Isnin, 7 Mac 2011

Pelajar terjatuh di Gua Kelam

March 06, 2011
PADANG BESAR, 6 Mac — Seorang pelajar tergelincir dari laluan pejalan kaki setelah memanjat sebuah bukit di Gua Kelam dekat sini semalam.
Namun Khairul Rafiuddin Isa, 26, dari Bertam Hulu, Melaka bernasib baik kerana tersangkut pada sebatang pokok kecil dan pengsan seketika.
Setelah sedar, pelajar tahun empat jurusan Kejuruteraan Perhubungan sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba melalui telefon bimbitnya.
Beliau kemudiannya ditemui oleh pasukan bomba sukarela Felcra Lubok Sireh dalam keadaan letih pada pukul 4.30 petang sebelum dibawa keluar dari situ pada pukul 7 malam.
Mereka menggunakan tali untuk menyelamatkannya kerana beliau tidak berdaya untuk bergerak.
Khairul Rafiuddin berkata beliau berjoging seorang diri kira-kira 3 petang di sekitar Gua Kelam dan memanjat sebuah bukit setinggi 110 meter sebelum tergelincir.
Menurutnya batu yang dipegangnya untuk memanjat terjatuh dan turut menimpa kepalanya.
Beliau cedera di kepala, lengan dan bahu. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan