 
 Tahun  2010 merupakan satu tahun yang penuh dengan cabaran bagi Pakatan Rakyat  dan DAP.  Dalam tahun ini, DAP menyertai beberapa pilihanraya kecil,  termasuk pilihan raya kecil Hulu Selangor, Sibu, Galas dan Batu Sapi.   Para pemimpin dan ahli DAP di Selangor memainkan peranan yang agak aktif  dalam siri pilihan raya kecil di Selangor ini.
Dalam tahun ini, usaha yang dilakukan oleh DAP Selangor adalah seperti berikut:
Organisasi DAP Selangor Diperkuatkan 
Konvensyen  DAP Selangor 2010 kali ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada 144 buah  cawangan bertaraf sijil A.  Mengikut pengkalan data Ibu Pejabat DAP,  setakat Oktober 2010, DAP Selangor sudah mempunyai 178 cawangan dan 6  Jawatankuasa Perhubungan Parlimen yang telah berdaftar.  Selain itu,  terdapat 17 cawangan baru dan satu jawatankuasa perhubungan kawasan  parlimen tengah menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pendidikan Politik
 DAP  Selangor telah membantu Ibu Pejabat DAP untuk menganjurkan satu seminar  Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan DAP peringkat kebangsaan pada 31  Januari dan 1 Februari 2010.  Bengkel ini dihadiri oleh kebanyakan  Ahli-ahli Majlis di Selangor.  Seminar ini berjaya mengeratkan hubungan  kerja sesama Ahli-ahli Majlis DAP Selangor dan juga hubungan di antara  Ahli Majlis DAP Selangor dengan Ahli Majlis DAP di negeri lain.
DAP  Selangor telah membantu Ibu Pejabat DAP untuk menganjurkan satu seminar  Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan DAP peringkat kebangsaan pada 31  Januari dan 1 Februari 2010.  Bengkel ini dihadiri oleh kebanyakan  Ahli-ahli Majlis di Selangor.  Seminar ini berjaya mengeratkan hubungan  kerja sesama Ahli-ahli Majlis DAP Selangor dan juga hubungan di antara  Ahli Majlis DAP Selangor dengan Ahli Majlis DAP di negeri lain.Selain  itu, satu seminar Persediaan Pilihanraya Umum juga telah diadakan pada  22 Ogos 2010 di Dewan Perpustakaan MBPJ dengan kerjasama Jawatankuasa Pro-Tem DAP USJ East.
Siri  program memperingati ulang tahun kematian pertama mendiang Sdr Teoh  Beng Hock juga telah diadakan di Kajang, Tanjung Karang, Serdang,  Kalumpang pada tahun ini.
14 Orang Ahli Majlis Baru Dilantik Bagi Sesi 2010/2011
Kerajaan  negeri telah melantik Ahli-ahli Majlis yang baru bagi sesi 2010/2011.  Di kalangan ahli majlis yang terlantik ini, terdapat 14 orang muka baru  manakala 2 orang Ahli Majlis bertukar ke PBT asalnya.
Demi  mengeratkan hubungan di antara ahli majlis PBT dan hubungan di antara  ahli majlis dengan anggota Jawatankuasa Negeri DAP Selangor,  Jawatankuasa DAP Selangor telah mengadakan mesyuarat bulanan dengan Ahli  Majlis di seluruh Negeri Selangor.  Di dalam mesyuarat ini, EXCO DAP di  kerajaan Selangor akan memberi taklimat tentang dasar dan keputusan  kerajaan dan para ahli majlis juga akan memberitahu masalah dan isu di  PBT masing-masing kepada Jawatankuasa Negeri Selangor dan EXCO kita.   Sebanyak tujuh mesyuarat bulanan telah diadakan dalam tahun 2010.
DAP Selangor Mendaftar Paling Ramai Pengundi Baru
 Mengikut  rekod Suruhanjaya Pilihanraya, DAP merupakan parti yang mendaftarkan  paling ramai pengundi baru pada tahun 2010 berbanding dengan parti  politik yang lain.  Sehingga bulan November 2010, DAP berjaya  mendaftarkan lebih 16,000 pengundi baru.  Kita harus memberi penghargaan  kepada semua Penolong Pendaftar Sementara (PPS) parti kita.
Mengikut  rekod Suruhanjaya Pilihanraya, DAP merupakan parti yang mendaftarkan  paling ramai pengundi baru pada tahun 2010 berbanding dengan parti  politik yang lain.  Sehingga bulan November 2010, DAP berjaya  mendaftarkan lebih 16,000 pengundi baru.  Kita harus memberi penghargaan  kepada semua Penolong Pendaftar Sementara (PPS) parti kita.Sehubungan  dengan itu, seramai 112 orang PPS DAP yang baru telah dilantik bagi  kesemua 56 DUN di Selangor.  Kami berharap semua PPS dapat mendaftar  lebih ramai pengundi baru sebelum pilihanraya umum (PRU) yang akan  datang.
Penjualan Akhbar Roket
Sehingga  kini, Ahli-ahli Majlis, ADUN dan Ahli-ahli Parlimen dikehendaki menjual  lebih kurang 3,600 naskah Roket sebulan.  Setakat bulan November, DAP  Selangor telah menjual sebanyak 31,700 naskah akhbar Roket sepanjang  tahun 2010.  Di antaranya, 18,550 naskah dalam Bahasa Cina, 11,350  naskah Bahasa Inggeris dan 1,800 naskah Bahasa Malaysia.
 DAP Selangor Memainkan Peranan Gigih Dalam Pilihanraya Kecil P.094 Hulu Selangor
DAP Selangor Memainkan Peranan Gigih Dalam Pilihanraya Kecil P.094 Hulu SelangorDAP  Selangor telah memainkan peranan yang amat aktif dan komited dalam  Pillihanraya Kecil (PRK) P.094 Hulu Selangor yang diadakan pada 25 April  2010.
Walaupun calon Pakatan Rakyat  Zaid Ibrahim kalah dengan majoriti sebanyak 1,725 undi, tetapi undi yang  diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat di beberapa kawasan pengundian  Cina menunjukkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat telahpun diperluaskan  di kawasan-kawasan tersebut.
Post-mortem  pilihan raya kecil ini menunjukkan kekalahan ini disebabkan oleh  serangan peribadi BN terhadap calon PR, kegagalan jentera PR  menyampaikan mesej ke kawasan-kawasan luar bandar khususnya di kawasan  FELDA, ketidakserasian jentera-jentera ketiga-tiga parti PR dalam kempen  ini dan lain-lain.
Strategi yang  digunakan oleh parti kita telah berjaya mengukuhkan pengaruh parti kita  di DUN Kuala Kubu Baru.  Kita percaya sekiranya kita terus memberi  perhatian di kawasan DUN berkenaan, peluang DAP untuk menawan DUN Kuala  Kubu Baru pada pilihanraya yang akan datang adalah cerah.
Penutup
Jawatankuasa  DAP Selangor telah cuba sedaya upaya untuk memainkan peranan kita untuk  menguatkan organisasi parti di samping memainkan peranan di dalam  Kerajaan Pakatan Rakyat.
Memandangkan  Pilihan Raya Umum Ke-13 besar kemungkinan akan diadakan pada tahun  2011, seluruh jentera DAP haruslah bergerak dalam satu pasukan yang  lengkap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
*Laporan Jawatankuasa Negeri DAP Selangor 2010 yang disediakan oleh Lau Weng San selaku Setiausaha DAP Selangor.











 
 
 
  Dengan  usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum  PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai.  Beliau menoleh ke arah Anwar  Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar  Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."
Dengan  usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum  PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai.  Beliau menoleh ke arah Anwar  Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar  Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..." Pejuang  politik ini tidak mengakur, kononnya "tidak pernah kalah lima kali  bertanding", kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah  semasa berlaga.  Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari  perjuangan menegaskan, "Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah  dalam perjuangan!"
Pejuang  politik ini tidak mengakur, kononnya "tidak pernah kalah lima kali  bertanding", kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah  semasa berlaga.  Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari  perjuangan menegaskan, "Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah  dalam perjuangan!"
 Tahukah  kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah  negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino.
Tahukah  kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah  negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. 


















