Jumaat, 18 Februari 2011

DUN Sarawak: BN tak risau dakwaan PKR, kata Muhyiddin-sombongnya!!!

February 17, 2011
LIMBANG, 17 Feb – Dakwaan Parti Keadilan Rakyat kononnya pembangkang dapat memenangi sehingga 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional di negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
 Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, itu hanya akan menyebabkan parti-parti pembangkang berbalah sesama sendiri untuk berebut-rebut kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya itu.
“Mereka akan bergaduh sesama sendiri (tetapi) itu masalah mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan majlis pengiktirafan Sekolah
Berprestasi Tinggi Kohort Dua di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, 55 kilometer dari sini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, berkata parti-parti pembangkang bukannya berjuang untuk membantu rakyat.
Beliau berkata Barisan Nasional sudahpun membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri itu yang dijangka berlangsung tahun ini. – Bernama

Kes liwat: Air mani ‘lelaki Y’ ditemui pada seluar dalam Saiful

February 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik “lelaki Y” telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani “lelaki Y” itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful.
Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti “lelaki Y” dalam laporannya.
Katanya, kesan air mani “lelaki Y” turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.
Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani “lelaki Y” tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.
Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, “lelaki Y” dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.
Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik “multiplex polymerase chain”.
Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.
“Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama,” katanya.
Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.
Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.
Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.
Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. — Bernama

Mari Kita Raikan Kejayaan REVOLUSI Isnin Ini!

Oleh: LeeSlimShady

"
Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

Tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan. Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator. Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Putih atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun 2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.

Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:

- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media

Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut

AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....

Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa...


OLEH ITU MARI KITA RAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI RAKYAT ISNIN INI!!!!!!!

Tarikh : 22 Februari (Hari Isnin)

Jam : 8.00 malam

Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor

Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? kata pegawai penjara kepada Nora

Oleh: supershidie332

"KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain.

keadilandaily"

PAS patut diberi peluang di Sarawak

Oleh: wfauzdin_ns

"BERTIUP kencang bahawa Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri tidak beberapa lama lagi. Mandat DUN Sarawak akan tamat pada Julai ini nanti. Sarawak adalah di antara beberapa negeri yang mempunyai harapan yang baik untuk ditawan oleh PR memandangkan rakyat Sarawak sudah tidak mampu bertahan melihat kemewahan hidup pemimpin mereka sekarang.

Di sebalik kemewahan pemimpin di Sarawak, masih banyak kawasan di pedalaman Sarawak yang amat dhaif dari segi pembangunan dan infrastruktornya. Kemudahan paling asas seperti jalanraya, api dan air masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud di beberapa kawasan. Sebaliknya Taib Mahmud berkahwin wanita muda.

Saya percaya PR telah pun bersedia untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak selepas pilihanraya negeri ini nanti. Saya menyokong penuh hasrat PAS untuk menambah kerusi mereka di dalam pilihanraya negeri tersebut tidak berapa lama lagi. Hasrat PAS itu telah disuarakan oleh Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar. Sebelum ini PAS hanya diberi peluang bertanding satu kerusi di Dun Beting Maro pada pilihanraya negeri Tahun 2006.


NONEPada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP (6), manakala PKR (1) dan Parti Cinta Malaysia (1).

Pada pilihanraya kali ini, amat wajar PAS diberi peluang untuk mencuba nasib kerana PAS tidak lagi asing di bumi kenyalang itu. Pengundi-pengundi Non Muslim juga sudah tidak bimbang lagi untuk mengundi PAS. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak memberi peluang kepada PAS bertapak dengan lebih kuat di Sarawak.

Memang benar, Umno/Bn masih mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai `talian hayat' mereka. Ini terbukti di dalam PRU Ke 12 yang lalu, dua buah negeri di Malaysia Timur ini telah berjasa besar kepada Umno/Bn untuk terus bertakhta di Putrajaya.

Adalah diharapkan pimpinan PR lebih bijak dan rasional di dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi. Selain dari kerusi yang menjadi kekuatan kepada DAP, PKR dan PAS harus berbincang untuk pembahagian kerusi yang sama banyak. Kita tidak akan tahu kekuatan PAS di Sarawak jika kita tidak mahu mencubanya dari sekarang./

wfauzdin.blogspot.com
"

Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya - Anwar


Harakahdaily   
GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir
yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, di Mesir sekarang,  ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

Guna wang rakyat untuk biayai program BN, boleh pula?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan.


Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.
Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan ‘membazirkan wang rakyat’ dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.
Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.
Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu ‘prihatin’ dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.
Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama “Pemimpin Bersama Rakyat”. Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.
Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.
Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk ‘sumbangan politik’ BN menghadapi pilihanraya.
Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi ‘kerja-kerja sosial’ yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.
Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.
Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.
Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?
Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.
Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.

Siapakah Pemimpin Pembangkang Sebenar di Mesir?

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Ketika rencana ini ditulis, dunia sudah mengetahui bahawa firauan Mesir sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden dan menjadi sejarah. Perkembangannya sekarang ialah apa selepas ini? Tentera mengendalikan kerajaan transisi berjanji akan mengadakan pilihan raya. Sejauh manakah pihak tentera akan mengotakan janjinya akan dilihat nanti.
Tuntutan wajar rakyat selepas perletakan jawatan Mubarak supaya darurat dihapuskan bagi membuka jalan kepada pilihan raya dan memberikan kebebasan bagi pembentukan parti politik tanpa gangguan kerajaan.


Ini meliputi perubahan dalam perlembagaan dan statutori seperti memberikan kuasa kerajaan kepada parlimen dari berada di tangan presiden. Ini membolehkan kuasa majoriti menentukan perlantikan seseorang pemimpin negara.
Jika ini berlaku ia akan melemahkan stuktur kuasa tentera yang telah diwujudkan pada 1952 kerana kuasa tentera berada di bawah presiden.
Seperti revolusi-revolusi yang lain, revolusi di Mesir bermula dari bawah dari rakyat yang mengadakan protes dan bantahan terhadap sebuah kerajaan diktator.
Pengangguran dan kenaikan harga bahan makanan merupakan faktor mencetuskan warga Mesir untuk mengadakan bantahan dan demontrasi di Mesir.
Namun laporan Media mengatakan “pembangkang” anti-kerajaan di Mesir datang dari kumpulan kelas menengah yang sedikit sekali terjejas dengan pengangguran dan kenaikan harga makanan dan tiada kaitan dengan golongan miskin.
Penggerak Revolusi dan mereka yang terlibat di dalamnya dirancang dan dibantu oleh negara AS dan Eropah.
Jika inilah hakikatnya maka sekiranya kumpulan elit ini berkuasa mereka tentu akan berhadapan dengan pembangkang sebenar Mesir, majoriti rakyat miskin dan pekerjanya.
Siapakah kumpulan pembangkang elit ini? Wartawan kanan Timur Tengah, Robert Fisk menerangkan: “pembangkang itu termasuklah Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab. Amir Zuwail, Pemenang hadiah Nobel Ahmed Zuwail, rakyat darah campuran Mesir-Amerika yang menjadi penasihat Obama; Mohamad Selim Al-Awa, profesor dan penulis kajian Islam,…dan Said al-badawi, presiden parti Wafd (sebuah pati politik kecil),...Calon-calon lain dalam jawatankuasa adalah adalah… Nagib Suez, ahli perniagaan kaya terkenal di Kaherah dan Nabil al-Arabi dan Magdi Yacoub, para bedah dan wakil PBB Mesir yang sekarang tinggal di Keherah." (4 Februari, 2011). 

http://www.independent.co.uk/opinion/commentators/fisk/robert-fisk-exhausted-scared-and-trapped-protesters-put-forward-plan-for-future-2205079.html


Apakah tanggungjawab jatawankuasa ini? Al-Jazeera melaporkaan: 

“Jawantakuasa yang dibentuk pada Ahad lepas mencadangkan bahawa timbalan presiden Omar Suleiman [ketua polis rahsia Mesir yang kejam] akan mempengerusikan kerajaan transisional/sementara dan beliau berjanji akan membubarkan parlimen”. (4 Februari, 2011). 

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/20112420435766522.html

 Adakah para pembangkang ini begitu naïf atau lurus bendul untuk mempercayai bahawa “ikrar” dari seekor ular seperti Suleiman ini mempunyai sebarang nilai? Adakah ini beliau akan menuruti segala permintaan jawatankuasa dan berpegang teguh kepada janji? Jika beliau menuruti pun ia tentunya mempunyai agenda belakang tabir yang mengelabungi mata rakyat.
Adakah ini bermakna proses transisi yang aman tidak akan berlaku. Ini kerana kuasa politik elit di Mesir, Parti Demokratik Nasional (NDP) mempunyai hubungan akrab dengan elit kaya dan berkuasa di Mesir yang dibantu dan didukungi oleh para pegawai kanan tentera dan anggota program bantuan asing AS yang mengayakan kumpulan-kumpulan oligraki dalam NDP.
Akhbar The New York Times menerangkan “sejak berlakunya protes, pihak tentera telah berada di barisan hadapan, muncul sebagai aktor tonggak dalam politik yang ia sedang gerakkan di belakang tabir. Instituisi ini adalah penerima hampir AS$40 bilion dalam bantuan Amerika semasa pemerintahan Mubarak, kepentingannya yang meliputi segenap kehidupan ekonomi masyarakat - daripada industri ketenteraan kepada perniagaan melibatkan pembinaan jalan raya dan rumah, barangan pengguna dan pengurusan kawasan peranginan. Bahkan pemimpin pembangkang seperti Mohamed ElBaradei, memperakui kepentingan tentera dalam proses transisi ini." 

http://www.nytimes.com/2011/02/05/world/middleeast/05cairo.html?hp
Bantuan AS ke Mesir merupakan sumber kekayaan dan keuntungan kepada pemerintahan diktator dan parti pemerintah. Jika tidak bagaimana Mubarak menjadi antara orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah lebih AS$70 bilion dalam 30 tahun pemerintahannya.
Jika diteliti penentangan pembangkang tidak cukup sekadar mendesak supaya Mubarak meletakkan jawatan tanpa berhadapan dengan elit berkuasa yang di belakang Firauan tersebut.
Sebarang rundingan yang dibuat kepimpinan pembangkang dengan NDP harus menjaga kepentingan rakyat dan jangan menggadaikannya demi kepentingan peribadi mereka. Jangan berkrompomi dengan AS dan Kesatuan Eropah (EU) membiarkan mereka campur tangan dalam urusan negeri Mesir yang berdaulat itu. 

Jika hanya Mubarak sahaja yang disingkirkan dan seluruh struktur pemerintahan masih berkuasa maka Mesir akan kembali ke zaman rasuah dan kepincangannya.
Kelihatannya pada waktu ini pembangkang tidak berminat untuk melakukan perubahan sebenar. Mereka hanya mahukan tukar pemimpin sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan sebenar?
Ia memerlukan penyimpangan dari dasar pasaran bebas yang dilaksanakan selama bertahun-tahun di bawah seliaan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) termasuk rancangan pengswastaan industri milik kerajaan, pengurangan cukai kepada orang kaya dan syarikat besar, menghapuskan peraturan, subsidi dan tariff dan seumpamanya.
Dasar-dasar yang dikehendaki oleh IMF dan Bank Dunia, instituisi AS yang menggerakakan rancangan ini di Mesir mencetuskan jurang kaya dan miskin yang abukan kepalang.
Jika diperhatikan kesemua nama pembangkang yang disenarai dan dicadang dan dicanangkan (terkini Amer Moussa) tidak menyentuh mengenai dasar IMF yang membawa kemiskinan kepada rakyat kerana mereka juga mendapat manfaat darinya.
Sejauh manakah Ikhwan Muslimin dapat memainkan peranan mereka menjadi pertubuhan utama dalam membentuk kerajaan baru nanti. Ikhwan yang pada mulanya tidak mahu menyertai rundingan kumpulan pembangkang dengan timbalan Presiden Mesir kini menyertainya.
Ikhwanul Muslimin dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh.
Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.
Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.
Masa depan Mesir bergantung kepada rakyat yang perlu menentukan manakah pemimpin yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat.

Bintang All Black peluk Islam

Oleh: satubenih

"Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat.

Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam. Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas.

Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.

Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.

Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.

"Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain."

Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.

Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs.

Selanjutnya.."

Berita Harian: Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP..?

Oleh: topeng_perak

"Laporan dari portal Berita Harian Online

Remaja cedera ditembak semasa serang anggota UPP
2011/02/16

TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA

Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin:

Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

Sumber - Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Nizamudin"

Saya Memang Mahu Mansuh ISA tapi diTolak Polis, kata Mahathir

Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.
“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.
Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir
Posted on Wednesday, February 16 @ 22:06:40 PST
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Cadangan kerajaan untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ke atas media baru seperti blog, facebook, twitter dan youtube dianggap bertentangan dengan dasar Wawasan 2020. Bagi Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah cadangan itu disifatkan satu kemalangan dan musibah serius ke atas rakyat.HARUN baru-baru ini.

 Bahkan katanya tidak ada satu bukti media menjadi punca kemusnahan sesebuah negara. Ikuti hujah-hujah beliau bersama Wartawan Harakah SALMIYAH  
Dasar kerajaan untuk melaksanakan Wawasan 2020 sudah tentu terkandung di dalamnya dominasi rangkaian media baru. Dengan memperluaskan AMCP, apakah hasrat itu akan tercapai?

DR ABU HASSAN HASBULLAH: Kita kembali kepada dasar yang telah diterima semua pihak sejak ia dilancarkan. Yang membabitkan pihak sekolah, guru terus kepada universiti dan masyarakat. Kepercayaan itu semua orang tahu iaitu Wawasan 2020. Kita tidak menolak bahkan yakin semua politik setuju dasar itu terbentuk. Atas dasar ini untuk memajukan intelektualisme, kepakaran dan kemahiran dan memperteguhkan demokrasi  yang mana mahukan masyarakat berfungsi dengan budiman.  Jadi sudah pasti untuk menjayakan Wawasan 2020 ia tidak mungkin terjadi hanya mengharapkan masyarakat menunggu suatu faktor-faktor keramat yang datang kepada mereka sebagai mana dalam filem-filem hantu dan purba. Tetapi untuk memajukan masyarakat, membangunkan ekonomi, politik dan sosial masyarakat memerlukan pengetahuan secara dinamik, praktikal dan prakmatik. Pada kurun ke-21 pengetahuan ini tersebar dan proses pembentukan informasi di dalam media baru melalui ejen perkasa iaitu internet yang mana telah memudahkan dan merealisasikan kepayahan masa silam untuk mendapatkan ilmu.

Melalui jaluran internet ramai yang bimbang, ia lebih banyak mendatangkan negatif daripada positif. Betulkah dakwaan ini?

Miskipun kita tidak nafikan kandungan internet ada unsur-unsur negatif seperti pemikiran ligisme, sekularisme, dan nilai-nilai yang bertentangan dengan prinsip kita. Tetapi yang negatif akan menterjemahkan kemampuan masyarakat untuk mentafsirkannya. Sekali gus sudah pasti masyarakat yang profesional dan mempunyai ilmu yang luas boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Masyarakat tahu. Ini kerana internet telah memberi ruang kepada masyarakat untuk berpengtetahuan. Mustahil seramai 26 juta rakyat negara ini mampu untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kelemahan.  Namun, melalui internet masyarakat 26 juta ini tidak terhalang untuk mendapatkan pengetahuan walaupun mereka tidak berkelayakan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Mereka akan berkemampuan untuk mendapatkan maklumat dalam internet.
Maknanya kekuatan media baru untuk memberikan pengetahuan tidak boleh dinafikan?

Kita harus menerima internet dan melalui media baru ini sebagai proses tektikal yang pragmatik di dalam merealisasikan kebolehan dan juga kesediaan masyarakat untuk terlibat dalam pengetahuan. Kita tidak mahu satu hari nanti masyarakat negara lain yang lebih mundur dari kita tiba tiba berjaya mengatasi kita dari aspek kepakaran, kematangan demokrasi dan komunikasi.  Pada waktu itu kita sudah terlambat membangunkan peradaban kita lebih baik. Tidak semua elemen kemajuan membangunkan masyarakat hanya dibentuk melalui halangan dan sistem yang kebal dan kuku besi. Sebahagian masyarakat boleh terbentuk dengan sikap keterbukaan dinamiknya dan relatif untuk memproses demokrasi.  Kita bimbang masyarakat yang dikawal dan ditempurungkan lemah berbanding masyarakat yang berdepan dengan pengalaman dan pengetahuan.

Revolusi yang sedang berlaku di Mesir berpunca daripada pengaruh media baru. Apakah suasana ini dibimbangi berlaku di negara ini sehingga ada usaha untuk memperluaskan AMCP? 

Kita percaya internet sama juga dengan televisyen dan akhbar tidak pernah memusnahkan mana-mana negara, tidak pernah ada bukti media menjadi penyebab hancurnya mana-mana negara tetapi kebanyakan negara itu berhadapan masalah akibat pemimpin yang lemah, kekangan politik yang tidak adil, demokrasi yang tidak wujud sebagaimana berlaku di Tunisia.  Pencapaian internet di negara itu cuma 12 peratus. Di Mesir cuma sekitar 13 hingga 15 peratus. Bermaksud internet tidak berpengaruh tetapi masyarakat kembali juga memberontak.  Cuma ketika menyampaikan maklumat ini ada sebahagian atau 13 peratus di kalangan ahli masyarakat menggunakan capaian internet di negara itu. Mereka menggunakan media baru untuk menyampaikan mesej, yang sudah tidak tahan dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang sudah tidak membantu mereka untuk hidup dalam masyarakat yang sejahtera.

Media baru berperanan membangkitkan kesedaran rakyat...

Apa yang berlaku di Mesir adalah revolusi emosi masyarakat negara itu akibat daripada kepunahan dalam ekonomi, politik dan sosial. Cuma gerakan mereka itu akhirnya disebarkan ke dunia melalui internet. Perkara ini tidak ada hubungan sama ada internet yang mencetuskan revolusi. Cuma internet yang menyalurkan informasi dan perkembangan di Mesir.  Andainya perkembangan di Mesir boleh mempengaruhi situasi negara-negara lain maka sudah pasti negara-negara lain yang juga mengalami keadaan sebagaimana di Mesir yang berhadapan atau mempunyai masalah yang sama. Kita lihat masalah politik di Tunisia hampir sama dengan Mesir, ini kerana apa yang berlaku di Tunisia adalah faktor politik dan merebak ke Mesir. Proses penyebaran di peringkat internat hanya dimaklumkan ke dunia melalui media baru sebagai  memaklumkan dan sebagai penyebar informasi. Mereka mendedahkan kematian seorang pemuda mempertahankan haknya berniaga untuk menaiktaraf ekonomi, sekali gus menjelaskan kegagalan pemerintah untuk memperkukuhkan ekonomi, politik dan sosial. Ianya tersebar.  Kita tidak boleh menghalang atau tutup seluruh internet di dunia sekali pun. Sudah pasti ada orang yang memiliki kamera atau gambar-gambar melalui telefon yang boleh mengirim berita melalui sms atau mms. Sebab kurun ke-21 adalah kurun teknologi. Katakan  kita menolak  teknologi ini adalah sia-sia, ia tidak akan berjaya. Ini kerana pada kurun ini telah merealisasikan situasi di mana media baru adalah alat masyarakat berhubung dan berkomunikasi.

Malaysia dikatakan antara pengguna facebook yang paling tinggi mencecah 8 juta orang. Walaupun ia hanya laman sosial tetapi ia dijadikan medium utama menyebarkan maklumat. Bagaimana Prof melihat fenomena ini?

Ya, rakyat kita begitu ghairah menggunakan media baru. Ini terjadi dengan pencapaian pengguna blog serta facebook yang hampir mencecah 8 juta orang dan mungkin dua tiga tahun lagi mencecah berbelas juta.  Kita harus bertanya kenapa masyarakat berkomunikasi dan berhubung apatah lagi zaman media baru? Ini kerana masyarakat tidak mampu. Di tambah pula media konvensional yang tidak mempunyai ruang kepada mereka. Media konvensional terlalu berpihak dan media ini tidak rasional di dalam satu-satu isu, tidak mempunyai ruang untuk menangani atau menghormati perbezaan nilai, budaya, fikiran dan sebagainya. Maka sudah pasti masyarakat yang berbagai-bagai lapisan dan budaya ini ingin berkomunikasi, sebab mereka masyarakat yang prakmatik dan dinamik yang mempunyai keinginan mengetahui perkembangan. Masyarakat yang ghairah terhadap pengetahuan dan percaya mereka akan maju seandai mereka mendapat ilmu dan juga berpengetahuan lebih tinggi kerana media tradisi seperti akhbar dan televisyen tidak mempunyai ruang yang terbuka dalam menguruskan perbezaan sikap dan posisi masyarakat. Secara tidak langsung akan menarik masyarakat menggunakan media baru seperti facebook atau blog, twitter dan sebagainya.
Media baru seperti facebook sarat dengan pelbagai perbedaan. Adakah ini baik?

Kita lihat di dalam facebook  segala macam ideologi ada di dalamnya. Maknanya masyarakat di dalam media baru mengambil pemikiran bahawa tidak ada faedah kita berbeza-beza.  Jika kita berbeza-beza fahaman politik itu berlaku dalam media konvensional hanya taksub kepada satu aliran sahaja. Akhirnya di dalam internet mereka berbagi-bagi pandangan dan pendapat inilah yang kita hendak, justeru melahirkan masyarakat yang rasional dan intelektual berbanding masyarakat yang hanya menerima satu informasi sahaja akhirnya mengundang masyarakat yang tidak rasional iaitu masyarakat yang tidak mampu menguruskan diri mereka yang lebih taktikel. Jadi internet sebenarnya telah memberi ruang kepada setiap lapisan manusia misalnya apa yang ditujukkan oleh Barack Obama yang telah menggunakan internet dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat. Internet juga akhirnya menyatukan masyarakat dan tidak pernah memecahbelahkan masyarakat.  
Salurkan pandangan dan idea anda -- tentang ura-ura kerajaan mahu memperluaskan skop sekatan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) termasuk kepada kandungan interner, seperti facebook -- kepada akaun FB Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

Oleh: amkns

"KOTA BARU, 16 Feb 2011 - Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah. Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan).
Sumber: Bernama
"

‘1Malaysia, 1Ummah’ .....1Rosmah.

‘1Malaysia, 1Ummah’ .....1Rosmah.

Rasulullah ikon perpaduan: PM
UMNO BN ikon yang menentang sunnah Rasulullah: Aku kata...

Tok Demam kata “Sejarah membuktikan bahawa Baginda mengutamakan perhubungan berbilang kaum dan agama di Madinah".
“Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan yang dipraktikkan Baginda,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah.

Aku kata: Sejarah UMNO BN membuktikan perpecahan antara kaum dan agama berlaku di Malaysia berpunca dari sikap sekular UMNO dalam Islam,Islam dihina,dicaci,diperlekehka
n oleh UMNO dan sekutu-sekutunya.

Kata Tok Demam lagi "semua pihak perlu menjadikan krisis di Mesir sebagai pengajaran bagi menghindarkan tragedi berdarah itu berlaku di Malaysia."

Aku kata : ....Tau takut....
"Apa bila rakyat tidak percaya sistem pilihanraya...maka akan terjadilah per-arakan di JALAN RAYA"- Pinjam kata-kata Abg Mat Sabu...

Sumber 1M 1U 1R : http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8758342.asp

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah

MYT by ismet_ulamraja


Minda Nik Abdul Aziz Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)

bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.”
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.

Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)

Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah

MYT by ismet_ulamraja


Minda Nik Abdul Aziz Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)

bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.”
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.

Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)

Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.

Dr M: Taib jangan jadi Mubarak

MYT by ismet_ulamraja


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.

Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.

Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.

Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) ekoran demonstrasi berterusan selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.

Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.

Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.

Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.

Abdul Taib pada minggu lalu berkata, belaui mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.

Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.
malaysiakini

Selasa, 15 Februari 2011

DUN Sarawak Mungkin di Bubar Minggu Ini?

Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat
KUALA LUMPUR 14 FEB : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber

Sumber Astana Sarawak memberitah bahawa pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri lapor The Malaysian Insider.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.

Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.

Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat "inspirasi" untuk memanggil pilihan raya negeri.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.

Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.

Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden komponen terbesar periktan itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terus meletakkan pemerhati-pemerhati politik dalam situasi terus meneka dan membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri.

Selepas kembali dari menunaikan haji akhir tahun lalu, pemimpin berusia 74 tahun membayangkan bahawa beliau sudah menerima inspirasi bila perlu memanggil pilihan raya.

"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu (tarikhnya)," kata beliau kepada pemberita November lalu.

Taib dikatakan berhadapan dengan tekanan daripada rakan-rakan dalam BN agar berundur ekoran kemerosotan popularitinya di sebalik dakwaan salah guna kuasa.

Kemenangan DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu Mei lalu - dilihat sebagai referendum ke atas kepimpinan Taib - telah menyebabkan BN mula bimbang mengenai tapak pengaruhnya di Sarawak, negeri yang selama ini dilihat sebagai deposit hayat perikatan itu.

BN Sarawak mempunyai 63 wakil di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi dengan 35 dimenangi PBB, 12 dipegang Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan lapan masing-masing oleh Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratk Progresif Sarawak.

Daripada baki lama kerusi, DAP mempunyai enam, PKR satu dan Bebas satu.

SPR mengumumkan kesediaan negeri itu mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dengan berkata pihaknya sudah lama membuat persediaan.

BN dijangka mengekalkan negeri itu dengan majoriti selesa meskipun ada yang mengatakan DAP kemungkinan boleh memperoleh lebih banyak kerusi di kawasan-kawasan bandar.

Seorang pemimpin DAP memberitahu bahawa mereka juga mendengar kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri hujung minggu ini dan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri.

"Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri," kata seorang pemimpin DAP negeri.

/tvs

Cerita Nazim, Hasbi dan Daim

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Baru-baru ini, Perdana Menteri  Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru  itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah  Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya: "Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.

Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

II.

Cerita projek-projek besar kerajaan yang dibuat secara rundingan terus tanpa tender seperti pembinaan universiti, hospital dan projek jalan  dijadikan seumpama skim cepat kaya oleh para pemimpin Umno-BN bukan kisah baru. Mungkin ramai sudah muak mendengarnya disebabkan tiada langkah berkesan diambil bagi membanterasnya. Dana awam dikaut bagi keuntungan peribadi dan sebahagiannya disalurkan kepada tabung parti, yang digunakan untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.

Kos projek ditingkatkan berkali ganda bagi memungkinkan mereka dan kroni membolot keuntungan secara mudah. Ada yang dirundingkan di "bawah meja" lebih awal dan ia menjadi semacam perkara yang ditetapkan semasa proses rundingan harga dibuat. Para pelobi projek dan kontraktor arif benar tentang siapa perantara bagi pihak menteri dan Umno yang perlu dihubungi.

Kementerian Kewangan dikenali sebagai lubuknya. Disebabkan Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Perbendaharaan, tugas "mengutip komisyen" itu selalunya diserahkan kepada pihak lain. Tidak pasti apakah ia termasuk anak, menantu dan isteri PM sendiri?

Ada pihak mendakwa jawatan Menteri Kewangan II juga sering diperhatikan. Peluang boleh diintai termasuk daripada setiausaha sulit ataupun setiausaha politik menterinya. Di antara nama menteri yang disebut-sebut adalah Nor Mohamed Yakcop (2004-2009), kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, nama orang kanannya, Hasbie Satar, 38 cukup popular di kalangan pelobi.

Hasbie ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama  penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Saya tidak begitu arif mengapa SPRM memilih pertuduhan di bawah akta berkenaan. Mungkin penemuan fakta kes dalam siasatan hanya menjurus ke arah itu. Cuma, ramai kenalan saya, yang terbabit dalam dunia perniagaan dan biasa berhubung dengan "perantara" menteri bagi melobi projek, mengharapkan lebih banyak kisah menarik tentang "dana politik Umno" tersingkap semasa perbicaraan nanti.

Bagi saya harapan kawan-kawan saya itu terlalu tinggi dan agak mustahil tercapai. "Segalanya akan ditutup nanti," balas saya.

III.

Semenjak Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dipinda pada 1975, kampus institusi pengajian tinggi tempatan memang bagai penjara. Suara penghuninya dibisukan, gerakan mereka terbatas, dan mungkin angan-angan pun tidak dapat mencecah awan; segala-galanya memerlukan kebenaran naib canselor. Tradisi ilmu dan budaya cendekia dipasung.

Malah, kakitangan akademik yang menyuarakan pendapat dalam hal-hal berkaitan kepakaran mereka juga ditegur jika ia menyinggung "wilayah sensitif" yang sempadannya semakin diperluaskan. Mengambil jalan mudah dan untuk mengelak risiko, maka majoriti warga kampus lebih asyik dengan hal-hal remeh-temeh. Tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk "membodek" pihak atasan, dan berlumba-lumba "menangkap peluang" untuk kepentingan peribadi.

Pelajar dan pensyarah seolah-olah dipisahkan jauh di menara gading, sedangkan rakyat dan pemerintah amat memerlukan idea serta sumbangan golongan intelektual. Gerakan mahasiswa sekadar berperanan seperti persatuan pelajar sekolah menengah atas. Autonomi yang sudah lama dicabut menjadikan masyarakat terpelajar itu tempang dan cacat. Anehnya, selepas itu bertalu-talu pula kritikan kedengaran, yang mendakwa bahawa perwatakan,  keperibadian dan penampilan siswazah kita begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Walhal, yang "mencacatkan" mahasiswa secara sengaja, sehingga potensi mereka lumpuh atau tidak dapat dikembangkan dengan baik, adalah pihak universiti sendiri, yang tentunya direncanakan elit pemerintah. Bagi regim yang korup dan menindas, suara independen masyarakat terdidik begitu digeruni. Penguasa seumpama itu hanya mahu memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri dan kelompok.

Kini tiba musim pilihan raya kampus bagi memilih kepemimpinan pelajar sesi 2011/12. Proses PRK sejak lama berjalan penuh kepincangan. Ruang untuk anak-anak muda berpatisipasi dalam politik pelajar juga diganggu dengan cukup dahsyat. Pihak universiti jarang bertindak adil melayani semua calon atau kumpulan yang bertanding. Mahasiswa yang dilihat tidak cenderung dengan pemerintah dianggap seperti musuh dan terpaksa berdepan kesukaran yang sengaja dicipta Urusetia Hal Ehwal Pelajar. Masa sama, universiti "menternak" kumpulan yang mendokong aspirasi kerajaan BN.

Tujuh tahun lalu, saya pernah mendedahkan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tinggi -- termasuk melibatkan naib-naib canselor --  melakukan sabotaj terancang bagi mengalahkan kumpulan mahasiswa yang tidak terikat dengan Umno-BN. Mereka mengadakan mesyuarat tetap di ibu pejabat Umno, di PWTC. Peruntukan kewangan universiti diambil bagi membiayai kempen kumpulan pro-BN.

Sungguh menyedihkan apabila pegawai-pegawai universiti sanggup merendahkan (menghina) diri mereka ke tahap menjadi "barua Umno". Apa salahnya dibiarkan mahasiswa bereksperimen dengan bebas dan kreatif bagi memilih pemimpin mereka? Mengapa perlu dikhianati cita-cita, aspirasi dan idealisme luhur pelajar? Sepatutnya disediakan ruang secukupnya agar mahasiswa dapat mengembangkan bakat kepimpinan dan mengungguli idealisme perjuangan tanpa sekatan.

Lebih mengejutkan apabila saya terbaca laporan yang mendedahkan insiden memalukan di Universiti Malaya, 10 Februari lalu. Sekumpulan 20 mahasiswa dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media berkaitan peraturan PRK. Cuba bayangkan, seorang pengawal keselamatan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-Mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut. Kumpulan mahasiswa tadi dapat juga meneruskan sidang media selama 10 minit.

Kes "tutup mulut" yang mengaibkan ini perlu diberi perhatian serius. Reaksi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang terkenal dengan kelantangannya mahu melakukan reformasi di IPT, amat ditunggu-tunggu. Dalam suasana dunia menyaksikan perubahan menyeluruh ke arah pemerintahan lebih demokratik dan regim autoritarian tergugat diasak tuntutan anak muda, malangnya situasi di negara kita begitu mengecewakan.

IV.

Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu  dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya.  -- lutfi_detik@yahoo.com

Cerita Nazim, Hasbi dan Daim

Yang ini lebih hebat dari Valentine, Dia Menghidup dan Mematikan saya

Oleh: rozmal

"
Dia ni lebih hebat dari Valentine. Tengok saja cermin teringat Dia. Kalau tak nak umat Islam sambut Valentine, kita kena berikan mereka alternatif yang lebih hebat dari Valentine. Kepimpinan melalui tauladan. Cuba perhatikan cermin kereta kita, cermin kereta umat Islam di Malaysia ini. Apa yang ada di cermin, menggambarkan pemiliknya.


Apa yang di cermin kereta Perdana Menteri? Apa yang ada di cermin kereta Menteri Besar? Apa yang ada di cermin kereta para ustaz dan ustazah? Apa yang ada di cermin kereta pegawai pencegah maksiat? Apa yang ada di cermin kereta Nazir Masjid? Apa yang ada di cermin kereta imam masjid? Apa yang ada di cermin kereta umat Islam secara amnya?
  "