Pedih ketika ditendang perikatan masih terasa - Tok Guru Nik Aziz

MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli-ahli PAS agar meneliti semula sejarah ketika Umno menyingkirkan parti itu daripada Perikatan, lapor Intan Abdullah.

"Mungkin saudara-saudara tidak ada pada masa Peristiwa 13 Mei dan sewaktu Umno menendang kami (PAS) keluar daripada parti Perikatan, masih terasa sakitnya, pedih dan parutnya masih lagi ada," ujarnya kepada lebih 500 peserta yang hadir di Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini pada 23 Mei lalu.


Menurut beliau, Umno kini bukan lagi sebuah parti politik melainkan sekadar sebuah gerombolan yang berbentuk pemikiran.

Menteri besar Kelantan itu turut menegaskan PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno kecuali parti itu menukar dasar perjuangan atau menerima Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

"Kita bersedia untuk mengadakan muqabalah dengan sesiapa sahaja tetapi mesti bersama-sama Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa peranan ulama PAS tidak terhad untuk menguruskan masalah dan urusan di Malaysia semata-mata sebaliknya dunia secara keseluruhannya.

"Jika tiada Dewan Ulama PAS, maka Islam akan lenyap di Malaysia," demikian kesimpulan dibuat Tok Guru Nik Aziz setelah mengimbas saat penubuhan PAS serta peranan yang dimainkan dalam membantu menyuarakan pandangan berhubung isu-isu yang membabitkan agama di negara.

Beliau mendoakan agar ulama PAS terus gagah dan unggul untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Tok Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan cadangan agar ulama mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada mereka.

"Saya mencadangkan agar dibuat pertemuan kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS untuk memberikan kefahaman tentang Islam tetapi jangan memburuk-burukkan agama mereka. Sampaikan dengan cara hikmah sebagaimana yang diajar Rasulullah kepada kita," ujarnya

sumber: detikdaily

Pemimpin Kita

Tak kiralah samada pemimpin kita itu ulama atau profesional, yang penting dia bertaqwa. Jika taqwanya tercarik dengan sebab perlakuannya, kita pilih yang lain.

Pemimpin kita mesti bertaqwa. Mesti pula lebih taqwanya daripada kita pada andaian dan penelitian kita. Sebab, kita ini adalah umat taqwa. Taqwa adalah pencarian kita di dunia yang tertinggi. Taqwa adalah bekalan kita yang satu – satunya ke akhirat nanti. Maka pemimpin kita hendaklah orang yang boleh menunjuki kita kepada taqwa.


Justeru pemimpin kita mestilah taqwanya lebih baik daripada kita. Suluhannya lebih tajam melihat ke depan, lalu pimpinan dan panduannya jadi mudah, tepat dan tak terpesong. Barulah kita jadi pengikut yang selamat, untung dan tak rugi.

Lihat ayat 74 surah al Furqan. Allah mengajar kita bagaimana memohon daripadaNya. Jika rajin, bacalah daripada ayat 63 sampai habis surah itu. Fahami bagaimana Tuhan kita merencana untuk kita hambaNya yang disayangiNya.

Kita diminta olehNya untuk memohon daripadaNya agar menjadi imam atau pemimpin kepada umat yang bertaqwa. Seawalnya adalah dikurniai isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang dek taqwa yang menyelubungi kehidupan sekeluarga. Bolehkah dibayangkan perkenan Allah untuk doa suami yang buruk perangai untuk memiliki keluarga taqwa?

Itulah jenis pemimpin idaman kita. Dia memimpin di dunia untuk kehidupan kita di akhirat. Dalam Islam, memilih pemimpin tanpa taqwa, walaupun rencam kebolehannya, adalah kerugian. Kerugian yang besar.

Sebabnya, kita terlalu memerlukan pemimpin. Kita perlukan nabi yang memimpin. Sahabat nabi yang memimpin. Pewaris nabi yang memimpin. Kita buta tanpa pemimpin. Kita hari ini, begitulah manusia sejak dahulu kala lagi.

Adalah Bani Israel, pemimpin mereka adalah para nabi. Itu perkhabaran nabi kita untuk kita agar kita mengenali wibawa pemimpin. Kerana itu mereka telah menjadi bangsa pilihan. Apabila mereka membohongi dan membunuh para nabi, mereka dilaknat dan disumpah menjadi bangsa terkutuk.

Kemudian kita datang untuk menjadi bangsa pilihan pula. Kerana kita dipimpin oleh sebaik – baik nabi. Nabi penghulu segala nabi.

Nabi adalah bapa taqwa. Tiada nabi, tiadalah taqwa. Begitu sifat taqwa memuncak nilainya dalam kepimpinan Islam. Nabi mewariskan taqwa untuk kita meneruskan kepimpinan pilihan di dunia ini.

*******

Ya, taqwa. Mudah atau payah, kita kena cari pemimpin bertaqwa. kalau rasa pemimpin bertaqwa tak penting, tak payah baca surah al Furqan. Eloknya, tak payah baca al Quran langsung. Jenis tak lekat ajaran!

Ya, memang susah nak cari pemimpin bertaqwa. Sebabnya, taqwa itu memang susah nak dapat. Sebabnya kerana taqwa itu diperolehi hanya dengan ilmu. Ilmu pula hendaklah diiktiraf Allah sebagai ilmu yang berguna. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membawa kepada taqwa!

Yang bertaqwa hanyalah yang berilmu. Yang berilmu tanpa iman dan taqwa adalah tidak berilmu. Sekadar antah, disisih beras dan nasi.

Semua ilmu boleh memandu kepada taqwa. Ilmu adalah kurniaan agung daripada Allah kepada manusia.

Mereka kata, ulama ialah yang ilmu wahyunya adalah rasmi. Ada sijil. Mereka kata, profesional adalah yang ilmu akalnya adalah rasmi. Ada sijil.

Jika begitu dipakai guna, maka samada pemimpin kita itu seorang ulama atau profesional, dia mampu untuk menjadi pemimpin bertaqwa. Sebab, samada ilmu itu naqli (wahyu) atau aqli (akal), ia boleh mencetus taqwa.

Kata saja begini, ulama apabila bertaqwa adalah profesional. Juga, profesional apabila bertaqwa adalah ulama. Titik temu adalah taqwa. Taqwa itu isi profesionalisme. Taqwa itu isi ulamaisme. Begitu tafsiran dan istilah ugama.

Terbaru, ayahanda kata, jika Namrud itu profesional, dia pasti terima Ibrahim alaihissalam! Saya tambah, jika Obama itu profesional, dia pasti terima Islam!

Jika anda enggan memahami agama dengan tafsiran ugama, anda akan merapu - rapu dalam membuat kesimpulan. Jika anda mengira si kafir adalah profesional, anda jahil. Ulama pun tidak, profesional pun tidak!

*******

Kemudian, mari saya bimbing anda kepada sesuatu yang lebih ke puncak.

Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah yang terbaik dan terpilih?

Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah merupakan kurniaanNya yang teragung?

Jawabannya adalah ilmu wahyu. Kenapa? Sebabnya ilmu wahyu adalah lebih cepat kepada taqwa. Ia lebih cepat menuju Allah dan mengenaliNya.

Justeru para nabi dikurniai ilmu wahyu. Ia milik nabi tanpa kongsi. Ilmu wahyu mesti daripada nabi. Kemudian ia dipindah milik kepada manusia yang dipilihNya untuk memperolehi kurniaan agungNya. Lihat asy Syura:52.

Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis Sahih: ”Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan (yang banyak dan agung), pasti Allah menjadikannya faqih dalam ugama.” Agama adalah wahyu.

Ilmu wahyu, nabilah juara di depan. Ilmu aqli, tak semestinya nabi menjuarai. Kerana itu nabi bersabda, “Kamu lebih tahu perihal urusan duniawi kamu,” saat para sahabat mengadu kebun tamar yang kurang mengeluarkan hasil apabila cadangan awal nabi dipraktiskan.

Justeru anda akan menemui seorang miskin buta huruf di pedalaman jauh yang menangis di tengah malam kerana takutkan tuhannya. Dia tiada memiliki selain secubit ilmu wahyu yang diajar oleh guru ugama lepasan pondok ( yang tiada memiliki ilmu duniawi rasmi ) yang telah memperkenalkannya dengan tuhannya.

Tetapi anda boleh melihat seorang profesor di menara gading yang bertambunan sijil – sijil ilmu aqlinya, hari – hari kerjanya adalah menentang Allah dan rasulNya! Dia memiliki segalanya kecuali ilmu wahyu!

Setitik ilmu wahyu mungkin saja mencipta taqwa. Seluas lautan ilmu aqli pula tak mungkin mencipta taqwa kecuali selepas dititikkan dengan ilmu wahyu.

Ilmu naqli ( wahyu ) tidak memerlukan ilmu aqli sedang ilmu aqli memerlukan ilmu naqli untuk menuju tuhan.

Ilmu aqli membimbing anda mengenali wujud tuhan yang satu. Ilmu naqli menyudahkannya dengan berkata, yang satu itu adalah Allah!

*******

Mari membaca dan memahami sebahagian surah Fathir yang menjadi rujukan perihal ilmu,ulama dan taqwa.

Ayat 27 dan 28, Allah mengarahkan kita mengkaji dan memerah akal untuk memahami kemukjizatan alam semesta ciptaanNya. Hasilnya adalah ilmu yang mencetus taqwa! ” Sesungguhnya hanya yang takut pada Allah adalah ulama ( ilmuan ).”

Tetapi perhatikan awal ayat, “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah…” Taqwa hanya terhasil apabila si pengkaji itu terlebih dahulu mengenal Allah. Jika tidak, dia pasti dalam kebingungan dan kehairanan sendirian tanpa jawaban melihat kehebatan alam semesta.

Anda mungkin mendengar bagaimana ramainya ahli sains barat dan timur hanya memeluk Islam selepas mereka mengenali Allah daripada pembacaan al Quran atau diperkenalkan oleh ulama Islam! Sebelum itu, bukankah mereka buntu?

Lihat, titikan ilmu wahyu menjadikan segalanya adalah emas!

Jangan berhenti di ayat 28, sehinggalah anda melihat ayat berikutnya.

Lihat pula ayat berikutnya, dari ayat 29 hingga 32. Allah memperincikan perihal manusia yang bertaqwa.

Dalam 4 ayat ini, Allah menyebut ‘KitabuLlah‘ ( al Quran ) sebanyak 3 kali!

Selepas penegasan bahawa taqwa itu milik para ulama ( hatta ulama sains ), Allah mengembalikan kita kepada nikmat membaca dan memahami al Quran ( ayat 29 ). Kemudian, Allah mempertegaskan al Quran sebagai sumber kebenaran dan al haq ( ayat 31 ). Akhirnya Allah memberitahu kita kepada siapakah al Quran itu diwarisi daripada al Rasul ( ayat 32) dan siapakah yang terbaik daripada mereka. Mereka yang menjuarai berpegang dengan al Quran disifatkan sebagai telah memperolehi kurniaan yang agung!

Begitulah taqwa. Ia bermula dengan al Quran dan berakhir dengan al Quran. Ditengahnya adalah segala ilmu aqli dan naqli yang saling memperkenalkan kita dengan tuhan, lalu mencetus taqwa.

Selepas anda memahami ini, bolehlah anda memahami saya ketika saya sering mengajak anda menjadikan ulama al Quran sebagai pemimpin.

Saya bermaksud bahawa kepimpinan mestilah ditunjangi taqwa. Kemuncak taqwa adalah apabila anda memahami kitab Allah sepenuhnya. Anda mesti memahami bahasa Arabiah sebaiknya kerana al Quran diturunkan dalam bahasa Arabiah sepenuhnya. Sebahagian keindahan al Quran adalah pada memahami bahasa itu. Sebahagian lagi adalah pada memahami ilmunya yang khusus seperti ulum tafsir, ulum hadis (penafsir al Quran yang pertama selepas al quran sendiri ), fiqh dan usulnya, selain kemuncaknya, iaitu ilmu merawat hati yang sakit dan mensejahterakannya.

Tidakkah memimpin manusia adalah memimpin hatinya? Dunia ini hancur rosak selepas hati manusia rosak. Dunia ini sejahtera apabila hati manusia telah sejahtera.

Siapa anda untuk berani berkata ulama al Quran tidak boleh memimpin dalam iklim politik negara hari ini? Siapa anda untuk berani mempertikaikan imej dan watak ulama tradisional?

Seperti saya sebutkan di atas, jika anda melihat pemimpin anda telah tercarik sifat taqwanya dengan penyakit – penyakit hati seperti cintakan dunia, cintakan jawatan, bohong, dengki, politik wang, rasuah politik, politik cantas, memfitnah dan sebagainya, tukarlah saja pemimpin sedemikian jika ada yang lebih baik.

Jika tiada, malanglah kita. Berdoakan semoga Allah mengurniakan kita pemimpin yang baik – baik yang memandu kita menuju Allah.

http://nikabduh.wordpress.com/

Potensi ekonomi Islam

DALAM 10 tahun kebelakangan ini, amalan perbankan dan kewangan Islam mengalami pertumbuhan ketara. Jumlah institusi kewangan Islam meningkat melebihi 300 buah dan berkembang meliputi 75 negara.

Ia membabitkan nilai urus niaga yang mencecah sehingga AS$300 bilion (RM1.05 trilion) dengan pertumbuhan pada kadar sehingga 15 peratus setahun. Statistik itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa perbankan Islam berkembang dengan progresif.


Ia juga dilihat mempunyai potensi besar bagi menggantikan sistem konvensional bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Ini kerana sistem kewangan Islam amat menekankan aspek keadilan apabila menggariskan prinsip dan nilai yang wajib diikuti dalam memastikan aktiviti ekonomi berjalan dengan baik.

Sebagai contoh, Islam mengharamkan aktiviti riba yang bermaksud setiap urusan hutang tidak boleh mempunyai elemen faedah atau nilai tambah. Prinsip ini jelas berbeza dengan sistem kapitalisme dalam dua perkara iaitu mengharamkan pinjaman dengan amalan faedah (riba). Pada masa yang sama, ia turut menegah sebarang bentuk spekulasi berunsur penindasan.

Sebagai alternatif, pembiayaan boleh dilakukan secara jual beli atau sewaan yang bersandarkan kepada aset sebenar. Sekiranya bank ingin membiayai pembelian rumah, ia tidak boleh memberikan wang dan mengaut keuntungan melalui hutang. Sebaliknya perlu membeli aset tersebut dan menjualnya kepada pelanggan dengan harga yang mengambil kira keuntungan kepada bank.

Sistem ekonomi Islam juga menekankan aspek perkongsian untung dan rugi yang memerlukan bank terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi pelanggan.

Ia secara tidak langsung dapat mendisiplinkan aktiviti ekonomi kerana bank harus melakukan penelitian rapi bagi setiap projek yang dibiayai. Ini kerana sistem perekonomian Islam menyokong perkongsian risiko antara pihak institusi kewangan dan pelanggan dengan membawa prinsip menang-menang bagi semua pihak.

Sistem kewangan Islam juga mengharamkan aktiviti jual beli hutang kerana adanya elemen yang tidak pasti. Oleh itu, sistem ini dengan sendirinya mempunyai daya tahan terhadap krisis kegawatan ekonomi.

Sebagai sebuah negara Islam, perkembangan pesat sektor kewangan dan perbankan negara memberi kelebihan kepada sistem ekonomi Islam untuk berkembang.

Potensi itu turut disedari oleh sebuah firma guaman, Khairul Group Of Associates (Khairul Group). Ia melihat sektor ekonomi Islam boleh memberi kelebihan kepada pihak yang terbabit secara langsung dalam sistem ekonomi, lebih-lebih lagi kaum Bumiputera.

Pengerusinya, Khairul Anwar Selamat berkata, sejak beroperasi pada 2004, firmanya telah mengendalikan transaksi perbankan korporat bernilai lebih RM100 juta dengan lebih 70 peratus pelanggan memilih sistem perbankan Islam.

Kecenderungan itu dijangka berterusan bagi tempoh lebih panjang dan stabil berikutan prinsip kewangan syariah yang diyakini lebih adil, telus dan berwibawa. Pertumbuhan pesat juga dicatatkan dalam urus niaga berteraskan syariah seperti al-mudharabah, al-musyarakah, bai' bithamin ajil dan al-ijarah.

"Menariknya sistem kewangan Islam bukan sahaja menjadi pilihan di kalangan orang Islam, malah semakin ramai bukan Islam mula tertarik untuk menyertainya," ujar beliau.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, masih ramai yang ragu-ragu untuk mengaplikasikan sistem perbankan Islam. Ia disebabkan kurangnya pendedahan dan salah faham terhadap konsep kewangan syariah yang sebenar.

Kerana itu juga Khairul Anwar mencadangkan, perlu ada penjelasan dan usaha yang berterusan untuk memperkenalkan produk perbankan Islam seperti sukuk dan pasaran bon Islamik. Kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh kelemahan kewangan konvensional juga dilihat peluang terbaik untuk menonjolkan sistem itu.

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia dilihat mempunyai kapasiti daripada sudut kemahiran dan kemampuan untuk melaksanakannya. Untuk itu, Khairul Anwar menggesa lebih banyak pihak yang terbabit secara langsung dalam sistem kewangan dan perbankan meningkatkan aktiviti berasaskan sistem Islam.

Peningkatan minat itu juga merupakan kelebihan kepada Bumiputera terutamanya orang Melayu yang pastinya lebih arif dan memahami konsep kewangan Islam. Beliau sendiri menerusi firmanya, akan terus mengukuhkan usaha menggalak dan meyakinkan pelanggan untuk menjalankan urus niaga berdasarkan sistem perbankan Islam.

Ia berasaskan keyakinan bahawa inilah sistem terbaik dan berdaya maju serta menguntungkan kedua-dua pihak sama ada pelanggan mahu pun institusi kewangan.

"Sudah tiba masanya kita tidak lagi terpengaruh dengan pengamal Barat yang mendefinisikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif.

"Hakikatnya, prinsip kewangan berlandaskan syariah adalah satu-satunya sistem yang utama dan terbaik," katanya.

Khairul Anwar turut melihat proses liberalisasi sistem kewangan Islam seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini merupakan satu pendekatan yang positif.

Ia diyakini dapat meningkatkan penyertaan asing dalam institusi kewangan selain pengurusan dana dan firma pembrokeran saham asing.

Malah, Khairul Group juga merancang untuk mengeksport kemahiran perkhidmatan mereka ke luar negara. Ketika ini terdapat permintaan kepakaran dari beberapa buah negara terutamanya di Asia Barat.

Negara-negara seperti Singapura, Indonesia, Jepun dan Hong Kong pula menunjukkan minat yang mendalam terhadap sistem perbankan Islam, katanya.

Khairul Group juga menjadi rujukan para pelanggan korporatnya dalam hal melibatkan undang-undang berkaitan sistem perbankan Islam, penstrukturan pinjaman serta pinjaman korporat dan komersial.

Mereka yang mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma Khairul Group boleh menghubungi talian 03-41428944 atau menerusi e-mel di alamat krulco@yahoo.com.

sumber: detikdaily

Demokrasi tak semestinya demokratik

DEMOKRASI bermaksud hak rakyat untuk memilih, melalui proses pilihan raya yang adil dan bebas, sebuah pentadbiran atau kerajaan yang mereka kehendaki, tak kira ideologi apa sekalipun. Sekiranya sesebuah pentadbiran itu tidak disukai rakyat, maka melalui pilihan raya, mereka berpeluang untuk menyingkir pentadbiran tersebut.
Itulah cara dan kaedah terbaik untuk memilih pentadbiran sesebuah negeri yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Jika cara atau kaedah lain digunapakai, ia bakal menimbulkan masalah termasuk kemelut politik yang tidak berkesudahan.


Dalam sistem demokrasi, para menteri datang dan pergi tetapi urusan pentadbiran hari ke hari tetap dan mesti berjalan lancar, di sinilah peranan dan tanggungjawab perkhidmatan awam.

Perkhidmatan awam diamanah untuk menjalankan tugas seharian dengan adil dan saksama dan dimestikan ta'at dan setia serta membantu pentadbiran yang dipilih rakyat, sama ada parti yang memerintah sebelum itu atau sebuah parti yang membangkang dan kini bertukar menjadi pemerintah.

Pengkhidmat awam atau pegawai kerajaan tidak boleh sama sekali terlibat secara peribadi dalam kegiatan politik kepartian. Dia mesti dengan penuh setia melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh ketua pentadbir politiknya, iaitu pentadbiran yang dipilih rakyat termasuk Perdana Menteri dan Kabinetnya di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar/Ketua Menteri dan Exco masing-masing di peringkat Negeri, sama ada dia setuju atau tidak dengan dasar berkenaan.

Pengkhidmat awam tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan sendiri atau keluarga terdekatnya. Walau betapa tinggi dia mendaki tangga jawatan perkhidmatan awam seperti ketua jabatan, setiausaha kerajaan negeri atau ketua setiausaha kementerian, sikapnya terhadap orang awam tetap sebagai pengkhidmat awam atau "hamba rakyat" dan bukan sebagai tuan.

Saya membangkitkan persoalan ini kerana sejak setahun lalu ada perkara yang berlaku yang seolah-olah membelakangkan amalan demokrasi. Mereka yang terlibat mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah amalan demokrasi walaupun ia kelihatan tidak demokratik.

Di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti yang berlawanan dengan parti yang berkuasa di peringkat persekutuan, ada arahan atau larangan tertentu yang menafikan hak pentadbir negeri untuk terlibat dalam kegiatan rasmi di sekolah-sekolah termasuk kegiatan Persatuan Ibu-bapa dan Guru, ada pula "arahan" melarang pentadbiran awam daerah daripada berurusan dengan sama ada penghulu/ketua kampung mahupun Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang dilantik oleh pentadbiran negeri dan ada juga pengkhidmat awam yang engkar arahan.

Apa yang sedang berlaku di Perak pun sedemikian rupa. Rakyat tidak memilih BN tetapi pakatan parti-parti pembangkang untuk mentadbir negeri itu. Masalah timbul apabila berlaku perbuatan melompat parti, mula-mula oleh ADUN Bota yang lompat dari BN ke Pakatan dan tak sempat duduk kerusi bertentangan, melompat kembali ke kerusi BN, kemudian tiga orang ADUN (dua dari PKR dan seorang dari DAP) melompat keluar Pakatan tetapi tidak pula memasuki BN. ADUN yang tiga ini mengisytihar bahawa mereka adalah ADUN Bebas "mesra BN" dan BNpun ambil kesempatan itu untuk "mengambil alih" pentadbiran negeri melalui kuasa Istana. Ia adalah satu amalan demokrasi, kata BN.

Begitu juga dengan pentadbiran Persekutuan, rakyat memilih BN dan BNlah yang berkuasa. Oleh itu sebarang usaha untuk menjatuhkan pentadbiran Persekutuan melalui perbuatan melompat parti adalah bertentangan dengan pilihan rakyat, sama seperti yang berlaku di Perak. Tidak seharusnya wujud dua "amalan" berhubung perbuatan melompat parti. Ia semestinya dilarang melalui peruntukan undang-undang.

Jika seseorang ADUN atau Ahli Parlimen (MP) yang dipilih atas tiket parti tertentu, sekiranya dia melompat parti, maka kerusinya mesti diisytihar kosong dan satu pilihan raya kecil wajib diadakan. ADUN atau MP berkenaan mesti dihukum termasuk melarang dia daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya untuk satu tempoh yang difikirkan sesuai dan dia harus didenda yang jumlahnya sama banyak dengan jumlah wang pertaruhan pilihan raya.

Tanpa peruntukan undang-undang, perbuatan melompat parti dan percubaan menjatuhkan sesebuah pentadbiran melalui amalan itu, akan berlaku dan ia hanya menjejas kelicinan pentadbiran sama ada negeri terbabit ataupun pentadbiran persekutuan.

DEMOKRASI tidak semestinya DEMOKRATIK.

Dalam apa jua urusan pentadbiran politik duniawi, rakyatlah hakim sebenar, bukan mahkamah atau pihak ketiga yang lain.
kudaranggi

sumber: detikdaily

Kepemimpinan dalam takwa, iman wujudkan keharmonian

KEADILAN penting dalam pemerintahan, begitu juga kepemimpinan dalam sesebuah keluarga akan dipersoalkan di akhirat kelak. Setiap daripada kita adalah pemimpin bagi diri keluarga, masyarakat dan negara.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir mereka." – (Hadis riwayat Muslim)


Ciri pemimpin yang baik mestilah perlu mempunyai kecerdasan spiritual tinggi dan memahami penderitaan serta kehendak rakyat dipimpinnya. Begitulah sebagai ibu atau bapa mesti memahami kehendak ahli keluarga dipimpinnya dan bertindak adil dengan penuh kesedaran.

Menurut K H Dewantara, pemimpin di hadapan memberi contoh sehingga dapat diteladani, di tengah memberi dorongan semangat dan mengikuti dari belakang dengan memberi kekuatan dalam usaha melaksanakan tugas.

Muhammad Iqbal berkata, seseorang pemimpin mesti mempunyai semangat patriotisme. Oleh sebab itu, seseorang pemimpin mestilah memerintah dengan bijaksana, ia akan dipatuhi dengan senang hati oleh orang dipimpinnya.

Sewajarnya, seseorang pemimpin mestilah berakhlak, beradab, berani bertindak, bersikap adil, lemah lembut, penyayang, saksama, berdisiplin, selalu bermusyawarah, memudahkan dan mempunyai misi mengarah ke masa hadapan.

Aisyah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sebahagian tanda orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling berakhlak mulia dan paling lembut kepada keluarganya." – (Hadis riwayat Tirmidzi dan Al-Hakim)

Perilaku seseorang pemimpin yang baik akan menjadi ikutan kepada orang dipimpin. Apabila perilaku baik, sifat ini akan menjadi ikutan dan teladan kepada orang dipimpin ke arah mewujudkan ummah cemerlang di dunia dan akhirat.

Khalifah Umar Al-Khattab adalah contoh pemimpin yang berani dan tegas. Selain itu, beliau juga mempunyai sifat dan rasa kasih sayang tinggi, adil dalam menghukum, suka bermusyawarah, tidak sombong, pendengki dan tidak pendendam.

Beliau mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi. Suka menerima kebenaran daripada sesiapa saja, sederhana, tidak berlebihan dalam makan minum, berpakaian dan hidup seperti rakyat biasa. Beliau sangat benci kepada yang batil dan berani membela yang benar.

Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata: "Janganlah engkau datangi sesuatu yang tidak penting bagimu! Jauhkan diri daripada musuhmu. Awaslah daripada temanmu yang ramai, kecuali teman kepercayaanmu! Jangan kau percaya selain orang yang takut kepada Allah. Jangan engkau berteman dengan orang zalim, kerana nanti engkau peroleh pengetahuan dari kezalimannya! Jangan engkau perlihatkan kepadanya rahsiamu! Dan bermusyawarah dalam urusanmu dengan mereka yang takut kepada Allah."

Sebagai pemimpin Saiyidina Umar Al-Khattab seorang yang berani, tegas, disegani oleh kawan dan lawan, berakhlak mulia, berhati jujur dan perkataannya selalu benar. Begitu juga khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddiq, yang lebih cinta kepada Allah dan Nabi SAW melebihi cintanya kepada harta benda serta anak serta isterinya sendiri.

Sebagai pemimpin, beliau adalah seorang yang gagah berani, suka menolong orang miskin, memuliakan tetamu, pemurah lagi bersopan santun serta dermawan.

Antara kata nasihatnya: "Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kalian lihat perbuatanku benar, ikutlah aku, tetapi apabila kalian lihat perbuatanku salah, maka perbetulkan aku."

Begitulah sifat rendah diri dan tawaduk yang ada pada pemimpin yang juga sahabat walaupun termasuk antara mereka yang mendapat jaminan masuk syurga.

Oleh sebab itu, sebagai pemimpin, baik pemimpin negara, di pejabat, rumah dan dalam kalangan masyarakat, sifat ketakwaan dan keimanan kepada Allah dan Nabi SAW penting bagi mewujudkan keharmonian dalam negara dan masyarakat.

Sesungguhnya, sabda Nabi SAW ini seharusnya menjadi renungan dan pandangan kepada kita. Sabdanya yang bermaksud: "Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagaan (orang yang dipimpin)." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sumber

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Oleh Dato Husam Musa

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian


Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: ?Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!?.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, ?Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!?.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, ?Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!?.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_

Ezam Berkokok Seorang Diri Di TV9.

Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar.

Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan `bersih' keperibadiannya.


Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.
Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini.
Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini.
Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.

Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno?
Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno? Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu
. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.

Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar. Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat).


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

sumber: detikdaily

Husam Tunggu Zahid Tak Kunjung Tiba

Dato' Husam Musa menunggu Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi hingga jam 9.35 malam di Sri Pentas, tempat berlangsungnya rancangan itu, sebelum meninggalkannya.Mereka berdua sepatutnya bersama dalam rancangan Hujah TV 9, namun Zahid menarik diri di saat akhir. Beliau digantikan dengan Ezam Mohamad Nor.


Setibanya di Sri Pentas untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran."Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual Menteri.

"Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya."Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK," katanya dalam blog beliau.

http://addin77.blogspot.com

Ekonomi Malaysia Menguncup

Salam Sejahtera,

Ahirnya Bank Negara membuat pengumuman mengenai ekonomi Malaysia untuk suku pertama 2009 pada akhir bulan Mei 2009. Angkanya tidak mengejutkan. -6.2%!

wow. makna apa yang telah malaysia lakukan pada tahun 2008,2007 telah di contra dengan begitu mudah sekali. Hasil usaha Malaysia untuk tahun tersebut telah lesap hanya pada satu suku 2009.

Kita telah selama ini di buai mimpi oleh Kerajaan BN yang Malayisa tidak terkena bahang kelembapan ekonomi dunia ini. Bahkan Gabenor berjanji Malaysia tidak seteruk negara lain.

Pada hemat saya, Kita hanya perlu salah kan kerajaan yang ada sekarang. Cakap besar Dati Sri Najib mengenai plan stimulus 7 billion kemudian 15 billioan hanya penipuan paling besar dalam sejarah ekonomi negara oleh seorang yang bergelar Menteri Kewangan. Di mana wang tersebut berlegar? Ekonomi masih tenat. Apakah tidak ada impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Saya hanya mampu muntah dan menyumpah kepada seorang penipu hardcore seperti Dato Sri Najib ini. Sampai bila pelabur akan bertahan di MAlaysia dan terus di perdaya oleh Mr Bombastic ni?

Selagi BN terus memerintah segala wang ringgit dan simpanan Negara akan terus kesap begitu sahaja. Yang tangung adalah kita genereasi muda.

Salam...petikan www.malaysiabaru.com

Sepetang bersama veteran umno kota belud

"Cerita sepetang bersama dengan seorang veteran Umno dikota belud ini ingin dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian mengenai luahan hati beliau,beliau adalah bekas seorang guru yang bertugas selama 34 thun dikota belud. berikut adalah persepsi beliau terhadap umno/bn sekarang.Masyarakat di kota belud Sabah secara puratanya keturunan bajau, dusun dan lain-lain lagi.Apa yang diceritakan bahawa masyarakat disini mentaliti nya terlalu kebelakang dan hanya mengikut apa yg disuruh sekiranya disogok dengan benda atau wang.Mereka tidak mampu memikir sejauh yg kita fikirkan tentang politik masa kini negara. Sebab itu lah parti-parti politik lain tidak boleh bertapak di negari sabah katanya.Mereka akan menyokong dan mengikut apa sahaja yang disuruh sekiranya bantuan dan peruntukan dapat diberikan kpd mereka walaupun tidak seberapa. katanya beliau juga pernah bertanding AJK UMNO bhg Kota Belud sebanyak 5 kali tetapi tidak diberikan mandat disebabkan tiada sogokan kepada perwakilan. Beliau mengaku bahawa UMNO adalah tempat untuk membina kekayaan. jujur dan ikhlas bkn menjadi wadah kpd setiap pemimpin ttp wang ringgit yg menetukan seseorang itu didalam karier politiknya. Beliau pernah diminta memberi wang kpd perwakilan untuk mengundi beliau ttp beliau menolak atas dasar perjuangan dan demi agama, beliau sanggup tidak mendapat sebarang jawatan didalm Umno Kota Belud. Tetapi sekrang beliau berusaha mencari generasi pelapis untuk menyokong dan mengubah situasi serta mentaliti penduduk disekitar kota Belud agar lebih terbuka membuat penilaian terhadap UMNO/BN. Ujarnya usha keras perlu dilakukan sekiranya PR mahu menembusi kubu Umno di sabah dan sarawak.Beliau akui juga amat kecewa dengan pimpinan tertinggi umno sekarang yang membelakangi kebajikan dan masalah rakyat. Beliau juga menyeru agar usha menyampaikan maklumat dipertingkatkan diseluruh negeri sabah supaya rakyat dapat menilai kerajaan yang ada sekarang."

sumber: detikdaily

Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

"Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

"Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

"Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

"Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, _

sumber: harakahdaily

Takut debat: Pemimpin Umno sudah hilang semangat 'jantan'

KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Adakah pemimpin Umno sudah dirasuk semangat Penanti, apabila hilang 'jantan' untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat di pentas terbuka.

Biar pun seribu alasan yang diberi, namun semangat keris bersilang pemimpin Umno hanya mampu dipersembah dalam rumah sendiri dan bukannya di medan tempur.

Mungkin inilah yang berlaku ke atas Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila menarik diri di saat-saat akhir sebagai panel Hujah anjuran TV9 malam semalam.

Mengikut jadual yang diuar-uarkan TV9, pemimpin Umno itu akan bertemu dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dalam rancangan tersebut yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof.

Pada awal tahun ini, seorang pemimpin Umno yang kini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr Puad Zakarshi juga menarik diri daripada menghadiri wacana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam.

Bekas jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang enggan dikenali mengakui pemimpin Umno sekarang tidak lagi mempunyai semangat juang tinggi seperti pada awal zaman kemerdekaan.

"Kalau dahulu pemimpin Umno pantang dicabar dan akan tampil mempertahankan perjuangan mereka. Namun sekarang hanya ada beberapa orang sahaja yang berani antaranya Khairy Jamaluddin dan Dato' Shabery Chik.

"Rata-rata pemimpin yang ada hari ini hanya berani bercakap di hadapan tv dan dalam rumah tangga sendiri," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya pemimpin muda yang ada sekarang hanya memperjuangkan agenda peribadi. Ia dapat dilihat selepas sehari dua menyertai Umno sudah bergaya dengan segala kemewahan.

Seorang penduduk dari Ketereh, Deraman Sidek, 43 berkata, ramai penonton rancangan berkenaan kecewa dengan tindakan Zahid yang enggan berdepan di platform terbuka membincangkan masalah politik wang.

"Orang ramai ternanti-nanti untuk mendengar idea dua tokoh hebat berkenaan sejak beberapa hari lalu," katanya peminat tetap rancangan Hujah.

Pada petang Selasa lalu Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir.

Beliau bagaimanapun tetap hadir ke Sri Pentas sehingga jam 9.30 malam menunggu kehadiran Zahid.

Bagaimanapun bekas pengasas Gerak, Ezam Mohd Noor tiba-tiba muncul menjadi panel bidan terjun pada program tersebut.

Deraman berkata, Ezam bukan tokoh yang sepatutnya muncul pada program terbabit memandangkan hujahnya tidak ke mana-mana dan hanya sekadar syok sendiri. - mj_

sumber: harakahdaily

KDNK menguncup: Mahfuz tempelak Najib

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menempelak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan 1 negara kerana berbohong kepada rakyat.

Najib, tegas Mahfuz, telah berbohong kepada rakyat bila sebelum ini membuat kenyataan negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat PAS kawasan Pokok Sena beliau mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Najib dengan memotong gaji Perdana Menteri itu sebanyak RM10.00.

"Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara.

"Dato' Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila Dewan Rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti," tegas Mahfuz.

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

Malah, tegas Mahfuz, Perdana Menteri telah mengakui KDNK negara akan mengalami pengucupan sebanyak 4 hingga 5 peratus sepanjang tahun ini.

Sebelum ini Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), menjangkakan ekonomi negara akan mengalami kemelesetan teknikal.

Keadaan ini jelas beliau membuktikan slogan Satu Malaysia Najib gagal kerana pencapaian negara telah meleset.

Mahfuz juga mendesak supaya kerajaan menyediakan satu kertas putih untuk dibahaskan di Parlimen mengenai keadaan ekonomi negara kerana apa yang dijelas oleh Najib hari ini tidak dibahaskan secara khusus.

Mengulas kenyataan Najib yang mengatakan KDNK negara akan mengalami peningkatan pada suku terakhir tahun ini, Mahfuz menegaskan perkara tersebut mustahil akan berlaku.

"Bagaimana ia akan pulih jika suka pertama dan kedua sudah mengalami pengucupan yang teruk?" soal Mahfuz.

Mahfuz juga bersetuju jika ada cadangan supaya menteri kewangan ditukar.

Beliau menegaskan perlunya seorang menteri kewangan yang bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan pihak lain.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan agar tidak mengharapkan ekonomi dunia pulih sebaliknya perlu berusaha sendiri bagi mengatasi masalah ini. - mns_

sumber: harakahdaily

Umno hasut pengundi di Penanti tidak keluar mengundi

PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali mendedahkan adanya usaha sulit Umno di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti untuk memastikan rakyat tidak turun mengundi pada 31 Mei ini dengan alasan KeADILan sudah menang setelah Barisan Nasional (BN) tidak menyertai pilihan raya kecil itu.

Katanya, rakyat di N12 tidak harus terjerat dengan usaha jahat Umno itu sebaliknya turun beramai-ramai menghukum BN yang zalim dan mengacau bilaukan politik di Perak.

"Umno sebenarnya teringin nak masuk pilihan raya tapi tak boleh sebab boss BN tak bagi sebab takut kalah. Bila dia dah bagi bendera putih dekat kita jentera Umno dah gelisah maka mereka merancang buat strategi buruk menyeru rakyat jangan keluar undi sebab KeADILan dan menang," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Jelasnya lagi, rakyat di Penanti usah tertipu atau termakan dakyah Umno dan BN itu tetapi kena kuatkan semangat turun ramai-ramai menyokong calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman yang akan mengisi kekosongan kerusi Dun Penanti dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Menyentuh mengenai peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak cepat bila ada laporan tentang Pakatan Rakyat dan tidak bertindak terhadap BN walaupun terbukti jelas, SPRM katanya, bekerja untuk BN dan mempertahankan hak BN bila tersepit. Mereka akan mencari berbagai alasan atau buat tidak peduli bila ada kaitan dengan kepimpinan mereka.

"SPRM jangan berat sebelah bila mendapat laporan sebaliknya kena bertindak tangkas bila ada laporan tentang kepincangan Umno dan BN," tambahnya.

SPRM sepatutnya, menjadi orang tengah yang adil dalam semua siasatanya tidak kira ia melibatkan orang politik mana sekalipun kerana salah tetap salah. - mns_

sumber: harakahdaily

Keluar beramai-ramai dan undi calon Pakatan Rakyat - Nik Aziz

PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Musyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak semua rakyat di Penanti sekali lagi memberikan sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12, Dr Mansor Othman kerana kemenangan begitu penting demi kemajuan negeri.
Iklan




Tanpa kemenangan sukar calon yang diamanah meneruskan agena yang menjadi prinsipnya sewaktu berkempen dan membantu Ketua Menteri dalam urusan pentadbiran serta memperkenakan beberapa strategi membantu meningkatkan hasil negeri.

"Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, KeADILan, DAP, Umno dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor. Biar Pakatan Rakyat menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna," katanya semasa berceramah di Kampung Guar Jering, Bukit Mertajam semalam.

Jangan sekali-kali terjerat dengan dakwaan mengatakan ridak payah turun mengundi berikutan sudah menang tanpa cabaran Barisan Nasional (BN) sebaliknya bertekad daripada hari ini lagi untuk terus menjatuhkan BN, katanya.

Kezaliman BN katanya tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana ia masih mengekalkan akta yang menjadi pelindung pada mereka.

"Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada Pakatan Rakyat. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah," terangnya dalam program anjuran Jentera Daerah Mengundi (JDM) Guar Perahu.

Dato' Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyeru mana-mana parti supaya bersama Pakatan Rakyat asalkan mempunyai titik persamaan dalam sesuatu isu.

Sejak kebelakangan ini keretakan berlaku pada BN di mana banyak parti komponen telah berani bersuara terutama di era kepimpinan Tun Abdullah berbanding Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Najib terpaksa membendung daripada parah.

Pertikaman lidah berkaitan kemelut di Perak katanya, juga terdapat perbalahan apabila MCA dan Gerakan mahukan ia diselesaikan dengan menyerah mandat pada rakyat semula tetapi Umno tidak setuju bimbang rakyat menghukum parti tersebut.

Begitu juga dengan PPP yang kini berpecah dua dan mempunyai dua Presiden. Perpecahan itu menyaksikan perebutan kuasa antara yang haram dan sah, katanya.

Turut berceramah dalam program berkenaan ialah Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Inrahim.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ramai lagi. - mns_

sumber: harakahdaily

Ideologi komunis, nasionalis perlu ditolak rakyat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sebarang ideologi yang jelas bertentangan dengan akidah Islam tidak boleh diterima rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak.

"Mengapa kita takut sangat hal ini. Rakyat negara ini bukannya buta sejarah, kita seharusnya sedar. Fahaman komunis hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai fahaman.

"Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam.

"Orang nasionalis tolak hukum Islam dan ambil separuh sahaja," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan bantuan Imam Al-Ghazali kepada 100 pelajar miskin di Dewan Teratai petang semalam.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelaskan kerajaan tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Ching Peng kembali ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Sebelum ini Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dato' Dr Teng Hock Nan dilaporkan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia.

Ketika negara dilanda darurat pada 1948 hingga 1960 kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh angkara komunis.

Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menolak cadangan untuk membawa pulang bekas pemimpin komunis terbabit.

"Jangankan komunis perjuangan nasionalis pun saya tidak suka," katanya.

Menurut beliau kesengsaraan rakyat negara ini di zaman penjajah dan era keganasan komunis bukannya perkara yang boleh dilupakan begitu sahaja.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, rakyat negara ini sudah serik dengan tindakan komunis ketika zaman darurat dahulu kerana telah menyulitkan rakyat.

Kata beliau isu terbabit tidak usah diperbesarkan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan termasuk krisis politik di Perak dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman semakin terhakis.

"Kini rakyat didedahkan dengan pelbagai isu melalui blog-blog dan seharusnya mereka diberi peluang untuk berfikir secara matang kerana sejarah kezaliman komunis diketahui semua rakyat," katanya.

Ketika diminta mengulas cadangan supaya wakil rakyat PAS mengisytiharkan harta, khususnya calon-calon yang bakal bertanding pada muktamar tidak lama lagi Menteri Besar berkata, ia boleh dilakukan.

Namun beliau berkata, ia terpulang kepada mereka untuk melakukannya dan setahunya orang PAS bukannya kaya raya.

"Orang PAS ni mana ada harta sangat," ujarnya.

Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, terdapat tiga nama calon PAS yang telah disenaraikan pendekkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Katanya, tiga nama tersebut kini diserah kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dipertimbangkan PAS Pusat.

"PAS Kuala Krai akan akur terhadap siapa sahaja yang menjadi calon nanti. Apa yang penting kita perlu bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi tersebut," katanya. - mj _

sumber: harakahdaily

Aurat lelaki sering diremehkan

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 5/24/2009 08:58:00 AM

sumber: tranungkite

Masyarakat kita semakin lalai dan jauh dari redha Allah

"Rancangan realiti dan seumpamanya memang dicipta oleh yahudi dan nasara untuk menjahanamkan Islam dan umatnya. Ia bermula di US dgn American Idol, dibawa ke Timur Tengah, seterusnya Asia Tenggara di mana wujud ramai umat Islam. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menjauhkan generasi Islam daripada mengagungkan pencipta mereka iaitu Allah yang Maha Esa.

Hiburan, sukan, kebajikan antara 3 Perkara yg telah diputuskan oleh Persidangan Kristian sedunia pada tahun 1903 di Kaherah untuk dibawa masuk ke negara umat islam untuk melalaikan mereka daripada bertaqwa kepada Allah.

Dalam keadaan saudara seagama disembelih sana sini oleh musuh, ramai anak muda dan orang tua tak sedar diri yang mengaku Islam terkinja-kinja di pusat2 hiburan sampai ke pagi.Tambahan pula para pemerintah sekular menghalalkan perkara sebegini demi keduniaan dan wang ringgit. Dunia mereka hanya hiburan, solat dan urusan agama diketepikan demi keduniaan yang sedang menggila dalam jiwa mereka. Dunia ini, hidup ini sekali sahaja mereka, jadi berseronoklah sepuas-puasnya. Sebaliknya kerana hidup di dunia sekali sahaja inilah kita perlu mencari bekalan untuk kebahagiaan akhirat dengan sebanyak-banyaknya demi kesejahteraan di sana nanti.

Keseronokan dan hiburan ini akan melahirkan kesan lain yang bertali-tali dn tanpa kesudahan yang positif. Jenayah syarak dan sivil seperti penagihan dadah, minuman keras, pendedahan aurat, judi, zina, mencuri dan sebagainya lagi sudah menjadi biasa dan mereka tidak lagi segan dan malu melakukannya, bahkan bangga pula.

Menutup aurat pula hanya ketika ada kematian, majlis-majlis berunsurkan Agama. Itu pun tidak mencapai standard menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran. Ke sekolah memakai tudung, balik ke rumah mengerbang semulal rambut yang berwarna- warni. Bagaimana ingin bersolat, jika air wuduk pun tak sampai ke anggota wajib.Ibadat sudah menjadi adat yang tidak mendatangkan pahala. Sedangkan dalam Islam jika uruf (adat kebiasaan) yang baik kita lakukan, kita akan berpahala.

Akhirnya kita akan kembali ke zaman Jahiliah sebagimana Arab Quraisy sebelum perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Sungguh pun begitu, para sejarawan Islam melabelkan masyarakat Arab pada zaman tersebut dengan jahiliah kerana kekufuran mereka bukan mereka jahil dalam serba perkara.Dalam masa yang sama mereka masih mengagungkan adab-adab baik seperti menghormati tetamu, orang tua dan lain-lain. Tetapi masyarakat Islam hari ini, anak muda terutamanya tiada lagi sifat-sifat menghormati orang tua dan berbudi bahasa mulia.

Penguasa agama Islam yang bertugas dengan penuh ikhlas demi mencari keredhaan Allah ditempelak dan dilemparkan kuasa dan maruah mereka ke tong kehinaan, sekaligus melemparkan Islam dan menghina peraturan Allah dan peraturan yang mereka sendiri menciptanya.

Masyarakat semakin bersifat individualistik. Tegur menegur bukan lagi darah daging dan budaya baik yang boleh di terima oleh semua orang. Seandainya kita menegur, kita pula dimarahi oleh ibu bapa anak muda dan remaja tersebut. paling menyakitkan hati, bila anak tersebut menjawab: "ayah saya pun tak pernah marah dan tegur saya, mengapa pakcik sibuk?"

Apa yang Penulis perhatikan berdasarkan pengalama, segala-galanya berkaitan perkara di atas perlu diterap ke dalam jiwa dan prlakuan generasi islam sejak mereka di rumah dan ia merupakan masa yang cukup sesuai, kerana unsur-unsur negatif luar belum meresap ke dalam jiwa mereka.Rasulullah berpesan kepada kita dalam sebuah hadith baginda yang cukup masyhur bermaksud:

" Setiap anak yang lahir adalah seumpama kain putih, maka ibu bapanyalah akan mencorak dan menjadikan yahudi, majusi atau nasrani"

Pemerintah juga perlu berperanan untuk mewujudkan generasi al-Quran supaya kehidupan bermasyarakat akan lebih terurus, tenang dan negara lebih sejahtera.

Maksud Firman Allah:

"Setiap daripada kamu adalah pemerintah, dan setiap pemerintah akan dipersoalkan dengan apa yang ia laksanakan"

Dengan penguatkuasaan undang-undang yang mengikut syariat, terus memperkasakan "man power" dalam perlaksanaannya, ibu bapa turut memainkan peranan penting, masyarakat kembali bermasyarakat dengan membuang sifat individualistik, Insyaallah kita kan sejahtera di dunia dan di akhirat."

sumber: tranungkite

Blog Khas PRK N12 DUN Penanti & Blog Pakatan Rakyat Penang

Kepada semua, sila layari Blog Khas sempena pilihanraya kecil PRK N12 DUN Penanti, Pulau Pinang Untuk mendapatkan maklumat & perkembangan terkini, sila layari blog di bawah:

http://n12adunpenanti.blogspot.com/


Blog-blog pejuang pakatan rakyat dari Pulai Pinang

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://n37batumaung.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/

http://paksupir.blogspot.com/

terima kasih.

Blog khas sempena Pilihanraya Kecil PRK N41 DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan

Blog khas sempena Pilihanraya Kecil PRK N41 DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan http://n41manikurai.blogspot.com/ dan http://n41manekurai.blogspot.com/

Blog akan diupdate dari masa ke semasa. Terima kasih kepada PAS Kawasan Kuala Krai kerana merestui pelancaran Blog ini.

Kepada pengundi N41 DUN Manek Urai di luar kelantan, anda dipersilakan pulang mengundi untuk mengekalkan kemenangan Rakyat di N41 DUN Manek Urai dan kelantan amnya.


- Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Tolong, ambil anak saya


Assalamualaikum, Artikel ini tersiar dalam New Straits Times online 15.5.09. Tajuk: Please, take my children.

KLANG: Out of desperation, a blind mother is begging the authorities
or non-governmental organisations to take over the care of three of
her five children. Masyitah Yong Abdullah, 40, decided to temporarily relinquish custody of Munzir, 17, Humairah, 15, and Hidayah, 13, to give them a brighter future and prevent them from getting involved in immoral activities.


Munzir has dropped out of school, Humairah is a third former while
Hidayah, whose both legs were amputated below the knee after their
house was burnt down in a fire 10 years ago, is in Form One.

Masyitah said it was the hardest decision of her life but she could no longer look after them as she was busy working and it was made worse
by her disability.

She could not even depend on her husband of 19 years as he had been remanded in Sungai Buloh prison for the past two years. "I am a convert, I have a disabled child and two young children, Sakinah, 8, and Nur Farhana, 3, and I have no husband to depend on.

"No mother is willing to be separated from her children.

"I am doing this for their own good," she said in tears at her home in Kampung Jawa, here, yesterday.

She said she could no longer bear hearing Hidayah's plea for prosthetic legs, but there was nothing she could do.

Masyitah almost had a mental breakdown as her neighbours constantly looked down on her family and labelled her as a bad mother who does not know how to take care of her children.

The family now lives on the RM800 they get from the Welfare Department and Baitulmal and 50 per cent of her husband's salary as he had been suspended from his teaching job. But the family needed RM2,000 to get by every month.

Masyitah said she was now doing direct selling to supplement their income with the help of Sakinah.

"I am also learning English at the Malaysian Association for the Blind (MAB) in Brickfields," she said.

NGOs or those interested in helping Masyitah can contact MAB at 03-22722677.

Saya ada bercakap dengan Pn. Masyitah. Dia kata dia tidak memerlukan
sumbangan tetapi support untuk menjaga anak-anaknya yang besar itu
memandangkan beliau cacat penglihatan. Beliau bimbang dengan
anak-anaknya. Saya berdoa kepada Allah agar akan ada pembaca mengulurkan support / kaunselling kepada keluarga ini agar keluarga ini tetap utuh dan beriman.

Zainul

sumber: tranungkite

Tuntutan PAS bukan melampau

Di Selangor salah satu warisan peninggalan Umno-BN adalah secebis enakmen yang menyumbang ke arah kerja-kerja pencegahan kemungkaran yang sesungguhnya dapat membantu dalam membentuk sebuah masyarakat yang sihat dan bermoral. Malangnya ia walau dilulus sebagai suatu perundangan sejak 1995 namun tinggal sekadar secebis kertas dan tidak pernah ada kesungguhan untuk melaksana dan menguatkuasakannya.


Undang-undang yang dimaksudkan adalah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang mula berkuatkuasa sejak 22 November 1996. Antara yang disentuh oleh enakmen ini adalah kesalahan berhubung aqidah, kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya dan termasuklah berhubung arak, pelacuran, khalwat dan lain-lain.

Mungkin ia tidak menepati tuntuan sebenar syariat dari sudut hukumannya, walaubagaimanapun ia suatu permulaan yang positif dalam kita cuba membina masyarakat yang sentiasa menjiwai amalan “menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari kemungkaran”. Tetapi nilai positifnya itu hanya akan terserlah jika ia terlaksana dan tidak sekadar duduk sebagai bahan rujukan atau hiasan perpustakaan.

Lantas apabila PAS bersama rakan-rakan lain melalui Pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas PRU ke 12 lalu, “political will” untuk melaksana dan menguatkuasakan enakmen ini terserlah. PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab dalam memastikan ia berusaha menyerlahkan Islam dalam apa sahaja bentuk yang ia berupaya dalam kerangka realiti yang ada. Benar Selangor bukannnya Kelantan dimana PAS memiliki majoriti mutlak, walaubagaimanapun PAS juga bukan sekadar pemanas kerusi dan tukang hangguk.

Dalam isu ini apa yang mahu ia terokai adalah perlaksanaan dan penguatkuasaan terhadap perundangan yang telah sedia ada bukannya menggubal atau memperkenal sesuatu yang baru. Itupun yang mahu dituntut adalah penguatkuasaan terhadap masyarakat dan rakyat Selangor yang beragama Islam sahaja kerana seksyen 1(2) enakmen ini dengan jelas menyatakan bahawa enakmen ini terpakai hanya bagi orang-orang Islam sahaja.

Arak contohnya tidak kiralah liquor (yang keras) atau bir, adalah minuman yang memabukkan yang jelas haram disisi Islam, dan enakmen ini mengharamkan umat Islam membuat, meminum, menjual, mempamir, membeli atau menyimpan minuman jenis ini. Bukan hanya PAS tetapi saya percaya seluruh masyarakat Islam akan bersetuju memandangkan telah ada enakmen ini agar ia dikuatkuasakan agar umat Islam semuanya terpelihara dan terdidik dalam menjauhi atau meninggalkan amalan syaitan ini.

PAS Selangor bukan menuntut agar arak ini diharamkan secara “total” di Selangor sebagaimana digembar-gemburkan oleh bebrapa media yang punya agenda negatif terhadap Islam. Kelantan yang PAS kuasai secara mutlak itupun tidak mengharamkan secara “total” arak ini takkanlah PAS yang hanya ada 8 kerusi di Selangor mahu menuntut yang lebih dari itu. Apa yang kita mahu adalah agar ia terpakai pada masyarakat Islam, yang bukan Islam terkecuali.

Begitu juga lain-lain hal dalam peruntukkan ini. Melampaukah PAS jika membuat tuntutan seperti ini?

Saya yakin pimpinan Pakatan Rakyat akan memahami tuntutan PAS ini, ia suatu tuntutan yang akan melahirkan suatu kelompok masyarakat Islam yang baik di Selangor, apabila masyakarat Islam baik, negeri ini juga menjadi baik, melampaukah begitu?

Beberapa laporan dalam akhbar The Sun semalam mengenai isu ini sungguh menyedihkan, semoga ia tidak mencerminkan sikap kerajaan tetapi hanya segelintir yang tidak faham dan tidak jelas. Marilah kita berdoa agar Islam terpelihara dan selamat di negeri ini.

sumber: tranungkite

Email Sahabatku: Bila Paderi Dedah Rahsia


Setelah beberapa kali menerima dan membaca email ini, ingin aku berkongsi dengan anda semua..
Bacalah kawan2..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.


Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahua’lam

http://lutfimj2006.blogspot.com/

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.