Khamis, 22 April 2010

The Star Digesa Perbetulkan Laporan

Wednesday, 21 April 2010 12:29 PM

Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Akhbar The Star digesa oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk memperbetulkan laporannya hari ini kerana melaporkan pernyataan yang berbeza daripada apa yang diperkatakannya semalam.



Menurut Mustafa, apa yang dilaporkan akhbar itu jauh bertentangan sekali dengan apa yang dicakapkan oleh beliau dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS malam tadi.



"Saya kata, sebelum ini kita membekalkan 20 peratus petugas untuk Hulu Selangor.



"Kita akan naikkan kepada 60 peratus selepas ini kerana kita mempunyai petugas yang unlimited," kata Mustafa seperti dipetik media.



"Tetapi apa yang dilaporkan oleh The Star, kita akan bekalkan 20 peratus petugas pada hari mengundi kerana kita kekurangan petugas...ini tak betul sama sekali dengan apa yang saya cakap semalam," jelasnya.



The Star yang dimiliki oleh MCA hari ini melaporkan berita di muka N21 yang bertajuk "PAS pledges 20% of staff for polling day" (PAS beri jaminan 20% petugas untuk hari mengundi).



Menurut Star, PAS hanya akan menghantar 20% petugas kerana bimbang 'kesesakan' di kawasan mengundi.



"Apa yang saya kata, PAS boleh menghantar 100% petugas milik kita tetapi kita bimbang berlaku kesesakan di kawasan pengundian," jelas beliau lagi.

PRK Sibu : Mafrel pantau kawasan panas

Wednesday, 21 April 2010 1:15 PM

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen sibu yang pengundiaanya pada 16 Mei ini dengan penamaan calon pada 8 Mei depan akan terus dipantau oleh Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL).



Pengerusinya, Syed Ibrahim Alhabshi berkata, pengiktirafan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak diperlukan untuk proses pemantauan luar kerana ia hanya merangkumi kawasan luar penamaan calon, kempen dan luar pusat mengundi berbanding pada masa lalu.



SPR pernah memberi kebenaran kepada Mafrel untuk memasuki tempat-tempat tersebut, termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada April 2009.



“Tidak mendapat pengiktirafan daripada SPR bukan bermakna Mafrel tidak melaksanakan kerja-kerja pemantauan,” katanya.



Menurut Syed Ibrahim, Mafrel akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan perkara berkaitan PRK Parlimen Sibu selepas PRK Hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.



Beliau turut memberitahu, Mafrel akan bermesyuarat di Sarawak bagi membincangkan jumlah petugas yang diperlukan yang mana mereka akan ditempatkan di beberapa kawasan tumpuan yang akan dikenal pasti kelak.



“Kawasan tumpuan yang dimaksudkan kami ialah kawasan dijangka wujud persaingan sengit, kawasan panas dan jangkaan timbul keganasan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak, Datu Takun Sunggah berkata, Mafrel tidak diberi kebenaran untuk memasuki tempat penamaan calon, pengundian dan penjumlahan undi.



“Di Hulu Selangor pun mereka tidak dibenarkan. Begitu juga pilihan raya Parlimen Sibu kelak,” katanya.

PRK Sibu : Ketua Kampung dipecat jika sokong Pakatan Rakyat - Exco BN

Wednesday, 21 April 2010 2:09 PM

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Demokrasi terkubur! Itu ungkapan sesuai untuk menggambarkan keadaan di negeri Sarawak ketika ini.



Apa tidaknya, pemimpin BN di negeri itu termasuklah Exco kerajaan negeri bertindak samseng apabila mengugut Ketua Kampung di Sarawak agar jangan menyokong Pakatan Rakyat atau berdepan tindakan dipecat dari jawatan mereka.



Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri Sarawak, Michael Manyin Jawong berkata, Ketua kaum di negeri itu, yang menyokong Pakatan Rakyat secara terbuka akan dipecat dan tidak akan dilantik bagi penggal seterusnya.



“Jika mereka (ketua kaum) dengan terbukanya tidak menyokong kerajaan, maka Pegawai Daerah boleh merekomenkan jawatan mereka (untuk) digugurkan.



“Bagaimanapun, mereka akan dimaklumkan terlebih dahulu menerusi surat dan selepas itu tempoh perkhidmatan mereka akan ditamatkan lebih awal,” katanya dalam Program Latihan Ketua Masyarakat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, di Kuching.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN itu, ketua kaum perlu menyokong kerajaan bukan hanya mereka dilantik oleh kerajaan, tetapi juga diberi elaun RM450 setiap bulan dan selepas tempoh itu, tempoh jawatan mereka akan dinilai sama ada akan diperbaharui atau tidak.



Adun BN itu turut menghalang Ketua Kampung di negeri Sarawak agar tidak mengadakan kempen secara terbuka terhadap Pakatan Rakyat.



“ Walaupun tidak dapat memainkan peranan dalam bidang politik secara langsung, tetapi ia tidak menghalang ketua kaum berkempen untuk pihak kerajaan.



“Mereka tidak boleh menyokong pembangkang (Pakatan Rakyat), tetapi mereka boleh menyokong kerajaan (Barisan Nasional),” katanya.



Sarawak akan berhadapan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu yang Penamaan Calon ditetapkan pada 8 Mei ini dengan pengundiaannya ditetapkan pada 16 Mei.



Pakatan Rakyat di Sarawak terdiri daripada DAP, PKR, SNAP dan PAS dan rekod menunjukkan budaya ugut dikalangan pemimpin BN di Sarawak sesuatu yang lumrah dan seolah-olah satu budaya memandangkan negeri Sarawak sejak puliuhan tahun lalu kekal dalam cengkaman Ketua Menteri paling lama di Malaysia iaitu Taib Mahmud.



Beliau telah menjadi Ketua Menteri sejak era Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussien Onn.

Kerjasama PAS dan DAP Sarawak kian mantap

Wednesday, 21 April 2010 4:00 PM

Oleh PAS Miri





MACAM-macam orang kata: PAS kononnya sudah diperalat oleh DAP, PAS juga kononnya telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP, tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP, bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu. Namun semua itu tidak dihiraukan oleh PAS.



Bertambah kerap gambar kelihatan Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.



Di Miri, buat kali pertama di sebuah Kampung yang majoriti penduduk Iban, dua pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat Miri, di mana Yang Di Pertua PAS Miri, Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Saudara Fong Pau Teck dari DAP hadir pada program penerangan bersama rakyat di Kampung Pasir, Lutong Miri.



Sementera itu, serentak di Bandar Sibu kepimpinan tertinggi dari PKR,SNAP,DAP dan PAS malah diketuai sendiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhimpun dalam majlis pengumuman calon PRK Sibu yang sebulat suara dipilih dari DAP.



Program di Miri bermula seusai program Usrah Gabungan di Markas PAS Miri yang disampaikan oleh Alfadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Melaka yang dalam kerangka lawatan dakwah ke Borneo dan Brunei.



Rombongan PR diketuai majoriti dari PAS dan DAP berkumpul di Rumah DAP lalu bergerak serentak ke Kampung Pasir.



Program itu mendapat sambutan meriah ratusan penduduk kampung. Antara program ialah pendaftaran dan semakan pengundi, tayangan video kezaliman BN merampas tanah adat, disamping ceramah penerangan dari setiap komponen PR.



Program ini jelas berjaya memecahkan tembok ketakutan terhadap PAS oleh masyarakat peribumi Sarawak yang berbangsa Iban.



Malahan sungguh menakjubkan seorang penduduk yang ditemui berkata.



"PAS..Kamek kenal Tuan Guru Nik Aziz dan pernah jumpanya di lapangan terbang.



Dia sorang yang kamek tahu sik ambik rasuah dan hidup susah macam kamek di sitok,kalau dapat bawak nya ke kampung kamek," kata penduduk itu dalam bahasa tempatan Sarawak.



Program yang berakhir sebelum solat Fardhu Asar itu menjadi titik permulaan program merakyatkan PAS dalam masyarakat peribumi Sarawak.



Sungguh menakjubkan melihat wanita dan kanak kanak menggunakan cenderamata kipas berlogo PAS di bumi kenyalang yang indah ini.

SEPAKAT Sabah dan Sarawak buat laporan polis

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)




KUALA LUMPUR : Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (SEPAKAT) di Sabah dan Sarawak membuat laporan polis berhubung penglibatan syarikat pro Israel-Zionis, APCO Worldwide dan Asia Soft Sdn Bhd dengan kerajaan Malaysia yang ditunjangi Umno-Barisan Nasional.



Di bumi kenyalang, laporan polis di buat di Balai Polis Kuching yang diketuai oleh Ketua SEPAKAT yang juga Ketua Pemuda PAS negeri Sarawak, Abang Eddy Ilyani Abang Fauzi bersama pimpinan SEPAKAT dari komponen Pakatan Rakyat iaitu DAPSY, Pemuda SNAP dan Angakatn Muda (AMK) PKR negeri Sarawak.



Manakala di Sabah di ketuai oleh Abdul Razak Jamil yang juga Ketua AMK PKR negeri Sabah, DAPSY Sabah dan Pemuda PAS negeri Sabah yang diterajui oleh Lahirul Latigu.



Laporan polis oleh SEPAKAT negeri Sabah dan Sarawak itu merupakan rentetan kepada laporan polis yang turut di buat di seluruh Malaysia oleh semua pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Malaysia.



Razak berkata, Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM23 juta duit rakyat untuk membayar upah bagi membina ‘Strategi komunikasi’ dan ‘Imej Negara’.



Menurutnya, penglibatan beberapa individu dalam Ahli Lembaga Pengarah APCO amat merisaukan termasuklah Shimon Stein (bekas Duta kepada Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.



“Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.



"Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan cukup akrab dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia,” soal beliau.



Razak memberitahu, dengan mengupah APCO, pengaruh Zionis, secara langsung mempengaruhi tindakan kerajaan sekaligus mengheret keselamatan negara dalam genggaman Zionis yang terkenal sebagai penyembelih kepada rakyat Palestin.



Beliau turut mempersoalkan apakah Kerajaan Malaysia tidak bimbang jika Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?



Mengulas isu sama, Ketua SEPAKAT negeri Sarawak, Abang Eddy Ilyani Abang Fauzi berkata, Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan?



Menurut Abang Eddy, di antara pemimpin ASERO satu-satunya individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng, seorang bekas polis Singapura.



Beliau menambah, apakah Presiden Umno, Najib Razak sanggup menggadaikan masa depan dan kedaulatan negara demi mencapai cita-cita politiknya?



APCO, kata beliau tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi malah turut terlibat dengan gerakan anti-Islam.



“Manakala Jonathan Winer pula merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.



"Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang ‘musuh’ dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.



"Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian,” soal beliau.



Abang Eddy menjelaskan, klien-klien dan bekas klien APCO seperti Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM10 billion duit rakyatnya semasa menjadi presiden Nigeria.



“Jeneral Abacha amat dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.



"Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan juga merupkan seorang klien APCO.



Di antara strategi APCO adalah untuk ‘membeli’ beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat,” tambahnya.



Sehubungan itu, beliau menegaskan, sekiranya Najib masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka keselamatan negara akan tergadai ke tangan Zionis selain kedaulatan maruah negara tercinta ini akan tercalar.

Zambry kini tertekan dengan ‘3 katak’

Posted by RAKYAT MARHAEN





Gaya Poyo Mamat nie.....keh..keh...





HULU SELANGOR, 21 April: Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini berada dalam dilema dan tertekan dengan sikap tiga calon bebas di negeri itu yang sedang menunggu peluang untuk mengaut pelbagai keuntungan dari tindakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.



Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, perkara itu diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.



Menurut beliau, perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri cukup kenal dengan tiga wakil rakyat terbabit yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, tetapi sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat demi kepentingan diri.



Tiga wakil rakyat bebas yang dimaksudkan oleh beliau itu terdiri daripada Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang).



“Tindakan 3 katak itu keluar dari Pakatan Rakyat melambangkan mereka manusia yang tidak bertanggungjawab, mengkhianati pengundi-pengundi yang menyokong mereka, sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengalami kesusahan dan dirampas oleh Umno-BN.



“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.



“Tindakan mereka itu ternyata menyusahkan rakyat Perak kerana ia akan melibatkan hak atau harta benda rakyat Perak. Tetapi mereka tetap tidak menghiraukan semua itu bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.



“Perkara itu samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sehingga mereka sanggup merampas hak rakyat Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.



“Demi kepentingan mereka, para pemimpin Umno-BN sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkianati rakyat, merampas hak rakyat Perak. Semua itu perlu disedari oleh orang ramai demi kepentingan mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2 di Hulu Selangor, malam semalam.

Baru-baru ini, Hi Yit Fong yang juga timbalan Speaker Dun Perak diberikan gelaran 'datuk' oleh Sultan Perak. Tidak diketahui apakah ia ada kaitan dengan dakwaan Nizar ini.



Ketika merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kata Nizar, Umno mengatakan kepada beliau dengan berbagai-bagai dakwaan yang bukan-bukan termasuk memberi tanah kepada kaum Cina, sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai ‘kerajaan Cina’.



“Pada hal apa yang kita lakukan itu amat kita fahami kerana ia sebenarnya bertolak dari prinsip-prinsip Islam dan keadilan. Rakyat Perak sendiri faham perkara itu. Sebab itulah rakyat Perak tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,” katanya yang juga Adun Pasir Panjang.



Sehubungan itu, beliau berharap agar para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan permainan politik kotor Umno-BN agar mereka tidak tersalah memilih pemimpin.



Read More

Pakatan kemuka dasar Najib gagal laksana MEB


KUALA LUMPUR, 21 April: Pakatan Rakyat mengemukakan empat perkara dasar mengenai model ekonomi baru (MEB) yang didakwa gagal dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, Najib harus menyatakan pendiriannya berhubung MEB kerana apa yang dimumkan dilihat bercanggah dengan apa yang ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Nor Mohamed sebelum ini berkata, MEB hanya sekadar pandangan yang dikemukakan oleh Kerajaan dan belum menjadi dasar Kerajaan yang jelas.

"Pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ini bercanggah dengan apa yang ditekan kan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.

"Tidak ada dasar ekonomi yang dianggap mapan dan mampu bertahan jika empat prinsip ini tidak diambil kira," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang, di bangunan Parlimen semalam.

Empat perkara dasar yang dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu, kata Anwar dirangkum setelah mendapati banyak kelompangan dalam MEB yang diumumkan Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pakatan Rakyat berpandangan, penyusunan syarikat yang melibatkan utiliti utama seperti elektrik, air, tol, broadband yang akan mengurangkan beban kewangan kepada syarikat terpilih kerana mereka mengamalkan dasar monopoli perlu dilakukan.

"Kalau dasar ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih, beban kepada rakyat semakin parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan TNB sendiri bahawa margin reserve yang digunakannya sudah meningkat 66 peratus.

“Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus sekarang 66 peratus dengan subsidi puluhan ringgit kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya.

Selain itu, kerajaan harus mengambil kira keperluan menetapkan garis gaji minimum untuk pekerja dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Dengan cara ini kata Anwar, akan memaksa syarikat-syarikat tempatan meningkatkan keupayaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja dengan upah yang murah.

Pakatan Rakyat turut menganjurkan kaedah pencukaian yang lebih teliti dan progresif untuk memastikan beban kepada golongan muda dapat dikurangkan kerana beban kewangan dengan upah yang diberi itu terlalu berat dan membebankan mereka.

"Memastikan beban kepada golongan muda dikurangkan kerana beban kewangan dengan upah yang ada itu terlalu berat dan membebankan dan oleh yang demikian kita telah menganjurkan dengan kaedah yang diumumkan dan disediakan dengan terperinci dalam kertas penjelasan ini tentang kaedah pencukaian yang lebih teliti dan progresif," katanya.

Yang terakhir dan merupakan perkara utama yang tidak disentuh oleh Najib dalam MEB, ujarnya ialah perubahahan dari segi keadilan, keyakinan dan persaingan dalam semua badan bebas di negara ini seperti Suruhajaya Pencgegahan Rasuah Malaysia (SPRM), badan kehakiman, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

"Keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan perdana menteri dan model ekonomi baru ialah reform. Tanpa reform dari segi keadilan, keyakinan, persaingan, maka ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara.

Reform ini termasuk jabatan peguam negara, badan kehakiman, polis, SPRM dan aspek-aspek yang melibatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.



Read More

Bung Moktar, Zizie mengaku bersalah berkahwin tanpa kebenaran...

wow...patut la sebok tutup cerita masa menikah...he..he..ada kes rupanya...!!!


Posted by RAKYAT MARHAEN







Bung Moktar bersama isteri keduanya, pelakon Zizie dan peguam mereka, Amli Embong (kiri) sewaktu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Keramat hari ini. — Gambar Bernama





KUALA LUMPUR, 20 April — Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan isteri, pelakon Zizie Izette Abdul Samad mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.

Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.

Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof. — Bernama



Read More

PRK Hulu Selangor : 19 Laporan Polis Diterima Sejak Sabtu - Ketua Polis Selangor

Posted by RAKYAT MARHAEN



HULU SELANGOR: Sebanyak 19 laporan polis membabitkan pelbagai kes diterima sepanjang proses penamaan calon dan tempoh berkempen yang masuk hari kedua pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata daripada jumlah itu polis telah membuka sembilan kertas siasatan.

"Sembilan kes itu membabitkan kes mencederakan orang (empat), khianat dan pecah rumah dan kereta (dua), kes di bawah kesalahan pilihan raya (dua), dan kes mengenai poster pilihan raya (satu)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata 10 lagi kes akan disiasat dengan teliti sebelum kertas siasatan mengenainya dibuka.

Selain itu katanya, polis juga turut menerima beberapa kes mengenai kesalahan berceramah tanpa permit membabitkan parti-parti bertanding dan mereka telah diberikan amaran keras sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Beliau berkata sebanyak 20 permit bagi mengadakan ceramah telah diterima setakat ini dan pihaknya juga turut menolak beberapa permohonan kerana tidak lengkap selain masa dan lokasi ceramah tidak sesuai.

Khalid juga memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik. - BERNAMA





Read More

PRK Hulu Selangor : Papan tanda fitnah oleh BN AMK, buat laporan polis, SPR



Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung lapan papan tanda yang didakwanya sebagai fitnah terhadap PKR.



Satu daripadanya menunjukkan foto ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tulisan 'pengkhianat negara' di sebelah logo BN.



Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut kepada pihak SPR pada kira-kira jam 12 tengahari ini.



Manakala laporan polis pula dibuat oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin.



Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas itu, Shamsul berkata pihaknya akan menurunkan papan tanda tersebut jika SPR tidak berbuat demikian.



Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan telah menerima aduan tersebut.

Perbuatan memasang papan tanda seumpama itu, katanya, menyalahi peraturan pilihan raya mengikut seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.



Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, pegawai penguatkuasa SPR akan menasihatkan pihak berkenaan supaya menurunkan papan tanda tersebut.



Oleh itu, beliau menasihatkan pihak PKR supaya jangan mengambil tindakan sendiri.



"SPR tahu jalankan tanggungjawab kita. Jangan buat keputusan untuk SPR atau polis," katanya dalam satu sidang akhbar.





Read More

PRK Hulu Selangor : 75,000 Generasi Kedua Felda bakal dapat 10 ekar tanah

Posted by RAKYAT MARHAEN





HULU SELANGOR, 19 April: Nasib Generasi Kedua Felda akan dibela sepenuhnya sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat, menang dalam pilihanraya umum ke 13 dan mentadbir Putrajaya.



Seramai 79,000 orang generasi kedua Felda akan diberikan hak tanah 10 ekar setiap seorang dengan rancangan pengambilan semula tanah-tanah milik Felda Plantation oleh kerajaan negeri.



"Saya nak sebut malam ini, antara perjuangan anak ialah, menuntut kalau Pakatan Rakyat menang, kita minta supaya Felda Plantation yang menjadi anak syarikat Felda dimansuhkan supaya diberi anak-anak peneroka,"kata Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar).



Beliau berkata demikian kerana penubuhan Felda Plantation, yang menjalankan perniagaan, adalah bercanggah dengan dasar yang disebut oleh Bekas Perdana Menteri Tun Abul Razak Hussein pada 27 April, 1960.



Katanya, Tun Razak menegaskan Felda adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengeluarkan orang-orang Melayu dari kancah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.



Oleh itu katanya, menurut dasar yang dibentangkan oleh Tun Razak Felda hanya bertindak sebagai agen pengurusan semata, dan ia bukan satu badan perniagaan.



”Saya dah sebut dengan kawan-kawan yang memerintah negeri Selangor, termasuk baru-baru ini saya sudah berbincang dengan Ustaz Azizan Razak Menteri Besar Kedah.



"Kalau ini sudah jelas terma-termanya, kenapa tidak kerajaan negeri mengambil semula ladang-ladang Felda ini yang berjumlah 367,000 hektar,”jelasnya ketika berucap di Medan Niaga Sungai Tengi, di sini, semalam.



Kemudian, katanya, tanah-tanah tersebut akan diberikan kepada anak-anak peneroka, yang akan mendapat keluasan 10 ekar setiap seorang.



Felda Sungai Tengi terbahagi kepada dua iaitu Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Ketika peneroka Sungai Tengi boleh memiliki tanah yang mereka teroka, peneroka Sungai Tengi Selatan tidak kerana ia milik Felda Plantation. Mereka kekal sebagai pekerja Felda.



Read More

PRK Hulu Selangor : Dr Halili Lompat Katak ....Bagussss...Nasib Baik Tak Ambik Jadi Calon..Jika Tidak... PKR Kalah Tak Bertanding....adooiiii..!!!!

Posted by RAKYAT MARHAEN



Halili buktikan pemilihan Zaid tepat

Dzulfikar Mashoor



KUALA LUMPUR, 19 April: Tindakan Datuk Dr. Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno dianggap sebagai suatu rahmat daripada Allah kepada Pakatan Rakyat.



Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sikap yang ditunjukkan Halili katanya membuktikan Pakatan Rakyat tepat membuat keputusan untuk tidak memilihnya sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor.



Nama Halili sebelum ini antara tersenarai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Hulu Selangor.



"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pkatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak."



"Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.



Keputusan Halili itu juga katanya memberi isyarat yang jelas bahawa keputusan Pakatan Rakyat memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor merupakan keputusan yang terbaik.



Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat tidak menganggap penghijrahan Dr. Halili kepada Umno sebagai suatu kerugian pada Pakatan Rakyat.



Sebaliknya, menurut beliau, pemergian itu merupakan suatu proses pemutihan bagi Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri.



"Ia bukan suatu kekurangan, saya nampak ia suatu proses pemutihan buat PKR dan Pakatan sendiri kerana sesiapa pun tahu realiti bankrapnya amalan politik Umno buat masa ini," beliau menambah.



Pagi tadi, media melaporkan Dr. Halili mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Bendahari PKR Hulu Selangor.



Dipercayai tindakan menyertai Umno itu disebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat memilih Zaid sebagai calon tunggal di P.94 Hulu Selangor tersebut.





Dr Halili Bidas Diri Sendiri

Nota Editor: Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR.



Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:



Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.



"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.



Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?

Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.



Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.



Bapak Salehuddin pun PAS pernah pecat, kenapalah Anwar Ibrahim ambik mamat ni jadi SU Agung saya pun tak paham.



Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?



Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini, inshaalah.



Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke tidak?Sekian.





Dr Halili keluar PKR masuk Umno, Jimadie Shah Othman, Apr 19, 10



Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.



Dr Halili Rahmat (kanan) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.



Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.



Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.



Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.



Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:



"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.



"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."



Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."



"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh." tambahnya.



Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.



Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.



"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.



Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.



"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.



Sebab masuk Umno



Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.



Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."



Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.



Read More

Rabu, 21 April 2010

PRK Hulu Selangor : Kempen Zaid guna laman ‘Zaid Untuk Rakyat’







HULU SELANGOR, 18 April — Selain kempen secara bersemuka, calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim turut tidak ketinggalan daripada menggunakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat untuk mendampingi pengundi-pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagi tujuan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangunkan laman web khas www.zaiduntukrakyat.com.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan melancarkan talian telefon khas untuk mendampingi pengundi Hulu Selangor.

Langkah itu dilihat sebagai saluran tambahan untuk berkempen.

Zaid juga mempunyai blog beliau selain berkomunikasi dengan orang ramai menerusi twitter dari semasa ke semasa.

Semalam beliau turut berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter ketika urusan penamaan calon sedang berlangsung di Kuala Kubu Baru.

Fuziah juga berkata, PKR akan cuba untuk memujuk 15,000 pengundi Hulu Selangor yang kini tinggal di kawasan luar termasuk di Kuala Lumpur agar pulang untuk mengundi pada 25 April ini.

“Kami akan cuba untuk akses kepada menerusi panggilan telefon, SMS, surat dan juga bercakap dengan ibu bapa mereka di sini. Mereka wajar kembali Ahad ini untuk menjalankan hak demokratik mereka,” katanya.



Ahad, 2010 April 18

Read More

PRK Hulu Selangor : 10 Sebab Utama Kamalanathan akan Kalah Teruk di Hulu Selangor.

by MB Warrior



Kamalanathan Calon Lembik TawanMalaysia.com

Kamalanathan merupakan calon 'kompromi' UMNO - MIC.Dia bukan pilihan utama BN , tetapi kerana persengketaan antara UMNO-MIC memberikan laluan kepada Kamalanathan untuk menjadi calon 'korban' mangsa UMNO.Ini 10 sebab dia akan kalah teruk ;

1.Kamalanathan membawa imej 'naive' dan lembik. 'Naive' disini bermaksud orang tolol yang hanya mengikut telunjuk politikal Masternya.

2.Kamalanathan tidak ada ciri seorang 'fighter' seperti Mugilan atau Dato G.Dia ini umpama seorang 'puppet' yang lembik.





3.Hampir separuh dari Bahagian MIC Selangor tidak bersetuju dengan pencalonannya.

4.Kamalanathan gagal memperjuangkan sentimen akar umbi MIC yang mahukan pemimpin berani dan bukan satu lagi 'puppet' UMNO.Buktinya ;

i.Kamalanathan tidak membuat tindakan protes untuk keluar dewan sewaktu Konvensyen BN Selangor ketika Noh Kotik mengatakan bangsa India patut bersyukur diberi kewarganegaraan

ii.Kamalanthan tidak bangkit bangun menghentam Nasir Safar ketika Pegawai Khas Najib Istrael itu menyifatkan orang India sebagai pengemis di bumi Malaysia ini

5.Kamalanathan akan diberi undi rosak oleh akar umbi UMNO sendiri (ini tradisi penyokong UMNO)

6.Kamalanathan sudah diberikan signal awal oleh kebanyakan Ketua Bahagian UMNO Selangor bahwa dia akan kalah teruk kerana sdalah percaturan UMNO-MIC

7.Palanivel sudah membuat kenyataan bahwa ;

i." pemilihan Kamalanathan akan menyebabkan UMNO yang harus bertanggungjawab untuk memenangkan pilihanraya ini "

ii."saya berasa sedikit lega kerana tidak dicalonkan , kalau saya dicalonkan , saya mungkin kalah untuk kali kedua setelah pilihanraya 2008"

8.Najib Israel tidak turun membantu Kamalanathan sebaliknya berkompromi dengan Yahudi di Washington.

9.Jentera 3rd Force yang terdiri dari 4 kem di dalam UMNO dan MIC akan memboikot Kamalanathan di pilihanraya ini (sebagai strategi pilihanraya aku tidak akan dedahkan lagi)

10.Muhyiddin sendiri tidak tahu nama Kamalanathan sewaktu penamaan calon BN di atas pentas ... kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah (siapa yang ada di penamaan calon BN masa tu tahu apa yang aku cakap ni..) kah kah kah kah kah kah kah kah





Read More

PRK Hulu Selangor : Tidak Rugi Pilih Zaid

Posted by RAKYAT MARHAEN





Oleh Faizal Ezzany

KUALA KUBU BAHARU 17 April - Isteri calon Pakatan rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datin Suliana Shamsuddin yakin suaminya mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat di kawasan Parlimen yang telah diabaikan oleh Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun.

Ketika ditemui selepas Datuk Zaid disahkan menjadi calon pada PRK 25 April depan, Suliana berkata sebagai isteri beliau lebih memahami kemampuan dan komitmen suaminya berkhidmat kepada rakyat.

"Saya menyeru kepada pengundi di Hulu Selangor membuat pilihan yang tepat dan memilih Datuk Zaid Ibrahim kerana saya tahu prinsip perjuangan dan ketegasannya dalam membela hak rakyat.

"Zaid mampu menyelesaikan masalah rakyat di sini dan sepanjang beliau berada di Kota Bharu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan selain beliau disenangi oleh semua lapisan masyarakat di situ.

"Bagi saya tidak ada bezanya di mana kita berada samada di bandar mahupun di luar bandar kerana masalah yang dihadapi tetap sama, masalah tersebut hanya dapat diselesai oleh mereka yang mempunyai pendirian yang tegas dalam perjuangan," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Selain bersama-sama zaid berkempen diseluruh pelusuk Hulu Selangor, Suloiana juga mempunyai program berasingan yang ketat menemui pengundi wanita.

"Program saya bersama rakyat telah diatur dengan perinci bagi saya bertemu dengan penduduk setempat diseluruh Hulu Selangor lebih-lebih lagi di kawasan Felda yang dilihat sebagai kubu kuat Umno.

"Saya akan turun menjelaskan kepada penduduk setempat siapa Zaid yang sebenarnya dan tidak rugi mereka memilih Zaid sebagai wakil mereka di Hulu Selangor," kata Suliana lagi.



Read More

PRK Hulu Selangor : Peluang Terbaik Buat Zaid Kembali Ke Parlimen - Isteri


Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN dan ARIFFUDDIN ISHAK
Zaid Ibrahim bersama isteri, Suliana Shamsuddin semasa hadir pada majlis penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini hari ini. KUALA KUBU BARU:Isteri Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata pemilihan suaminya sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan peluang terbaik suaminya kembali ke Parlimen.
“Kami sekeluarga menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai calon.
“Kami berharap beliau akan berjaya dalam pilihan raya kecil ini supaya dapat menjadi wakil rakyat di Parlimen,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan Zaid sebagai calon Pakatan Rakyat.
Menurut Suliana, 54, mereka sekeluarga sangat teruja dengan pemilihan suaminya dan perkara tersebut bukanlah satu masalah besar baginya kerana Zaid pernah menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kota Baru sebelum ini.
“Saya sudah biasa bekerja dengan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi lebih-lebih lagi sekarang hampir setiap minggu kami akan turun ke kampung dan membantu orang kurang upaya melalui Yayasan Kurang Upaya Kelantan dan pilihan raya di sini tidak ada perbezaannya,” katanya.
Yayasan tersebut ditubuhkan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zaid sementara Suliana menjadi penaungnya.
Beliau yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata, akan berada di Hulu Selangor sepanjang tempoh kempen bagi pilihan kecil ini.
“Saya akan sentiasa berada di sini dan menyokong beliau (Zaid). Saya telah mempunyai beberapa program yang telah disusun sepanjang tempoh kempen di sini.
“Ada program yang saya akan bergerak dengan dia dan ada juga program saya akan bergerak bersama jentera wanita Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengenai keyakinan beliau terhadap Zaid untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Suliana berkata: “Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia (Zaid) dan kami berharap pengundi di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian untuk membolehkan Zaid mewakili mereka di Parlimen.”
Suliana dan Zaid mempunyai tiga cahaya mata, iaitu dua putera dan seorang puteri.
Mereka ialah, Izad Kazran Mohd Zaid, 29, Mohd Ezra, 26 dan Alysha Azrin Mohd Zaid, 17.


Sabtu, 2010 April 17
Read More

PRK Hulu Selangor : Pilih calon pun BN sudah tak tunai janji - Gobind

Posted by RAKYAT MARHAEN
KOTA BHARU, 17 April: “Sekarang mereka (BN) sendiri terpaksa turunkan calon daripada bukan anak tempatan, mana janji asal dulu? Ini baru peringkat pemilihan calon, janji dah tak tertunai, apa lagi kalau dengan perkara-perkara yang lebih besar,” kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (gambar).
Beliau mengulas kekecewaan Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandiy lantaran janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menurunkan calon anak tempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Namun sebaliknya berlaku sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal berita internet dua hari lepas.
Raily yang mewakili MIC Hulu Selangor mahukan Datuk G. Palanivel dikembalikan sebagai calon.
Namun hasrat Raily itu terkubur apabila Ketua Penerangan Pusat MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN untuk berhadapan dengan Zaid.
Kamalanathan bukan anak tempatan tetapi menetap di Rawang.
Ekoran keputusan tersebut, Raily secara peribadi mengakui kekecewaannya dengan MIC pusat dan BN.
Pencalonan Kamalanathan sekaligus mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemudanya, V. Mugilan yang menjadi teka-teki bakal calon sebelum ini.
“BN tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri, masa kita (Pakatan Rakyat) tentukan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon kelmarin lagi pimpinan Umno Selangor membuat tanggapan kononnya akan memberi kelebihan kepada BN kerana Zaid bukan anak tempatan.
“Seperti meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri,” kata Gobind mengibaratkan kepada Umno-Barisan Nasional (BN) apabila akhirnya terpaksa memilih calon luar untuk dipertaruhkan dalam PRK itu.
Mengulas lanjut keputusan BN yang memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini, beliau berkata itulah gambaran dilema BN yang pastinya dari luar ia dilihat sebagai satu krisis mencabar kredibiliti MIC.
“Ia menunjukkan seolah-olah MIC sudah tidak dihormati dalam Umno,” katanya.
Justeru Gobind, mencadangkan ada baiknya MIC bertindak keluar daripada terus menjadi komponen BN menyertai Pakatan.

Read More

PRK Hulu Selangor : POLITIK BARU DI BAWA OLEH PAKATAN RAKYAT

Posted by RAKYAT MARHAEN





POLITIK BARU

tidak dapat dinafikan politik baru sedang menjalar dan berkembang

ditanah air kita.



politik lama - politik perkauaman makin terpencil.



pagi tadi d kuala kubu baru telah jelas kelihatan politik baru -

politik yang bukan berasaskan kaum atau agama tetapi berasaskan

kesejateraan umum.



saya ternampak mak cik tua memboceng motosikal membawa sepanduk DAP.

saya nampak anak muda tionghua memakai t-shirt naik aziz.

saya nampak orang india menyebar poster beng hock.



betul - apa yang saya tulis ini hanyalah simbol dan tanda.

tetapi simbol dan tanda ini adalah manifestasi yang dibawa oleh politik baru.



rakyat tidak suka dipecvah dan diperentah

rakyat sudah jemu dengan lagu lama

rakyat mahu perubahan.



AHLI UMNO LAWAN MIC DI HULU SELANGOR



Ketua Pemuda Hulu Selangor JOHAN MOHD DIAH

telah menjadi calon bebas.



mengikut apa yang heboh d kkb pagi ini - johan ini

ada mempuanyai pengikut dan penyokong.

mereka ini telah bosan dengan kerenah MIC.

mereka mahu kerusi ini dipulangkan kepada umno.



apakah garis politik johan ini sama dengan PERRkASA?



Read More

PRK Hulu Selangor : Polis rampas kain rentang provokatif

Posted by RAKYAT MARHAEN





Polis telah merampas kain rentang yang agak provokasi serta alat pembesar suara dan akan menyiasatnya di bawah seksyen Sekseyen 268 Kanun Keseksaan.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis juga mengesan pihak tertentu yang memakai baju yang bertulisan provokatif yang boleh menghasut.



Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan terhadap mereka yang terbabit.



Sehubungan itu, Khalid mengharapkan calon-calon yang bertanding tidak membangkitkan isu yang sensitif dan boleh menghasut orang ramai, dan mengambil tindakan tegas sekiranya engkar.



Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau mengesahkan tiada tangkapan yang dibuat sepanjang penamaan calon yang berlangusung pagi ini.



Khalid juga menasihatkan calon dan penyokong parti yang bertanding agar memohon permit sebelum mengadakan ceramah.



Beliau berkata, pihaknya akan memproses pengeluaran permit ceramah itu mengikut prosedur yang ditetapkan.



Untuk itu, Khalid berkata, pihaknya menyediakan tiga tempat untuk semua pihak yang bertanding memohon permit tiga tempat, iaitu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, balai polis Sentosa dan balai polis Hulu Bernam.



Menurutnya, 1,000 anggota polis akan dikerahkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dan jumlahnya akan ditambah mengikut keperluan.



Pihaknya juga telah mengenal pasti lapan kawasan panas tetapi tidak mahu menyatakan lokasi kawasan terbabit.



“Nanti kalau beritahu, tempat tak panas jadi panas, dan berjangkit kepada (tempat) lain pulak,” katanya.



Read More

PRK Hulu Selangor : Zaid sudah berubah, kata pemimpin Pakatan

Posted by RAKYAT MARHAEN



HULU SELANGOR, 17 April — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan Datuk Zaid Ibrahim, yang didakwa kaki sosial, dengan menegaskan calon mereka itu bagi kawasan Hulu Selangor ini sudah berubah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Zaid, bekas menteri persekutuan sudah memperlihatkan perubahan sejak beliau balik dari Mekah.

“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri... bukannya mempercayai blogger,” katanya.

Hadi, Ahli Parlimen Marang, ditemui di Pusat Penamaan Calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Zaid, 59, bekas Ahli Parlimen Kota Baru, diturunkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengundian diadakan pada 25 April ini.

Hadi diminta mengulas dakwaan banyak blogger yang mengatakan Zaid seorang yang kuat bersosial dan kaki minum serta tidak sesuai langsung dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sebaliknya Hadi yakin pihaknya mampu memenangi pilihan raya ini kerana sokongan penduduk yang amat tinggi kepada calon yang dikemukakan.

“Kita boleh membuat kejutan di sini,” katanya.

Berhubung soalan mengenai tindakan Zaid yang pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu kerana mahu mewujudkan hukum hudud, Hadi berkata, perkara itu sudah diselesaikan.

“Zaid sudah tarik balik saman tersebut, jadi sekarang perkara tersebut bukan lagi menjadi isu,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berkata, Zaid sudah banyak berubah dan tidak wajar menimbulkan perkara berkenaan.

“Ya, saya kisah Zaid telah berubah daripada tatacara, tatatertib ini.

“Kalau nak tengok karektor seseorang, kita kena tengok orang itu dari kecil sampai jadi datuk.

“Umno tidak boleh guna isu ini sebagai bahan kempen, ramai yang tahu bahawa orang Umno pun ramai tergolong dalam hal ini (minum arak),” kata Khalid, yang merupakan pengarah jentera pilihan raya kecil bagi PKR.







Pengerusi PKR Selangor ini berkata, jika isu Zaid menjadi satu masalah adakah umat Islam akan menolak saudara baru yang pernah makan khinzir dan minum arak apabila mereka masuk Islam.

Malah kata Khalid, jika pengundi kawasan Kota Baru yang konservatif boleh menerima beliau wakil rakyat enam tahun lalu, tiada sebab beliau tidak akan diterima di kawasan Hulu Selangor.



Read More

PRK Hulu Selangor : Rombongan BN nyaris lewat, ‘berdarah’

Posted by RAKYAT MARHAEN



KUALA LUMPUR, 17 April — Tiada kekecohan besar pada peringkat awal proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru dekat sini pagi ini.

Bagaimanapun dua orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu cedera apabila cuba menyelamatkan Presiden MIC itu daripada terjatuh pada kawad berduri yang dipasang oleh pasukan polis.

Sekatan kawad itu dipasang di kedua-dua laluan utama ke pusat penamaan calon.

Rombongan BN juga nyaris terlewat untuk memasuki pusat penamaan calon disebabkan banjiran ribuan penyokong mereka.

Kehadiran ribuan penyokong menyebabkan situasi tolak-menolak di kalangan mereka sehingga ada yang hampir terjatuh pada kawad berduri dipasang polis.

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha MIC Wilayah Persekutuan Datuk P. Panchamorthy cedera pada tapak tangan sebelah kanan dalam usaha mereka mengelak Samy Vellu daripada jatuh pada kawad yang dipasang.

Samy Vellu pula mengalami kecederaan di bahagian paha kaki kiri.

Ketiga-tiga mereka menerima rawatan sementara di ambulans yang disediakan berhampiran pusat sebelum diberikan rawatan lanjut di klinik berhampiran kemudian.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Idris Abu Bakar turut menjadi mangsa halangan berduri ini.

“Apabila rombongan penyokong BN bergerak dan menolak dari belakang, Datuk Seri Samy hampir terjatuh, dan saya sempat membantunya dengan menahan beliau menggunakan tangan dari sebelah kanan beliau manakala Datuk Ganeson dari sebelah kiri,” kata Panchamorthy ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Kompleks Serba Guna Sukan, Kuala Kubu Baru di sini pagi ini.

“Saya berharap pihak berkuasa keselamatan meletakkan barisan penghadang tiga lapisan sebelum meletakkan sekatan dawai dalam bentuk pisau cukur kecil ini,” katanya.

“Saya tidak cedera, cuma seluar bahagian bawah lutut terkoyak,” kata Mohd Idris ketika ditemui The Malaysian Insider.

“Ini kali pertama kawalan begitu ketat dalam pilihan raya kecil. Saya berharap mungkin boleh dilonggarkan sebab kedua-dua pasukan berada pada jarak yang jauh.

Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim pula memberitahu, oleh kerana kawalan keselamatan agar terkawal, kawad berduri sepatutnya boleh dielakkan.

“Ya, tetapi kemungkinan polis mahu mengelak keadaan lebih buruk, mungkin mereka juga ada sebab tersendiri,” kata beliau ketika ditemui.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kedua-dua BN dan Pakatan membawa sekitar 10,000.

Rombongan BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sepatutya menggunakan jalan utama bertar, dari sebelah kanan kompleks sukan, terpaksa melalui “laluan” pintas jalan tanah untuk ke pusat penamaan kira-kira 9.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan kalangan penyokong mereka.

Calon BN P. Kamalanathan berjaya memasuki pusat penamaan calon kira-kira 9.35 pagi.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapat kedatangan penyokong Pakatan Rakyat melebihi rombongan BN.

Dalam pada itu, maklumat disalurkan pusat media BN menyebut sekurang-kurangnya dua Pemuda BN tercedera di kepala apabila dibaling batu “gravel” sebesar penumbuk oleh penyokong pembangkang yang berkubu dalam Masjid Kuala Kubu Baru.



Sabtu, 2010 April 17

Read More

Saya sedia buat keputusan sukar, kata Najib











Najib (kiri) bertemu dengan presiden AS Barack Obama 12 di Washington April, 2010. — Gambar Reuters

NEW YORK, 17 April — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bersedia membuat keputusan sukar yang diperlukan negara sambil meminta rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik supaya bekerja ke arah usaha memupuk identiti nasional yang tulen.

Dalam satu daripada ucapan-ucapannya yang hebat mengenai agenda 1 Malaysia yang disampaikan di Asia Society di sini Jumaat, Perdana Menteri mengakui bahawa walaupun ada tentangan yang kuat tetapi beliau bertekad untuk membawa perubahan bagi menyatukan rakyat dan meletakkan negara ini pada landasan ekonomi berpendapatan tinggi.

Kepada para pengkritiknya, beliau suka menyatakan: “Kepada mereka yang berasa ragu-ragu mengenai sama ada sebagai Perdana Menteri dan kerajaan termasuk rakan saya yang lain mempunyai iltizam untuk membawa perubahan-perubahan yang sukar, saya suka menyatakan bahawa apabila keadaan bertambah sukar kita akan lebih bersungguh-sungguh menghadapinya.”

“Saya bersedia membuat keputusan sukar yang diperlukan Malaysia.”

Dalam ucapannya bertajuk “Satu Wawasan Baru Untuk Malaysia”, Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau tidak menentang pendapat yang bertentangan atau membangkang kerana beliau percaya pandangan-pandangan munasabah perlu diberi perhatian.

Namun demikian, beliau sedar tentang wujudnya golongan tidak bertanggungjawab yang sanggup berbohong dan menodai kepentingan awam demi memenuhi kepentingan peribadi mereka yang sempit.

Walaupun perbuatan golongan itu menjejaskan perjalanan politik di Malaysia, tetapi beliau yakin perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan akan diiktiraf dan dihargai oleh rakyat.

“Saya yakin semua rakyat Malaysia dapat berfikir dengan baik dan saya yakin usaha untuk mematangkan negara kita akan mencapai kemajuan serta momentumnya dari semasa ke semasa,” katanya.

Najib berkata tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan jurang perbezaan dan polarisasi antara masyarakat semakin melebar dan ada pihak berpendapat ini berlaku kerana tindakan afirmatif iaitu Dasar Ekonomi Baru hanya memberi manfaat kepada segelintir kumpulan orang Melayu sahaja.

“Ini tidak benar, dalam ekonomi baru global, keadaan tidak mampu dikekalkan. Mana-mana negara yang ingin bersaing di peringkat antarabangsa dalam sektor berupah dan berpengetahuan tinggi pada masa akan datang, perlu bergantung pada kemahiran, bakat serta kepakaran seluruh rakyatnya. Potensi yang tidak dimanfaatkan adalah suatu pembaziran,” katanya.

Mengenai lawatan beliau, termasuk kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala buat julung kalinya dengan Presiden Barack Obama di Washington, Najib berkata beliau yakin secara moralnya, Amerika telah berjaya memulihkan kedudukannya sebagai pemimpin dunia.

Selain menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Asia Society, perdana menteri juga akan mengisi hari terakhir kunjungan beliau selama seminggu ke negara ini dengan sekali lagi menghadiri satu siri perjumpaan bersama para pemimpin korporat terkemuka Amerika.

Sebelum ini, beliau telah mengadakan pertemuan buat julung kalinya dengan Rupert Murdoch dan jutawan itu membayangkan minatnya untuk berkunjung ke Malaysia bagi meninjau prospek dalam bidang pelaburan.

Dalam pertemuan empat mata dengan Frank Kern, naib presiden kanan IBM Global Business Services, Najib dimaklumkan tentang teknologi yang digunakan polis New York dalam penyediaan laporan dan penilaian berkaitan jenayah serta perkara lain berhubung pemantauan lalu lintas.

Najib berkata kajian akan dibuat sama ada sistem itu boleh membantu mengurangkan jenayah. — Bernama



Read More

Umno Dan Judi Sudah Sebati

Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:



Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:



Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.



Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.



Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.



Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.





Saham dalam Genting Berhad



Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.



Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.



Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.



Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.



Saham dalam Sports Toto



Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.



Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.



Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.



Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.suara-keadilan



Posted by pemudabesut

Lima cawangan Umno di H. Selangor mungkin bubar

Tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.



Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.



Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.



Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat.Erapakatan



Read more...

Posted by pemudabesut