Sabtu, 11 April 2009

Razaleigh tidak keluar Umno, sedia bantu bentuk kerajaan perpaduan

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tiada sebarang hasrat untuk keluar Umno buat masa sekarang, sebaliknya bersedia untuk membantu usaha pembentukan kerajaan perpaduan jika diperlukan.

"Saya tidak akan keluar Umno buat sekarang," kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang beberapa kali pada sidang media sebentar tadi, menekankan yang beliau adalah penyokong Umno.

Ketika ditanya mengapa beliau berkata "tidak buat masa sekarang", bekas Naib Presiden Umno itu menjelaskan, tidak tahu apa akan berlaku esok.

Desas-desus muncul semula sejak minggu lalu bahawa Razaleigh yang pernah menubuhkan Parti Semangat 46 selepas keluar Umno dua dekad lalu akan menyerai Partik Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau kembali ke Umno tahun 1995.

Desas-desus sedemikian pernah muncul tahun lalu tetapi telah dinafikan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Mengenai idea kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan oleh beliau tahun lalu dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, beliau bersedia untuk memainkan peranan jika dikehendaki.

"Kalau saya dikehendaki, saya bersedia untuk membantu... saya bersedia untuk itu," kata Razaleigh yang awalnya berkata, "beliau tidak penting" dan ada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memainkan peranan ke arah itu.

Bagaimanpun beliau juga menekankan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan adalah penting bagi negara ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran seperti krisis ekonomi global.

Langkah sedemikian pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak sehingga membawa kepada pembentukan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak perlu mengorak langkah ke arah kerajaan perpaduan, Razaleigh memberitahu:

"Saya rasakan beliau (Najib) harus ambil langkah itu."

Katanya, PAS telah memberikan respons dengan baik berhubung idea tersebut.

Najib, anak Tun Razak, dilantik menjadi Perdana Menteri yang keenam pada 3 April lalu.

Najib ketika menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden Umno dan dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri ada menyentuh keperluan semua pihak termasuk parti politik bekerjasama ke arah pembangunan negara dalam keadaan yang mencabar ini.

Pandangan yang sama turut disentuh ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di Parlimen bulan lalu.

Razaleigh turut menyentuh tentang kegagalan BN mendapatkan balik dua kerusi iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil minggu lalu.

BN hanya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai.

Tegas beliau, BN pernah kalah dalam pilihan raya kecil tetapi tidak seperti yang disaksikan sejak Ogos 2008.

Oleh itu, segala sumber perlu digandingkan untuk mendapatkan balik sokongan rakyat, jika tidak dalam tiga atau empat tahun akan mengalami situasi buruk.

Ketika ditanya sama ada Najib perlu menjalankan pembaharuan, Razaleigh berkata: "Ya, ya."

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/11/mstar_berita/20090411165813&sec=mstar_berita

Undi Tidak Percaya MB Terengganu - malaysiakini

Oh..ooo..., apa sudah jadi ni, ada adun UBN nak usulkan undi tidak percaya pada Menteri Besar Terengganu, ingatkan dah selesai isu Menteri Besar di Terengganu, tak selesai lagi ka... masih ada yang tak puashati lagi ka...,

Layan berita tu di sini, undi tak percaya.

Tapi... kalau Sultan Terengganu tak perkenan dengan MB baru macammana pula?

Isa: Nampak harta depan mata, nak ambil tak boleh, so kena fikirkan jalan dan caranya.

UMNO banyak tipu Melayu atau UMNO banyak tipu bukan Melayu?


Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Selepas Najib mengumumkan nama menteri-menteri kabinetnya, heboh pemuda UMNO memperkatakan tentang nasib ketua mereka si KJ yang dimalukan oleh presiden UMNO. Lebih parah lagi apabila KJ disuruh bekerja memujuk golongan muda untuk mengundi UMNO tanpa sebarang kuasa dan umpan material. Kita tunggu berapa lama KJ mampu bertahan memendam rasa. Dan berapa lama Najib sanggup menghadapi sabotaj KJ. Mungkin esok lusa Najib akan melantik KJ sebagai penasihat yang bertaraf menteri. Rugi Najib jikalau pengalaman KJ sebagai penasihat PM mertua tidak digunakan.

Nun di utara, Shahidan Kassim melenting sakan. Tiga AP Perlis langsung tiada dalam senarai 68 menteri dan timbalan menteri. Shahidan sedih kerana hasrat adiknya untuk menjadi menteri tidak kesampaian. Maklumlah Perlis tidak sebesar Pahang. Maklumlah Perlis hanya ada AP Melayu sahaja. Jikalau Perlis ada AP bukan Melayu, tentu AP tersebut akan dilantik sebagai menteri. Rakyat Perlis mulai sedar bahawa ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO tidak meliputi negeri mereka. Najib pula beralasan bahawa semua AP Perlis tidak mencapai standard KPI ‘Pencapaian Diutamakan’. Rakyat Perlis yang memenangkan UMNO begitu kecewa. Lebih baik UMNO kalah di Perlis. Lebih baik rakyat Perlis bersama rakyat Kedah mengundi PR. Walaupun UMNO kalah di Kedah, tetap ada juga AP UMNO Kedah yang dilantik sebagai menteri.

Di pantai timur, Idris Jusoh tidak diperkenankan sebagai menteri. YDPA masih murka terhadap Idris Jusoh yang telah ‘menatangkan’ baginda. Mungkin sedikit sebanyak hormat YDPA kepada Najib telah berkurangan selepas Najib mempersembahkan mohon perkenan nama Idris Jusoh sebagai menteri. Najib telah gagal menghidu kemurkaan Istana Terengganu terhadap perlakuan Idris Jusoh setahun yang lalu. Najib tiada pilihan, mahu tidak mahu terpaksa juga mengitar semula Shabery Chik sebagai menteri. Soalnya, beranikah Shabery Chik di KBS membantu KJ menguatkan pengaruh di pemuda UMNO tanpa meminta izin bajet tuannya Najib terlebih dahulu?

Johor pula begitu gembira setelah Muhyidin dilantik sebagai TPM merangkap Menteri Pelajaran. Desakan UMNO Johor supaya PPSMI dihapuskan akan menjadi dilema kepada Muhyidin. Mampukah Muhyidin sebagai TPM mempengaruhi Najib supaya memansuhkan PPSMI? Inilah masanya untuk Muhyidin memenuhi kehendak Melayu Johor yang merupakan pendokong tegar UMNO. Inilah masanya untuk Muhyidin merintis jalan memintas Najib sebelum Zahid merencana sesuatu. Jikalau Muhyidin mengumumkan pemansuhan PPSMI sebaik melangkah ke pejabat barunya, Muhyidin akan dijulang dan diangkat sebagai wira Melayu.

Anifah Aman di Sabah berjaya dalam misinya untuk menjadi menteri setelah menolak tawaran timbalan menteri setahun yang lalu. Anifah Aman bangga kerana menjadi menteri pertama yang mengiringi Najib ke Thailand untuk menghadiri Mesyuarat ASEAN. Bangganya rakyat Sabah kerana abang KM Sabah menjadi Menteri Luar. Harap-harap rakyat Sabah akan bebas daripada kemiskinan. Harap-harap nasib rakyat Sabah akan dibela oleh menterinya.

Telah terdengar suara hati Melayu UMNO, benarkah UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu? Jumlah AP Melayu UMNO dan Melayu Sarawak menguasai lebih dua pertiga kerusi BN di parlimen. Sepatutnya jumlah menteri dan timbalan menteri Melayu mesti melebihi dua pertiga. Tetapi daripada 28 menteri, ada 10 menteri bukan Melayu. Daripada 40 timbalan menteri, ada 20 timbalan menteri bukan Melayu. Sedangkan semasa berkempen di kawasan pengundi Melayu, UMNO memperkatakan tentang ketuanan Melayu. Di kawasan pengundi bukan Melayu, UMNO memperkatakan pula tentang perkongsian kuasa. Terpulanglah kepada rakyat untuk memikirkannya, UMNO banyak tipu Melayu atau UMNO banyak tipu bukan Melayu?

jantantuya.blogspot.com

MIC timbang keluar dari kabinet

MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.

dr s subramaniam interview 210308 05Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.

Walaupun hujan lebat, majlis tersebut mendapat sambutan hebat dengan dihadiri kira-kira 500 ahli Pemuda Umno bahagian Selayang.

Selain Khairy, hadir sama ialah Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan bebaterapa exco pergerakan itu.

khairy jamaluddin interview 230209 17Sehubungan itu, Khairy berkata, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti.

"Jadi kita kena keluar dari kepompong untuk menemui mereka yang selama ini tidak bersama dengan kita.

"Kerana dalam pilihanraya umum saluran anak muda iaitu saluran empat, lima dan enam tidak mengundi BN," katanya.

Khairy berkata, beliau akan mewujudkan satu hal ehwal khas untuk orang muda terutama di Lembah Kelang.

Katanya, jawatankuasa itu akan memberi perhatian terhadap ekonomi, jenayah, perumahan, penjaja kecil dan keselamatan mereka.

"Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi.

"Minggu depan saya akan melantik setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Pemuda Umno sebelum pelantikan ketua Pemuda negeri dibuat," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kabinet sebagai satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno.

Mukriz yang mencabarnya bagi jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarangbangsa dan industri, manakala Razali dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Program pertama

Ditanya mengenai dirinya yang tidak dilantik dalam kabinet, Khairy berkata: "Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti.

"Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"katanya.

Khairy juga mengulangi bahawa beliau tidak dipilih menganggotai kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan beliau memimpin pergerakan Pemuda sepenuh masa.

Katanya, ini pendekatan yang baik kerana bukan semua pemimpin perlu berada dalam kerajaan.

Khairy sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dipilih dalam kabinet Najib walaupun memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Difahamkan program anjuran Pemuda Umno bahagian Selayang itu merupakan yang pertama selepas Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno akhir bulan lalu.

Dalam ucapannya juga, Khairy menjelaskan bahawa Najib telah memanggilnya Rabu lalu untuk memintanya memberi tumpuan khas kepada usaha meningkatkan sokongan kepada parti dan BN.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya.
"Sayaakan bekerja keras untuk kebaikan parti. Saya buat ikrar depan presiden bahawa Pemuda akan bersama saya.

"Bukan mudah hendak menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar. Kita kena buktikan Umno boleh memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
"Bukan setakat jaga ahli parti (Umno) tetapi juga yang tidak berparti dan pengundi atas pagar," katanya.

Sidang Asean dibatal, Najib selamat

Kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan.

najib in pattaya thailand asean summit 10409Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 selamat walaupun hotel penginapannya Royal Cliff Grand Hotel dan Spa di Pattaya cuba diserbu masuk oleh perusuh anti-kerajaan Thailand kira-kira jam 1 tengah hari ini waktu Thailand.

Bagaimanapun, para perusuh itu telah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian setelah mengadakan rundingan dengan pasukan keselamatan.

Hotel itu, yang terletak berhadapan tempat mesyuarat Sidang Kemuncak Asean, Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) juga turut menempatkan pemimpin negara Asean yang lain termasuk Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, lapor Bernama.

Beberapa helikopter kelihatan berlegar-legar di ruang udara hotel itu.

Thai protesters storm Asean summit in Pattaya, ThailandBerikutan kejadian itu, jurucakap kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak itu dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sidang Kemuncak Asean dengan enam rakan dialognya yang sepatutnya bermula pagi ini telah ditangguhkan selepas penunjuk perasaan anti-kerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong pro-kerajaan.

Antara sidang kemuncak yang dijadual bermula pagi ini ialah Sidang Kemuncak Asean+China yang telah ditangguhkan apabila Perdana Menteri China Wen Jiabao tidak dapat memasuki tempat mesyuarat di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya itu.

Adalah difahamkan bahawa anggota delegasi China, yang tinggal di hotel Dusit Thani beberapa kilometer dari situ, enggan bergerak ke tempat mesyuarat walaupun pegawai kerajaan Thailand termasuk Datuk Bandar Pattaya Ittipol Kumpleum, yang menawarkan untuk membawa mereka dengan helikopter atau dengan bot di pusat peranginan tepi pantai itu.

Selain Sidang Kemuncak Asean + China, 10 anggota kumpulan Asean juga dijadual menghadiri sidang kemuncak dengan Korea Selatan, Jepun dan India, Sabtu manakala Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat, yang juga termasuk Australia dan New Zealand, telah dijadualkan pada Ahad.

http://malaysiakini.com/news/102155

Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi Anwar

Ibu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.

Jiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.

Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.

Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.

BN Sekat Masyarakat Bukan Islam Memahami al-Quran


Tidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran – Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.

Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.

"Sekiranya tajwid tidak betul, ia boleh dibetulkan mengikut hukum tajwid, sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, samada seseorang itu Islam atau tidak Islam, al-Quran bukan dimiliki oleh orang Melayu atau orang Arab,

"Oleh kerana bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, ia dilihat pelik sekiranya dibaca oleh orang bukan Islam, yang biasanya tidak tahu berbahasa Arab,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang Melayu sendiri tidak tahu membaca al-Quran secara betul sekiranya tidak faham bahasa Arab dan tidak mengetahui hukum-hukum tajwid.

"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.

Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.



UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.

Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran

“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.

“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.

“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.

Nga juga mengecam akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.

“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.

Status 3 Katak Lompat masih belum diputuskan mahkamah


Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.

Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?

Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:

1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).

4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.

5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.

6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:

Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.

7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.

8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.

Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.

Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar ? individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- Harakahdaily.

UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah?


Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar.


Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009

Jenny-Altantuya


Hari ini kes yang menarik minat ramai iaitu pembunuhan Altantuya Shaariibuu pun ditutup tirai. Senarai nama kabinet baharu membayangi keputusan tersebut. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Saya tidak mahu mengulas mengenai kes ini kerana saya tidak tahu apa. Saya tak mahu bercakap 'barang' yang saya tidak tahu. Tetapi saya ada membaca pembelaan diri Koperal Sirul:


"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam, saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya."

(Sumber di sini)

Kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kata-kata di atas. Saya tidak tahu. Saudara juga tidak tahu. Tetapi ia membuatkan hati kita semua tersentuh, dan lojika kita yang selalu menonton Murder She Wrote dan CSI Miami mengacah benak - apa motif pulak mamat ni nak bunuh perempuan Mongolia.

Saya teringat novel pertama yang saya tulis, Perempuan Politikus Melayu. Ia mengenai Irfan seorang wartawan yang sedang menulis novel pertamanya dengan ingatan dalam kepala: “politikus dan pelacur itu adalah sama”. Menerusi bantuan rakannya Chai Yin, beliau ditemukan dengan Jenny, seorang penyanyi dan pelacur kelas atasan.

Perhubungan Irfan dan Jenny semakin erat, berselirat dengan plot politikus yang mempunyai hubungan dengannya, iaitu Datuk Zuri. Dan Datuk Zuri, politikus berkuasa ini telah memerah hasil penduduk kampung Jentayu, termasuk ayah angkat Irfan bagi menjual tanah mereka di atas nama pembangunan.

Jenny dibunuh kejam. Pembunuhan itu tergantung misterius. Siapakah yang mempunyai motif untuk membunuh Jenny?

Perempuan Politikus Melayu mendapat penghormatan untuk dicalonkan bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2000-2001.Novel ini saya karang ketika berusia 20 tahun. Sewaktu itu saya masih di Universiti Malaya menuntut di Fakulti Syariah, Akademi Islam. Ia mula-mula terbit dengan bantuan Ahmad Lutfi Othman, Ketua pengarang Harakah sekarang. Saya masih ingat dengan muka tidak tahu malu saya menawarkan karya saya tersebut kepada beliau. Waktu itu kamar pejabat beliau di Medan Idaman, Gombak. Saya sangat berterima kasih dengan usaha saudara Lutfi. Ketika tiada penerbit ingin menerima manuskrip saya, 'bapa wartawan media alternatif' menerusi Penerbitan Pemuda inilah yang memberi ruang dan tempat untuk saya. Saudara Dinsman pula bermurah hati menulis blurb. Tidak pernah saya mengimpikan novel ini kemudiannya mendapat perhatian elit sastera.

Nasib yang menimpa Altantuya menyebabkan saya membaca ulang Perempuan Politikus Melayu. Saya jarang membaca karya saya semula apabila sudah diterbitkan. Benar, karya ini tidak berdiri dengan wacana, tetapi ia tetap tumbuh dari satu pandangan bahawa politikus kita hari ini bermain dalam gelanggang yang disediakan Machiavelli.

Saya kira, Jenny dan Altantuya menerima nasib hampir sama. Cuma bezanya, Jenny kembali menghantui Datuk Zuri. Entah kenapa, hari ini saya membayangkan jika Perempuan Politikus Melayu diterjemahkan ke bahasa asing tentu ia menggemparkan.

Hari ini Perempuan Politikus Melayu sukar dicari di kedai, melainkan saudara membelinya menerusi ujanailmu.com.my.

SAMY VELLU TAK PUAS HATI DENGAN KABINET NAJIB


Akhirnya Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kabinet yang diumumkan Najib tempohari. Beliau menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Dato Seri Najib berat sebelah berbanding dengan jawatan kabinet yang diperolehi oleh MCA.

Memang patutlah Samy Vellu bising-bising, MCA dapat 4 jawatan menteri sedangkan MIC hanya dapat satu. Nampaknya kabinet baru Najib bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan dalam Umno tetapi turut membawa keretakan dalam komponen BN.

Kepada Samy Vellu, usahlah bermuram durja dan gundah gulana. Ternyata beliau tidak lagi 'kebal' di kalangan masyarakat India.

Dalam pilihanraya ke 12 lalu dan semua siri pilihanraya kecil pasca PRU ke 12 majoriti masyarakat India cenderung kepada pakatan Rakyat. Ini kerana mereka mula melihat MIC tidak lagi membela dan menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini.

Memandangkan majoriti masyarakat India kini bersama pakatan rakyat, elok rasanya MIC memikirkan semula penyertaan mereka dalam BN.

Saya yakin pintu Pakatan Rakyat sentiasa terbuka untuk mana-mana parti yang ingin bersama menuju negara berkebajikan dan Malaysia Baru.

Justifikasi apakah Harakah boleh dijual kepada ahli PAS sahaja


Sebagai pembaca akhbar Harakah, biasanya saya akan ke kedai runcit atau kios majal ah di persekitaran pejabat untuk mendapatkan senaskah.

Ada juga ketika tertentu saya membeli akhbar berkenaan di kedai buku di Hentian Pudu Raya atau di kedai majalah yang terletak di KL Sentral. Lebih lazim dari tidak, jika lewat, saya akan gagal mendapatkan naskah Harakah dari tempat ini. Ada juga ketika di mana saya diberitahu oleh taukeh kedai akhbar Harakah telah dirampas dari rak jualan oleh orang tertentu atas sebab yang diketahui (atau kemungkinan besar tidak diketahui oleh orang tertentu).


Ketua Pengarang Harakah Saudara Ahmad Lutfi Othman pernah memberitahu saya penerbitan Harakah tertakluk kepada syarat ia hanya boleh dijual kepada ahli PAS sahaja di markas parti sahaja.

Ini bermakna kalau anda mahu membaca mengenai parti PAS anda harus mendaftarkan diri sebagai ahli. Dan sebagai ahli anda akan diberikan kad ahli dan anda perlu membawa kad ini ketika membeli akhbar Harakah di markas parti.

Jika anda tidak memilik atau membawa kad ahli, anda tidak boleh membeli akhbar Harakah kerana tentulah sukar untuk penjual akhbar di markas PAS mengenali ratusan ribu ahli parti.

Seseorang akan bertanya apakah justifikasi mengenakan syarat sedemikian. Apakah organ parti seperti akhbar Harakah perlu dikategorikan sebagai sebuah penerbitan badan ikhtisas yang hanya perlu dilanggan oleh ahli sahaja?

Dalam kes penerbitan badan ikhtisas justifikasi mengedarkan sesuatu penerbitan kepada ahli adalah ketara. Jika anda seorang ahli Persatuan Akitek Malaysia, tidak ada gunanya anda membaca atau apatah lagi melanggan majalah The Malaysian Accountant Journal yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Dan jika anda seorang ahli MICPA, tentulah tidak ada undang-undang yang mengatakan anda tidak boleh membaca majalah Accounting & Business yang diterbitkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (UK).

Jadi apakah justifikasi mengenakan syarat penjualan terhad kepada Harakah dan juga organ parti politik lain di negara ini?

Apakah kerana sudah menjadi amalan dalam semua negara demokrasi di dunia ini bahawa menjadi kesalahan besar apabila sesuatu penerbitan yang dikhususkan untuk ahli sesebuah pertubuhan dibaca oleh ahli pertubuhan yang lain ataupun bukan ahli mana-mana pertubuhan?

Atau apakah terkandung dalam hukum syarak bahawa seseorang Islam dilarang keras membaca sesuatu penerbitan yang dikhususkan untuk pertubuhan tertentu?

Atau apakah Malaysia bersendirian dalam mengenakan syarat dan peraturan sedemikian di kalangan negara demokratik dunia?

Mengenakan syarat sedemikian kepada akhbar politik yang menjadi organ parti samalah seperti memberikan takrif bahawa penerbitan sedemikian setaraf dengan bahan pornografi.

Namun pemimpin kerajaan UMNO-BN sedia mengetahui betapa syarat yang dikenakan bukannya disebabkan semua itu. Malah mereka menyedari ia adalah pencabulan prinsip demokrasi kerana menghalang rakyat daripada mendapat maklumat.

Mereka menyedari semua itu dilakukan bagi menyelamatkan status quo Umno-BN dalam kerajaan.

Sehari sebelum hilang jawatan kabinetnya, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar mengusulkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana ia tidak lagi relevan dalam era kini.

Sebenarnya Syed Hamid dan pemimpin Umno-BN sudah lama sedar betapa "mulut media

boleh ditutup, mulut internet macam mana pula?" - mns_

Bebaskan ISA Bagai Lepas Batuk DI Tangga


Bagai melepaskan batuk ditangga. Itulah pepatah yang sesuai dilemparkan kepada Perdana Menteri Najib Razak berhubung keputusannya membebaskan 13 tahanan ISA secara bersyarat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan pembebasan tahanan- tahanan tersebut tidak berpaksi kepada pembebasan penuh tetapi sekadar retorik memenangi hati rakyat semata- mata.


Salah seorang tahanan ISA yang dilepaskan sebaik sahaja Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri jumaat lalu ialah Penasihat Perundangan HINDRAF, V Ganabatirao.

Pelepasan beliau dari Kem Tahanan Kemunting secara bersyarat dan bukan secara total dalam erti kata sebenar dipertikaikan banyak pihak.

“Kalau benar- benar hendak memberi pembebasan ISA, bebaskan lah semua, bukannya sekerat dua saja. Itu saya rasa tidak akan merawat masalah. Ibarat kita tukar mangkuk saja. Ubat masih serupa. Racun masih ada. Tukar mangkuk saja. Racun tak pula dibuang.” kata Lim Guan Eng

Ganabatirao juga disyaratkan tidak boleh membuat sebarang kenyataan akhbar dan dilarang sama sekali berkempen untuk mana- mana pilihanraya yang akan datang.

“Saya difahamkan kalau kita lihat Malaysian insider, free to walk, but not free to talk, tak boleh cakap dengan pihak media massa, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Sungguhpun Ganabatirao dibebaskan tapi dalam erti kebebasan adalah terhad dan tersekat, so ini bukan pembebasan sebenarnya , ini bukan pembebasan tanpa syarat , ini pembebasan bersyarat. Pembebasan ala celup punya.” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Najib Razak kini sedaya upaya cuba mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahannya selepas mengepalai jentera barisan nasional merampas negeri Perak Darul Redzuan secara kotor bulan Mac lalu.

“Saya rasa kalau cakap daripada perubahan belum ada lagi kalau nak benar- benar tuntutan yang kita buat pecatlah Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dengan segera.”

- tvantara

KJ dikuarantinkan selama dua penggal

“Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy Jamaludin) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti". Tun Mahathir.

Nampaknya Najib bertindak tegas dan bijak apabila tidak melantik KJ. Ini kerana KJ adalah "liabilities" kepada UMNO dan Najib tidak mahu menanggung biawak hidup di dalam kabinetnya.


Tentunya Bapa Mertua KJ akan keciwa apabila menantu kesayangannya yang ditatang dan didik seperti minyak yang penuh tidak dilantik sebagai menteri walaupun memenangi Ketua Pemuda.

Najib telah memecah tradisi UMNO di mana inilah pertama kali Ketua Pemuda UMNO tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet.

KJ harus dikuarantin selama satu penggal agar kuman-kuman, penyakit-penyakit, kurap-kurap dan panau di badannya hilang samasekali. Pelaburan yang dibuat untuk memenangi Ketua Pemuda UMNO nampaknya tidak balik modal kerana tidak ada kuasa dalam Kerajaan untuk mengaut kembali belanja yang telah dilabur.

Jangan pula keciwa yang amat sangat nanti KJ bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menentang Najib. Bukan nya perkara mustahil kerana di dalam politik seribu kemungkinan boleh berlaku.

Zaid : Mahathir seperti Suharto dan Mugabe



Kempen Dr Mahathir pada 7 April yang lalu di pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekadar melepaskan gian dan menunjuk-nunjuk sahaja.

Itu yang disifatkan oleh pemerhati politik. Kata mereka, tiada apa kelebihan Mahathir ketika itu malah telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zaid Ibrahim memberitahu, rakyat sudah tidak mahukan Dr Mahathir. Zaid juga berpendapat UMNO terlalu lemah mendepani mantan Perdana Menteri itu.

Tambah Zaid, ketika berkempen di Sungai Petani, pendengar ceramah Dr Mahathir sangat ramai tetapi tidak memberikan apa-apa kesan malah menambahkan undi calon Pakatan Rakyat.

"Inilah masalah dengan orang seperti Mahathir. Dia perasan bahawa orang sukakannya. Adakalanya orang yang mengelilinginya memberitahu bahawa dia masih diperlukan. Sejarah yang sama berlaku kepada Suharto dan Mugabe" kata Zaid lagi.

Kata Zaid, bukan UMNO yang mahukan Mahathir tetapi tidak ada sesiapa yang berani menghalangnya. Mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Hebat Mahathir ! Itu sebabnya Najib dikapitnya di bawah ketiaknya. Di hari pertama lagi, Mahathir dan seluruh keluarganya telah berhimpun di kediaman Najib.

Jika sikap ini berterusan tunggulah masanya Rosmah memberontak. Ada orang membisik, "tak tengokkah tv kelmarin. Semasa Najib tengah memotong kek, Rosmah cuma tunjukkan punggongnya kepada Shahrizat".

Difahamkan, Shahrizat dan Rosmah tidak semesra dulu. Malah, Shahrizat terkejut apabila dilantik semula sebagai menteri kerana dia sudah pasti Rosmah akan memainkan jarum untuk menyahkannya.

Bukan setakat itu sahaja, diatas nasihat Mahathir, Khairy Jamaludin telah dikeluarkan dari senarai kabinet Malaysia. Ini merupakan masalah dalaman UMNO yang pastinya akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Najib bakal melakar sejarahnya sendiri. Ia sedang berhadapan bukan sahaja dengan orang di luar partinya, malah ia telah meniupkan api dalam sekam UMNO.

Tembam Tapi Pragmatik ?


Saiz kabinet Datuk Seri Najib Razak kini tidak lagi boroi sepe rti barisan kepimpinan negara zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kabinet ini, yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, tetap tembam, dan berkemungkinan besar terus lembab gerak langkahnya.

Ramai pemerhati politik kecewa dengan senarai menteri yang kebanyakannya masih muka lama; nama-nama yang sinonim dengan kebekuan dan kebuntuan politik Abdullah sejak awal 2004 dahulu.



Cemuhan juga hebat dihamburkan kepada Najib dan barisan kabinetnya, terutama kritikan dari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, kalangan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat melihatnya sebagai satu kelebihan kerana perubahan tidak drastik dari Najib akan memudahkan barisan pembangkang pusat untuk meneruskan agenda menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini tidak menyukarkan Pakatan untuk meyakinkan rakyat bahawa ia adalah alternatif yang lebih baik dari BN, khususnya apabila muka-muka lama yang dianggap membosankan, masih berpaut pada kuasa kerajaan pusat. Dan mereka juga dikatakan punca BN gagal menghasilkan the wow factor.

Malah propaganda Pakatan yang berjaya mengalih pandangan rakyat untuk menolak Umno, BN dan Abdullah dalam pilihan raya umum 2008 tidak perlu banyak dirobah; hanya diubah suai untuk memenuhi keperluan semasa. Ini adalah kerana musuh politik Pakatan adalah muka-muka yang hampir sama juga.

Dari segi yang lain pula, barisan kabinet Najib mungkin menggugat peluang Pakatan untuk membuat kejutan sejarah dalam pilihan raya umum akan datang. Benar, masih banyak muka lama di dalamnya; tetapi ia juga mencerminkan pragmatisme Najib dalam menyelami hati para pengundi Malaysia yang masih berisfat konservatif.

Sejak Mac 8 tahun lalu sehingga hari ini, BN kalah dalam semua pilihan raya kecil (kecuali Dewan Undangan Negeri Batang Ai di Sarawak). Memang ia prestasi buruk BN dan kejayaan besar Pakatan, khususnya dalam mengekalkan sokongan pengundi keturunan Cina dan India.

Yang masih liat adalah pengundi Melayu yang tetap dilihat bersama Umno dan BN. Walau pun jumlah mereka bukan lagi di antara 70 dan 80 peratus seperti pada dekad-dekad sebelumnya, secara amnya majoriti pengundi Melayu yang bersama Umno dan BN masih pada kadar 45 hingga 55 peratus.

Melihat kepada barisan kabinet Najib, pengekalan ramai menteri Melayu yang sama boleh dilihat sebagai usaha untuk memastikan peratusan majoriti pengundi Melayu tetap bersama Umno dan BN.

Jika usaha ini berjaya, Najib mungkin mempunyai lebih banyak masa untuk mencari jalan menarik semula sokongan kaum bukan Melayu yang kini semakin tegar bersama Pakatan.

Apa yang benar-benar merisaukan BN adalah perubahan sikap kaum bukan Melayu terhadap PAS yang selama bertahun lamanya dimomokkan sebagai musuh kepada kaum Cina dan India. Sekarang fenomena pengundi Cina memilih PAS bukan lagi sesuatu yang menakjubkan.

Setakat ini belum ada mana-mana pemimpin Umno atau BN yang dapat mengatasi perubahan sikap yang positif untuk Pakatan ini.

Begitu juga langkah Najib melantik empat menteri dari Sabah yang dilihat sebagai usaha menghapuskan sama sekali krisis keyakinan terhadap Umno dan BN — setidak-tidaknya menghampakan harapan Pakatan yang cuba bertapak di negeri itu.

Kabinet baru dengan muka lama ini boleh disifatkan sebagai barisan yang berhati-hati dalam memulakan langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib sendiri. Walau pun geraknya mungkin dilihat perlahan kerana masih tembam, ia mungkin lebih terperinci susun langkahnya.

Sebagaimana kata Najib sendiri, “Sebagai satu parti dan kerajaan, kita mesti berani bawa perubahan. Mesti berani buat perubahan pada diri kita dan metodologi politik yang diamalkan.” Beliau turut mengakui kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpunca dari kelemahan Umno dan BN yang masih menggunakan metodologi politik lama.

Namun, perubahan kepimpinan juga memerlukan pengorbanan kerana pucuk pimpinan baru perlu mengisi jawatan dengan orang kepercayaannya dan membuang sesiapa sahaja yang tidak diperlukannya lagi.

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin era Abdullah seperti Khairy Jamaluddin telah pun diketepikan walau pun memenangi pemilihan Ketua Pemuda Umno. Lebih perit baginya ialah apabila calon yang tewas di tangannya Datuk Mukhriz Mahathir dan naib ketua pemudanya Datuk Razali Ibrahim pula diberi jawatan timbalan menteri.

Sedangkan Datuk Shahrizat Jalil yang sudah pun terkeluar dari senarai arena politik negara — tetapi kembali sebagai Ketua Wanita Umno — dipulangkan semua jawatannya sebagai menteri penuh. Kedua-dua jawatan ketua wanita dan pemuda adalah secara automatik bertaraf naib presiden dalam barisan kepimpinan Umno.

Begitu juga lawan-lawan dalaman seperti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dianggap ramai kalangan Umno sebagai calon yang sepatutnya memenangi jawatan Timbalana Presiden Umno telah dihalang bertanding.

Suasana seperti ini mungkin membawa ledakan dalaman terhadap Umno. Jika Najib gagal menanganinya dengan baik — termasuk dalam soal perlantikan menteri besar dan ketua menteri baru tidak lama lagi — bibit perpecahan dalam parti yang sedia ada akan semakin memburuk.

Keadaan ini juga memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk kembali mencari jalan untuk merapatkan barisan mereka yang belum cukup kukuh. Pakatan perlu mencari formula dan gerak kerja yang dipersetujui bersama untuk menangani BN baru di bawah kepimpinan Najib.

Strategi dan taktik menentang Abdullah tidak semestinya berkesan menenang Najib yang lebih pragmatik dan berhati-hati dalam tindakannya. Pakatan juga tidak harus memandang mudah sokongan rakyat kerana pendedahan maklumat, sama ada melalui teknologi baru atau lama, membuatkan orang Malaysia semakin kritis dalam menyatakan suara hati dan keperluan mereka.

Jika pimpinan Pakatan melihat Najib sebagai cabaran yang lebih besar dan serius daripada kepimpinan sebelumnya, ia mungkin dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan keangkuhan kononnya perdana menteri yang sarat dengan pelbagai tuduhan skandal lebih mudah untuk ditewaskan.

Yang penting, Pakatan tidak harus mengambil mudah dengan kabinet dan kepimpinan Najib; sebaliknya perlu lebih bijak dan bertungkus lumus dalam usaha memenangi hati rakyat.

Apatah lagi, yang baru itu cuma perdana menteri dan kabinetnya. Yang masih di takok lama dan mengekang hak adalah penggunaan undang-undang zalim, penyalahgunaan fungsi dan jentera agensi kerajaan, dan penguasaan media untuk menyokong Umno dan BN. Ruang kebebasan

juga masih terhad dan peluang saksama hanya mainan lidah.

Benarkah era "government knows best" telah berlalu?


DALAM ucapan ringkas sebelum mengumumkan senarai kabinetnya, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata bahawa era kerajaan mengetahui segalanya atau "the government knows best" telah berlalu.

Apakah ungkapan di atas merupakan sebuah lagi gimik politik Najib dalam usaha mencari populariti dan kepercayaan rakyat?

Pepatah Inggeris mengatakan "old habits die hard" bermaksud amalan (buruk) lama sukar untuk dihentikan.


Sudah menjadi pengetahuan umum betapa amalan kononnya kerajaan Umno-BN maha mengetahui apa yang terbaik untuk negara dan rakyat sehingga mengenepikan hampir semua cadangan dan pendapat pembangkang yang turut mewakili sebahagian besar rakyat sudah mula berakar umbi sejak di era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lagi.

Bukan itu sahaja, amalan ini juga memperlihatkan ciri-ciri Perdana Menteri "knows best and knows all" (tahu apa yang paling baik dan tahu segala-galanya).

Di zaman Tunku misalnya, penyingkiran Singapura dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri kerana merasakan beliaulah yang tahu segala-galanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula memutuskan secara sendirian untuk melaksanakan PPSMI secara solo (sekadar menyebut satu contoh) kerana merasa dia knew best and knew all. Dan di zaman beliau ciri "government knows best" ini menjadi begitu ketara.

Begitu juga di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut mengamalkan dasar kerajaan mengetahui apa yang terbaik dan maha mengetahui segalanya sehinggakan keengganan kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat menjadi begitu jelas dan ketara dan ditandai dengan perakan demi perarakan protes dan luahan suara rakyat.

Menurut Najib, "era Government knows best" sudah berlalu. Bila? Sekiranya era baru bermula sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, maka beliau harus membuktikan bahawa di tangannya era sedemikian sudah benar-benar berlalu.

Sebaik sahaja kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Najib menghapuskan seksyen tertentu dalam ISA dan melepaskan mereka yang menjadi mangsa seksyen ini, merobah semula keseluruhan akta itu bagi sesuai dengan realiti masa kini, menghapuskan PPSMI, menggubal undang-undang gaji minima pekerja dan banyak lagi yang menjadi rintihan rakyat, maka ketika itulah apa yang dikatakan oleh Najib mengenai berlalunya era "government knows best" itu boleh dipercayai oleh rakyat. _

JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN


Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahm ud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.



Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi.

Kertas Politik Pertama Bagi Khairy

BIARPUN menggunakan gebal setebal mana sekali pun Khairy Jamaluddin tidak boleh menyembunyikan rasa kecewanya kerana tidak dilantik sebagai anggota Kabinet. Khairy boleh berkata dengan seribu kata-kata politik, namun hakikatnya beliau sendiri tidak boleh menolaknya. Hati kecilnya tetap bertanya sendiri, kenapa.. kenapa dan bagaimana?

Bagaimana tidak kecewa, penyusunan Kabinet baru itu sebahagian daripada tektik untuk memalu dan kemudian membunuhnya secara senyap dalam geluk Umno.

Khairy berkata, sehari sebelum Najib mengumumkan Kabinet sulungnya, beliau dipanggil oleh Najib. Najib memaklumkan secara diplomasi dan meminta beliau menumpukan kepada pemuda Umon untuk menarik pengundi muda yang makin berkurangan menyokong Umno. Alasan Najib itu ada benarnya juga namun alasan itu dilihat sebagai pelapik untuk tidak melihat Khairy melenting. Itu saja.

Khairy cuba mempamerkan wajah, dia menerima pandangan dan cadangan Najib itu. Tetapi apakah beliau terlupa untuk bertanya balik Najib apakah tugas untuk memulihkan sokongan orang muda hanya tergantung dibahunya sahaja? Bagaimana dengan orang lain, puteri dan wanita. Apakah pengundi muda yang lari dan serit dengan Umno itu hanya lelaki?

Jika Najib ikhlas dengan harapannya itu dan Khairy pula ikhlas untuk memikulnya, apakah ia termampu dilakukan Khairy dengan tangan kosong saja. Siapa yang akan memandang kepada Khairy kalau beliau pergi atau turun ke bawah menemui orang muda dengan tangan kosong. Bila masa Umno mula tidak melihat kepada wang dan kuasa? Selama ini pun kenapa orang mengerumuni ke majlis Umno ialah kerana menanti benda dan mereka dipanggil pun dengan material.

Dalam politik Umno tanpa wang, jawatan dan kuasa, apa yang seseorang itu boleh lalukan? Tidak ada siapa yang akan hormat dan pedulikan Khairy selepas ini.

Mungkin majlis-majlis pemuda yang melibatkan Mukhriz akan lebih ramai daripada yang dihostkan oleh Khairy kerana Mukhriz ada benda. Jawatan timbalan menteri MITI itu adalah senjata dan daya penarik kepada Mukhriz? Mahathir pun telah awal-awal mengatakan anaknya itu boleh mengawal pemberian AP kereta? Apa maksud semuanya itu.

Ada yang membuat kesimpulan dan menerima hikmah di sebalik keciciran Khairy itu sebagai ujian kepada Khairy? Khairy patut mengambil kesempatan menunjukan jiwa besarnya dalam Umno. Keciciran itu juga ujian butnya. Jika beliau melepasi ujian ini maka beliau akan diberikan hadiah lumayan. Tetapi sejauh manakah Khairy mempunyai kekuatan atau antibodi yang pejal untuk melawannya.

Pada saya itu hanya janji saja. Nasib Khairy dalam hal ini samalah Nasib pemuda miskin yang ada nafsu mencintai seorang gadis. Beliau mahu berkahwin dengan gadis berkenaan. Tetapi beliau tidak mempunyai wang untuk kahwin. Maka itu beliau dinasihatkan supaya berpuasa agar menahan nafsunya. Mudah-mudahan dengan berbuat begitu pemuda itu akan mendapat pahala kelak. Nah begitulah juga nasib Khairy dalam soal ini.

Nun.. di luar sana Khairy sedang berhadapan dengan berbagai persoalan mencakupi moral dan maruah. Bagaimana Khairy hendak berdepan dengan pemuda terutamanya yang mengharapkan ketua pemuda diangkat atau sekurang-kurangnya dikekalkan kedudukan ketua pemuda seperti sebelum ini?

Mungkin bagi Khairy tidak menjadi masalah, beliau boleh menerima takdir yang disengajakan itu. Sebagai seorang yang bijak dan berfikir secara kreatif dan sedar beliau boleh bergerak. Sebagai seorang yang setia mendalam kepada Umno yang diasuh sejak kecil mencintai Umno oleh ibunya, Khairy boleh menerima dan redha dengan apa yang berlaku. Tetapi bagaimana dengan pemuda atau penyokongnya yang mengira-ngira mengenai kuasa dan kedudukan? Yang berfikir kemenangan dalam parti akan diimbuhkan dengan jawatan dalam kerajaan?

Tindakan Najib itu mengecewa golongan ini dan dianggap tidak adil kepada mereka. Tindakan Najib itu juga menyebabkan pemuda akan beranggapan bahawa memenangi jawatan belum tentu seseorang itu akan dilantik menjadi menteri. Persepsi ini lama kelamaan menyebabkan pemuda yang sudah terbibit dengan kebendaan dan kuasa berdekad-dekad akan menjadi lemah untuk berjuang.

Bukan itu saja, akibat tidak dilantik menjadi jemaah menteri, Khairy terus terhina dan diludahi dengan kehinaan. Misalnya Dr Mahathir Mohamad terang-terang memberi tahu kepada dunia keciciran Khairy itu disebabkan Khairy terjerumus dalam rasuah. Beliau bertepok tangan kononnya Umno bersih dengan ketiadaan Khairy.

Walaupun orang melihat sikap Mahathir itu kerana dendam tidak sudahnya dengan Khairy namun kerana ia diulang-ulang lama kelamaan orang akan menerima ia sebagai benar. Khairy akan dilihat bukan saja 'hitam' tetapi kotor tindakan politiknya. Dalam masa sama orang akan memaling kepada Mukhriz itu sebagai putih bersih dan bersinar banar!

Apakah dalam politiknya Mukhriz tidak terlibat dengan rasuah? Hanya Mukhriz dan perwakilan pemuda Umno saja dapat menjawabnya. Saya tidak fikir kalau Mukhriz dari golongan mukhlisin dan maksum. Kerana agumen saya mudah saja, masakan kamu bersih sedangkan kamu berada dalam sistem yang akan mengisarkan diri kamu menjadi kotor!

Kesimpulannya keciciran Khairy dari kabinet Najib itu adalah permulaan yang perlu difikir sebaik mungkin oleh Khairy. Sekiranya beliau mempercayai kepada janjii dan kata-kata manis Najib ia adalah satu kesilapan. Khairy harus ingat rukun-rukun dan sifat politik yang berbunyi; penuh kontroversi,perlu pandai eksplotasi, kena tahu memanipulasi, dan bijak membuat persepsi dan harus bersedia untuk bersikap hipokrasi.

Rukun-rukun atau ciri-ciri ini bukan saja perlu dihafal oleh ahli politik tetapi ia juga kena dipakai (praktikan), di sepanjang masa terlibat dalam politik. Sekiranya rukun-rukun ini tidak dipakai maka tunggu sajalah seseorang itu akan mati!

Sesungguhnya apa yang menimpa Khairy hari ini adalah kertas politik pertama yang beliau harus kena kaji dan mempelajari dengan penuh teliti dalam rencana untuk mencapai Phd dalam politik. Ingat jika beliau gagal maka usianya dalam Umno tidak akan berapa panjang! [wm.kl. 5:30 pm 10/04/09]

Jumaat, 10 April 2009

Muslimat terkena 'ilmu hitam' ketika kempen?

KUANTAN 10 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Inderamahkota, NasrulAmir Abdullah menyifatkan penggunaan ilmu hitam dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang 7 April lalu adalah perbuatan tidak bertamadun.

Beliau mendakwa, empat petugas muslimat daripada Inderamahkota terkena ilmu hitam menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan dan histeria.

Difahamkan anggota muslihat terbabit terlibat dengan kempen dari rumah ke rumah. Bagaimanapun, mereka berjaya dipulihkan dengan bantuan daripada anggota perubatan Assyifa' yang turut berada di situ.

"Alhamdulillah keadaan mereka kembali pulih dan meneruskan kerja merayu undi pada hari mengundi," ujarnya.

Katanya, sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya inilah kali pertama berhadapan dengan kes seumpama ini.

"Sebelum ini dalam pilihan raya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain-lain tiada kes seumpama ini.

"Pada masa depan kita perlu berhati-hati kerana lawan yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk menang," katanya. - azm/mks._

Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz


Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


-----
http://bumiperak.blogspot.com/2009/04/surat-tuan-guru-kepada-yb-nga-berkenaan.html

Kalah dalam menang di Bukit Gantang

Berakhir sudah PRK Bukit Gantang. Penulis bersyukur kerana bulan mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Penulis juga bersyukur kerana UPU Kampung penulis bulan mencapai peningkatan undi dari 78 semasa PRU kepada 98 pada PRK ini.

Walaupun tak mencapai target 100 undi, penulis tetap gembira kerana pertambahan ini dari pengundi Melayu dari kampung penulis sendiri. Semasa habis kiraan undi keluar dari dewan, nampak muka orang umno tak ceria sebab gagal menahan peningkatan undi bulan. Umno target dapat 200 undi tapi hanya dapat 150 undi. Majoriti pun berkurang dari 62 kepada 52 sahaja.


Sebenarnya, target penulis sebelum balik ke kampung undi bulan boleh capai lebih 100. Tapi dua hari sebelum pilihanraya, terasa kesukarannya kerana umno mula beli pengundi dengan basikal baru dan RM tunai bernilai ratusan ringgit.

Malah pada malam sebelum hari mengundi ada pengundi muda bulan yang disogok dengan RM. Penulis risau target tak tercapai. Malam tu juga, penulis pergi ke rumah pengundi atas pagar untuk kempen personal terakhir.

Semasa hari mengundi, penulis serah semua kerja di luar dewan kepada kawan2 Parit Buntar. Lebih 200 orang Parit Buntar datang merayu undi dan memberi sokongan moral. Gerak kerja untuk pastikan semua pengundi bulan turun mengundi dijalankan kawan2 Parit Buntar dengan bantuan orang kampung. Daripada 66 pengundi cula bulan 62 turun mengundi.

Pengundi India berjumlah 49 orang, yang mengundi hanya 24 orang. Kawan2 Parit Buntar dah cuba dapatkan pertolongan Kelab Penyokong untuk bawa pengundi India turun tetapi tak berjaya.

Penulis dapat tahu ada sebuah van yang bawa 6 orang pengundi India untuk mengundi di kampung penulis telah melencong ke lain dan di beri RM untuk tidak mengundi. Penulis jangkakan dari 24 pengundi India ini, 60% undi bulan iaitu sekitar 15 orang.

Peratus mengundi di Kampung penulis meningkat dari 73% semasa PRU kepada 81% pada PRK kali ini. Umno angkut semua pengundi mereka pulang dengan bagi RM. Hanya 27 pengundi Melayu yang tak turun mengundi kerana tinggal terlalu jauh dari kampung. Ada juga, saja2 tak mahu mengundi.

Daripada 98 undi bulan ini, penulis jangka hanya 20% datangnya dari Kampung Perak yang pekat birunya. Selebihnya undi bulan datang dari kampung penulis sendiri. Sebenar, umno Kampung Peraklah yang berkelakuan ganas dan tidak senonoh.

Peristiwa orang umno pukul petugas NS berlaku di Kampung Perak walaupun akhbar Siasah dan media internet kata berlaku di kampung penulis. Umno Kampung Peraklah juga yang melakukan aksi tidak sopan semasa DS Nizar melawat Pusat Mengundi Kampung Penulis.

Penulis ucapkan syabas di atas keberanian petugas NS ini yang juga anak Kampung Perak yang hampir 20 tahun tak balik ke kampung itu.

Peristiwa pukul ini berlaku semasa Ceramah YB Shaari Sungip dan Ust. Nik Abduh dan Azhan Atan di kampung penulis. Petugas NS ini secara bersendirian buat aduan kepada pemantau SPR tentang banner yang kutuk PAS tanpa ada lambang BN di Kampung Perak. Penulis dan kawan2 Parit Buntar yang berada di kampung penulis pun tak tahu tentang aduan itu.

Bila ceramah tamat, kami terima berita dari petugas lain NS yang petugas ini kena pukul dan kereta beliau di ketuk. Apa yang dikesalkan, semasa peristiwa itu Polis ada bersama pemantau SPR. Kenapa Polis tidak mengambil apa2 tindakan menghentikan tindakan ganas orang umno ini.

Polis juga tidak mengambil apa2 tindakan, walaupun sudah diberi plat 2 buah kereta orang umno yang bakar bendera kati di kampung penulis.

Mungkin petugas NS tidak puas hati dengan banner kutuk PAS di Kampung Perak dan mereka juga mungkin bertanya kenapa penulis dan kawan2 yang jaga UPU ini tidak mengambil apa2 tindakan.

Parit Buntar ada pendekatan sendiri dalam kawasan biru pekat ini. Kita tak mahu timbulkan suasana tegang yang menyebabkan pengundi bulan tempatan menjadi takut. Kita dah sebulan di situ dan tahu keadaan umno di situ. Sekiranya, orang umno yang berkelakuan ganas dan tidak bermoral ini berada di Parit Buntar dah lama kena cepuk. Kami tak biar punya.

Apa pun, penulis ucapkan terima kasih kepada Ketua UPU Kampung dan isterinya yang banyak berkorban masa dan tenaga, kawan2 Parit Buntar yang selama sebulan berkempen di kampung, petugas2 NS yang juga banyak membantu, Abang Aq anak Pak Long Chik yang sanggup bagi tanah untuk kami buat pondok panas dan semua pengundi yang mengundi bulan.

Bantuan dari luar ini telah meningkatkan sokongan di kampung penulis. Sekarang peratus pengundi bulan di kampung penulis dah mencapai 45% dan umno 55%. Kira ok la. Cuma kenduri kesyukuran bergantung kepada YDP Parit Buntar sebab dia kata jika dapat 100 undi baru nak buat kenduri.

Malam tadi Ketua UPU bagi tahu, orang bulan di kampung penulis buat kenduri makan satay 1000 cucuk, laksa, mee kari dan macam2. Ada orang kampung atas pagar yang bernazar bagi satay jika bulan menang di Bukit Gantang.

Terima kasih sekali lagi, teruskan perjuangan.

http://tulahan.blogspot.com/

Gimik kedua Najib sekali lagi gagal ...

Oleh Ahmad Lutfi Othman
http://jiwapejuangkini.blogspot.com/

GIMIK perubahan yang hendak ditunjukkan oleh Najib Razak di hari pertama menjadi perdana menteri - dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan menarik balik penggantungan 3 bulan akhbar Harakah dan Suara Keadilan - tidak menjadi, dan petang semalam, 9 April, pembentukan kabinet barunya juga tidak memberi impak besar kepada imej pembaharuan yang digembar-gemburkannya. Sekali lagi gimiknya tidak menjadi.

Ya, apa yang rakyat harapkan daripada kabinet barunya ini? Penolakan pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau jelas merakamkan angin perubahan yang dicetuskan pada tsunami politik 8 Mac 2008 masih berterusan.

Rakyat sudah kuat azam mereka untuk menolak budaya politik lama, yang masih diwarisi oleh Najib daripada Abdullah Badawi, dan sebelumnya Dr Mahathi Mohamadr. Apabila Najib nampak rapat dan sememangnya akrab dengan Mahathir, sehingga bekas perdana menteri itu tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai semula Umno sebaik sahaja Abdullah bersara, maka gimik perubahan yang dicanangkan selama ini hanya dilihat tidak lebih daripada usaha kosmetik Najib untuk mendapatkan kembali undi daripada rakyat. Tak lebih dari itu.

Antara petunjuk Mahathir kembali berpengaruh dalam pemerintahan Najib adalah perlantikan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri MITI. Lebih ketara apabila Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin langsung tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet sedangkan rakan sejawatnya dalam Wanita Umno, Shahrizat Jalil, yang tidak pun menjadi Ahli Parlimen diberikan posisi menteri. Ketua Puteri pun dianugerahkan jawatan timbalan menteri.

Apa kesalahan Khairy sehingga disisihkan begitu rupa kalau bukan kerana Najib mahu mengambil hati Mahathir? Bukankah Mahathir tetap berpandangan cukup negatif dan penuh prasangka dengan Khairy dan bapa mentuanya, Abdullah? Mahathir masih terus menghentam dan mengherdik Abdullah dan juga menantunya itu. Perletakan jawatan Abdullah langsung tidak meredakan kecaman Mahathir kepadanya. Khairy pula seolah-olah menerima nasib yang sama dengan Zahid Hamidi ketika menang Ketua Pemuda Umno dahulu, di zaman Mahathir, ketika Zahid dilihat orang kuat Anwar. Zahid langsung tidak diberi pos dalam kabinet walaupun naibnya, Hishamuddin Hussein diberi peranan penting.

Ya, siapa muka baru dalam kabinet Najib yang dilihat mampu menjalankan amanah rakyat dengan jujur, bersih, telus dan berkesan? Apakah muka lama yang dikekalkan itu merupakan menteri yang berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik, bebas daripada rasuah, mengutamakan kepentingan rakyat daripada memperkayakan diri dan kroni? Dan sejauh mana kecilnya keanggotaan kabinet kali ini berbanding saiz XXL kabinet Abdullah dahulu, sekurang-kurangnya untuk menjimatkan wang rakyat?

Kabinet lama ada 32 menteri. Kabinet Najib ada 28 menteri. Dulu timbalan menteri ada 38, sekarang bertambah 40. Apa sangat yang mahu dibanggakan dengan jumlah itu? Berapa sangat yang dapat dijimatkan dengan pengecilan itu. Cuba pula kita teliti siapa menteri yang nampaknya naik pangkat, mungkin kerana kemenangan dalam pemilihan Umno; bersihkah mereka? (Tetapi ada juga ahli Majlis Tertinggi Umno yang menang besar tetapi digugurkan juga daripada Kabinet). Apakah selama memegang kuasa, ia tidak digunakan untuk kepentingan diri dan kelompok? Bukankah mereka juga merupakan sebahagian besar dari anggota kabinet yang pernah ditolak oleh pengundi setahun lalu?

Memang tidak adil untuk kita membuat kesimpulan tanpa memberi kesempatan kepada Najib dan Muhyiddin untuk membuktikan kemampuan team baru ini, namun jika penerajunya itu Najib, maka apakah anda sekalian bersedia membazirkan lebih banyak masa untuk orang seperti Najib membuktikan segala jaminannya akan cuba diusahakan dengan jaya? Soalnya, siapa yang boleh diyakinkan bahawa orang seperti Najib yang mempunyai bebanan sejarah yang cukup berat dapat dipercayai untuk membawa perubahan kepada negara?

Bukan pula kita mahu mengungkit kes pembunuhan Altantuya yang baru saja diputuskan hukumannya pagi semalam? Biarpun hari ini orang sibuk bercakap soal kabinet baru, namun misteri Altantuya tidak mudah dikambus begitu sahaja. Siapa boleh menerima hakikat bahawa dua pembunuhnya melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa sebarang motif yang munasabah? Di sebalik pembunuhan itu, oranag ramai masih tidak berpuas hati dengan pembabitan kenalan rapat Najib berkaitan rasuah pembelian senjata Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib ketika itu.

Jebat Must Die: Mengambil kira situasi di Perak

(terjemahan daripada Bahasa Inggeris) Jumaat depan (6hb Mac 2009) genap sebulan Dr Zambry menyandang jawatan Menteri Besar Perak.

Mungkin orangramai tidak berapa sedar bila titik peralihan kuasa di Perak. Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Bota melompat ke parti PKR pada 25hb Januari 2009 telah mengorak langkah bagi Barisan Nasional. Ironisnya.

Natijah tindakan politik Anwar Ibrahim (berjaya memujuk Adun Bota melompat), Datuk Seri Tajol Rosli meletak jawatan sebagai pengerusi perhubungan Umno Perak beberapa hari kemudiannya. Segala hal-ehwal ekonomi diabaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak kerana mereka sibuk memancing ‘katak’. Barisan Nasional di Perak terpaku sebab terpaksa menangkis PR.

Namun, belum cukup dua minggu selepas Bota melompat, Datuk Dr Zambry sebaliknya berjaya menjadi Menteri Besar. YB Datuk Seri Nizar pula yang rugi ekoran daripada percaturan politik Anwar Ibrahim. Ini tidaklah menghairankan kerana seorang Menteri Besar yang sepatutnya mentadbir sebuah negeri dialih perhatiannya kepada sandiwara Anwar.

Sebagai Menteri Besar pengganti, moga-moga Datuk Zambry tidak membuat kesilapan sepertimana mantan pemegang jawatan tersebut. Zambry bertanggungjawab atas perjalanan lancar urusan kerajaan. Di sinilah beliau sepatutnya menguji kecerdikan dan kelulusan PhDnya.

Mengimbas kembali, apa yang berlaku semenjak 6hb Februari 2009?

Yang pertama, perilaku Zambry sebagai Menteri Besar baru.

Situasi ini tipis. Semua tumpuan kepadanya. Menjelang hari mengambil sumpah sebagai Menteri Besar, beliau diwawancara RTM1. Zambry berlagak seolah-olah beliau sudahpun sahih Menteri Besar.

Ini menjijikkan. Ianya ibarat pepatah ‘seperti kaduk naik junjung’. Hampir kesemua jawapan yang diberinya kepada juru acara program TV itu membayangkan bagaimana dan cara-cara beliau akan berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Hello. Kamu belum lagi dilantik secara rasmi oleh Sultan. Kenapa angkuh sangat? Umpama sebuah lagi pepatah, ‘lebih sudu dari kuah’.

RTM penuh bersemangat patuh dan tunduk (kepada pihak berkuasa) dan stesen itu tidakpun menyedari bahawa perangai Zambry sudah melebih-lebih. Menonton temuramah itu menjadikan saya meluat.

Nampaknya tindak-tanduk melampaui batasan sopan santun (sepertimana terserlah dalam rancangan TV tersebut) memang gelagat Umno pada lazimnya. Pakatan Rakyat pula lagi teruk. Tetapi saya tidak akan mengurai tentang kekurangan yang ada pada PR. Buat masa ini, biar fokus kita atas kelemahan BN.

Satu lagi wawancara melibatkan timbalan ketua bahagian Umno Bukit Gantang – Kamarulail Hj Sulaiman. Saya kurang pasti sama ada beliau tersalahpetik oleh Malaysiakini ataupun tidak. Akan tetapi temubual itu menggambarkan betapa angkuhnya pensyarah dari Kolej Islam Perak ini.

Beliau menggugat pucuk kepimpinan Umno dengan berkata:

“Jangan kecewakan ahli-ahli parti yang memilih saya menjadi Timbalan Ketua Bahagian. Ini bermakna mereka menyokong saya.

“Jadi tidak patut kalau calon BN Bukit Gantang diberi kepada orang lain,” katanya.

“Kalau saya tidak menjadi ahli Parlimen bagaimanakah saya boleh membantu Umno Bahagian sedangkan saya Timbalan Ketua Bahagian.

“Oleh kerana itu saya berharap parti melihat perkara ini dan beri saya peluang bertanding dalam pilihanraya kecil.

“Kalau tidak saya dipilih siapa lagi. Saya sudah lama dalam parti dan memegang pelbagai jawatan. Saya juga tahu kehendak ahli Umno bahagian ini,” katanya lagi.

Kamarulail benar-benar memberikan alasan karut yang beliau wajib menjadi Ahli Parlimen supaya dapat menolong Umno bahagiannya. Seterusnya beliau mendakwa kalau kedudukannya rendah dalam parti, maka keberkesanan beliau akan tergugat. Nyata sekali, tidak macam zaman silam bilamana seorang pemimpin akar-umbi akan menyumbang perkhidmatan secara ikhlas. Demi agama bangsa dan negara? Apa benda tu?

Beliau belum lagi Wakil Rakyat tetapi sudah yakin akan memenangi kerusi sekiranya dicalonkan Umno dalam pilihanraya yang akan datang. Sama seperti Zambry, lebih sudu dari kuah.

Bukan ini sahaja, beliau menganggap bahawa 19,000 ahli Umno di Bukit Gantang menyokongnya. Terdapat 55,000 pengundi di Bukit Gantang. Untuk menang beliau memerlukan lebih daripada 20,000 undi (yakni bukan sekadar sokongan ahli Umno).

Saya berharap beliau sudah membuat persediaan asas bagi memberi jaminan akan mendapat undi cukup. Namun saya khuatir orang seperti Kamarulail akan memulaukan Barisan Nasional serta jentera pilihanraya Umno sekiranya tidak dipilih sebagai calon. Saya berharap apa sya khuatiri tidak menjadi kenyataan. Seperti kita maklum, kuasa itu membuat semua gila. Tetapi seseorang itu akan menjadi lebih gila sekiranya dia hilang kuasa yang dia belumpun rasai.

Dalam temubual lain, Kamarulail kali ini menyatakan beliau menyerah kepada pucuk pimpinan Umno untuk memilih calon yang layak. Adalah diharap beliau akan seterusnya memberi 100 peratus sokongan kepada barang siapa jua dipilih nanti. Sememangnya untuk agama bangsa dan negara.

Sepatutnya BN Bukit Gantang sekarang sudah mula turun padang untuk membuat tinjauan – mengambil tahu hati pengundi. Jumpa semua dan bukan penyokong BN sahaja. Seperti yang dibincangkan dalam karya yang lepas, tinjauan seperti ini boleh memberi petanda apa yang dihayati masyarakat Bukit Gantang. Pilihan calon, aspirasi mereka, sentimen semasa, dll. Dari sini, BN boleh memperbaiki taraf kempen pilihanraya.

Saya telah menyatakan – Sekiranya kita tidak faham apa yang telah kita buat salah, bagaimana kita akan jadikannya sebagai teladan?

Bacalah petikan di bawah:

In life there are no mistakes, only lessons, but if we do not learn from the lessons then it is a mistake – Anonymous

(Dalam kehidupan tiada kesalahan, hanya pelajaran, tetapi sekiranya kita tidak memanfaatkan pelajaran ini, maka bersalahlah kita. – Pengarangnya tidak diketahui

Saya menggaru kepala apabila Datuk Dr Zambry dan Datuk Seri Najib pada awalnya cuba melegakan perasaan kaum bukan-Melayu di Perak selepas BN mengambil alih negeri itu. Mereka menganggap puak bukan-Melayu bertanggapan kerajaan baru BN tidak akan berlaku adil dan saksama terhadap mereka.

Kesangsian dan perasaan takut ini disemai oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyayat hati orang Perak. BN dan terutamanya Umno tidak patut masuk perangkap lawan. PR sering menggunakan taktik sedemikian kerana cara ini sajalah yang mereka tahu.

Datuk Seri Najib pasti sedar. Dan Datuk Zambry dengan sijil doktoratnya dalam bidang sains politik sepatutnya memahami apa modus operandi politik longkang (yang dikelolakan PR).

Yang sebenarnya, BN memang sentiasa adil terhadap semua kaum akan tetapi pengesahan dari Datuk Seri Najib dan Zambry yang BN akan adil kepada mereka telah menguatkan persepsi bahawa BN memang bersikap tak saksama!

Zambry berjanji untuk memberi peruntukan wang bagi kuil India dan sekolah Cina pada hari pertama beliau dilantik MB! Ini semestinya kurang bijak. Di mana nak letak maruah? Janji-janji wang and projek pembangunan tidak pasti akan memenangkan parti kerana zaman sudah beredar. Lebih lagi, ini menunjukkan kamu terdesak hendak menonjolkan yang kamu tidak bersifat tidak adil! Apakah kamu terdesak? Mengapa?

Malang sekali mereka berdua (Najib dan Zambry) terpedaya oleh helah politik Pakatan Rakyat. Pihak pembangkang akan sentiasa mencuba menanam keraguan dalam minda orangramai. Saya tertanya-tanya juga mengapa BN tiba-tiba bersifat defensif.

Biar saya ulang sekali lagi. Barisan Nasional menang satu negeri tetapi mereka berkelakuan seolah-olah mereka yang kalah! Mengapa kamu terdesak?

Apa yang Zambry sepatutnya berkata ialah:

“BN sentiasa adil terhadap semua kaum. Tidak timbul soal kami tidak adil. Lebih penting lagi, kami akan cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan prestasi kami supaya lebih baik berbanding kerajaan yang sebelumnya. Ramai yang membuat aduan tentang bagaimana lemahnya pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat waktu dulu. Kami akan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut demi kepentingan rakyat.”

Barisan Nasional perlu dengan secara halus memupuk pemikiran rakyat bahawa gabungan politik BN merupakan pilihan yang lebih wajar bagi orang Perak. Buat apa hendak bersikap apologetik? Sesungguhnya agenda BN senantiasa adil kepada semua kaum.

Seperti seorang ‘commentator’ berkata: MANUSIA ADA OTAK. Jangan sesekali merendahkan kebolehan manusia berfikir untuk diri sendiri.

Bersifat selalu defensif dan memberi alasan, meminta agar rakyat akur dengan keputusan Sultan, pergi ke England untuk mendapatkan nasihat peguam Inggeris (Queen’s Counsel), dll, kesemuanya adalah ciri-ciri kerajaan LEMAH. Adakah kamu begitu lemah di Perak? Bagi orang yang mampu berfikir, adakah mereka akan menyerahkan undi mereka sewaktu pilihanraya kecil kepada BN yang menonjolkan kamu lemah?

Hari ini pun Zambry berupaya untuk mengetepikan cubaan V. Sivakumar untuk mengadakan mesyuarat tergempar pada 3hb Mac ini. Zambry hanya perlu mengungkit undang-undang yang relevan.

Tetapi apa yang dikatakan beliau pula:

“Sedangkan jika kita baca beberapa perkara dalam Peraturan-peraturan Tetap DUN Perak, ia jelas, menunjukkan bahawa sebarang persidangan DUN yang diadakan hendaklah mendapatkan perkenan Tuanku,” katanya.



Tetapi apakah maksudnya ‘beberapa perkara’? Di mana? V.Sivakumar nyatakan Standing Order 27(3) sebagai asas tuntutannya. Tetapi apa pula dengan BN? Cakap politik, kata kena dapat persetujuan dari Sultan kalau hendak diadakan persidangan tergempar. Mana faktanya? Bercakap tanpa fakta dan bercakap dengan kabur, kamu semacam bermain politik. Bukan seorang pemimpin.

V. Sivakumar menjangka BN akan bodoh-bodoh masuk perangkap. Nyatalah Sivakumar telah mentafsir undang-undang sejajar dengan kehendaknya. Sebagai seorang yang cerewet fakta, semahunya saya Zambry juga memetik undang-undang yang relevan mengukuhkan kesnya.

Mana dia Penasihat Undang-Undang Negeri? Adakah Zambry lupa tanya Penasihat itu apakah undang-undang yang relevan dalam hal ini? Di Melaka, semua mesyuarat DUN mesti diperkenankan Yang Dipertua Negeri terlebih dahulu. Bagi Perak saya kurang pasti. Tetapi janganlah asyik merayu kepada Sultan.

Sultan Perak telah membuat keputusan berdasarkan Perlembagaan untuk dipertimbangkan dengan lanjut oleh ahli politik. Tetapi adakah dengan ini setiap rintik urusan kerajaan harus sekarang diputuskan oleh Sultan? BN harus cekalkan diri dan mengurus hal-ehwal negeri. Sebagai misalan, buat apa mahu merujuk kepada Sultan (Selangor) sama ada ADUN yang berzina dengan suami orang masih layak mewakili rakyat atau tidak.

Jadi, apa perkara yang harus ditangani Barisan Nasional?

Pertama sekali, ahli politik mesti ingat jangan bertindak seperti kaduk naik junjung dan lebih sudu dari kuah. Kita sudah melihat banyak contoh di mana ketakburan para pemimpin Pakatan Rakyat boleh menyebabkan mereka hilang pengaruh. Sila ambil iktibar.

Kedua, tetapi tidak kurang penting, Zambry perlu segera mengemukakan satu penyata misi kerajaan. Penyata misi ini hendaklah menunjukkan mereka lebih berupaya daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang tunggang-langgang itu.

Huraian di atas boleh dijadikan dasar induk kaedah pemerintahan BN. Biar penyata misi ini mengikut garisan:

1. Memerintah dengan adil tanpa menyisihkan atau mendiskriminasi mana-mana puak atau kaum supaya tidak wujud ketegangan di kalangan rakyat Perak.

2. Pentadbiran kerajaan harus lebih terurus and mengikut jalan lurus. Berkhidmat untuk rakyat (Nota: Tidak lagi menghulurkan wang di sana sini demi mendapatkan sokongan kerana kita percaya tabiat saling hormat-menghormati datangnya dari sifat merendah diri dan sikap bersungguh-sungguh).

3. Memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat. Kerajaan mesti proaktif menuju kecemerlangan dalam semua bidang ekonomi. Berbalik kita kepada Wawasan 2020.

4. Memulihkan suasana aman tenteram. Negeri yang stabil akan mengurangkan keresahan penduduk Perak. Kualiti hidup akan naik sekiranya urusan negeri teratur.

5. Membaiki kewangan negeri, melanjutkan agenda toleransi dan memantapkan konsep agihan kuasa dalam pemerintahan negeri.

Adalah janji kami kepada rakyat Perak yang kami sentiasa merendah diri dan gigih menghadapi cabaran. Negeri Perak cukup kucar-kacir. Sudah sampai masanya kita membentuk kesefahaman baru dan kerjasama dalam mencari jalan untuk mara ke hadapan dengan penuh kejayaan.

Penyata misi ini bukanlah sempurna atau menyeluruh. Namun ia akan tinggal retorik sekiranya butir-butir yang saya sebutkan tadi tidak ditampung.

Bagaimana hendak merealisasikan hasrat penyata misi negeri Perak ini?

Dapatkan pakar-pakar untuk membantu dalam bidang ekonomi. Sediakan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators/KPI) bagi setiap badan kerajaan dan ahli exco. Akhir sekali Zambry mesti menyediakan satu KPI khusus untuk dirinya sendiri dan mengumumkan isi kandungan KPI itu kepada khalayak umum. Langkah ini akan meyakinkan orang Perak bahawa beliau serius dalam menerajui negeri itu.

BN mesti kuat dan bersepadu supaya Perak akan dapat meredah krisis politik masakini serta kemelesetan ekonomi.

Versi asal rencana bertajuk ‘Taking stock of the situation in Perak’ diterbitkan pada Mac 1, 2009 dalam blog berjudul ‘Jebat Must Die’. JMD ialah seorang blogger yang sayangkan binatang serta terlibat dengan kerja-kerja amal.

---
http://bm.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28:jebat-must-die-mengambil-kira-situasi-di-perak-&catid=1:translated-works&Itemid=2