Sabtu, 21 Februari 2009
Speaker ikut peraturan.
Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.
72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.
(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.
(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.
78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.
89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.
Pejabat MB murung dan sepi.
Majlis yang dimulai dengan Tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ust. Hj. Ahmad Awang. majlis itu itu dihadiri sama oleh YAB Menteri Besar Perak, Exco Agama, Hj. Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Hj. Ismail Yusof, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, dan lebih 500 orang hadirin lain.
Ust. Misbah juga mendedahkan maklumat bahawa pejabat Menteri Besar telah ditukar karpet dan perabutnya. Sedangkan semasa kita masuk dulu kita berjimat dengan mengguna yang sedia ada.
UMNO makin terdesak.
Apabila melihat tindakan yang tidak halal itu gagal dihalalkan dengan berbagai cara, maka kita melihat mereka ingin menghalalkan dengan menyalah gunakan mimbar masjid di seluruh Perak.
Inilah gambaran dan sikap UMNO dengan menyalahgunakan Masjid yang terkeluar dari fungsinya sebenarnya .
Nizar ; Beri sumbangan untuk selamatakan Perak.
Ir. Nizar juga menyeru supaya semua memberi sumbangan untuk menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.
Pada kesempatan itu beliau juga mendedahkan seorang Sultan di sebuah negeri yang dirahsiakan, menyatakan tindakan yang dilakukan di Perak adalah "gopoh".
"Ternyata BN gopoh, 5 Februari suruh saya letak jawatan, 6 hb sudah angkat sumpah." Kata Nizar.
Speaker diancam bunuh, laporan polis dilakukan.
Khalil dan Wong sebelum membuat laporan polis.
Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."
Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.
Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".
Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Penghantaran tentera ke Afghanistan serlahkan wajah sebenar Obama
Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) melihat sikap hipokrasi yang nyata pada Obama apabila cuba memberi harapan kepada dunia Islam dengan ucapan-ucapannya yang lunak seolah-olah inginkan hubungan baru Amerika Syarikat dengan dunia.
Pengarah Eksekutif Pemuda Masjid, Mohd Taqiuddin Abdullah menegaskan, tindakan Obama mengerahkan tentera dengan bilangan yang besar ke Afghanistan yang sudah cukup parah dijajah dan dizalimi Amerika hanya akan menambah musibah kepada Afghanistan dan Pakistan.
Beliau berpandangan Amerika seharusnya menghormati Pilihan raya Umum Pakistan agar dapat dilaksanakan dengan bebas pada Ogos nanti.
"Menghimpun bala tentera Amerika yang besar di Afghanistan sebagai menghadapi pilihan raya di sana adalah tindakan provokasi yang hanya akan memporak-perandakan lagi Afghanistan yang sudah cukup menderita dengan campur tangan bertahun-tahun tentera Amerika dan sekutunya di sana.
"Lebih membimbangkan strategi dan rancangan ketenteraan Amerika Syarikat kali ini mahu melibatkan Pakistan yang juga sudah mula dilanda pelbagai konflik," katanya dalam kenyataannya kepada Harakah.
Beliau berkeyakinan Amerika Syarikat akan terus memperluaskan dasar menjajah secara langsung dan tidak langsung di kedua-dua negara itu, seterusnya menyebabkan konflik dan persengketaan dalaman yang tidak berkesudahan.
Dalam pada itu katanya, Pemuda Masjid telah menghantar surat bantahan kepada Obama melalui duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Jelasnya, dalam surat tersebut Pemuda Masjid menyeru Obama agar segera menghentikan dasar campur tangan di negara-negara umat Islam. Surat tersebut menyatakan umat Islam tidak memerlukan seorang Presiden Amerika untuk menentukan kenegaraan mereka yang mana Obama perlu mengosongkan negera-negara Islam di seluruh dunia daripada tentera-tentera Amerika.
"Kenyataan Pemuda Masjid ini adalah suara generasi muda umat Islam di Malaysia dan kami mahu Obama tahu bahawa seluruh umat Islam di Malaysia sangat membenci dan menentang kejahatan dasar-dsar luar Amerika yang sangat tidak adil kepada umat Islam.
"Kami juga mengingatkan beliau api kemarahan umat Islam akan terus bersemarak jika Amerika Syarikat di bawah kepimpinan beliau terus mengabaikan api kemarahan umat Islam ini," tegasnya. - mns _
Isu MB Selangor, pelik Pengerusi SPRM seolah-olah dahului Peguam Negara
Dalam kenyataan tersebut Pengerusi SPRM menjelaskan bahawa pihaknya telah pun menyerahkan kertas siasatan terhadap Khalid kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.
"Mengapakah hasil kertas siasatan yang belum pun disemak dan diluluskan pendakwaan oleh pihak Pejabat Peguam Negara didedahkan kepada pengetahuan umum?," katanya.
Walaupun mungkin ianya kes berprofil tinggi namun kewajaran untuk pendakwaan belum pun diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara tetapi hasil kenyataan SPRM ini Khalid seolah telah digambarkan sebagai penjenayah, tegas beliau.
PAS Selangor kesal dengan perkembangan ini dan memandang ianya sebagai sebahagian dari rangkaian usaha untuk menyerang dan memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat setelah "politk pintu belakang" digunakan untuk merampas kuasa kerajaan PR di Perak, ujarnya.
PAS Selangor bersimpati dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Khalid selaku MB Selangor, katanya.
Beliau juga menambah, poihaknya mengharapkan agar proses undang-undang yang adil dan saksama akan diberikan kepada beliau dan malah yakin yang dakwaan terhadap MB ini tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
PAS Selangor akan terus berpegang teguh kepada falsahfah bersih, maju dan berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat khasnya kerajaan Selangor kini dan yakin bahawa komitmen semua pihak dalam hal ini akan memastikan Selangor terus selamat dan sejahtera dengan sokongan dan dokongan penuh rakyat jelata./wannordin _
Tuduhan hina Sultan, PAS selar Mufti Wilayah
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.
Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.
"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?
"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.
Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.
Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.
"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.
Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.
Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam./wannordin _
Polis belanja besar di Kuala Terengganu, jauh melebihi RM15 juta
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut tidak menolak kemungkinan jumlah yang dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung dalam sesi soal jawab sidang Parlimen baru-baru ini kurang daripada jumlah sebenar yang elah dibelanjakan.
Abdul Wahid juga beranggapan polis telah menjadi alat kepada BN sewaktu pilihan raya kecil itu.
"Anggota polis yang ramai dalam satu pilihan raya kecil seperti di Kuala Terengganu seolah-olah hendak pergi berperang, siap diiringi dengan helikopter serta kereta perisai. Mentang-mentanglah calon BN merupakan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, maka segala kemudahan rakyat digunakan begitu rupa tanpa alasan yang cukup munasabah.
"Gambaran awal seolah-olah di Terengganu akan berlaku keganasan dan huru hara. Sedangkan selama ini pada setiap majlis ceramah langsung tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi kami pernah ditembak dengan gas pemedih mata, malah ada kes membabitkan peluru hidup. Cukuplah polis menjadi alat kepada BN dan menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya sewaktu dihubungi Harakah.
Jelas Abdul Wahid, sungguhpun dinyatakan perbelanjaan yang agak besar diperuntukkan, beliau difahamkan anggota polis yang bertugas sepanjang pilihan raya kecil itu melahirkan rasa tidak puas hati serta tidak selesa dengan prasarana yang disediakan.
Sementara itu, Abdul Wahid turut meragui jumlah 3,376 anggota polis seperti didakwa terlibat dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Saya rasakan angka tersebut jauh lebih besar jika dilihat pada kehadiran anggota polis sepanjang pilihan raya kecil itu. Kerajaan seharusnya tidak berselindung dengan tampil mengemukakan jumlah sebenar.Polis dan SPR juga saling bercanggah. Polis menyatakan SPR memerlukan anggota polis yang ramai. Sebaliknya SPR menyatakan pula apa perlunya anggota polis yang ramai.
"Kerajaan memberikan alasan jumlah yang besar itu bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang keganasan. Selepas seminggu pilihan raya, kerajaan pula menyatakan pilihan raya kecil Terengganu adalah yang terbaik. Seolah-olah jika polis ramai tidak akan berlaku keganasan. Ini semua adalah karut," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan jumlah anggota polis yang ramai juga akan ditempatkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau pada 7 April akan datang.
Beliau juga melahirkan kebimbangan pembaziran akan terus berlaku semata-mata demi memperuntukkan keanggotaan pasukan keselamatan yang ramai.- azm _
Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising'
Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.
"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.
Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya. - mns _
PM pasang 'jerat besar' pastikan Najib tidak jadi PM?
Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas yang juga bekas 'orang kuat' Umno berkata, jika difikirkan secara mendalam, rampasan kuasa yang berlaku di Perak adalah tidak mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
"Mungkinkah ini satu perangkap untuk Dato' Seri Najib Tun Razak? Cuba kita renung bagaimana Najib hendak merampas jawatan Presiden Umno," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi KeADILan.
Setelah pilihan raya Umum lalu, apabila BN mengalami kejatuhan yang teruk, Najib melalui Mahathir telah menghentam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi, kata Kamarul.
Ketika itu tuduhan dilemparkan ke atas Abdulah yang dikatakan perlu bertanggungjawab di atas kekalahan pilihan raya tersebut, katanya.
"Sebenarnya siapakah yang lebih bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut? Dah tentulah Pengarah Pilihan raya BN iaitu Najib sendiri," katanya.
Setelah desakan daripada semua pihak dalam Umno yang mahukan Abdullah Badawi menyerahkan kuasa dan tampuk kepimpinan kepada Najib, maka Abdullah pun setuju untuk menyerahkan kuasannya kepada Najib pada 2010, katanya.
Tetapi Najib menurutnya tidak senang dengan tarikh itu dan meminta Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin membuat serangan kepada Abdullah Badawi meminta harus dipercepatkan lagi pada Mac 2009.
"Kita lihat Abdullah melenting dengan begitu marah sekali. Najib telah membuat perkiraan dengan Muhyidin untuk menjadi Timbalannya nanti," katanya.
"Siapa yang tidak tahu sejarah Muhyidin Yassin semasa menjadi MB Johor dulu. Habis semua tanah-tanah di Johor dijual kepada taukeh Singapura. Perangainya lebih kurang sama dengan Najib dalam bab-bab duit dan komisyen ni. Sebab itu Najib selesa berganding dengannya," dakwanya.
Dengan pelbagai desakan akhirnya Abdullah memberikan laluan mengadakan pemilihan dalam Umno pada kali ini dengan menyatakan hasrat tidak lagi bertanding untuk jawatan Presiden Umno, katanya.
Abdullah katanya mengambil masa yang panjang untuk memikirkan untuk tidak bertanding jawatan Presiden Umno, oleh yang demikian Najib mendapat pencalonan 'solid' bagi jawatan Presiden Umno.
"Abdullah tersengeh kerana terdapat 900 lebih laporan rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini. Maka pada penghujung 2008 Abdullah telah memperkenalkan SPRM yang berkuatkuasa serta merta.
"Maka berjalanlah SPRM dengan panduan Abdullah Badawi. Maka tangkapan demi tangkapan dibuat dan kebanyakkannya berlaku di Pahang. Mengapa di Pahang?," katanya.
Semasa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu, Abdullah telah seperti biasa menugaskan Najib menjadi Pengarah Pilihan raya lagi, katanya.
"Abdullah mahu menguji kali kedua selepas Permatang Pauh. Keputusanya nyata Najib gagal lagi. Abdullah tersengeh di luar negeri. Ternyata bukan silapnya selama ini tetapi silap Najib fikirnya," katanya.
Najib menurutnya tidak perasan jerat yang telah dipasang oleh Abdullah Badawi, kerana perasaan untuk menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri telah menghayalkannya.
Maka untuk menjadi 'First Lady', 'Big Mama' (Datin Seri Rosmah Mansor) pun setiap hari keluar televisyen memungut derma untuk Gaza, sementara Najib telah memulakan gerak kerjanya dengan menggulingkan kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak, katanya.
"Abdullah tersenggeh lagi. Menjadi jeratnya kali ini. Hari demi hari semakin hampir detik Persidangan Umno maka Abdullah harus segera membunuh politik Najib.
"Abdullah telah menggumpulkan segala bukti rasuah dan salahlaku Najib, maka perbicaraan Altantuya telah dimulakan. Kambing-kambing hitam telah bersuara. Terkini si kambing telah meminta agar Razak Baginda didakwa semula," katanya.
Pada persidangan Dewan kali ini Abdullah telah menempelak Najib melalui titah Yang Dipertuan Agong. Walaupun kertas kerja ISA untuk Nizar dan Karpal telah disediakan oleh Syed Hamid tetapi Abdullah dengan tegas menolaknya.
Selepas ini Abdullah selaku Presiden UMNO akan membatalkan seluruh mesyuarat UMNO Bahagian kerana terdapatnya rasuah yang begitu banyak. Abdullah akan mengarahkan persidangan UMNO diadakan semula di semua peringkat dengan pengawasan yang ketat.
"Ingat! Abdullah masih punya kuasa sebagai Presiden dan PM setakat ini. Apabila diadakan semula mesyuarat semua peringkat tanpa duit berjalan, maka akan hancurlah Umno.
"Dengan sedikit ugutan maka selamatlah Abdullah sebagai presiden UMNO lagi, maka Najib akan membuat kenyataan bahawa beliau belum bersedia menjadi Presiden dan PM," katanya.
Justeru jika Najib melawan maka nasibnya akan sama dengan Anwar dahulu, namun adakah Najib akan sanggup untuk menanggung malu seperti Anwar, soalnya.
"Tentunya tidak! Kerana Najib adalah seorang yang pengecut," katanya. - mns_
Kes Adun Kulim: SPRM digesa segerakan siasatan
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata dengan bukti seperti rakaman CCTV yang dimiliki, SPRM seharusnya membuka kertas siasatan dan bukannya bertindak menukarkan pegawai yang mengetuai rakaman pertemuan tersebut ke tempat lain.
Anwar dalam sidang media di Parlimen, berkata SPRM memiliki rakaman pertemuan Lim dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Mahadzir Khalid di sebuah hotel di Seberang Jaya yang jelas menunjukkan usaha memujuk dan menyogok dilakukan.
"Malah, pegawai BPR yang mengetuai operasi itu telah menghubungi kita (KeADILan) untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama tersebut dan memaklumkan bahawa rakaman CCTV itu terang dan jelas," tegas Anwar kepada media.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Anwar berkata BPR telah memantau pergerakan Lim dan ejen Umno sejak April 2008 setelah menerima aduan daripada Lim, dan terus memantau sehingga ke kemuncaknya iaitu akhir 2008, di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Jelas Anwar, BPR bertindak memasang dan merakamkan sendiri segala pertemuan yang berlangsung itu, justeru meminta supaya BPR segera meneruskan siasatan ke atas rakaman CCTV tersebut.
Ketika ditanya sama ada beliau memiliki salinan rakaman CCTV itu, Anwar menegaskan pihaknya tidak memiliki salinan itu kerana ia milik BPR, namun tidak menolak bahawa mempunyai butiran-butiran penting dan saksi-saksi berhubung pertemuan Lim dan Mahadzir.
"Saya tidak ada salinan itu, kerana ia milik BPR. Bukan kami punya. Tapi saya punyai butir lengkap tentang siapa yang turut serta dalam pertemuan itu, jam berapa, tarikh bila, di mana. Dan jangan lupa, dalam kes Lingam saya ada salinannya," kata beliau, ketawa.
Terdahulu, Anwar dalam perbahasan menjunjung titah Yang dipertuan Agong, mendedahkan beliau memiliki bukti berkenaan percubaan rasuah ejen-ejen Umno terhadap Adun-adun Kedah.
Pada 11 April 2008, Lim dihubungi ejen Mahadzir dan ditawarkan RM4 juta, yang kemudiannya dinaikkan ke RM5 juta dengan pertemuan yang diatur untuk menemukan Lim dengan Mahadzir dan Najib dan berterusan diganggu sehingga Julai 2008.
Beliau kemudiannya membuat laporan di BPR dan bersetuju dengan BPR dengan menjadikan dirinya sebagai 'umpan', yang menyaksikan pertemuan demi pertemuan mereka di dalam pemantauan BPR. - mns_
SPRM perlu profesional, jangan double standards dalam laksana tanggungjawab - Peguam MB Selangor
"Sebagai peguam kepada Menteri Besar Selangor, saya sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Ahmad Said Hamdan.
"Kononnya telah mendapat bukti-bukti yang sahih berhubungan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam isu pembelian kereta dan lembu," kata beliau dalam satu sidang media di Bangunan Sultan Abdul Salahuddin Abdul Aziz Shah (SASAA), tingkat 20 media petang semalam.
Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.
Menurut beliau, sudah menjadi amalan SPRM yang selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.
Bagaimanapun katanya, badan itu kini telah lari dari matlamat asal penubuhannya untuk mencegah rasuah serta mengamalkan sikap 'double-standards'.
Beliau juga mempersoalkan kenapa Ketuanya, Dato' Ahmad Said Hamdan tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
"Tindakan SPRM itu harus dipandang berat kerana anak guamnya merupakan seorang ahli politik pembangkang, ditonjolkan imej agar kelihatan bersalah dimata rakyat sebelum dibicarakan di mahkamah," tegasnya.
Sementara itu, Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, beliau dinasihatkan tidak boleh membuat sebarang komen dan kenyataan hanya boleh dibuat melalui peguamnya, S N Nair.
Dalam sidang media yang sama, Teresa Kok berkata kenyataan yang dibuat oleh Ketua SPRM itu berbaur politik dan 'double-standards'.
"Apa yang berlaku di sini mempunyai kaitan dengan keadaan yang berlaku di Perak, menunjukkan sokongan terhadap BN menurun akibat perbuatan mereka sendiri.
"Tindakan terhadap Abdul Khalid itu juga dilihat ada kaitan dengan pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, mengenai taktik yang digunakan oleh BN untuk memujuk wakil rakyat Pakatan supaya bertukar parti," katanya.
Dalam pada itu, Ronnie Liu ketika ditemui menyifatkan kenyataan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Ahmad Said Hamdan sebagai sampah.
"Kerana sebagai ketua beliau sudah diberitahu oleh pegawai bahawa kereta peribadi Lexus yang digunakan oleh MB itu telah digunakan sebagai kenderaan rasmi. Segala kos penyelengaraan kenderaan itu sudah mendapat keizinan dari Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Arif Abd. Rahman," katanya. - mns_
Ahli PAS dipuji komited dengan ideologi parti
Langkah-langkah perlu diambil supaya ahli mereka khususnya yang bertanding tidak termakan dengan pujukan, malah komited kepada parti, kata kolumnis akhbar The Edge, Dato' Dr Toh Kin Woon dalam kolumnya My Say 16 Februari lalu.
Dr Toh Kin Woon merupakan bekas Adun BN Machang Bubok dan anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Menurutnya, contoh parti yang mempunyai asas ideologi yang kukuh dan kuat di negara ini ialah PAS.
"Mungkin kita tidak bersetuju dengan ideologinya, tapi kita perlu tahu bahawa semua mereka yang menyertai PAS komited untuk memperjuangkan matlamat parti tersebut," katanya.
Hal ini, katanya dapat menjelaskan mengapa kerajaan PAS mampu bertahan di Kelantan biarpun dengan kemenangan tipis mengatasi Barisan Nasional, yakni dengan majoriti satu kerusi dari 2004 hingga 2008.
"Saya yakin terdapat usaha untuk membuatkan beberapa orang Adunnya untuk melompat parti tetapi tidak seorang pun didapati termakan umpan tersebut," sambungnya.
Cara lain untuk mengelakkan berlakunya lompat parti katanya ialah dengan mewujudkan undang-undang anti-lompat parti, sekali gus menjadikan lompat parti satu perbuatan haram.
Cara lain lagi, katanya, ialah dengan rakyat menunjukkan isyarat yang jelas dan kuat tentang kebencian mereka berhubung gejala lompat parti.
"Di Perak BN telah menafikan hak rakyat dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru, rakyat perlu memberitahu BN bahawa apa yang dilakukannya itu tidak beretika, tidak bermoral dan tidak demokratik," jelasnya.
Mereka yang melompat parti dan menghianati rakyat kerana kepentingan diri perlu ditolak, katanya.
"Saya pasti dan yakin, inilah yang akan dilakukan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya. - mns_
Awas Bahaya di Hadapan
Negerimu bakal dipimpin ex-teman Altantuya
Negeri yang aman berada dalam bahaya
Siput Babi juga sedang menular di alam maya
Menurut perintah bakal PiEM di Putrajaya
Awas Siput babi juga menyamar masa pilihanraya
Berserban dan berjanggut memang tak percaya
Untuk memastikan dua-dua Bukit milik BeEnd punya
Suka diingatkan pemimpin PR yang nak cepat kaya
Siput Babi meneropong anda di rumah atau dijalanraya
Boss MACC tak bebas tapi ada di Putrajaya
Engko kena hati-hati jangan mudah percaya
Jangan mandi bogel nanti gambar keluar di siber raya
Pakailah kain basah atau pun bini punya kebaya
Walaupun bergelar Ustaz, Tok Guru atau Abuya
BeEnd dah kemaruk semangat dan mula meloya
Nanti dia super-impose kau kat badan Ruth Suhanaya
Ya memang BeEnd dah mula kemaruk gila
PiEm ke enam dah tunjuk perangai gorilla
Suka bawa lari suami orang pada bila-bila
Kau tengoklah apa jadi kat kawan kita Bala
Entah hidup atau mati yang tau cuma Allahtaala
Boleh guna SeeFor hancur lulus budak Mongolia
Tak sempat dia nak merasa aiskirim Magnolia
Hancur lulus badan tulang kaki dan kepala
Aku takut Malaya hancur dan porak-peranda
Sekarang pun kau lihat sudah ada tanda-tanda
Tak kiralah yang bergelar rakyat atau baginda
Hancur apabila tsunami BeEnd datang melanda
Seperti apa yang terjadi di Somalia dan Uganda
Maka BeEnd bertambah riak dan mengada-ngada
Tapi lawan tetap lawan betui tak Nana!
Keris Silau
20 Februari 2009
Bahaya Di Semua Bukit
Apakah hikmah disebalik kejadian ini hanya Allah sahaja yang tahu, ketiga-tiga pilihanraya kecil ini tidak akan menambahkan lagi kerusi kepada Pakatan Rakyat memandangkan kerusi-kerusi wakil rakyat yang kosong bersebab dengan pulangnya ke Rahmatullah Hj Roslan Shaharum dari PAS-Parlimen Bukit Gantang, perletakkan jawatan exco dan adun untuk V. Arumugam & Elizabeth Wong masing-masing mewakili PKR untuk Dun Bukit Selambau & Bukit Lanjan.
Kudeta rampasan kuasa secara haram di Perak, sogokan wang, penculikan adun, penghinaan institusi mufti, istana, SPR, ugutan bunuh dan penyebaran gambar separuh bogel adun melengkapkan lagi kejahatan pihak UmnoBN yang semakin lama semakin ganas dan jahat dan ianya semakin membimbangkan bilamana teraju negara ini akan diambil oleh Dato Seri Najib Tun Razak dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa bersara awal gara-gara tekanan dari rakyat yang mahukan perubahan termasuklah dari dalam Umno dan BN sendiri yang mahukan teraju negara ini diganti.
Ketiga-tiga pilihanraya kecil ini adalah kayu pengukur yang cukup penting buat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memandangkan BN sudahpun gagal sejak 8 Mac 2008 lagi dengan kalah di 5 negeri, kurangnya majoriti 2/3 parlimen, kalah pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Sedia maklum UmnoBN akan berbuat apa sahaja asalkan imej Dato Seri Najib dapat diangkat sebelum penyerahan kuasa kepada beliau, balaci-balaci mereka sekarang ini sedang bekerja keras sekarang dengan kaedah kotor matlamat menghalalkan cara.
Ayuh bangkit wahai rakyat Malaysia jangan kita biarkan nasib malang kita terus berulang 50 tahun lagi, kita semua mesti bangkit menentang kezaliman dan kejahatan Umno Barisan Nasional. Gendang perang sudah dipalu menuntut kita turun ke medan jihad. Jihad secara aman melalui piliharaya sehingga keringat, darah dan nyawa kita ditentukan Allah...
Awas bahaya dari bukit... semangat Gunung Semanggol akan menelan semua bukit...
Bila penjenayah berparti politik
seorang yang baik adalah seorang yang patuh dengan perintah kebaikan dan menjauhi diri dari segala kejahatan
begitu juga dengan parti umno ni, yang ngaku parti pejuang bangsa yang telah beri banyak kebaikan katanya, dalam akuannya umno selalu mengungkitkan benda ini..
benarkah umno parti yang patuh dengan perintah kebaikan dan mengelakkan kejahatan?
hi hiiiii...
geli den dengaqnyo..
UMNO sudah tak punya keadilan lagi dalam dirinya..umno sudah dibutakan oleh nafsu serakahnya untuk berkuasa sehingga banyak orang banyak pertubuhan banyak badan telah menjadi kambing hitam baginya untuk menutupi segala tipu muslihatnya, kita lihatlah mengapa ribuan laporan polis yang menghala pada kepimpinan mereka mereka diamkan dan bila repot itu menghala kepada musuhnya maka satu minit kemudian akan ada dakwaan? tidakkah bersifat seperti ini adalah sifat dan ciri ciri munafik?
keadaan yang kalut dan memanas dan sengaja dipanas panaskan ini berpunca dari umno sendiri yang tak mahu patuh dan akur dengan perintah perlembagaan..demi kepentingannya sendiri.
wuhaaaa..hu huhu..hu huhu..
"Itulah puncanya oleh kerana mereka tidak mematuhi undang-undang yang mereka cipta sendiri sedangkan undang-undang itu sendiri merupakan titik pertemuan di antara segala kebaikan dan kejahatan.
"Yang jahat tidak boleh memberi peluang kepada kejahatannya, manakala yang baik pula tidak boleh ditindas.
"Titik pertemuannya ialah undang-undang.
"Apabila undang-undang itu sendiri dipijak, maka akhirnya menjadi huru-haralah," katanya.-
umno pergi belahla..cakap pejuang bangsa..nama parti sendiri memuja bahasa asing..lepastu bahasa bangsa dilupuskan dalam ppsmi
inilah bahana penjenayah berparti politik..
masyarakat dibius agar tidur paradigma dan kesedaran berfikirnya..
maka kebenaran hanya jadi mainan untuk membenarkan kejahatan yang telah berthun mereka lakukan..
rakyat bangkitlah..
bangkit dan tumbangkan kezaliman mereka..
salam perjuangan demi tumbangnya kezaliman dari baweantermenung
"
PKR: Jangan Persiakan Kepercayaan Rakyat
Tapi dalam duk seronok pasal nak pilihanraya kat dua bukit sana tu, timbul pulak satu bukit. Tang gambar bogel memang la tak elok dan lebih baik letak jawatan exco. Tapi letak jawatan ADUN ni yang buat aku rasa pening ni. Takkan la sikit sikit letak jawatan sikit sikit letak jawatan. Kita dah tau UMNO ni macam yahudi, ada bermacam macam cara nak aib dan malukan orang, tapi kita pulak yang terikut ikut rentak diorang. Kalau nanti dia bukak lagi satu jenis aib, takkan pilihanraya pulak kut. Sekarang rakyat tengah memihak kepada PR. Jangan plak kita tersalah langkah buat rakyat jadi meluat.
Lagi satu tang Zainah Anwar dan SIS ni. Harap harap DS Anwar sensitif sikit. Silau silau la sikit kat dia tu. Jangan nanti jadi satu isu yang menikam PR. Aku dah baca dari dulu lagi kisah kisah dia ni. Aktif nampak. Nak samaratakan antara lelaki dan perempuan. Namapun dah pelik SIS. Sister In Islam. Sister sister ni kalau tak silap aku kristian. Harap harap kita tak jadi macam ayam jantan, berkokok riuh sekampung, punggung bergelumang tahi
Program Sempena Setahun Kerajaan Pakatan Rakyat
Sambutan itu akan berlangsung mulai 8 Mac hingga ke majlis kemuncaknya pada 21 Mac di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sambutan akan dimulakan dengan mengadakan satu perjumpaan khas antara Menteri Besar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor di Shah Alam. Dianggarkan 4,000 orang akan menghadiri majlis perjumpaan tersebut.
Selepas program itu, kerajaan negeri akan meneruskannya dengan satu program lain yang dipanggil ‘Wisel Stop’ yang dijadualkan bermula pada 14 Mac di Hulu Selangor,15 Mac di Gombak (sebelah pagi, sebelah petang atau malam akan bergerak ke Petaling Jaya),16 Mac ke Hulu Langat, 17 Mac ke Sepang (sebelah petang ke Kuala Langat),18 Mac ke Klang, 19 Mac ke Kuala Selangor, 20 Mac ke Sabak Bernam dan 21 Mac di Shah Alam.
Hayat dan Legasi
Pastikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Pastikan hari esok akan lebih baik daripada hari ini.
Ini adalah baris-baris yang aku rasa sudah sinonim dengan kehidupan manusia yang berjangka hayat. Berjangka hayat?
Kita ada hari, minggu, bulan dan tahun. Kita ada istilah dekad, suku abad, setengah abad dan satu abad. Kita ada saat, minit dan jam. Semua ini kerana manusia itu berjangka hayat.
Jangka hayat menyebabkan manusia memerlukan sesuatu panduan untuk menongkat survival kehidupan mereka. Sama ada ianya berbentuk assumption/andaian atau fakta kukuh, manusia tetap tidak akan lari daripada mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai asas kepada tindakan mereka.
Di kala ini misalnya, ahli ekonomi umpama nujum, di mana andaian mereka sangat ditagih oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan. Apa sahaja buah fikiran dan analisa mereka akan diberi fokus yang tinggi, memandangkan suasana semasa ekonomi dunia yang tidak menentu.
Ramalan kaji cuaca, analisa politik, sukan dsb. Semua perkara ini mendapat tempat dalam penilaian manusia yang mahu menilai (sesuatu).
Namun, jika kita selidiki betul-betul, apakah yang sebenarnya perlu dinilai oleh manusia amnya dan Muslim khasnya? Apakah sekadar mengenal pasti solution atau alternatif terhadap sesuatu kemungkinan?
Apa yang seharusnya diadakan agar hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam? Dan apa pula yang perlu dilaksanakan esok agar ianya lebih baik daripada hari ini?
Itulah legasi. Hari ini (semasa) adalah warisan hari semalam. Dan begitulah seterusnya.
Manusia pula memiliki umur. Inilah sifat sesuatu yang berjangka hayat. Umur bukan dibawah kawalan manusia, ia ketentuan Pencipta.
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian itu dijadikanNya kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Seorang perempuan tiada akan mengandung dan tiada akan melahirkan kandungannya, melainkan dengan ilmu Allah. Dan tiada akan dipanjangkan umur orang yang panjang umurnya, dan tiada akan dikurangi umurnya, melainkan tertulis dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah mudah belaka.
Surah Faatir. Ayat 011.
Bila jangka hayat ini dihubungkan dengan legasi, manusia seharusnya boleh mencapai satu kepastian yang lebih tepat. Manusia akan lebih nampak realiti yang rasional.
Realiti perlu sesuatu yang bersifat rasional. Realiti semata-mata tetapi tidak rasional akan melahirkan tindakan yang bersifat dangkal, lemah dan yang paling besar sekali adalah bongkak atau penting diri.
Apabila realiti bersifat rasional, pelaku akan meninggalkan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk pewaris.
Umpamanya dalam perjuangan. Apabila seseorang yang berada di kerusi pemimpin bertindak tanpa sesuatu yang rasional, realiti yang dilahirkan nanti akan mengundang pelbagai petembungan yang menggugat perjalanan kerja dan perjuangan itu sendiri.
Bukan mencari salah, tetapi inilah kepentingan berpandangan jauh dan bertindak atas prinsip fardhu kifayah.
Lihatlah apa jadi kepada struktur pendidikan negara kita sendiri. Walaupun setiap tahun kita melahirkan para pelajar yang membalun semua A selagi boleh, adakah kita sudah boleh mendabik dada tentang kekuatan bidang ilmu di negara kita, atau setidaknya berpuas hati dengan sistem tersebut?
Cuba renung kembali, bukankah kita masih sahaja bergantung dengan bijak pandai dari luar negara? Kita masih sahaja menagih pelaburan dari syarikat luar, hatta industri makanan sekalipun. Mana perginya semua bjak pandai itu?
Tanpa menafikan kecemerlangan pelajar itu sendiri, aku berpendapat mereka semua akhirnya hanyalah alat yang akan jadi pengukur kepada prestasi pemimpin, dalam konteks ini ialah barisan Kementerian Pendidikan itu sendiri.
Kalau boleh, setiap kali bertukar tangan jawatan-jawatan ini, akan lahirlah sistem baru dan penghapusan sistem lama, tanap menilai sedalam-dalamnya akan keperluan dan rasionalnya mempertahankan atau memansuhkan yang lama.
Inilah antara masalah yang boleh timbul jika tiada kesinambungan dalam legasi. Salah ini harus ditanggung oleh yang lama dan juga penggantinya.
Kita perlu berjuang untuk membentuk legasi perjuangan itu sendiri. Lihatlah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Adakah baginda SAW memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur baginda SAW supaya da'awah boleh disambung terutamanya ke kawasan luar Mekah dan Madinah? Tidak bukan!
Baginda SAW telah tinggalkan landasan perjuangan yakni da'awah yang berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Baginda SAW, sebagai manusia normal, yang akan menghadapi kematiaan atau pengakhiran hayat kehidupan telah melakukan sesuatu yang sewajarnya, sesuatu yang kena dan tepat untuk zaman awal Islam, iaitu memperkukuhkan minda dan rohani Muslimin zaman itu.
Lihatalah kesannya. Hasil pembangunan rohani itulah terbentuknya legasi perjuangan yang sangat utuh, di mana Islam tersebar dengan sungguh meluas di zaman para sahabat RA.
Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan perbuatan baik, bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi, sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka, dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah disukai oleh Tuhan, dan akan menukar mereka sesudah ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka menyembah Aku dan tidak mempersekutukan barang sesuatu dengan Daku. Barangsiapa yang ingkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang jahat.
Surah AnNuur. Ayat 055.
Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Kita tidak boleh syok sendiri. Terimalah hakikat tentang hayat dan umur kita, dan mulalah berfikir serta bertindak dengan serasional mungkin, agar landasan yang bakal ditinggalkan adalah yang sebaik mungkin untuk generasi kemudian.
Jika kita sentiasa mahu melihat dengan mata kepala kita sendiri akan kejayaan, nescaya kita akan menghalalkan banyak perkara yang salah. Kita akan jadi penting diri.
Lihatlah perjuangan Israel. Mereka memang perosak yang durjana, tetapi jika kita teliti perancangan mereka, kita boleh lihat betapa bersistemnya hal tersebut.
Mereka ini tidak sedikit pun mengejar darjat peribadi, sebaliknya apa yang mereka sasarkan ialah kemenangan total untuk puak mereka. Setiap pemimpin mereka akan menyambung legasi perjuangan pemimpin terdahulu.
Walaupun tetap ada perubahan, namun ia tidak sehingga merencatkan kesinambungan agenda mereka. Mekanisme sebeginilah yang penting dalam mewujudkan legasi perjuangan yang teratur.
Aku tidak memuji, tetapi sekadar mahu kita berfikir.
Padahal, Rasulullah SAW dan para sahabat RA telah meninggalkan satu legasi yang cukup baik dan kemas. Cumanya, kesilapan demi kesilapan serta sabotaj pihak musuh menyebabkan kita alpa dan tersasar!
Inilah hakikatnya. Perjuangan kebanyakan pihak sekarang adalah bersifat peribadi. Naik pemimpin yang baru, habis dicantasnya tinggalan pemimpin lama, baik perkara positif mahupun negatif.
Perjuangan ini bukan kerana nama. Perjuangan ini adalah tanggungjawab, iaitu bagaimana mahu memastikan da'awah Islam sentiasa relevan.
Kita tiada jaminan akan hidup di zaman kemenangan Islam, tetapi Allah SWT memberikan kita segenap peluang untuk menjadi sebahagian daripada jemaah yang akan mempelopori perjuangan suci ini.
Sekiranya ia berlaku di masa depan, biarlah landasannya di bina daripada sekarang, dan moga kitalah yang menjadi buruhnya.
Barakallahufikum.
http://thetinystone.blogspot.com/
Ceramah 21/02/2009 SEBARKAN!!!
"Tarikh: 21/02/2009 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat: Markas PAS Pongsu Seribu,
Kepala Batas,
PULAU PINANG.
Penceramah : 1: TG Hj Abdul Hadi Awang
2: Hj Mohamad Sabu
"Poster ceramah tidak sempat keluar, sebab ceramah di Juru tak dapat permit. Tolong sebarkan. Kalau salah tolong maklumkan.
http://paspenang.blogspot.com
Tiga Calon Raja Lawak
" Malam selesa lalu, 17 Feb saya sempat menonton program mingguan 'Hujah' yang disiarkan secara langsung oleh TV9. Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas iaitu Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketika ditanya mengenai kekalahan kerajaan BN pimpinannya di Selangor, Dr Khir menjelaskan bahawa kekalahan BN bukan di Selangor sahaja, malah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga, yang berpunca daripada isu-isu nasional.
Malah, katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kalah dalam pilihanraya umum 1969 manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden pada 1993.
"Kita belajar dari kekalahan," katanya sambil menegaskan bahawa semangat Melayu tidak pernah luntur. Lawak bukan? Mereka tahu sebab apa mereka kalah, tetapi sehingga hari ini perangai mereka langsung tidak berubah.
Ketiga-tiga panel ini nampaknya berhujah hanya untuk selamatkan diri sendiri sahaja. Tiada seorang pun yang dapat memberi idea baru. Mereka tidak serik untuk mengulangi sikap bongkak mereka yang membuatkan rakyat kian meluat kepada BN.
Sehingga akhir rancangan, saya rasa ketiga-tiga panel tersebut tak berapa sesuai disebut calon ketua pemuda. Patut sebut calon raja lawak saja. Itu pun bukan lawak cerdik, tapi lawak bodoh...dan bodoh tu pula yang tahap-tahap Pak Pandir saja.
Pasai apa saya kata macam tu? Sebabnya, pasai calon-calon tu cakap merapu. Tiga-tiga yang datang itu nampak sangat kena jerut dengan soalan-soalan pengurusi.
Pada calon-calon yang berkenaan itu, saya harap lain kali tak payah la masuk program macam tu kalau tujuan nak tunjuk siapa hero.
Tak sesuai dengan keadaan la ni. Fikir-fikir la program lain yang lebih efisyen dan dekat dengan hati orang. Bukan apa, takut orang tambah gelak kat kita semua...
http://guraugarau.blogspot.com"
Kes MB Selangor: Cubaan Rampasan Kuasa ? - Pahang Daily
Kes yang berlaku di Selangor sekarang modus operandi tetap sama. Menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor dengan cara memohon restu Sultan Selangor memecat MB Selangor sama seperti kaedah MB Perak dipecat.
Bezanya, rombongan UMNO akan menemui Sultan Selangor memecat MB Selangor kerana beliau terlibat dengan rasuah dan salahgunakuasa.
Tidak mustahil MB Selangor akan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraannya.Keadaan menjadi kecoh dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah ISA sehinggalah mereka bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Ketika ini juga UMNO mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah dan berselisih-faham di dalam soal memilih MB. Dr.Hassan Ali akan diajak oleh UMNO menyertainya melalui pujukan daripada pihak istana dengan suapan jawatan MB Selangor.
Akhirnya Selangor tumbang ke tangan UMNO-BN walaupun mempunyai majoriti 16 kerusi ADUN. Langkah terbaik ketika ini ialah kawalan ketat terhadap kesemua ADUN,EXCO dan MB Selangor. Jika boleh, percepatkan tarikh persidangan DUN Selangor dan dedahkan segera penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo.Atau dedahkan melalui blog-blog dengan segera. Andainya tiada pilihan dan tekanan cukup kuat,bubar sahaja DUN Selangor dan adakan pilihanraya seluruh Selangor. Najib memerlukan Selangor dan Perak sebagai modalnya menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Ketika ini beliau telah membentuk kemnya sendiri di Pahang iaitu, Shakar Shamsuddin bakal menjadi MB Pahang, Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dinaikkan menjadi menteri penuh dan Zahid Hamidi bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO setelah Najib menjadi PM dan akan berlaku rombakan kabinet sekali lagi ketika itu.
Karier politik khairiy pula bolehlah dikatakan berakhir kerana Najib lebih cenderung menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Kehadiran sepupunya Hishamuddin dan dua pupunya Shahrir Samad juga akan menguatkan kedudukan Najib di dalam kabinet. Penasihat Najib, Dr Mahathir cukup risau dan telah menjangkakan peralihan kuasa tidak akan berlaku kerana orang-orang kanan Khairiy di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri sedang berikhtiar untuk menghalang peralihan kuasa daripada berlaku. Rombakan kabinet dan perbicaraan semula kes Altantunya boleh menenggelamkan karier politik Najib. Paling tidak pun Najib akan diarahkan meletakkan jawatan TPM dan Menteri Kewangan dan dipersalahkan kerana kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya juga gagal kerana matawang ringgit jatuh jika dibandingkan dengan dolar. Begitu juga dengan kadar pengangguran dan indeks komposit BSKL yang jatuh. - Tok Iskandar
[Sesungguhnya kini, nampak benar Najib Razak sudah semakin kemaruk untuk berkuasa. Bermula dengan Perak, kemudian Kedah dan kini mereka mula merangka strategi untuk "merampas kuasa" di Selangor pula. Kami tetap dengan ulasan terdahulu bahawa kes yang melibatkan Exco Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah satu "agenda khas" puak-puak UMNO untuk memulakan usaha tersebut. Tidak syak lagi, mereka akan memulakan gerakan ini satu persatu untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah Anwar Ibrahim harus berdiam diri dengan usaha jahat ini. Sesuatu perlu dilakukan mulai sekaran, jika tidak kami yakin 100% apa yang terjadi di Perak akan merebak ke Selangor].
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-cubaan-dakwa-mb-selangor-dan.html
21/02/2009 - Ceramah Pelancaran Petugas PRK Bukit Gantang.
Majlis meraikan petugas Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Bukit Gantang akan diadakan pada hari Sabtu 21-02-2009 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang.
Penceramah YB Dato Hj Hussam Musa Naib Presiden PAS Pusat, YB Dato Kamaruddin Jaafar Setiausaha Agong PAS Pusat, YB Dato Pesuruhjaya PAS Selangor dan YB Abd Wahit Endut.
Semua AJK Perhubungan PAS Negeri, AJK Jabatan Piliharaya Negeri Selangor, AJK PAS Kawasan, AJK Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan, Majlis Tindakan DUN, Cawangan & UPU serta Kelab Penyokong PAS dan Ahli serta aktivis di jemput hadir.
Semua di jemput hadir.
kota raja"
Jahat Sungguh !!! Siapa Pemimpin Umno Terajang Pintu Istana ???
" Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat.
Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
Prof Dato’ Dr Haron Din
Sebenarnya terlalu banyak keburukan , kekejian , kezaliman , kebobrokan , keaiban dan sebagainya dalam perut pemimpin – pemimpin umno ni.
Cuma kerana media dia orang yang masih kontrol , maka segala – galanya nampak indah , cantik dan menarik.
Hinggakan ada pemimpin tertingginya yang dikatakan terlibat dengan meletupkan model dari sebuah negara tertentu pun , masih digambarkan seorang yang baik akhlaknya , tingkah laku nya , budi pekerti nya , aura nya diperlihatkan seorang yang hebat , tenang , waras , beriman dan sebagainya
Walhal dalam masa yang sama pemimpin berkenaan terlibat dengan seribu satu macam skandal , dikatakan pernah ditangkap khalwat di Port Dickson , terlibat dengan pengaggihan komisen pembelian kapal selam, jet pejuang dan lain – lain
Jadi siapa yang berani membongkarkan segala ketidakadilan ini ? Pemimpin – pemimpin dari Pakatan Rakyat ? Ulamak – ulamak dari Pakatan Rakyat ? Ulamak – ulamak dari UMNO ? Pemimpin – pemimpin UMNO ?
Dalam hal kecoh di sana sini soal derhaka kepada DYMM Sultan hari ini , sewajarnya ulamak tampil ke lapangan , bukan secara bersembunyi – sembunyi , tapi secara bersemuka dengan rakyat memberikan panduan dan pernyataan.
Siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang terajang pintu Istana , seperti yang dikatakan oleh Prof Dato' Dr. Haron Din di atas ?
Liqa' Fiqri bersama Ustaz Mohd. Nor Omar
Kuching (20/2/09) – Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah menganjurkan Liqa’ Fiqri bersama Ustaz Mohd. Nor Omar selaku Ajk Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. Majlis Liqa’ tersebut telah diadakan di markas PAS kawasan kuching. Turut bersama di dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Abg. Addy Alliyani serta exco-exco PAS Negeri Sarawak dan ahli-ahli usrah kawasan Kuching. Majlis bermula pada pukul 9 malam dan ditangguhkan pada pukul 11 malam. Majlis diteruskan pada hari ahad di dalam Bengkel Nuqaba’.
Rabu, 18 Februari 2009
Prof Agus berbicara dengan lanun.........
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Malam semalam di TV 9 dalam slot rancangan Hujah, Prof Agus Yusuf kelihatan bersama sama Khir Toyol, Khairy Jamaluddin dan Mukhris Mahathir berbicara mengenai usaha menyelamatkan "kapal lanun" yang semakin karam.Sehubungan itu Prof Agus samaada sedar atau tidak berbicara dengan tiga orang pemuda lanun yang sedang berusaha menyelamatkan kapal lanun tersebut.Lanun lanun berjiwa muda yang telah berjaya mengheret Prof Agus yang bijak bistari berbicara mengenai kaedah untuk menyelamatkan kapal lanun itu dari karam.
Hairan, bagaimana seorang Prof yang gah meletakkan dirinya ditengah tengah lanun yang kedengaran berbicara mengenai pembelaan Islam dan meninggikan syiar Islam.Bagaimana seoranag lanun layak berbicara mengenai usaha membela Islam?
Inilah yang tidak difahami.Apakah perlu kapal lanun ini diselamatkan?Untuk apa diselamatkan?Dan kalau berjaya diselamatkan pun pasti nahkodanya juga seorang lanun.Bagaimana pula lanun yang menjadi nahkoda itu akan disandarkan harapan untuk membela Islam?
Lanun tetap lanun yang kerjanya merompak dan menyamun harta benda rakyat.Tidak ada gunanya seorang yang berilmu seperti Prof Agus melibatkan diri dengan lanun lanun yang menyangak ini.Terlebih lagi seorang dari mereka sudah menyatakan pendiriannya menentang hudud, seorang lagi terserlah dengan kes kes samun dan seorang lagi langsung tidak berminat menjaga agama dan meninggikan syiar Islam.
Kenapa Prof Agus sanggup meletakkan dirinya di tengah tengah lanun lanun sambil berbicara tentang usaha untuk meyelamatkan kapal mereka yang hampir tenggelam?Sedarkah Prof Agus bahawa usaha menyelamatkan kapal lanun itu tidak membantu menyelamat menyelamatkan negara?Sedarkah Prof Agus bahawa kerja kerjanya hanyalah kerja yang sia sia.
Kepada rakyat Malaysia, suka diingatkan agar tidak bersubahat dengan kerja kerja menyelamatkan kapal lanun ini kerana lanun tetap lanun tak kira siapa ketua mereka."
Perhimpunan sia-sia dan sudah terlewat?
Adapun amat menghiburkan apabila semakin lama semakin banyak laporan Polis telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Karpal Singh kononnya Pengerusi DAP tersebut telah menderhaka kepada Sultan Perak. Saya tidak arif darihal undang-undang untuk menghuraikan betul atau tidak Karpal Singh telah pun menderhaka sebagaimana juga dahulu saya tidak mengetahui langsung samada perbuatan segelintir penyokong-penyokong UMNO di Terengganu yang memasang kain pemidang menggelarkan Sultan Terengganu dengan `Natang' itu derhaka atau tidak.
Apa pun timbul kemusykilan mengapa ada ruang untuk sesiapa sahaja mengambil tindakan undang-undang ke atas Raja-Raja dan Sultan-Sultan di negara ini? Apabila ruang ini telah disediakan, mengapa pula menjadi kesalahan kepada mereka yang telah cuba mengisi ruang tersebut ? Tidakkah yang lebih derhaka kepada Raja-Raja dan Sultan-Sultan ini adalah mereka yang telah menyediakan ruang tersebut ? Kedaulatan Raja-Raja Melayu dahulunya begitu tinggi dengan bidang kuasa yang lebih luas serta digeruni oleh sesiapa sahaja yang cuba untuk meruntuhkan institusi Beraja ini. Malangnya, kerana emosi dan tamak kuasa, ada pihak yang telah merampas kuasa Raja-Raja atas alasan kuasa dikembalikan kepada rakyat, tetapi sebaliknya kuasa tersebut digenggam erat oleh puak-puak ini. Siapakah puak-puak tersebut ?
Seorang Mantan PM yang kini tiada berparti lebih arif tentang hal ini. Andainya beliau lupa kerana `Melayu mudah lupa', ada baiknya kita bertanya kepada waris beliau yang bakal bertanding sebagai Ketua Pemuda tidak lama lagi. Sudah tentu waris Mantan PM tersebut tahu sejarah kehebatan ayahandanya yang telah `merobek' kuasa Raja-Raja ini sewaktu rejim pemerintahannya. Inilah yang dimaksudkan dengan `ruang-ruang' yang telah disediakan lebih awal untuk memperkecilkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kini, padahnya apabila ruang-ruang ini mula cuba diisi dan kita terasa amat kesal dan dukacita sekali. Nasi telah menjadi bubur, apalah ada pada ratap tangis lagi dan apalah ertinya kita melalak melolong sepanjang jalan ketika ini.
Sekiranya kita masih terasa sayang pada Raja-Raja kita, dan sekiranya ingin juga berhimpun untuk mempertahankan Raja-Raja kita, tunjukkanlah bantahan kita pada tuan punya angkara semua ini. Berhimpunlah di depan rumah Mantan PM tersebut kalau pun kita merasa segan-segan untuk berhimpun di depan Ibu Pejabat parti yang dahulunya dipimpin oleh beliau. Sanggupkah kita berbuat demikian? Jika kita tidak sanggup, bermakna kita tidak sekuat mana untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja sepertimana yang kita laung-laungkan setiap hari itu.
Saya merasa teruja apabila pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memberikan pengakuan akan mengembalikan kuasa Raja-Raja yang terhakis sebelum ini sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan. Sudah tentu pengakuan ini suatu berita yang baik kepada penghuni Istana di negara ini, tetapi malang tidak berbau sehingga kini pimpinan Pakatan Rakyat pula dituduh `Penderhaka' kepada Raja dan Sultan. Amat sukar untuk ditelan dan amat menyedihkan buat Pakatan Rakyat. "Tangan orang lain yang berkudis, tangan orang lain pula yang mahu dipotong". Tetapi, sebagai rakyat yang cintakan tanahair dan sayang kepada Raja, iltizam untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja tidak pernah terpadam di setiap hati pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat. Biarkan mereka menari mengikut rentak mereka, akhirnya tarian mereka akan sumbang dan mereka akan terduduk tidak akan mampu bangun lagi. InsyaAllah, kebenaran pasti tiba dan kebathilan akan lenyap. Kuasa Raja-Raja tetap akan didaulatkan selagi Raja-Raja mendaulatkan rakyat jelata.
Mufti Perak Tumpang Sekaki
Selepas Almarhum dipecat, maka antara mufti yang paling senior ialah Mufti Perak Hj Harussani. Pada beliau rakyat Malaysia mula meletakkan harapan untuk menggantikan peranan Ustaz Ishak Baharom. Sekiranya Almarhum Ustaz Ishak pernah tersilap dipermainkan oleh pihak media tetapi kemudian rakyat boleh menerimanya kembali, demikianlah juga Hj Harussani. Sebelum itu, semasa era 1980 an ramai rakyat yang mengaitkan Hj Harussani sebagai mufti yang selalu bercakap "harus, harus" bila ditanyakan sesuatu soalan. Ketika enakmen Hukum Hudud dan Qisas dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan awal 1990 an, beliau dilihat tidak menyatakan pendiriannya secara jelas.
Kemudian apabila Kerajaan PAS Terengganu pula mengemukakan enakmen yang sama, sikap Hj Harussani juga seperti itu. Malah dalam satu ceramah di sebuah Masjid di Subang Jaya beliau kelihatan tidak mendukung usaha itu dengan menyifatkannya sebagai tergesa-gesa sehingga menyebabkan beliau diasak oleh pendengar-pendengar yang tidak berpuas hati dengan penerangan beliau. Demikian juga ketika isu penarikan balik bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat, beliau tidak begitu lantang menentang tindakan Dr Mahathir walaupun beliau adalah lulusan sekolah seumpamanya. Beliau lebih selesa mengambil jalan selamat, iaitu berbincang secara empat mata dengan Dr Mahathir ketika menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang Ipoh. Apabila Dr Mahathir dengan tegas menyatakan tidak akan mengembalikan bantuan itu, Hj Harussani dikatakan sedih dan menitiskan air mata.
Mungkin selepas itu beliau mula menyedari bahawa UMNO sememangnya tidak mempunyai keazaman yang penuh untuk membela dan meninggikan Islam. Selepas itu rakyat melihat beliau mula lantang bersuara terutama apabila berkait rapat dengan isu-isu murtad dan liberalisasi agama. Semenjak itu rakyat mula menaruh harapan kepada beliau untuk menggantikan peranan Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Walaupun beliau bukanlah pendukung PAS, tetapi ahli-ahli PAS sendiri boleh menerima beliau apabila banyak pendirian beliau selari dengan pendirian PAS seperti dalam isu polisi moral dan IFC. Malah ahli-ahli PAS juga menyediakan platform kepadanya untuk bersuara berkenaan isu-isu tersebut.
Dari segi keilmuan, sememangnya sukar untuk diukur setinggi manakah keilmuan beliau. Hj Harussani adalah lulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya yang sekarang telah diturun taraf menjadi sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama. Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya pada ketika itu diterima sebagai bertaraf ijazah atau diploma. Beliau tidak pernah menghabiskan masa untuk menuntut ilmu-ilmu Islam di pusat-pusat keilmuan Islam seperti di Timur Tengah, India dan Pakistan. Beliau juga tidak pernah memondok bertahun-tahun di pondok-pondok traditional di negara ini sebagaimana ulama-ulama dahulu. Berdasarkan sejarah pengajian beliau, paling tidak beliau tidaklah setanding dengan para ilmuan negara ini yang pernah melalui susur galur pengembaraan ilmu seperti itu.
Sekiranya diukur dari segi sejarah perdebatan ilmu, beliau juga tidak begitu berketrampilan untuk duduk bersama para ilmuan Islam yang lain berbahas tentang sesuatu isu Islam. Semasa Pejabat Mufti Perak menganjurkan perbahasan tentang isu bid'ah sepatutnya beliaulah yang kehadapan untuk berbahas isu itu dengan Dr Asri Zainul Abidin. Sebaliknya Pejabat Mufti Perak menjemput Dr Abdul Aziz Hanafi yang merupakan Ahli Majlis Shura Ulama PAS. Beliau hanya dilihat menyerang Dr Asri dari belakang dan tidak pernah berhujah secara berhadapan. Menyedari hakikat tersebut, sekiranya diukur kepada kewibawaan ilmu, mungkin ramai lagi para ulama di Perak yang lebih layak menduduki kerusi Mufti seperti Ustaz Salleh Ahmad dan Ustaz Ahmad Awang.
Bagaimanapun, beliau sememangnya disayangi oleh Pihak Istana Perak terutama Sultan Azlan sendiri. Dengan sebab itu, dalam Perayaan Jubli Perak Sultan Azlan baru-baru ini, beliau adalah salah seorang yang diiktiraf sebagai paling berjasa kepada Sultan Azlan. Malah dari segi dunia akademik, beliau turut dianugerahkan Doktor Kehormat Shari`ah dari Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri. Tanpa menafikan sumbangan beliau kepada pentadbiran Agama Islam negeri Perak dan Malaysia, sumbangan beliau dari segi dunia akademik bagaimanapun tidaklah memberansangkan. Namun demikian anugerah yang bersifat akademik seperti ini turut diterima oleh beliau sebagai satu-satunya anugerah Doktor Kehormat Shari`ah yang pernah dianugerahkan oleh Universiti Malaya setakat ini.
Melihat kepada hubungan beliau dengan Sultan Perak, maka tidaklah menghairankan jika beliau mengisytiharkan derhaka kepada Hj Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Walaupun telah banyak diperbahaskan dari sudut perundangan tentang kesahihan pemecatan Hj Nizar, iaitu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Akan tetapi semua pihak, termasuk yang bersetuju dengan pemecatan Hj Nizar ini bersepakat bahawa tindakan Sultan Azlan ini tidak betul dari segi moral. Tidak mungkin pihak Istana Perak tidak mengetahui bagaimana ada ADUN-ADUN yang disembunyikan, ada di kalangan mereka yang diculik dengan menggunakan nama Raja Muda dan ada di kalangan mereka yang diugut. Apakah Istana Perak lebih terkongkong dari 'katak di bawah termpurung'?
Semua pihak termasuk veteran-veteran UMNO dan pihak yang berkecuali seperti SUHAKAM berpendapat cara pengambilalihan kuasa itu tidak bermoral. Malah golongan yang bukan Islam termasuk bekas ADUN Bukit Selambau lebih bermoral dalam menanggapi isu-isu ini. Rakyat negeri Perak tanpa mengira agama kecuali penyokong tegar UMNO melihat tindakan BN yang kemudian diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai tidak bermoral. Tiba-tiba Hj Harussani boleh membenarkan tindakan yang tidak bermoral atau berakhlak seperti ini. Sekiranya usaha melompat parti ini ada melibatkan unsur rasuah seperti yang dikhuatiri, maka adakah kenyataan Hj Harussani ini tidak boleh dilihat sebagai bersekongkol dengan golongan perasuah dan pemberi rasuah.
Hampir sepakat para ulama bahawa rasuah adalah antara dosa-dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah swt. Tiba-tiba Hj Harussani mengiyakan pembentukan sebuah kerajaan secara rampasan kuasa yang rakyat begitu meyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Tindakan Hj Harussani sememangnya akan menyebabkan institusi mufti akan dipandang hina bukan sahaja oleh orang bukan Islam, malah oleh orang Islam sendiri. Sudah ramai pelayar internet menyeranah beliau dalam buku pelawat website Pejabat Mufti Perak. Selepas ini diyakini, sekiranya beliau berceramah di mana-mana orang Islam yang tidak berpuashati dengan pendirian beliau akan menyoal dan mempertikaikan tindakan beliau. Beliau tidak lagi akan dihormati sebagaimana sebelum ini.
Mungkin beliau tersilap kerana diperangkap oleh media sebagaimana yang berlaku kepada Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Namun demikian, selepas beliau mengulang-ulangkan pendirian beliau beberapa kali, maka situasinya telah dilihat berbeza. Kalau benar beliau adil beliau boleh menyanggah tindakan Hj Nizar dan pada masa yang sama beliau mesti juga menyatakan pendirian Islam tentang pembentukan kerajaan secara rampasan kuasa yang diyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Malangnya beliau hanya bertindak dengan menyebelahi satu pihak. Beliau kelihatan tidak jijik dengan budaya mengkhianati amanah rakyat dan amalan rasuah yang merupakan antara perkara yang dimurkai oleh Allah swt. Sepatutnya sebagai seorang mufti beliau gerun untuk tumpang sekaki seperti ini.
http://telaahpolitik.blogspot.com
Nizar, pengorbananmu kepada Raja dan Rakyat tiada tandingnya
Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan. Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.
Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak' yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat' pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ? Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang' tidak mendurhakai Sultan ?
Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan'nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini. Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik' itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit' yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang. Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka.
Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai. Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri. Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan. Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.
Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata' rakyat.
Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN?
PANG! … 5 jari lekat di muka. Konon, itukah asal perkataan ‘panglima’. Penampar… lambang kekasaran seorang jaguan? Atau lambang tangan terbuka… Lambang PAS semasa mula-mula ditubuhkan? (sila lihat http://www.ibnuhasyim.com/ Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka)
Bukit Gantang pula merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Kini Bukit Gantang menjadi tumpuan politik Malaysia apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia, beberapa hari lepas. Kerusinya kini kosong dan perlu diganti, maka diadakan pilihan raya kecil semula.
Dalam daerah ini terdapat sebuah kampung bernama Kampung Bukit Gantang. Kampung Bukit Gantang dan Kampung Kubu ini berkait rapat dengan sejarah Long Jaafar dan bapa saudaranya Dato' Panglima Bukit Gantang. Mereka adalah orang Melayu terkaya dan berpengaruh di negeri Perak sekitar tahun 1800–1850an, yang merupakan Pemungut Cukai di Kerian dan Kurau ketika itu. Dato' Panglima Bukit Gantang dikatakan mula-mula membuka kampung ini, yang dinamai dengan namanya Kampung Bukit Gantang. Dato Panglima Bukit Gantang meninggal dunia pada Isnin April 20, tahun 1818.
Maqam Panglima Bukit Gantang terdapat di Kampung Kubu dan merupakan peninggalan sejarah yang dipelihara baik-baik. Long Jaafar anak saudaranya pula adalah orang Melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih-timah di Daerah Larut. Dalam tahun 1848 Long Jaafar telah memulakan perusahaan melombong di Kelian Pauh ataupun lebih dikenali sekarang sebagai Bandar Taiping. Dalam masa yang singkat beliau telah beroleh kejayaan, menempatkan dirinya sebagai orang terkaya dan berpengaruh di Daerah Larut bahkan jua di dalam negeri Perak.
Dalam tahun 1850, Raja Muda Ngah Ali telah mengurniakan Daerah Larut kepada Long Jaafar. Kemudian dalam tahun 1856, Raja Ngah Jaafar yang menggelar dirinya sebagai Sultan Perak telah memberi pula surat kuasa kepada Long Jaafar. Surat bertujuan menambah kukuhkan lagi surat kuasa yang diberi oleh Raja Muda Ngah Ali sebelum itu. Long Jaafar meninggal dunia pada 6 Jamadil Akhir 1272 bersamaan Ogos 1858, digantikan oleh anaknya Ngah Ibrahim. Dizaman kekuasaannya, Long Jaafar telah membina kota kediaman di Kampung Bukit Gantang atau disebut ‘kubu' oleh orang-orang disitu, Makamnya juga telah dibina di dalam kota tersebut.
Kubu itu dikatakan menjadi salah satu antara tempat perlindungan Ngah Ibrahim bersama pengikut-pengikutnya untuk bertahan dari serangan British dalam Perang Larut. Akhirnya Ngah Ibrahim dapat ditawan oleh British dan dibuang di Pulau Sycelles. Makam Long Jaafar terletak di kawasan belakang Pejabat Penghulu Kampung Bukit Gantang iaitu kira-kira ¼ km ke dalam. Makamnya terjaga dengan baik, tetapi bekas kota (kubu) kediamannya hanya tinggal kesan tembok sahaja.
Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan-bangunan kedai, pejabat-pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Kebanyakannnya diusahakan oleh imigran melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar. Iaitu…
1…Imigran Cina Manchu beragama Islam dari kumpulan ‘Hai San’.
2…Imigran Cina Pulau Pinang yang beragama Buddha dari kumpulan ‘Ghee Hin’.
Menurut http://sejarahnagarakedah.blogspot.com …
“…isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini, ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu). Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai.
Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar. Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch'ing.”
Menurut buku Joginder Singh Jessy, ‘Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959’, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka… Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini suka bergaduh! ‘Khaek’ @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. (Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam. (Lihat lagi catatan ahli akademik Thailand hari ini mengenai ‘khaeg’ di blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com).
Mengapa puak-puak Hai San dan Ghee Hin itu suka bergaduh, sedangkan mereka berasal dari sebuah negera dan satu bangsa? Kita mesti ingat bahawa puak Ghee Hin itu dibawa dari Pulau Pinang yang diasuh dan dididik penjajah, dan bukan pula beragama Islam. Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum. Kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya.
Maka akhirnya perselisihan puak-puak kecil itupun membesar menjadi perselisian kaum dan bangsa pula? Kita ingat pula, bagaimana kemerdekaan yang diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini. Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu.
Mereka terus menggunakan talibarut-talibarut dungu mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Kita tidak mahu hal ini berulang lagi. Kita tidak mahu pemimpin-pemimpin yang mengapi-apikan perkauman, cuba melaga-lagakan rakyat dengan sultan, demi mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka korek-korekkan isu raja dan isu bangsa, sama seperti tujuan penjajah tersebut. Jadi kalau anda mahu tidak jadi kuda tunggangan puak-puak yang macam penjajah itu, tentukan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini, supaya BN tidak menang lagi. Sebagai amaran kepada BN jangan permain-mainkan kerajaan pilihan rakyat! Baru anda benar-benar panglima!
(Sila rujuk juga http://www.ibnuhasyim.com/ Thursday, January 15, 2009 Sikap Sangka-buruk Kaum Cina… Dr Mohd Ucap Syabas Kepada Guan Eng..)
Sekian, sembang-sembang menyambut pilihan raya kecil Bukit Gantang.. Wallahu ‘aklam.
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 12, 2009. KL"