"Pengekalan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan perlantikan Dato' Sharkar Shamsuddin sebagai Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang baru amat mengejutkan semua pihak.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam. Dengan perlantikan itu, segala kontroversi yang berlaku sebelum ini terhadap Adnan nampaknya tidak menjadi tekanan kepada beliau.
Malah kes saman RM63 juta yang dihebohkan baru-baru ini juga gagal menghilangkan keyakinan Perdana Menteri untuk terus mengekalkan beliau. Dalam pada itu, ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat melihat pengekalan Adnan itu merupakan satu tamparan hebat buat rakyat Pahang. Mereka sebelum ini menganggap bahawa masa depan Adnan bakal "musnah" bila Najib naik sebagai Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Perlantikan Sharkar Menerajui UMNO Negeri dan Adnan juga dilihat telah gagal untuk membawa pembangunan yang sewajarnya ke negeri Pahang.
Bajet negeri yang senantiasa pada paras kritikal sejak Adnan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu juga dilihat bakal membolehkan Najib membuat perubahan dalam parti dan seterusnya pentadbiran kerajaan negeri itu selepas ini. Namun, tuah masih berpihak kepada Adnan sekarang.
Malah perlantikan ADUN Sanggang, Dato' Sharkar Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi juga dilihat sebagai satu gandingan yang cukup kuat untuk UMNO berhadapan dengan pembangkang di negeri itu selepas ini. Apakah Adnan mampu melaksanakan tanggungjawab beliau kali ini, dan apakah agenda terbaru beliau dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda agar kemabli menyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.
Apapun, Pakatan Rakyat harus bekerja lebih keras dan kuat lagi jika mahu berhadapan dengan team Adnan-Sharkar kali ini. Jika tidak sudah pasti kita akan terus berputih mata untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu nanti
Sumber : Pahangdaily
http://addin77.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan