Isnin, 7 Mac 2011

Hei Pak Menteri...tak payahlah ugut blogger...

Rais: Pihak hasut guling kerajaan akan ‘dihukum’

March 05, 2011
TEMERLOH, 5 Mac — Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada.
“Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mel atau tweeter.
“Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.
Rais (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya pembangkang tidak bermain dengan api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara Asia Barat.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat hasutan sedemikian kerana keadaan negara ini berbeza dengan negara lain.
“Pada pandangan saya kerajaan sudah membela nasib rakyat, rakyat tidak semudah itu mengikut rencana atau celoteh blogger,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mengusir media arus perdana termasuk RTM daripada mengikuti majlis anjuran mereka di Kerdau, Rais melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan itu.
“Bila saya dengar perbuatan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalau media khususnya RTM, saya terkejut, saya berasa takkanlah seorang yang tinggi kedudukan dan pengaruhnya sanggup menghalau media, ini mencerminkan isian diri beliau yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata media harus terus membuat siaran dan melaporkan perkara yang perlu diketahui oleh rakyat. — Bernama
Sharpshooter - Alahai Pak Menteri...blogger tidak pernah menghasut rakyat pun, blogger cuma menyatakan peristiwa yang berlaku di Mesir wajib diambil iktibar oleh semua pemimpin kerajaan termasuk pembangkang.

Jangan sombong dan angkuh bila berkuasa serta rasuah dan menindas rakyat. Ini bukan menghasut tetapi ini adalah peringatan. Takkan lah yang itu pun salah?

Yang salah adalah perasuah yang disorok dibawah karpet indah, yang salah adalah penyelewengan yang disorok bawah karpet indah, yang salah adalah kes skandal yang disorok bawah karpet indah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan