Posted by RAKYAT MARHAEN
Halili buktikan pemilihan Zaid tepat
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 19 April: Tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor.
Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor.
"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak."
"Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik.
Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat tidak menganggap penghijrahan Dr. Halili kepada Umno sebagai suatu kerugian pada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, menurut beliau, pemergian itu merupakan suatu proses pemutihan bagi Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri.
"Ia bukan suatu kekurangan, saya nampak ia suatu proses pemutihan buat PKR dan Pakatan sendiri kerana sesiapa pun tahu realiti bankrapnya amalan politik Umno buat masa ini," beliau menambah.
Pagi tadi, media melaporkan Dr. Halili mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Bendahari PKR Hulu Selangor.
Dipercayai tindakan menyertai Umno itu disebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat memilih Zaid sebagai calon tunggal di P.94 Hulu Selangor tersebut.
Dr Halili Bidas Diri Sendiri
Nota Editor: Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR.
Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.
Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?
Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.
Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.
Bapak Salehuddin pun PAS pernah pecat, kenapalah Anwar Ibrahim ambik mamat ni jadi SU Agung saya pun tak paham.
Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?
Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini, inshaalah.
Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke tidak?Sekian.
Dr Halili keluar PKR masuk Umno, Jimadie Shah Othman, Apr 19, 10
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Dr Halili Rahmat (kanan) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh." tambahnya.
Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.
Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.
"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Sebab masuk Umno
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."
Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.
Read More