil kesempatan' tentulah wajar dicegah. Kebenaran tentunya harus ditegakkan. Sebagai anakanda Mursyidul Am tentulah beliau lebih dekat berbanding pembantu bapanya (yang hanyalah sekadar pembantu). Keikhlasan hubungan darah tidak dapat memadam keakraban hubungan persahabatan. Kerana itulah saya rasai kejituan nukilan beliau: "Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan."

3. Kerana kedudukannya yang paling hampir dengan Nik Aziz itulah kita dapat memahami kebimbangan, dan sekaligus keikhlasan beliau, seperti yang dicatatkannya lagi: "Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan". Kita berharap ahli PAS akan segera mengambil iktibar dan bertindak. Sahabat dan pembantu boleh sahaja ada muslihat tersembunyi, tetapi seorang ahli keluarga tentu tidak akan mengkhianati.

4. Tidaklah menghairankan orang seperti Nik Abduh akan dimomokkan dan disudutkan oleh sesetengah orang yang ingin menutup kebenaran. Begitulah sejarah terdahulu pernah mengambil tempat. Saudara tentu faham apa maksud saya. Kena tepat. Saya kira beliau tidak perlu menamakan sesiapa, kerana tujuan beliau bukanlah melakukan 'pemenggalan politik'. Sekadar misalan; ahli keluarga Rasulullah saw dahulu, misalnya mempunyai maklumat yang cukup mengenai musuh-musuh dalam selimut baginda, tetapi memilih untuk 'tidak menamakan siapa orangnya secara terbuka'. Justeru, saya kira Nik Abduh hanya menulis untuk mendedahkan keadaan ini, kerana itu sahaja cara yang terlihatkan. Untuk yang makan cili tentunya merasa pedas.

5. Ini juga menunjukkan PAS lebih transparen dari parti-parti lain.

6. Sesungguhnya dalam kekaburan mencari Ketua Pemuda PAS Pusat yang baharu, kemunculan berharga Nik Abduh ini wajar disambut dan disahut dengan pantas oleh ahli yang masih menyayangi kepimpinan ulama. Kita mengalu-alukan dan berterima kasih dengan kesungguhan beliau.

7. Mengenepikan tuduhan rambang yang pernah beliau lakukan terhadap saya lama dahulu, hari ini saya berdoa semoga beliau akan diberi tempat yang wajar di dalam PAS dan segala kekeruhan yang berkocak akan kembali jernih. Ini kerana, dalam kekalutan parti-parti di luar sana, PAS mampu menyinar dengan modal moral. Pemuda seperti beliaulah yang dapat kita harapkan untuk memulihkan semula sinar dan keserian kepimpinan ulama yang telah dikotori kumpulan Islam Liberal dalam PAS.

8. Terima kasih.

http://tehranifaisal.blogspot.com

Guna dakwat celup jari di Dun Penanti

AJK PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yakin, kesedaran rakyat Pahang terhadap kepincangan BN negeri,Go to fullsize image kian meningkat. Usaha sedang dijalankan terutama di kawasan Felda, bagi menjelaskan isu-isu terkini yang membabitkan kepentingan mereka. Beliau juga mencadangkan agar SPR memulakan penggunaaan dakwat "celup jari" pada pilihan raya kecil Dun Penanti. Beliau juga turut menyedari Najib hanya menjadi boneka kepada Tun Mahathir. Ikuti interbiu eksklusif Pesuruhjaya PAS Pahang ini bersama wartawan ANIS NAZRI.


HARAKAH: PM baru, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat seperti "PM boneka" apabila banyak dipengaruhi Tun Mahathir Mohamed dan ini dikatakan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Bagaimana Dato' melihat peranan Mahathir ini boleh meningkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat?

DATO' TUAN IBRAHIM: Ada dua perkara dalam hal ini. Pertamanya, peranan Mahathir dalam 'menentukan' dasar negara itu dilihat sebagai kelemahan Najib sendiri sebagai PM. Campur tangan seperti Mahathirlah yang tentukan siapa boleh duduk dalam kabinet, tentukan dasar hubungan luar negara. Semua ini akan menonjolkan lagi kelemahan Najib.

Dalam Pakatan Rakyat, kita lihat Mahathir dulu turun dalam keadaan beliau dipaksa rakyat. Apabila dia kembali semula, ini akan membangkitkan semula nostalgia lama rakyat yang terguris dengannya. Dari sebelah pihak, keadaan ini memberi kelebihan dan kekuatan kepada Pakatan Rakyat.

Dengan suasana yang ada hari ini, senario pilihan raya kecil menunjukkan dokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat cukup kuat dan ini lebih mempercepatkan lagi kemenangan Pakatan Rakyat dengan kemunculan Mahathir semula bersama Najib.

Menyentuh isu Pilihan Raya Kecil Dun Penanti, ia telah menonjolkan sikap berat sebelah SPR. Pada pandangan Dato', adakah SPR telah bertindak menjadi perkakas BN secara langsung atau sebenarnya badan itu cuba bertindak profesional?

Seingat saya, SPR kena ingat tindakan mereka muktahir ini jelas menunjukkan ia tidak profesional. Kita nampak rakyat mula sedar SPR ini sebagai satu agen kepada BN dengan beberapa larangan-larangan yang dibuat, yang jelas menunjukkan sikapnya yang tidak bebas.

Bagaiman Dato' melihat isu penggunaan dakwat kekal di jari pengundi? Mungkin ini masanya untuk SPR membuktikan tahap profesional mereka?

Rakyat sedang tunggu. Dalam pilihan raya dulu, SPR bertindak memperkenalkan penggunaan tersebut. Tiba-tiba ia bertindak menarik balik penggunaan itu. SPR boleh menjadikan Penanti sebagai satu medan untuk membuktikan dakwaan pembangkang selama ini berkaitan pengundian berulang ini.

Bagi PAS, SPR patut ambil peluang ini untuk melakukan perubahan dan ini memang jelas berada di dalam bidang kuasa SPR, bukan seperti yang dilakukan sekarang dengan mencampuri urusan politik kepartian. Isu dakwat ini memang di dalam bidang tugasnya. Jangan buat benda lain yang bukan bidang tugas SPR.

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said melihat perlantikan Menteri Pelajaran yang baru tidak membawa apa-apa perubahan kepada penghapusan PPSMI. Apa cadangan Dato' untuk menyelesaikan kemelut PPSMI ini?

Gerakan untuk memansuhkan dasar ini perlu ditingkatkan. Kalau dulu menganjurkan himpunan. Kita sudah bagi masa kepada kerajaan. Kalau tiada lagi sebarang perubahan, rakyat perlu bangkit sekali lagi.

Soalnya sekarang ini, memang tidak nampak menteri baru ini utamakan rakyat. Kalau betul utamakan rakyat, awal-awal lagi boleh kembalikan dasar asal pendidikan dahulu dengan memansuhkan PPSMI ini.

Selain isu PPSMI, banyak lagi isu lain yang menggambarkan kebobrokan kepimpinan BN. Bagaimana Dato' melihat akta ISA yang kini mendapat tentangan rakyat?

ISA ini secara jelasnya bertentangan dengan syarak. Dalam Islam, sesiapa yang dituduh perlu diberi peluang untuk membela diri. Walaupun Najib menguar-uarkan untuk mengkaji akta ini, tetapi dalam masa yang sama, baru-baru ini berlaku penangkapan di bawah akta ini. Kajian apa lagi diperlukan? Rakyat sudah muak dengan sandiwara Umno. Setiap kali naik PM baru, janji macam-macam. Sepatutnya mansuh terus bukan kaji. Biasanya, benda kaji ini benda yang tidak jelas. Yang jelas macam ISA ini, mansuh sahaja.

Berapa banyak kos akan dibazirkan jika buat kajian? Kalau Najib mahu buat perubahan, inilah masanya. Ketika inilah rakyat tunggu perubahan yang ingin dibawa Najib.

Berkaitan ISA ini, GMI akan menganjurkan satu himpunan besar-besaran yang dijangka penyertaan 100 000 peserta bagi membantah akta ini. Sejauh mana demonstrasi ini membantu untuk menghapuskan akta rimba ini?

Rakyat sebenarnya tidak suka berdemo. Tapi ini merupakan cara terakhir, kalau pemimpin tidak prihatin dengan kehendak rakyat. Jadi, apa pilihan yang ada? Itu yang rakyat turun ke jalan raya, sedangkan rakyat bukan suka sangat turun ke jalan. Kita sudah beri masa kepada kerajaan, sepatutnya masa ini mansuh terus akta itu.

Baru-baru ini, Kabinet memutuskan kanak-kanak mesti mengekalkan agama asal ketika ibu bapa berkahwin walaupun salah seorang daripada mereka menukar agama lain. Selain membelakangkan ahli agama, BN dikatakan mempunyai agenda tersendiri untuk menarik sokongan bukan Islam. Sejauhmana Dato' melihat isu ini?

Apabila melibatkan soal agama, Kabinet tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan, dan majlis agama. Apabila menyentuh sahaja soal agama dia tidak boleh mengatasi bidang kuasa pihak tadi. Apabila buat keputusan bercanggah dengan syarak, Kabinet kena tanggung dosa tersebut dunia akhirat.

Bila timbul bantahan dari mufti, NGO, rakyat melihat kecelaruan tersebut. Ini akan merosakkan institusi kekluargaan. Kabinet perlu tarik balik, rujuk kembali majlis fatwa. Jika ada sekalipun agenda politik, jangan peralatkan agama. Bagi kita, kalau isunya jelas melanggar syarak, kalau guna juga ia akan 'back fire' kerajaan balik.

Umno Pahang dilanda krisis kebelakangan ini ekoran kecuaian melampau MBnya hingga disaman RM63juta, suatu yang boleh dielakkan. Apa yang Dato' nampak?

Isu ini isu lama, zaman MB terdahulu. Tapi asal isu ini melibatkan kepentingan Umno. PAS Pahang membuat laporan polis tentang mengapa MB boleh bagi tanah kepada Umno. Kemudian syarikat ini pada awalnya tuntut ganti kawasan lain, tapi kerana sikap degil Umno, akhirnya kerugian ini terpaksa ditanggung rakyat.

Dulu kena RM60 juta, sekarang sudah RM63 juta. Sekarang MB minta tangguh lagi dan akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos lagi. Bagi PAS, MB sepatutnya kena menghormati keputusan mahkamah, undang-undang. Juga membuat pembayaran yang diminta. Saya rasa, jalan terbaik, kegagalan ini perlu ditanggung MB. Kita cadangkan MB dikenakan potongan gaji sebagai pengajaran kepada dia. Walaupun ia dilakukan MB dahulu, tapi kenapa dia biarkan? Hakim sudah membuat keputusan, jangan tangguh-tangguh lagi.

Sejauh mana tindakan PAS Pahang mendesak MB untuk melepaskan jawatan akibat kecuaian melampau ini?

Apa yang penting, MB dan barisan Exco perlu bertanggungjawab. Kenapa mesti rakyat Pahang yang terpaksa tanggung dalam keadaan kritikal, dengan banyak projek negeri tidak boleh berjalan dengan baik. Kita akan teruskan desakan, dia mungkin tidak akan letak jawatan, tapi ini suara rakyat kalau dia mahu dengar suara rakyat.

Kita minta dia jelaskan hutang tersebut. Kalau tangguh, akan menambah kos dengan 'interest'nya. Jika Pakatan Rakyat menang di Pahang pun, Pakatan Rakyat terpaksa tanggung kos ini.

Dengan pelbagai konflik yang melanda Umno Pahang, namun PM baru ini dari Pahang. Di mana serba sedikit rakyat Pahang menaruh harapan tinggi kepada PM kerana berasal dari Pahang.

Apakah strategi PAS Pahang untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?

Dari sudut perasaan rakyat Pahang terhadap Najib itu memang ada. Tidak boleh dinafikan, cuma rakyat perlu rasional. Perlu letak harapan kepada orang yang memang membina rakyat. Najib sudah menjadi MP berpuluh tahun, baru inilah nampak Pekan itu membangun sikit. Bukan soal kepimpinan Najib sahaja dipertikai, tapi kewibawaan parti itu dilihat secara keseluruhannya.

PAS Pahang baru siap membentangkan satu pelan induk. Kita ada jangka panjang bagi menghadapi PRU ke 13. Kita kukuhkan dengan pelan tindakan untuk menarik dokongan rakyat kepada kita.

Oktober nanti, kita akan adakan konvensyen bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Saya lihat dalam gerak kerja yang kita turun sekarang ini perlu beberapa tumpuan.

Pertamanya, Felda. Kedua, kampung tradisional yang tidak menerima maklumat menyeluruh. Dan ketiganya kekuatan kita dalam menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan-kawasan tertentu termasuk di kalangan masyarakat orang asli.

Tadi, Dato' ada sebutkan tentang penumpuan di Felda-Felda. Mungkinkah ada strategi tertentu yang boleh dikongsi bagi menarik sokongan peneroka ini kepada Pakatan Rakyat dan adakah selama ini Dato' berpuas hati dengan langkah-langkah yang diambil parti dalam usaha tersebut?

Mengenai Felda ini memang kita perlu membuat kajian khusus, bagaimana nak meningkatkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Tugas PAS ialah menghapuskan tanggapan mereka bahawa seolah-olah mereka mendapat anugerah dengan penerimaan tanah oleh BN. Sedangkan dalam masa yang sama ditekan dengan harga komoditi yang tidak menentu, terpaksa tangung kos pembajaan, yang dia sendiri tidak tahu betapa kosnya.

Kita juga menubuhkan satu NGO yang dikenali sebagai Anak yang nampaknya berjaya menarik generasi kedua dan ketiga kepada Pakatan Rakyat.Memang agak susah mahu menembusi tanah rancangan ini, tapi di Jengka, ada beberapa felda yang kita tidak pernah kalah. Sampai sekarang menang, waktu kalah teruk pun, ada peti undi yang kita menang. Jadi, bagi saya jika ada tumpuan di kawasan ini, sokongan golongan ini boleh berubah. Insya-Allah. - azm _

Memperkasa sukarelawan dakwah

Oleh MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Mencari individu untuk melaksanakan tugas secara sukarela bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi dalam kegiatan dakwah.

Namun, Islam telah menggariskan bahawa tugas mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap individu Muslim.


Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)

Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Sukarelawan Perkim dari seluruh semenanjung Malaysia.

Seminar itu mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Ia dianjurkan untuk memberi ilmu khidmat masyarakat kepada sukarelawan di dalam pembabitan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan.

Ini sejajar dengan misi dan visi Perkim iaitu menjadikan ia pertubuhan penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Seminar sehari pada 18 April lalu itu diadakan di Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur. Ia disertai oleh 250 peserta terdiri daripada saudara muslim dan pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), UKM dan Pusat Asasi Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Perasmiannya dilakukan oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi.

Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Norma Sulaiman membentangkan kertas kerja 'Metodologi Dakwah Pemandu Pelancong Masjid' manakala mantan Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik pula membentangkan kertas kerja 'Sukarelawan dari Perspektif Islam'.

Seorang lagi pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Sahabat PPUM, Dr. Dzulkhaini Hussain ('Metodologi Dakwah Ziarah Pesakit').

Pada sebelah petangnya diadakan sesi diskusi dan dialog di antara penceramah dan sukarelawan.

Sesi ini melibatkan tiga modul iaitu 'Ke arah Pembangunan Belia Cemerlang', 'Senario Dakwah Semasa' dan 'Manhaj Dakwah Semasa'.

Ia dikendalikan oleh dua pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah Kepimpinan UKM, Prof. Madya Dr. Zulkepli Abd. Ghani dan Prof. Madya Dr. Ghaffar Don dan Presiden MBM, Azizuddin Ahmad.
Keputusan kabinet berhubung status agama anak-anak yang ibu-bapanya terlibat dalam krisis perceraian dan pertukaran agama, memang dijangka akan mencetuskan kontroversi yang akhirnya merugikan umat Islam. Rugi di sini bukannya dari sudut politik ataupun kewangan, tetapi dari sudut mempertahankan kesucian agama dan hokum-hakam yang berkaitannya


Tindakan kabinet yang sangat tidak rasional itu dipercayai bersadurkan kepentingan politik tanpa mengambil kira sensitiviti, pegangan dan amalan umat Islam. Dalam akhbar The Star hari ini, tajuk berita muka 8 nya berbuni:

DAP rapped for failing to rebut Mahfuz

Dalang-dalang pencetus ketegangan kaum dan agama dari kalangan pimpinan MCA mempertikaikan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Hj Mahfuz Omar yang mengkritik keputusan kabinet yang beliau anggap tidak bijak itu. Sebelum ini Mahfuz dilaporkan antara lain sebagai berkata:

Ia (keputusan kabinet) tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik. Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.

Dan sehubungan dengan itu Ketua Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato’ Mohamed Daud Iraqi dilaporkan sebagai berkata:

Keputusan yang dibuat kabinet di bawah perdana menteri baru jelas bagi menjaga kepentingan survival politik Umno untuk mempengaruhi orang bukan Islam di negara ini. Keputusan dibuat kerajaan BN tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan hal ehwal agama Islam. Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya institusi agama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN sekarang.

PAS sebagai sebuah Parti Islam pasti akan menentang keputusan kabinet ini kerana ia bertentangan dengan syarak dan membelakangkan kewibawaan institusi agama dalam negara. MCA tidak perlu menyindiri dan menempelak mana-mana pihak kerana perkara ini wajib ditentang oleh semua umat Islam tak kira PAS, Umno, para Mufti dan alim ulamak atau sesiapa pun.

Keputusan yang bersandarkan kepentingan dan survival politik sehingga membelakangkan maruah agama ini sungguh berbahaya dan perlu diperbetulkan oleh semua kita tanpa mengira fahaman politik atau apa-apa kepentingan lain.

Bukan hanya Mahfuz dan Ustaz Daud Iraqi yang seharusnya berkata begini malah Tok-tok Mufti,para pensyarah dan ahli-ahli akademik, Tok-tok Imam, pemimpin-pemimpin masyarakat, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua kampong seluruh umat Islam dari kampong dan ceruk desa sehinggalah ke istana dan menara pencakar langit semuanya perlu bersatu kerana isu ini membabitkan kepentingan agama kita.

MCA marah DAP kerana kenyataan Mahfuz. MCA sengaja mahu main politik kerana merekalah antara yang melonjak-lonjak keriangan dengan keputusan kabinet ini. MCA tidak perlu membabitkan DAP dalam hal ini, kerana isu ini kerana PAS akan konsisten apabila sesuatu isu itu melibatkan Islam dan akidah umatnya. Pimpinan DAP pun kebelakangan ini sudah ringan bibir mereka memetik dan menggunakan ayat-ayat al Quran bagi menzahirkan kefahaman dan toleransi mereka terhadap Islam. Masalahnya MCA yang sudah sebantal dengan Umno sejak lebih 50 tahun sampai kini tak faham-faham tentang Islam dan terus mahu mencetuskan ketegangan semata-mata kerana kepentingan politik.

Kepada seluruh umat Islam, insaf dan sedarlah kita melalui perkembangan ini. Ingatlah firman allah yang bermaksud:

Kemudian Kami jadikan al Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana,dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

(Fatir: 32)

Pemutus Kata Pembuka Bicara Tok Guru Dinanti Untuk Penanti.

"Pernah dulu di sini, suatu ketika dulu dalam ruangan ini pada hari Ahad 17 Ogos 2008 jam 6:37 pagi, saya menulis tentang langkah bijak Presiden PAS untuk tidak banyak bersuara yang telah membantu memenangkan Anwar di P44. Saya kira langkah bijak Presiden Pas ketika itu yang mengambil sikap kurang bercakap dan lebihkan BUAT adalah untuk mengelak sebarang kenyataan yang dikeluarkan beliau dimanipulasi ketahap maksima oleh media BN bagi menyerang pakatan dan menghentam Anwar dan Presiden sendiri.

Begitu juga dalam melayani kerenah anak-anak nakal Pas di Permatang Pauh yang begitu bernafsu untuk meletakkan calon pilihan yang mereka sangka pada pengamatan jiwa muda mereka lebih sesuai dengan membelakangkan Presiden. Kerenah mereka didengar tetapi masih TIDAK dilayan langsung oleh YAB Tuan Guru Presiden. Pada fikiran saya Tuan Guru Presiden sekali lagi mengambil sikap "Bo Layan" terhadap kerenah budak-budak nakal Permatang kerana jika dilayan budak-budak ini akan semakin menjadi. Tidak mudah kalau dilihat tugas berat Presiden Pas untuk membawa parti terus menuju keambang kejayaan walau pun dibantu dan disokong sepenuhnya oleh ramai cerdik pandai dan ilmuan dalam Pas kerana presiden terpaksa berhadapan dengan golongan "terlebih cerdik" dalaman.

Pada lazimnya anak-anak yang bodoh tidak akan merosakkan parti tetapi anak-anak yang terlebih cerdik inilah yang sering membawa onak dan kerosakan dalam parti dan ia seharusnya diselesaikan dengan cara secerdik-cerdiknya. Saya kira, dalam masa terdekat ini, soal budak-budak nakal ini akan segera dapat diselesaikan kerana Penawar DNA belum disuntikkan lagi.DNA saya rujuk kepada Dato' Nik Aziz yang pada hemat saya sedang menyusun kata berbincang bersama TG Presiden untuk mengeluarkan kenyataan yang mampu merubah tindakan kognitif mereka dengan membuka minda dan menutup mulut budak-budak nakal ni. Tunggu dan bersabarlah sedikit masa lagi.
Kalau Permatang Pauh dulu, Parlimen Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kita boleh tawan dan atasi segala permasalahan, apakah DUN Penanti menjadi masalah yang besar sangat kepada kita? AMK bagi tau Biaqpi dan Kedah Lanie, "Line Clear". Jadi apa yang kita tunggu lagi, bukankah inilah masa yang sebaiknya bagi kita untuk melupakan pergeseran, lupakan perbezaan dan kembali ke matlamat asal untuk mencapai kemenagnan rakyat dengan melakukan perubahan?

Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula kita dalam satu pakatan. Mestilah ada suka dan marah dalam suasana yang potong dan "tak potong". Yang mana sunat, wajib, harus, haram dan pelbagai andaian. Carik-carik kita tak sampai robek, cuma selisih tapi tak terguris. Carik kita bak bulu ayam, kini KITA dalam proses "pemulihan kendiri" untuk bersatu kembali dengan mengumpul satu kekuatan yang vtidak akan tertepis BN nanti. Keakraban kita dalam satu pakatan adalah "PURE" kerana kita bukanlah pakatan jenis "Cap Ayam" sebagaimana BN. Persepakatan kita yang dibina selama ini tidak pernah dan akan berubah atau bak air yang dicincang. Kekuatan kita ada pada semangat LAWAN TETAP LAWAN untuk mengahapuskan kezaliman dan Makan Tetap Makan Rasuah dalam BN.

Hasrat kita ialah untuk memiliki sebuah gagasan Kerajaan pakatan rakyat yang bersih dengan menghapuskan kepimpinan "Sapu Bersih" BN. Apa Nak Ditunggu lagi? Hilangkan ragu dan jangan tergaru-garu lagi, segera lengkapkan diri dengan “Jaket Kalis Fitnah” untuk kita bersama-sama menambah satu lagi koleksi kemenangan Pakatan untuk Rakyat di Penanti dengan PERUBAHAN.

Mengenai Isu Agama Anak

Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;


Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.

1. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
3. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
4. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
5. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
6. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
7. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
8. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
9. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
10. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
11. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
12. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Penanti: Najib Lawan Mahathir


UBN nampaknya benar-benar berubah dari biasa! Menjelang pilihan raya kecil Dun Penanti 31 Mei depan UBN masih belum membuat keputusan. Kali ini UBN tidak seghairah menjelang pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini. Kalau pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan pilihan raya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, UBN mendahului Pakatan Rakayat dalam mengumumkan calon, tetapi tidak untuk pilihan raya kecil Penanti.

UBN masih terkila-kial dan belum ada kata putus samada ada ingin menyertai atau tidak pilihan raya berkenaan. Pandangan pemimpin UBN berbelah bagi. Dari segi moralnya UBN sudah kalah. Kekalahan dalam kesemua pilihan raya kecil itu kecuali Batang Ai menjadi UBN termeung jauh dan berfikir panjang.

Pakatan Rakyat, PKR telah mengumumkan calon mereka kelmarin. Bekas Pensyarah USM dan juga bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Dr Mansor Othman dipilih untuk bertanding di situ. Ini bermakna PKR telah membuat persiapan lebih awal.

Apakah sikap tidak agresif seperti biasa UBN ini menandanya mereka menghadapi tekanan perasaan yang cukup hebat? Bahawa UBN telah mulai menyedari masalah dan kesuraman masa depannya?

Mohd Najib Razak mulanya telah menyatakan UBN tidak berapa minat untuk ikut sama bertanding pada pilihan raya itu. Najib seperti memberi klu mahu menyerah kalah kepada PKR. Alasan Najib kerana tidak mahu membazirkan wang dan tenaga rakyat. Sekali dengar alasan itu menarik dan menunjukkan kecerdikan Najib sebagai pemimpin. Sebenarnya elok bagi Najib menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerajaan dan usaha mengislahkan UBN dan kerajaan.

Walaupun alasan sebenar kenapa Najib keberatan untuk meletakkan calon UBN bertanding kerana Najib sudah dapat membaca kilau dalam kilat, di mana kalau bertanding pun UBN akan kalah. Pendapat Najib itu ada logiknya. Tidak guna berbuat sesuatu yang sia-sia. Sebenarnya tidak ada guna kalau masuk bertanding semata-mata kerana ada peluang sedang peluang menang tidak ada.

Dalam konteks pilihan raya kecil Dun Penanti, kedudukan atau taraf UBN sama dengan taraf dan kapasiti 13 orang calon bebas di Bukit Selambau tempoh hari. Mereka bertanding bukan kerana pengaruh dan kekuatan tetapi kerana cukup wang deposit (RM5,000) serta tidak ada halangan oleh SPR. Itu saja, sedangkan kekalahan sudah lama mereka ketahui.

Jadi kerana tidak mahu nasib UBN menjadi sama seperti nasib calon-calon bebas itulah maka Najib melontarkan saranan demikian. Dun Penanti adalah merupakan kubu kuat PKR. Dalam pilihan raya umum lalu bekas penyandang Mohamad Fairus Khairuddin memperolehi 2,219 majoriti.

Mungkin juga pencapaian PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu masih bermain dalam kepala Najib. Kemenangan besar penasihat PKR, Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil itu menyebabkan UBN dan Najib yang menanggung malu besar masih belum hilang lagi. Mungkin Najib berbuat begitu kerana tidak mahu dimalukan dua kali di kawasan yang sama.

Bagaimana pun bukan mudah untuk Najib melaksanakan politik baru yang rasional itu. Ada pihak yang menentangnya. Penjolak Abdullah, Dr Mahathir Mohamad sudah memberi isyarat dan menunjukkan kukunya menentang hasrat Najib itu. Dr Mahathir beriya mahukan UBN meletakkan calon kononnya untuk menjaga maruah.

Katanya Mahathir telah memberi kesanggupan untuk mengepalai pilihan raya kecil berkenaan. Pandangan Mahathir itu sama sekali menutup pandangan dan hasrat jujur Najib. Mereka yang tidak memahami perasaan Najib juga turut sama terikut dengan keghairahan dan semangat padi Mahathir itu.

Masalahnya kini apabila pendapat Mahathir itu mulai disokong oleh orang-orang sewaktu dengannya ia menyulitkan Najib. Sukar untuk Najib membiarkan begitu saja keinginan Dr Mahathir. Mahathir pula sebagai orang tidak ada kerja suka kalau diberi tugas mengendalikan pilihan raya berkenaan. Kalau pun bukan sebagai seorang penceramah cukup sebagai penampak poster UBN pun jadilah. Yang penting bagi Mahathir dia dapat jadikan pilihan raya sebagai dahan tempatnya berkokok untuk memuji anaknya Mukhriz dan dalam masa sama terus membelasah Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin.

Melihat dan mengenalkan masalah dan pro kontra itu, kini menjadikan Penanti seolah-olah menjadi medan perlawanan akal antara Mahathir dengan Najib. Mahathir sedang menjual pengaruhnya di situ apakah laku atau tidak. Tengoklah nanti akal dan pengaruh siapa yang menang. Kalau UBN tetap dengan keputusan awalnya seperti mana dihasratkan Najib, ini menunjukkan Najib lulus soalan lisan sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Sebaliknya kalau UBN tetap menyertainya ini bermakna Najib gagal menjawab soalan lisan dan ia memberi satu setengah markah kepada Mahathir Mohamad. Seharusnya bagi Najib muncul sebagai pemimpin UBN yang baru dan tegas Najib hendaklah melaksanakan idea yang sudah dicampakkan itu. Elok kalau UBN jangan bertanding. [wm.kl 12:00 am 30/04/09]

Najib mahu selami keluh kesah rakyat?

Alangkah lunaknya telinga dan damainya hati rakyat tatkala menyaksikan Perdana Menteri melontarkan keyakinan dan kesungguhan merencanakan perubahan positif dalam pentadbirannya.

Setelah sebelum ini menzahirkan keterbukaan kerajaannya terhadap kebebasan media, diikuti beberapa siri tinjau mesra beliau sendiri ke kawasan tertentu bagi mendekati rakyat, kini Dato' Seri Najib Razak beralih pula menyarankan anjakan di sektor awam.


Pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-10 di Putrajaya, Selasa (28 April) lalu, Najib meminta pentadbirannya memahami denyut nadi rakyat agar mereka berupaya menyelami keluh kesah dan gundah gulana sebenar kehidupan rakyat.

Untuk itu, beliau mengarahkan para pegawai tinggi kerajaan turut turun padang bersama pemimpin politik dari semasa ke semasa.

"Jika kita benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita perlu fahami setiap masalah, kekangan dan kesulitan dihadapi rakyat. Barulah kita mampu mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut," katanya.

Wah! Syabas Perdana Menteriku, syabas! Kita percaya andainya beliau benar-benar berpegang kepada kata-katanya itu dan memastikan pentadbirannya berjalan seiringan dengan prinsip digariskannya itu, nescaya kedamaian akan menggunung di hati rakyat.

Apatah lagi Najib turut menegaskan pihaknya tidak akan mengambil sikap 'hangat-hangat tahi ayam' bagi melaksanakan pembaharuan dimaksudkannya itu.

"Saya mahu mengatakan kepada anggota perkhidmatan awam bahawa apa yang saya katakan hari ini, apa yang saya janjikan hari ini, akan berkesinambungan dengan tindakan susulan," ujarnya serius.

Kita lupakan sejenak pengkhususan beliau terhadap sektor awam. Kita ambil semangat kesungguhannya beserta lafaznya mengenai pembaharuan itu secara umum. Kita andaikan Najib mahukan perubahan positif bukan sahaja melibatkan sektor awam, tetapi juga pentadbiran politik di bawahnya.

Maka di sana sebenarnya sudah tersedia sebilangan keluh kesah dan gundah gulana rakyat untuk diselami dan diteliti Najib serta pentadbirannya. Sebahagiannya malah kita percaya sudah didengari dan dimaklumi Najib, lama sebelum punggungnya menghenyak kerusi empuk di meja Perdana Menteri, sebelum isterinya tersenyum lebar hingga ke pipi menikmati status 'Wanita Pertama' negara.

Banyak sekali keluh kesah rakyat, terlalu banyak. Kita ambil saja beberapa antaranya yang agak ketara dan mudah difahami. Pertama, kita pergi ke Perak. Tanyakan rakyat di sana apa sebenarnya keluh kesah dan gundah gulana utama mereka?

Sudah dapat diduga jawaban mereka. Bahkan, soalan itu tidak perlu ditanya sebenarnya.

Rakyat Perak mahu krisis politik tidak berkesudahan yang melanda negeri mereka ditamatkan.

Selesaikan kemelut itu secara telus dan adil. Cara sebaiknya ialah memulangkan hak menentukan kerajaan yang sah kepada rakyat. Mereka telah pun memilih kerajaan yang mereka mahu setahun lalu, namun pilihan itu telah dikhianati.

Maka cara terbaik bagi Najib memperbetulkan keadaan ialah mengusahakan pembubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dan adakan satu pilihan raya semula. Nah, apakah sanggup Najib berbuat demikian?

Sehubungan itu juga rakyat berharap pentadbiran Najib lebih 'gentlemen' menerima keputusan rakyat menolak parti itu di empat lagi negeri. Hormatilah pilihan rakyat yang mahukan parti lain memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Jangan lagi ada usaha atau sekelumit hasrat menjatuhkan kerajaan-kerajaan itu secara tidak bermoral, yakni di luar proses pilihan raya. Jangan digugat dan digigit kerajaan pilihan rakyat itu dengan segala macam tindakan tidak bertanggungjawab. Jangan ditimpakan mereka dengan karenah birokrasi antara kerajaan, sekatan bantuan mahu pun sabotaj pentadbiran.

Kemudian, kita selami pula keluh kesah rakyat terhadap batang tubuh Najib sendiri. Maaf cakap Dato' Seri, banyak tuntutan kedengaran di luar sana agar Dato' Seri membersihkan diri dari dakwaan dan palitan dengan satu isu moral yang sangat masyhur. Rasanya tidak perlu lagi disebut apakah isu tersebut.

Rakyat sangat gundah gulana apabila Perdana Menteri menjadi balunan dan persendaan media asing atas fitnah itu. Lalu ada rakyat menggesa Najib menyaman media asing terbabit. Buktikan Perdana Menteri kita bersih dan apa yang mereka laporkan itu fitnah semata.

Rakyat mendambakan seorang Perdana Menteri yang bersih. Bukan sahaja pada nilaian partinya, tapi dalam sanubari rakyat dan juga di mata dunia.

Panjang lagi senarai keluh kesah rakyat. Kalau dapat ditangani yang empat di atas tadi pun sudah cukup baik buat Perdana Menteriku! - mns_

Isteri Ketua Menteri Sarawak Meninggal - Najib Terlambat?

Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia jam 3.40 petang semalam(March 1, 1941 – April 29, 2009)

KUCHING: Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia disebabkan sakit pada jam 3.40 petang semalam.


Allahyarham yang berusia 68 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka, Demak Jaya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam satu kenyataan memberitahu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako pada jam 11.30 pagi hari ini.

“Sesiapa yang ingin menziarahi jenazah allahyarhamah, sila berbuat demikian sebelum jam 11 pagi (hari ini),” katanya menerusi kenyataan yang difaks ke pejabat media, semalam.

Sebaik mengetahui berita menyedihkan itu, rumah Taib di Jalan Bako di sini dikunjungi pemimpin-pemimpin negeri dan saudara-mara.

Antara pemimpin yang terawal memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Muhyiddin yang ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, terus ke kediaman Ketua Menteri yang tiba di sini untuk lawatan kerja semalam selepas berkunjung ke Kampung Semariang Batu. (Najib mana?)

Sebaik mengetahui berita menyedihkan itu, rumah Taib di Jalan Bako di sini dikunjungi pemimpin-pemimpin negeri dan saudara-mara.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk ke pekarangan rumah untuk membuat liputan.

Taib pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-50 pada Januari lepas, menyifatkan Laila sebagai sumber inspirasi dalam karier politiknya.

Katanya, Laila memiliki ciri-ciri yang menarik dan sentiasa bersamanya ketika menempuh saat-saat sukar sebagai isteri ahli politik.

“Dia (Laila) tidak campur tangan dalam kerjaya politik saya. Laila memainkan peranan penting dalam kehidupan saya,” katanya.

Laila dilahirkan di Poland pada 1 Mac 1941.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Taib pada 13 Januari 1959 di Masjid Adelaide, Australia.

Pada masa itu Taib sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang.

Taib dan Laila pulang ke Sarawak pada 1962.

Pasangan berkenaan dikurnia empat cahaya mata - Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Dato Sri Sulaiman Rahman dan Hanifah. Pasangan bahagia itu turut dikurniakan 15 orang cucu.

Ketika hayatnya, Laila gemar melakukan kerja-kerja kebajikan. Pembabitannya dalam pelbagai pertubuhan membuktikan minat untuk berkhidmat dalam masyarakat.

Antara jawatan yang dipegang allahyarhamah ketika hayatnya ialah Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) sejak 1982, Pengerusi Pergerakan Wanita, Majlis Dakwah Islam Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik (Reseap) sejak 1983, Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Kuching sejak 1983, Penaung Persatuan Hoki Wanita Sarawak sejak 1985, ahli Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri Persekutuan sejak ditubuhkan, Ketua Wanita, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sejak 1980, Naib Presiden Perkim Kebangsaan sejak 1982, Pengerusi Perkim Sarawak sejak 1980, Pengerusi Perkim Kuching sejak 1988 dan Penaung Tabung Amal Kanser Laila Taib sejak Mei 2007.

Bagi menghargai peranan dan sumbangannya, allahyarhamah diberikan Anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’ oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1988, dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik daripada The Pacific Western University, Amerika Syarikat pada 1995, Keahlian Seumur Hidup oleh Institut Pengurusan Wanita pada 2002, Pingat Sultan Pangkat Pertama daripada Sultan Johor pada 2007 dan Pingat Kehormat Keahlian Seumur Hidup oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan pada 2008.

jemput layari berita sabah dan sarawak di masdarwahid.blogspot.com

Usul Letak Jawatan Sivakumar Sebagai Speaker Tidak Sah

Pejabat SUK Perak hari ini telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker DUN Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri,


usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
Jikalau usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker dan ia merupakan tindakan luar biasa. Surat usul Speaker letak jawatan adalah tidak sah kerana dikeluarkan oleh Setiausaha DUN , Abdullah Antong yang di gantung tugas.
Bagaimana seorang Setiausaha DUN yang di gantung tugas boleh mengeluarkan surat usul letak jawatan letak jawatan kepada Speaker? Ia sangat melucukan dan tidak boleh masuk diakal. Tindakan Zambry telah itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan MB Perak yang sah masih belum selesai.
Ternyata UMNO BN sanggup membelakangi undang-undang yang mereka cipta sendiri, apatah lagi undang-undang Islam. Puak-puak ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka untuk selama-lamanya. Tetapi sampai bila? Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI? Sungguh dangkal dan jelek pemikiran puak-puak ini...
http://addin77.blogspot.com

Respon Saya Terhadap Penjelasan Ustaz Nik Mohd Abduh

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Seminggu dua ini saya terpaksa berehat . Rehat terpanjang dalam sejarah saya menyertai gerakan Islam PAS ini .


Saya mengalami masaalah gangguan ketara di bahagian peti suara sehingga menyukarkan saya untuk bercakap dan saya dinasihatkan supaya tidak menyampaikan ceramah atau kuliah dalam tempoh sebulan ini .


Banyaklah program saya terpaksa dibatalkan dan saya memohon berbanyak maaf atas kesulitan yang dialami oleh pihak penganjur ekoran pembatalan tersebut . Saya berjanji saya akan ganti dengan tarikh yang lain insyaallah .

Rehat membuatkan masa saya banyak terluang dan saya manafaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga setelah sekian lama mereka menanggung beban rindu lantaran sering berjauhan . Alhamdulillah , saya juga dapat menumpukan banyak masa untuk membaca kitab dan menulis kerana keduanya adalah kegemaran saya yang sering terabai kerana kesibukan di medan juang .

Sungguh saya rasakan keperitan apabila terpaksa gantung 'microfon' dalam tempoh yang panjang , namun saya yakin akan hikmah di atas ketentuan Allah swt dan saya terimanya sebagai ujian ke atas diri yang memerlukan saya insaf dan menganalisa diri .

Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .

Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/

Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .

Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.

Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .

Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .

Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .

Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .

Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]

Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .

Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .

Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .

Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .

Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .

Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .

2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .

Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .

Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .

Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .

Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .

Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?

Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .

Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .

Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .

Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .

Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .

Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .

Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .

Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .

Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

kenapa nak ikut perangai orang yahudi?

Islam amat melarang umatnya daripada mengikut cara orang kafir,samada dari sudat pemakaian,penanpilan,gaya hidup dan sebagainya.ini adalah larangan yang keras dan wajib dipatuhi oleh manusia yang bergelar islam...

pada hari ini,ramai umat islam khususnya melayu di malaysia ini memakai pakaian pakaian yang berlamabng salib kristian,atau t-shirt yang berlatarbelakangkan bible 3:16 yang dipopularkan oleh seorang ahli gusti amarika,Stone Cold Steve Austin .


nabi Muhammad telah mengatakn bahawa jika ada umat islam yang berpakaian seperti orang kafir adalah sebahagian daripada mereka(kafir),atau menanpakkan diri mereka seperti orang kafir,maka mereka adalah sebahagian dari mereka.

apabila penaynyi berkumpulan,merekam engcontohi watak,penanpilan,pakaian,serta gaya orang kafir.bagi mereka,apa yang orang kafir buat,semuanya baik di mata mereka..

Rasulullah juga amat melarang umatnya berpekaian secara songsang yakni lelaki berpakaian wanita dan sebaliknay.dalam hadis Rasulullah yang bermaksud"sesungguhnya Allah dan Rasul melaknat seorang muslim yang menyerupai muslimah dan muslimah yang menyerupai lelaki"

laknat juga bagi remaja lelaki yang berantai,bergelang tangan,serta remaja perempuan yang berambut pendek seperti lelaki.dan laknatAllah ini adalah setiap waktu dan bukan sekadar di waktu tertentu sahaja,kereka akan dilaknat pada setiap masa dan bila bila masa.

adakah anda selasa denagn laknak Allah?berubah lah...just change,anda mampu lebih baik..



sumber:
http://keraspedal.blogspot.com/"

Selsema Babi : Penyakit Ganjil Akhir Zaman

Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.


Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)."

(HR: Ibnu Majah)

http://addin77.blogspot.com

Mengapa biarkan UUM diseret ke mahkamah?

Ruangan Nota Utara kali ini akan mengutarakan isu mengenai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di utara tanahair iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). UUM pernah mendapat jolokan 'Universiti Umno Malaysia' sewaktu awal penubuhannya.


Pada era 1980-an, hampir semua Persatuan Mahasiswa Universiti tempatan dikuasai oleh kumpulan Islam. UUM telah menggunakan pendekatan melakukan 'pencegahan dari awal' agar kampusnya tidak didominasi oleh pelajar-pelajar dari kumpulan Islam mahupun propembangkang.

Terdapat pelajar yang digantung pengajian kerana didakwa terbabit dengan kegiatan politik pembangkang dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Arau yang dimenangi oleh Ustaz Hashim Jasin.

Kumpulam Islam pernah juga memenangi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar, namun kemenangan mereka semacam tidak membawa apa-apa makna kerana kebanyakan kegiatan dibekukan. Pihak pentadbir bekerja keras mempastikan elemen 'anti establishment' tidak bertapak di kampus.

Dalam isu yang lain, baru-baru ini heboh laporan menggemparkan apabila sebuah syarikat D-Men Resources (M) Sdn Bhd (DRSB) menfailkan tuntutan saman RM5.85 juta terhadap UUM. Saman difailkan pada 5 April 2009 di Mahkamah Tinggi Alor Star melalui firma guaman Tetuan C.V Devan & Co dari Klang.

Apabila sebuah IPTA diseret ke mahkamah dengan saman yang begitu besar, ia bukan suatu perkara kecil. Menara gading adalah simbol kecemerlangan dan kemuliaan. Ia bukan parti politik atau syarikat perniagaan, sehingga begitu mudah ia diseret ke mahkamah. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena di pihak pentadbiran universiti, membenarkan imej sebuah IPTA tercemar akibat isu mahkamah tersebut?

Saman yang dibuat terhadap UUM itu adalah atas kemungkiran kontrak berkaitan perjanjian yang ditandatangani bagi usahsama dalam menawarkan program Master of Business Administration (MBA).

Pengarah Urusan syarikat Plaintif tersebut, Azahar Abdul Rahman mendedahkan bahawa hasil persetujuan daripada perjanjian yang ditandatangani bersama UUM pada 7 Julai 2003, pihak DRSB telah mengambil alih operasi Kampus UUM Cawangan Sungai Petani dan menanggung kos perbelanjaan menyediakan prasarana Kampus UUM di Kulim Hi Tech Park, Kedah dan operasi Kampus Sungai Petani secara rasminya dipindahkan ke Bangunan Kulim Hi Tech Park pada November 2003. Kampus tersebut telah dirasmikan Menteri Besar Kedah ketika itu, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.

"Pihak DRSB kemudiannya diminta membayar honorarium kepada pensyarah-pensyarah UUM yang pada asalnya tidak terdapat didalam Perjanjian yang ditandatangani sebelumnya dan pembayaran ini dipersetujui kedua pihak dengan syarat UUM menghantar kursus-kursus baru ke Kampus UUM Kulim bagi menampung kos tambahan pembayaran honorarium tersebut.

"Namun setelah hampir RM350,000.00 honorarium dibayar kepada pensyarah, UUM gagal menunaikan janji mereka malah menolak kursus-kursus yang berpotensi yang dicadangkan oleh pihak DRSB. Keengganan UUM untuk menawarkan kursus baru menyebabkan pihak plaintif terpaksa menanggung kerugian kos operasi Kampus UUM Kulim kerana hanya satu kursus sahaja ditawarkan di kampus tersebut," terang Azahar.

Selain itu, katanya, selepas beberapa bulan operasi Kampus UUM Kulim bermula pada pertengahan tahun 2003, pihak UUM juga telah melantik sebuah lagi syarikat untuk mengendalikan program MBA yang sama di Pulau Pinang yang jaraknya tidak jauh dari Kampus UUM Kulim dan menjadi pesaing kepada Kampus UUM Kulim.

"Keadaan ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan bilangan pelajar. Selain itu UUM menawarkan lima program/kursus melalui syarikat baru tersebut. UUM telah gagal memastikan program ditawarkan tersebut diberikan kepada DRSB secara ekslusif di bahagian Utara Malaysia sepertimana terkandung dalam perjanjian tersebut dan juga tindakan UUM samasekali bertentangan dengan kenyataan sidang akhbar yang diberikan oleh Naib Canselor UUM pada ketika itu, Kol Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri di suratkhabar The New Straits Times pada 22 Julai 2003 di mana beliau menyatakan program tersebut adalah diberikan kepada DRSB secara eksklusif di Perak, Pulau Pinang dan Kedah," bongkar Pengarah Urusan DRSB tersebut.

Tambahnya, apabila dikemukakan kepada pihak UUM, pihak pentadbir di Koleh Pengurusan Perniagaan UUM dan Pusat Pembangungn Eksekutif saling menuding jari melepaskan tanggungjawab masing-masing menyebabkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang tindakan.

Azahar juga menegaskan bahawa DRSB telah bersetuju untuk membiayai kos untuk menyediakan fasiliti di Kulim secara ekslusif untuk UUM kerana representasi dan keyakinan yang diberikan oleh wakil-wakil UUM bahawa mereka akan memberikan lebih banyak program-program dan kursus-kursus selain daripada MBA sahaja pada masa hadapan.

DRSB telah membelanjakan lebih RM500,000 dalam membiayai segala kos pengubahsuaian bangunan dan oleh kerana UUM enggan memberikan kursus-kursus baru, maka DRSB menuntut pampasan jumlah tersebut.

DRSB juga menuntut ganti rugi sejumlah RM5 juta untuk kos dan perbelanjaan dalam menjalankan kursus MBA sahaja tanpa diberikan kursus-kursus baru dan kegagalan UUM dalam usaha membantu mempromosikan program MBA, serta untuk kehilangan keuntungan kerana UUM memberikan 5 kursus-kursus baru kepada pesaingnya di Pulau Pinang termasuk untuk gantirugi am, teladan dan exemplari serta untuk pecah amanah dan kemungkiran duti berjaga-jaga yang wajib diberikan oleh UUM kepada DRSB di bawah perjanjian tersebut.

Persoalan besar di sini, mengapa pentadbir UUM membiarkan sesuatu masalah besar berlarutan sehingga mereka boleh diseret ke mahkamah. Mengapa lemah sangat pentadbirannya? Tan Sri Muhyiddin Yasin kena jenguk-jenguk UUM dan 'lakukanlah sesuatu' agar reputasinya tidak hancur musnah.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.