KUALA LUMPUR 27 Dis [3.25 pm] - Nampaknya, kontorversi melibatkan Felda bakal meledak kembali apabila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan pemimpin UMNO BN yang pernah dikenakan tindakan penggantungan akibat terlibat dengan rasuh ketika Pemilihan UMNO iaitu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Soalnya, kenapakah Isa Samad yang sudah sah terlibat dengan rasuah itu dilantik sebagai Pengerusi Felda?. Bukankah rakyat terutamanya peneroka Felda kini sedang melihat apa yang berlaku kepada agensi itu sejak berita "Felda Bankrap" dihebohkan sebelum ini. Kini, UMNO BN mencipta sejarah "malang" buat Felda apabila melantik "pemimpin kotor" untuk menerajui agensi tersebut. Jika dulu, Dato' Md Bakke Salleh, salah seorang pemimpin yang dikatakan menjadi punca Felda merudum dilantik selepas merosakkan imej Bank Islam dan Tabung Haji. Kini, Isa Samad yang sudah jelas "terang lagi bersuluh" diangkat ke jawatan itu. Apakah sudah tiada pemimpin lain yang lebih bersih untuk menerajui Felda?.
[Kini ramai yang menganggap perlantikan Isa Samad yang diperkenankan oleh PM Najib Razak itu ada kaitan dengan "Tragedi Port Dickson" satu ketika dulu. Difahamkan Isa adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Najib daripada dituduh berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal ketika itu. Malah, pihak yang cuba mendakwa Najib juga telah ditukarkan serta merta oleh Isa Samad selaku MB Negeri Sembila ketika itu. Soalnya, apakah Najib takut Isa Samad menyerahkan fail sulit beliau itu kepada WikiLeaks untuk didedahkan kepada umum?. Maka, akhirnya seperti di Bagan Pinang Najib terpaksa akur untuk memberi kedudukan istimewa kepada pemimpin terbabit biarpun satu dunia tahu yang Isa Samad memang terlibat dengan aktiviti rasuah ketika pemilihan UMNO dulu. Makanya, perlantikan Isa ini mungkin untuk menutup mulut beliau supaya tidak membocorkan segala rahsia berkenaan. Hanya mereka yang berada di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan jabatan agama yang berkenaan sahaja yang lebih mengetahui kes ini sebenarnya. Tahniah Isa Samad kerana berjaya menyelamatkan Najib Razak dan diberi kedudukan penting itu. Ia pasti akan menyebabkan kerajaan UMNO BN itu lebih cepat tumbang dalam pilihanraya umum Ke-13 akan datang sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan