Rabu, 9 Februari 2011

Kes wanita hamil di tampar polis, berjaya cam hanya 30 saat

Wednesday, 09 February 2011 | Ruangan: Berita PETALING JAYA, 9 Feb : Wanita hamil yang mendakwa dikasari polis tempoh hari, Chow Soo Meng berjaya mengenalpasti semua 6 pegawai polis yang terlibat dalam mengasari beliau.
Hari ini beliau mengenalpasti seorang pegawai wanita, yang sebelum ini tidak terlibat dalam kawad cam Sabtu lalu.
Pegawai itu yang dikatakan bernama Yen dari Sabah dikenalpasti Chow tidak sampai 30 saat dalam barisan 8 orang kawad cam kira-kira jam 12 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling di sini hari ini.
Menurut Peguam Chow, Lim Lip Eng, pegawai wanita itu merupakan salah seorang yang mengambil wang dari begnya berjumlah RM 20 ribu yang sehingga kini tidak dipulangkan.
“Polis perempuan yang dia kenalpasti ini ialah salah seorang dari polis yang mengambil duitnya, seorang polis lelaki dan seorang polis perempuan mengambil duit beliau sebanyak RM 20 ribu.
“Mereka (Polis) kata akan selesaikan penyiasatan dan akan serahkan laporan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Petang 2 Februari lalu,  seramai 11 anggota polis berpakaian preman dari Unit Narkotik telah memotong grill pagar kedai Chow atas alasan terdapat aktiviti dadah.
Mereka dikatakan merampas beberapa kotak rokok, 3 botol minuman keras, beberapa kota limau mandarin , tiga kartun minuman tin, 30 kad sim telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Chow mendakwa mereka turut mengambil wang sebanyak RM 20 ribu selepas menampar dan menyepaknya yang sedang sarat hamil 8 bulan itu walaupun tiada dadah dijumpai.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling ACP Arjunaidi Mohamed menafikan perkara ini dan mengatakan polis hanya merampas RM 15, 900 untuk ‘penyiasatan’.
Lim sekali lagi mahukan agar Polis memulangkan wang yang dirampas itu.
“OCPD, ACP Arjunaidi Mohamad telah megakui berkali-kali di media ini bahawa sebanyak RM 15,900 bukannya RM 20 ribu. duit wanita ini berada di bawah jagaan polis. Ini salah kerana dalam laporan polis, pertama kali polis dah rampas RM 15,900 dari mesin juruwang (cash register) kedai beliau sudah dikembalikan.Persoalannya ialah wang tunai RM 20 ribu yang dirampas dari beg tangan beliau yang belum dikembalikan,” katanya.
Chow yang jelas masih trauma dengan kejadian itu hanya mahukan agar keadilan dapat ditegakkan.
“Saya harap boleh dapat balik duit RM 20 ribu dan saya harap pegawai polis terlibat dapat tindakan yang sepadan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan