This post is also available in: 
English
WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!
Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih  giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka  oleh Ketua Menteri.
Pada 18
hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah  mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang  telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib  Mahmud. Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami  mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk  saudaranya, Ibrahim Mahmud!
Ibrahim yang miskin?
Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin,  kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan  polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa  mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti  saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan  perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua  Menteri.
Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya  menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang  diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari  selesa!
Beramal, tetapi selebihnya tinggal untuk keluarganya!
Kawasan seluas 5,000 hektar itu telah diserahkan kepada Amgreen  Plantations di Baram, merupakan sebuah kawasan yang diancam kemusnahan  akibat pembalakan, perladangan kelapa sawit, dan kini pembinaan  empangan-empangan hidro-elektrik, terima kasih kepada dasar-dasar Taib  Mahmud. Amgreen, yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sarawak  Plantation, menurut rekod-rekod yang kami perolehi, adalah sebahagian  dari Yayasan Sarawak, yang bertanggungjawab untuk mencari wang untuk  membiayai biasiswa-biasiswa pelajaran (jurucakapnya, Adenan Satem,  adalah ipar Taib Mahmud), dan juga sebahagian dari Yayasan Kebudayaan  Melayu.
Namun, pemegang saham yang utama dalam Amgreen bukannya kedua-dua  yayasan itu, tetapi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Victoria  Square Plantation Sdn Bhd, yang memegang 65% saham-sahamnya. Sudah  tentunya Adenan Satem tidak hirau sangat untuk mempersoalkan pemegang  saham utama dalam Victoria Plantation iaitu Ibrahim Mahmud, yang jelas  bertindak sebagai orang yang dihubungi pada 2007 dalam dokumen-dokumen  Pendaftar Tanah, bagi sebuah lagi syarikat, Victoria Square Development.
Hanya sekadar alamat-alamat sahaja
Urusan jual-beli dan penyerahan tanah, yang seharusnya untuk  kepentingan kedua-dua yayasan pelajaran itu, telah dilaksanakan di dalam  pejabat Ibrahim Mahmud. Perhatikan persamaan pada alamat-alamat pejabat  dan nombor-nombor telefon mereka (dalam entri berbahasa Inggeris  artikel ini)!
Kini, setelah dua-tiga tahun berlalu, Ibrahim telah bercadang untuk mendapatkan wang tunai. Jual-beli yang dilakukan pada 18
hb  Februari itu telah diumumkan pada Bursa Saham Malaysia. Pengumuman itu  menjelaskan bahawa 80% saham dalam Victoria Square Plantations telah  dijual, dan dokumen-dokumen itu telah memaparkan butir-butir jual-beli  itu, menunjukkan siapa memiliki apa. Justeru itu, kita mendapati begitu  mudah untuk mengesan berapa banyak wang yang diperolehi oleh Ibrahim!
Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18
hb  Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham  Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network  Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria  Square Plantation. Perhatikan juga – alamat Network Jaya Sdn Bhd yang  kelihatan biasa pada kita!
Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network  Jaya. Victoria Square Plantation yang disebut dalam buku prospectus  pemegang-pemegang saham dalam Firma sebagai syarikat ‘dormant’.  Aset-aset utama (suatu sebab kenapa Firma Bhd membayar sejumlah wang  yang banyak untuk mendapatkan 80% saham) adalah, sememangnya, 65%  saham-saham Amgreen Plantation – iaitu tanah seluas 5,000 hektar yang  diserahkan kepada ‘usahasama’ di antara Yayasan Sarawak, Yayasan  Kebudayaan Melayu dan syarikat milik Ibrahim sejak 2007 lagi, oleh  saudaranya, Taib Mahmud.
Pembelian itu, yang kita tahu telah dilakukan sebulan lalu, telah  berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak RM21 juta untuk syarikat  Network jaya, dan memandangkan mereka hanya menjual 80% saham-saham,  Ibrahim dan rakan-rakannya telah menyimpan suatu saham dalam perladangan  lebih sedikit dari keuntungan yang besar yang telah mereka perolehi.
Sementara Ibrahim memiliki lebih dari separuh saham-saham dalam  Network Jaya dia diandaikan telah mendapat lebih dari RM11 juta dari  urusan jual-beli itu. Diandaikan juga, ada pokok-pokok untuk ditebang,  di mana keuntungan yang besar telah terjana dari urusan jual beli ini  bagi menambahkan pendapatan yang tidak dimasukkan bersama keuntungan  dari penyerahan hak-hak berladang itu. Baik juga, walaupun mereka belum  lagi mendapatkan penyodok. Pernahkah Ibrahim pergi ke tempat itu?
Berapakah keuntungan sebenarnya?
Jumlah ini amat besar kontranya dengan premium yang diterima oleh  Negeri Sarawak untuk tanah yang bernilai tinggi ini yang telah  didaftarkan dalam bulan Ogos 2009 (sila lihat butir-butirnya pada entri  asal bahasa Inggeris).
Caj sebanyak RM3.7 juta telah dikenakan ke atas urusan penyerahan  tanah seluas 5,000 hektar itu. Syarikat milik Ibrahim telah memperolehi  65% dari saham-sahamnya. Maka perkiraan yang kami buat menunjukkan  bayaran premium itu adalah sekecil RM2.5 juta sahaja. Ini bermakna  keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari  urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam  syarikat tersebut!
Dengan ketelusan yang baik dalam kerajaan mungkin telah membenarkan  butir-butir sepenuhnya diperiksa oleh orang awam dan ketua-ketua  pembangkang, yang tentu akan memaksa Taib untuk berusaha membenarkan  kenapakah dia menyerahkan tanah yang bernilai tinggi itu kepada  saudaranya dengan harga yang amat murah.
Namun, sekarang kami tahu kenapa Taib mengelak daripada mengamalkan  ketelusan dan lebih gemar mengadakan ‘rundingan’ secara tertutup!
Segelintir orang akan percaya bahawa Ibrahim sendiri telah  mengeluarkan wang untuk membiayai urusan jual-beli dan penyerahan tanah  itu, kerana pada lazimnya, keluarga Mahmud membiarkan rakan-rakan niaga  mereka untuk mengeluarkan bayaran untuk mereka, sementara itu mereka  hanya akan mendapatkan keuntungan dari saham-saham induk. Sarawak kini  adalah terlalu korup di mana tidak seorang pun boleh berniaga tanpa  membayar ‘potongan’ kepada Taib dan keluarganya. Maka ahli-ahli keluarga  itu sering menganggap diri mereka sebagai orang-orang yang  bertanggunjawab untuk mewujudkan peluang berniaga, menerusi akses-akses  mereka pada Ketua Menteri, bukannya berkongsi risiko-risiko kewangan.  Nampaknya ia merupakan suatu kerja keras yang sering mereka lakukan!
Tidak terlalu miskin!
Taib tidak perlu terlalu risau apabila beliau hendak mengagihkan  tanah kepada Ibrahim. Siasatan dan kajian terkini yang kami jalankan  telah membuktikan bahawa beliau ada banyak wang untuk dilaburkan.  Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan sebelum Frontken Corporation Sdn  Bhd dibuka kepada awam dalam tahun 2006, Ibrahim Mahmud sudah mampu  membeli sehingga 34% saham-saham di syarikat itu, kesemuanya berjumlah  125,125,000. Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan  bahawa mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang  mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu. Suatu lagi  habuan yang amat lumayan buat Ibrahim! Pada kemuncak pasaran saham FCB,  saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya,  menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta.
Ibrahim seharusnya telah mendapat secukup-cukupnya pada usianya yang lanjut itu.