Sabtu, 6 Jun 2009

60 petugas IT PAS bantu canggihkan Muktamar PAS

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Lujnah ICT PAS Pusat menyediakan seramai 60 orang petugas IT dari seluruh negara, sepanjang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 55 yang berlangsung sekarang ini.

Ketua Unit IT Muktamar PAS, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya menyediakan perkhidmatan liputan secara langsung sepanjang muktamar menerusi laman web webtv.pas.org.my.

Katanya, petugas-petugas IT juga membuat rakaman penuh perbahasan sepanjang Muktamar PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut beliau, petugas IT juga mengemaskinikan web muktamar55.pas.org.my, merakam imej, gambar- sepanjang muktamar dan memaparkannya di web muktamar.

"Kita juga menyediakan multimedia presentation, content management (text, imej, audio, video) di skrin besar 12' x 60' sepanjang muktamar (dengan multimedia backdrop) dan menyediakan kaunter khidmat penerangan IT seperti semakan daftar pemilih serta kaunter kad ahli.

"Kita juga menyediakan semakan keahlian khidmat percetakan, pendaftaran SMS, email, web di domain pas.org.my dan internet online," katanya.

Beliau memberitahu, antara skop liputan yang diberikan ialah broadband streamyx Telekom Malaysia 3 X 2MB di Stadium Malawati, rakaman secara langsung, wireless network perwakilan, media, petugas, pemerhati, broadband streamyx 2MB di Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan wireless broadband wimax P1 untuk kaunter khidmat IT online._

Nasharudin kekal; Salahuddin,Mahfuz dan Tuan Ibrahim menangi Naib Presiden


SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)/wann. _ _

Pemimpin diminta kerap turun ke Sarawak

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan PAS meneruskan perjuangan dengan memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri bumi Kenyalang ini

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, mengalukan kedatangan kepimpinan PAS serta Setiausaha Agung PAS ke Sarawak yang sebelum ini jarang dapat dilihat di negeri tersebut.

"Sudah empat tahun kita dapati 'batang idung sik nampak. Kita menegur kepimpinan ini disebabkan kita sayang kepada pemimpin," katanya.

Beliau turut menekankan agar PAS mengambil berat tentang pembahagian kerusi dalam pilihan raya di Sarawak kerana sebagai sebuah negeri yang mempunyai bilangan Dun yang terbanyak serta lebih 60 peratus penduduknya beragama Islam, sudah sampai masanya PAS meletak lebih ramai calon.

Jelasnya, menang atau kalah bukan perkara utama tetapi penyertaan lebih banyak kerusi PAS dalam pilihan raya umum di Sarawak akan dianggap sebagai duta penyelamat rakyat Sarawak yang selama ini dizalimi BN.

"Tidak relevan jika di Sarawak PAS hanya bertanding tiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum akan datang serta jangan abaikan harapan rakyat yang ingin sebuah parti penyelamat kepada mereka. Sarawak merupakan 'hutan simpan' bagi Barisan Nasional.

"Dakwah adalah mekanisme asas yang penting dalam harakah Islamiyah. PAS Sarawak menyeru kepada pimpinan Pusat untuk kali kedua selepas Muktamar PAS yang lalu untuk bersama-sama mengukuhkan program dakwah. Kewujudan isntitusi pendidikan sekular yang diasaskan Sisters in Islam serta pendakyah Kristian menjadi cabaran besar kepada PAS Sarawak. Justeru kami mendesak pimpinan hadir ke Sarawak bagi memberi tunjuk ajar khususnya dakwah serta menghidupkan institusi Islam di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abang Edee turut menyatakan kebanggaan PAS Sarawak kerana setelah 13 tahun PAS bertapak di negeri itu, kewujudan pejabat Perhubungan PAS di Sarawak benar-benar membantu dalam mengurus tadbir PAS di Sarawak. - mns_

Pemimpin diminta kerap turun ke Sarawak

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan PAS meneruskan perjuangan dengan memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri bumi Kenyalang ini

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, mengalukan kedatangan kepimpinan PAS serta Setiausaha Agung PAS ke Sarawak yang sebelum ini jarang dapat dilihat di negeri tersebut.

"Sudah empat tahun kita dapati 'batang idung sik nampak. Kita menegur kepimpinan ini disebabkan kita sayang kepada pemimpin," katanya.

Beliau turut menekankan agar PAS mengambil berat tentang pembahagian kerusi dalam pilihan raya di Sarawak kerana sebagai sebuah negeri yang mempunyai bilangan Dun yang terbanyak serta lebih 60 peratus penduduknya beragama Islam, sudah sampai masanya PAS meletak lebih ramai calon.

Jelasnya, menang atau kalah bukan perkara utama tetapi penyertaan lebih banyak kerusi PAS dalam pilihan raya umum di Sarawak akan dianggap sebagai duta penyelamat rakyat Sarawak yang selama ini dizalimi BN.

"Tidak relevan jika di Sarawak PAS hanya bertanding tiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum akan datang serta jangan abaikan harapan rakyat yang ingin sebuah parti penyelamat kepada mereka. Sarawak merupakan 'hutan simpan' bagi Barisan Nasional.

"Dakwah adalah mekanisme asas yang penting dalam harakah Islamiyah. PAS Sarawak menyeru kepada pimpinan Pusat untuk kali kedua selepas Muktamar PAS yang lalu untuk bersama-sama mengukuhkan program dakwah. Kewujudan isntitusi pendidikan sekular yang diasaskan Sisters in Islam serta pendakyah Kristian menjadi cabaran besar kepada PAS Sarawak. Justeru kami mendesak pimpinan hadir ke Sarawak bagi memberi tunjuk ajar khususnya dakwah serta menghidupkan institusi Islam di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abang Edee turut menyatakan kebanggaan PAS Sarawak kerana setelah 13 tahun PAS bertapak di negeri itu, kewujudan pejabat Perhubungan PAS di Sarawak benar-benar membantu dalam mengurus tadbir PAS di Sarawak. - mns_

Khamis, 4 Jun 2009

Muktamar PAS Secara Langsung Melalui Web

PAS telah pun melancarkan laman web rasmi untuk Muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi.


Kesemua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut. Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang merasmikan laman web Muktamar 55 ini menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.

Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya."Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini," katanya.
Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu."Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat."Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua perwakilan akan berbahas dengan penuh etika dan beradab seperti muktamar-muktamar yang lalu di samping.

Sila layari muktamar55.pas.org.my untuk menyaksikan muktamar secara langsung.

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah


TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.


NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)


PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)

1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)


KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)


NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)


AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)


TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)

NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)


AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)


PEMERIKSA KIRA-KIRA



Hj Ibrahim Omar (188)


Diumumkan oleh wakil suruhanjaya Pilihan raya PAS, Ustaz Daeng Sanusi Daeng Mariok

Rabu, 3 Jun 2009

Bila teori pentadbiran Nik Aziz dibukukan?




Oleh Dinsman

Minggu lalu sempat saya bersama dua orang kawan menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, berimamkan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar bagi sebuah negeri di Malaysia. Selepas solat, seperti biasa, Menteri Besar ini menyampaikan tazkirah atau kuliah subuh, selama kira-kira 15 atau 20 minit. Dan selepas itu, ada orang mendukung bayi dan meletakkannya di depan beliau, untuk upacara 'membelah mulut' dan menggunting rambut.


Biasanya, setahu saya, Tok Guru Nik Aziz menjalankan upacara 'membelah mulut' bayi di masjidnya itu pada pagi Jumaat. Begitulah selalunya. Tetapi rupa-rupanya hari lain pun ada juga orang datang meminta dia melakukan upacara itu. Pagi itu hari Rabu, ada tiga orang. Dan saya perhatikan Menteri Besar itu melakukannya dengan penuh prihatin, siap dengan doa mengakhiri upacara bagi setiap bayi.

Dan selepas itu ada pula dua orang lelaki tampil ke depan Menteri Besar yang belum sempat bangun daripada sejadahnya itu, dengan masing-masing membawa sebotol air bersih. Gaya mereka itu mahu memohon Tok Guru membacakan doa untuk tujuan tertentu. Dan ya, Menteri Besar itu pun tidak menolak.

Manakah lagi ada Menteri Besar lain, di Malaysia, ataupun mungkin di dunia ini, yang "ada masa" untuk perkara-perkara seperti itu! Setiap pagi menjadi imam solat Subuh di masjidnya, dan menyampaikan kuliah subuh. Dan orang sesiapa saja, yang datang entah dari mana-mana saja, boleh terus saja mendukung bayi ke hadapannya, tanpa perlu melalui apa-apa bentuk tapisan.

Dan pada waktu itu juga, sesiapa saja boleh bersalaman dengannya, dan boleh bercakap dengannya. Tidak ada pengawal peribadi yang akan mengawal atau menghalang sesiapa daripada mendekati Menteri Besar yang sudah lebih 18 tahun memerintah Kelantan itu.

Saya pernah mengikuti Tok Guru Nik Aziz selama kira-kira satu bulan, mengikuti program-program yang dilakukannya mulai dari pergi ke pejabat di waktu pagi, pulang ke rumah waktu petang, dan keluar pula untuk program malam hingga pulang ke rumah lewat malam, untuk tujuan menyiapkan sebuah dokumentari video mengenainya.

Antara perkara yang paling terkesan kepada saya ialah mengenai apakah yang menjadi prioriti kepada Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Berdasarkan pemerhatian saya pada waktu itu, lapan tahun yang lalu, dan juga berterusan hingga waktu ini, saya merumuskan bahawa perkara yang menjadi prioriti kepada beliau ialah mentarbiyah rakyat supaya menjadi orang Islam yang beriman dan bertaqwa, yakni memahami maksud al-Quran, dan taat kepada perintah Allah seperti yang diajar oleh Rasul-Nya, dan menjadikan Akhirat sebagai matlamat hidup.

Soalnya ialah bagaimanakah dia menerapkan dasar tersebut ke dalam sistem pentadbiran sebuah kerajaan negeri? Bagaimanakah seorang Menteri Besar yang biasanya akan sentiasa sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran, dengan pelbagai permasalahan yang timbul di kalangan rakyat, dan dengan pelbagai urusan membangun dan memajukan negeri, boleh mempunyai waktu untuk kerja "mentarbiyah" rakyat, yang selalunya turut melibatkan hal-hal kecil yang remeh-temeh?

Selama kira-kira satu bulan saya mengikuti program dan aktiviti hariannya itu, antara perkara yang terus melekat dalam memori saya ialah bagaimana seorang Menteri Besar hadir ke masjid dan surau yang sebahagiannya terpencil di sudut kampung, bukannya untuk apa-apa program penting, tetapi semata-mata untuk memberi tazkirah atau kuliah rengkas selepas solat. Kebanyakannya selepas solat maghrib.

Dan antara program yang Menteri Besar ini sendiri mengaku sebagai program yang penting baginya ialah Kuliah Jumaat pada jam 9.00-10.00 pagi setiap Jumaat di Dataran Ilmu, Jalan Dato' Pati, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kuliah ini kekal diadakan sejak beliau belum lagi menjadi Menteri Besar, hinggalah ke hari ini.

Sekali fikir, nampaknya Menteri Besar ini begitu sekali mementingkan kerjanya sebagai 'pendakwah' (berceramah dan memberi tazkirah), lebih daripada kerja-kerja pentadbiran. Maka di awal-awal zaman dia mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dulu banyaklah orang bercakap mengatakan Tok Guru Nik Aziz tak pandai mentadbir negeri. Diramalkan dia tak akan lama menjadi Menteri Besar. Tak akan lebih daripada setahun.

Tetapi terbukti ramalan dan pandangan orang-orang itu semua tidak betul. Pentadbiran Nik Aziz sudah masuk ke tahun ke-19. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Umno-BN bagi menjatuhkan pimpinan Nik Aziz di Kelantan, semuanya gagal. Rakyat telah menyaksikan satu demi satu kejayaan dilakukan oleh pimpinan Nik Aziz, Menteri Besar yang dikatakan lebih pandai berceramah daripada mentadbir negeri ini.

Persoalannya, bolehkah Kelantan melakukan pelbagai perubahan yang positif dalam bidang sosial, agama, budaya, pendidikan dan juga ekonomi, sekiranya Menteri Besarnya tidak pandai mentadbir negeri?

Ketika wabak rasuah melanda dan meresap ke segenap sektor dan lapisan masyarakat, hingga ia dianggap sebagai penyakit sosial paling kronik di Malaysia sekarang, pihak Umno/BN gagal untuk membuktikan Nik Aziz dan barisan pimpinannya terlibat melakukan rasuah. Selama lebih 18 tahun. Ini bukan suatu kejayaan kecil. Apatah lagi dengan mengambil kira bahawa jentera-jentera Umno-BN bekerja keras dengan segala alat-alat kemudahan mereka bagi membuktikan perkara tersebut, supaya pimpinan Nik Aziz dapat dikalahkan.

Banyaklah lagi kebaikan, kebajikan dan kejayaan yang dibawa oleh pimpinan ulama ini ke negeri Kelantan. Saya tak dapat membincangkannya secara terperinci di sini disebabkan ruang yang terbatas. Namun apa yang nak ditegaskan ialah kepercayaan saya bahawa semua kejayaan itu menunjukkan bahawa Nik Aziz mempunyai formula atau teori pentadbirannya yang tersendiri, yang perlu dikaji secara ilmiah dan kemudian dibukukan, supaya ia dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam.

Apakah dan bagaimanakah formula dan teori pentadbiran Nik Aziz itu? Ini suatu subjek yang sangat menarik untuk diberi perhatian. Tentunya terdapat cukup banyak kelainan dan perbezaan dibandingkan dengan teori-teori pentadbiran yang sedia ada. Melaksana-kan sesuatu yang berbeza bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila selalu pula ada pihak yang sentiasa berusaha untuk menggagalkannya. Maka faktor ini menambahkan lagi nilai kekuatan kepada teori baru yang perlu dirumuskan ini.

Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan sudi memberi perhatian kepada perkara yang sangat bernilai dan berharga ini. Insya-Allah.

Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau SMS 0136362408_

Syabas Dr. Abu Hassan..


Tidak keterlaluan sekiranya saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat Dr. Abu Hassan diatas kejayaaan pengHUJAHannya di tv9 malam tadi. Dalam rancangan Hujah malam tadi boleh dikatakan Dr. Abu Hassan telah memberi pukulan KO kepada Raja Ahmad Zainudin iaitu ADUN Kubu Gajah. Sebenarnya Raja Ahmad Zainudin bukanlah panel yang sesuai untuk berhujah secara ilmiah dengan Dr. Abu Hassan. Jikalau diperhatikan hujah yang dibawa Raja Ahmad Zainudin tiada fakta yang jelas dikemukakan, hanyalah omongan kosong dan hujahan yang membodek pemimpin atasan UMNO BN.


Kebiasaaanya hujah yang di bawa oleh Dr. Abu Hassan memang penuh dengan fakta yang begitu menarik. Dalam hujah tersebut, Dr. Abu Hassan juga mengatakan kita selalu membandingkan tahap demokrasi dengan negara yang teruk, kenapa kita tidak membandingkan negara-negara yang baik tahap demokrasinya seperti Finland atau Sweden. Kenyataan itu cukup menggambarkan betapa daifnya pemikiran-pemikiran pemimpin UMNO BN.

Manakala, hujah yang dibawa oleh Raja Ahmad Zainudin layaknya di kedai kopi sambil pakai kain batik sahaja dan tak lebih dari itu. Hujah Raja Ahmad Zainudin betul-betul menjengkelkan, meloyakan dan memualkan para penonton Hujah malam tadi. Pemikiran apa yang di bawa oleh Raja Hamad Zainudin sehingga sanggup mengatakan orang yang ingin menuntut kebebasan bersuara di katakan pengganas atau pelampau. Ini adalah pemikiran orang kelas ketiga yang tidak ingin kepada satu tranformasi ketamadunan.

Namun yang lebih mengejutkan apabila Raja Ahmad Zainudin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Institut Jati Diri bagi kepentingan generasi akan datang mengenai sejarah negara. Tidak cukupkah lagi Institut Integriti Malaysia yang ideanya di cetuskan oleh Pak Lah sehinggakan Raja Ahmad Zainudin ingin mensyorkan kerajaan mewujudkan Institut Jati Diri. Tujuan penubuhan Institut Integriti Malaysia(IIM) adalah melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN).

Adakah PIN sendiri meminggirkan konsep jati diri yang ingin di bawa oleh Raja Ahmad Zainudin, ataupun Raja Ahmad Zainudin sendiri tidak mengiktiraf IIM yang dicetuskan oleh Pak Lah sebelum ini ?

http://addin77.blogspot.com

Ibrahim Ali yang 'buta' dan 'tuli'?

Semakin melalut nampaknya Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali (dalam bahasa Kelantan, ia disebut 'borak' dengan sabdu pada 'b'). Sikap sebenar beliau terhadap PAS, parti yang memberi laluan selesa kepadanya memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya lalu, semakin dizahirkannya.

Kalau sebelum ini segala luahannya diterima sekadar teguran dan kritikan ikhlas terhadap kepimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan, kini nadanya sudah berubah menjadi kutukan dan penghinaan.


Beliau memang terkenal seorang pemimpin yang lantang menyuarakan sikap dan pendapatnya. Kelantangannya mutakhir ini bagaimana pun sudah terbabas jauh melangkaui batasan toleransi, terutama oleh para penyokong PAS. Butir cakapnya kini malah lebih layak disebut keceluparan.

Kritikan yang lebih berupa kutukan terhadap PAS, terutamanya kepimpinan kerajaan Kelantan sudah di luar kewajaran sebagai seorang yang mahu membina parti dan kerajaan. Beliau malah lebih sesuai dilabelkan sebagai alat propaganda dan senjata Barisan Nasional (BN).

Apa lagi yang belum dibuatnya bagi membuktikan sikapnya yang sangat bertentangan dengan PAS? Di dalam persidangan Parlimen, beliau bukan sekadar memilih untuk bertegang leher dengan wakil PAS, malah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista terhadap mereka.

Di dalam banyak kenyataannya sebelum ini pun, Ibrahim sudah acapkali melabelkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan berbagai nama. Terbaru ialah label hipokrit yang diucapkannya terhadap parti-parti yang membantunya sebelum ini dalam kes pergolakan politik di Perak.

Kenyataannya penuh sinis memperlekeh kepimpinan PAS di Kelantan sudah semakin lumrah. Sudah banyak pihak yang hangat hati terhadap perbuatannya. PAS Kelantan, khususnya di kawasan Pasir Mas, memberikan reaksi munasabah menuntut Ibrahim lebih rasional dalam ucapan dan tindakannya.

Malah ada pihak yang mendesak beliau mengundurkan diri dan memulangkan hak menentukan nasib politiknya kepada rakyat. Dalam erti kata lain, Ibrahim secara bermaruah dituntut melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas dan dicabar bertanding atas tiket Bebas atau parti lain bagi membuktikan pengaruhnya benar-benar kuat di kawasan berkenaan.

Namum, bagai diduga setiap pihak yang mengenali beliau, segala teguran, kritikan dan desakan itu tidak pernah dihiraukannya. Ibrahim ibarat seorang pekak dan tuli yang tidak langsung mendengar bantahan dan kemarahan rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya lalu.

Beliau terus mengutuk PAS dan memperlekeh kerajaan Kelantan. Skrip sama diulang suara Isnin (1 Jun). Kerajaan Kelantan didakwanya gagal menyediakan pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, meski pun telah memerintah hampir 20 tahun.

Katanya, dalam tempoh itu, kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan lebih besar.

"Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan... seolah-olah ada satu sikap eskapisme dengan sepanjang masa berpolitik, berceramah siang dan malam dengan selalu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi menutup apa yang tidak upaya dilakukan," katanya.

Ibrahim menyenaraikan beberapa pemerhatiannya mengenai kegagalan itu. Antaranya disebutkan kerajaan Kelantan jarang mengadakan seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri itu. Dikatakan juga, kerajaan negeri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.

Kerajaan Kelantan turut didakwa gagal mengeksploitasi sepenuhnya kepelbagaian bentuk muka bumi negeri sebagai destinasi pelancongan.

Beliau turut membayangkan seolah-olah kepimpinan ulama (Tok Guru sebagai Menteri Besar) terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.

Katanya lagi, tidak ada peluang pekerjaan di Kelantan selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata. Hal itu menyebabkan sebanyak 60,000 penduduk negeri itu terpaksa berhijrah mencari pekerjaan.

"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal," simpul Ibrahim.

Meneliti hujah dan fakta diberikan Ibrahim itu, sukar dinafikan bahawa itulah juga hujah dan fakta yang sering termuat dalam propaganda BN memburukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Kelantan sudah sekian lama diratib sebagai sinonim dengan kemunduran, kelembapan ekonomi, ketiada peluang pekerjaan, penghijrahan penduduknya, kegagalan itu dan ini.

Namun, di sebalik segala serangan dan usaha pemburukan itu, masyarakat umum dapat melihat kemakmuran negeri, kemajuan ekonomi, pembangunan pesat di sana-sini, berserta keselesaan rakyatnya meneruskan penghidupan.

Dalam hal ini, penulis teringat ucapan sangat bernas oleh Almarhum Ustaz Bunyamin Yaacob. Tidak syak lagi bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan itu adalah pemidato dan pengulas politik yang sangat pintar dalam hujahnya. Pemergiannya sukar digalang ganti dalam kelasnya yang tersendiri.

Almarhum Ustaz Bunyamin dalam penghujahannya mematahkan serangan dan kutukan BN terhadap kerajaan Kelantan sering mengajak hadirin melihat dan menilai sendiri sejauh manakah kebenaran hujah dan fakta dikemukakan BN itu.

Setelah disyarahnya dengan panjang lebar dan disenaraikannya satu persatu kepalsuan hujah musuh itu, Almarhum akan menyimpulkan, "sekiranya masih ada orang yang kata Kelantan tidak membangun, tidak maju, orang Kelantan sesak (miskin), hidup susah,orang itu sama ada buta (tak dapat melihat) atau tuli (tidak dapat mendengar kebaikan dan kemajuan di bawah kerajaan PAS)".

Kini, antara orang yang giat mengulangi hujah dan fakta basi dilaungkan BN sejak hampir dua dekad lalu itu ialah Ibrahim Ali. Apakah beliau juga termasuk dalam kategori manusia 'buta' dan 'tuli' sebagaimana disebutkan Almarhum Ustaz Bunyamin itu? - mns_

sumber: detikdaily

ADUN BN mohon maaf pada Husam

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas kepada naib presiden PAS itu pada 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini


Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

bullet buttonLaporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.

bullet button Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

bullet button Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

bullet button Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

bullet button Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

bullet button Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

bullet buttonPenyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

bullet buttonLaporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

bullet button Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.

Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad.

"Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami.

"Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

sumber: detikdaily

Dr Mahathir: Internet berguna untuk menyatakan kebenaran

Walaupun internet, khususnya blog, boleh diguna untuk menakutkan orang ramai dan menimbulkan panik, ia juga berguna untuk menyatakan kebenaran, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pengetahuan yang boleh diperolehi melalui internet tidak terhad, tetapi seperti semua perkara yang boleh didapati oleh manusia, ilmu pengetahuan dan pemerolehannya boleh diguna untuk kebaikan atau keburukan.


"Sebagai contoh, blog boleh diguna untuk melakukan kejahatan, menakutkan orang ramai dan menimbulkan panik. SMS juga boleh diguna untuk tujuan sama.

"Tapi kita tahu betapa bergunanya ia untuk menyatakan kebenaran dan untuk individu menyuarakan pandangan dan perasaan mereka dengan bebas," katanya dalam ucapannya pada pelancaran OSDC.MY dan Open Source Industry Global Linkage di sini hari ini.

Tun Mahathir berkata ketika menjadi perdana menteri beliau diberitahu bahawa tidak boleh menyimpan rahsia dalam internet dan memandangkan kerajaan menggunakannya secara meluas, beliau telah mencadangkan negara perlu membangunkan sistem pengendaliannya sendiri.

Dr Mahathir berkata Korea Selatan mempunyai peratus paling tinggi rakyatnya yang menggunakan komputer dan telah melatih sejumlah besar jurutera IT (Teknologi Maklumat).

Beliau berkata di bawah dasar pandang ke timur, Malaysia kini mempunyai sejumlah golongan muda yang menuntut dalam bidang kejuruteraan di Korea.

Dr Mahathir berkata seorang daripada mereka baru-baru ini muncul pelajar terbaik walaupun terpaksa mengikuti kuliah dalam bahasa Korea, tetapi pelajar itu membaca buku teks dalam bahasa Inggeris.

"Bila saya tanya gadis yang menjadi pelajar terbaik itu, beliau mempunyai jawapan yang mudah, 'Malaysia Boleh'," katanya.

BERNAMA

Perpecahan akibat Umno tidak terima politik Islam

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Taib Azamuddin Mohd Taib berpandangan perbezaan politik berlaku apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak memahami politik Islam.

Jelasnya, pertelingkahan berlaku apabila terdapat kalangan pemimpin politik Islam yang menjadi 'tunggangan' politik sekular serta menjauhkan politik Islam.

"Saya berharap Muhyiddin akan melihat secara lebih adil bahawa pihak yang membawa perpecahan dalam perpaduan ummah kerana Umno atau Barisan Nasional yang tidak mahu menerima politik Islam yang dibawa oleh pimpinan PAS.

"PAS sudah lama menyeru ke arah politik Islam sehinggakan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan tidak perlu ada PAS pun tidak apa sekiranya BN itu mengikut politik Islam. Persoalan sekarang ialah BN tidak menyahut atas landasan tersebut,"katanya sewaktu dihubungi.

Sehubungan itu katanya, sejak ditubuhkan PAS menyeru bukan sahaja kepada pemimpin BN sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menerima wadah politik Islam sebagai tunjang politik negara.

Tambah Ahli Parlimen Baling ini lagi, pemimpin DAP kini tidak lagi kekok untuk bersama-sama dengan PAS terutama pendekatan yang dibawa oleh PAS daripada segi kemasyarakatan dan politik. - azm_

sumber: harakahdaily

Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di MBSA

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-49 akan dirasmikan esok di Dewan Banquet, Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).

Muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Semua perwakilan seluruh negara serta para tetamu diminta hadir ke perasmian Muktamar itu jam 8 pagi.

Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran, lagu NegaraKu serta disusuli dengan acara kemuncak ucaptama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustaz Nuridah Mohd Salleh.

DMPP turut mengadakan pelancaran buku-buku terbitannya yang akan dilaksanakan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Perbahasan dan usul dijangka akan bermula jam 2 petang manakala pemilihan Ketua, Timbalan dan AJK DMPP akan diadakan dalam tempoh perbahasan. _

sumber: harakahdaily

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno

Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.

Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.

Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".

Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.

Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.

Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.

Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.

Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu

Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.

Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.

Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.

Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.

Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.

PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.

PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.

Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN

Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.

Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.

Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.

Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.

Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).

Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS

Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.

Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'.

PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.

Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur.

PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.

Kesimpulan

Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi� dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.

PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.

Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.

Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.

Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.

PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.

Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.

Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!

(Penulis adalah AJK PAS Pusat). - mr_

sumber: harakahdaily

Isnin, 1 Jun 2009

Dato' Mahfuz Omar mahu pembahas tingkatkan idea, fakta, isu dan penghujahan

Terdapat beberapa klasifikasi usul yang harus diutarakan pada muktamar Jun ini. Kualiti pembahas usul juga cukup ditekankan agar ianya jelas dan usul tidak ditolak. Berikut wawancara WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Pengerusi Jawatankuasa Penapis Usul, Dato' Mahfuz Omar memperkatakan persediaan pembahas usul untuk melontarnya ke gelanggang muktamar.

Boleh Dato' nyatakan apakah usul-usul yang telah diterima untuk dibawa pada Muktamar Agung PAS ke-55 nanti untuk dibahas?

DATO' MAHFUZ OMAR: Pertamanya saya telah menerima sejumlah 36 usul daripada 17 kawasan yang menghantar usul. Ada usul yang hanya untuk peringkat kawasan, negeri dan ada usul yang di peringkat nasional.
Jawatankuasa ini telah melihat seluruh usul dan kita kenal pasti apa usul yang wajar diangkat pada muktamar kali ini. Jadi hanya 17 sahaja kawasan seluruh negara termasuk satu dari Sabah yang dihantar sebelum tarikh tutup pada 20 Mei lalu.
Dan kita dapati bahawa daripada 17 kawasan itu sebahagian besarnya menghantar usul yang bersifat persoalan-persoalan dalaman parti yang berkaitan dengan pemerkasaan Majlis Syura Ulama, kepimpinan ulama dan kemudian pemerkasaan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, selain cadangan meminda perlembagaan berkaitan pemerkasaan organisasi dan sebagainya.

Usul bersifat politik bagaimana?

Usul-usul yang bersifat politik ini tidak begitu banyak tetapi kita telah pun kenal pasti beberapa usul yang akan dipilih untuk diangkat menjadi usul yang akan dibahas dalam sidang muktamar.
Kita sifatkan bahawa daripada jumlah yang kita terima ini sebahagian besarnya ialah bersifat cadangan yang perlu diangkat kepada Jawatank Kuasa Kerja PAS Pusat untuk dibincangkan dan tiada keperluan untuk dijadikan satu topik perbincangan khusus atau usul, atau mereka boleh sentuh dalam perbahasan ucapan dasar Presiden dan juga dalam perbahasan laporan tahunan.
Ada juga yang bersifat cadangan yang selepas dari muktamar yang perlu diangkat kepada Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk diagihkan kepada lajnah-lajnah untuk melihat relevan atau tidak untuk dilaksanakan oleh parti.

Apa usul di peringkat dewan dan kawasan yang akan dibentang dan dibahaskan di peringkat Pusat?

Jawatankuasa usul yang telah bermesyuarat baru-baru ini, telah mengenalpasti usul yang perlu dipertimbangakan untuk diberi perhatian dan dibahas dalam muktamar.
Antara usul tersebut ialah, usul yang telah diputuskan oleh Dewan Muslimat yang diterima tanpa bahas di peringkat dewan tersebut yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Usul Muslimat yang berkelayakan mewakili dewan itu. Ia adalah usul lanjutan krisis kepercayaan terhadap institusi kehakiman yang juga dikaitkan dengan kemelut di Perak. Isu itu relevan dan kami fikirkan ia menyentuh persoalan semasa yang perlu diberikan satu gambaran jelas terhadap masyarakat. PAS perlu memperlihatkan sikap yang tegas terhadap isu intergriti hakim-hakim.

Bagaimana dengan usul dari Dewan Pemuda dan Ulama?

Usul daripada Dewan Pemuda PAS Pusat juga telahpun kita lihat. Satu usul yang berkait dengan soal ekonomi iaitu soal pegangan 30 peratus ekuiti tempatan yang telah dimansuhkan dalam liberalisasi ekonomi dalam 27 subsektor yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.
Usul ini penting kerana apa yang dilihat isu ini satu penjajahan baru melalui penguasaan ekonomi oleh kepentingan asing. Ini merupakan satu usul yang perlu diperbahaskan bagi memberi signal kepada masyarakat dan rakyat tentang bahaya dan ancaman baru Umno/BN mendedahkan kita kepada penjajahan baru.
Kemudian usul daripada PAS Kawasan, iaitu yang dipilih setakat ini ialah PAS Kawasan Rembau (Negeri Sembilan) berhubung isu PPSMI. Walaupun usul ini telah diperkata pelbagai pihak dan ada tindakan yang dibuat tetapi timbul isu baru iaitu apabila pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada satu kajian baru nak dibuat dan seolah-olah mengetepikan kajian yang telah dibuat oleh menteri terdahulu. Ini kita kira satu helah melengahkan keputusan yang sewajarnya mansuhkan PPSMI. Ini kehendak semua pihak dalam negara kita dari seluruh segmen masyarakat dan kaum.

Usul Dewan Ulama, macam mana?

Kami juga masih menunggu usul dari Dewan Ulama, sebab baru-baru ini dewan tersebut tidak menghantar wakil dalam mesyuarat jawatankuasa usul. Namun secara spesifiknya selepas muktamar dewan-dewan, kita akan semak semula secara terperinci dan buat pemilihan apa usul yang benar-benar akan dibawa ke muktamar pusat.

Adakah banyak usul yang akan dibahas? Berapa?

Sebanyak empat usul. Kita beri peruntukan satu usul kepada dewan-dewan tetapi dengan melihat sejauh mana kekuatan usul itu, kualiti usul dan kemudian daripada PAS Kawasan. Jika tiada usul yang dibawa oleh dewan-dewan yang kita sifatkan sebagai berkualti, kita akan beri kepada PAS Kawasan. Begitu sebaliknya.

Apa klasifikasi usul mengikut Jawatan Kuasa Penapis Usul yang dipengerusikan oleh Dato'?

Sosial, pendidikan, ekonomi dan politik serta organisasi. Saya nak menyebut bahawa persoalan pemerkasaan parti tidak perlu menjadi usul, sebaliknya ia boleh disentuh dalam perbahasan ucapan dasar Presiden PAS, dan pertimbangan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan dipilih selepas ini dari semasa ke semasa melalui Dewan Harian yang diketuai Presiden sendiri untuk dibincang sebaiknya.
Usul itu lebih bersifat apa yang perlu kita suntik kepada masyarakat agar memperlihatkan keprihatinan PAS terhadap isu yang menyentuh rakyat. Sebab itu isu kehakiman, PPSMI dan ekonomi yang menyentuh rakyat ini yang perlu kita tumpukan.
Saya juga ingin menyentuh bahawa perwakilan perlu juga membahaskan isu Kelab Penyokong PAS dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden, untuk berikan input yang wajar untuk kepimpinan selepas muktamar iaitu perlu buat keputusan segera dari segi status Kelab Penyokong PAS ini samada mahu mengangkat kelab jadi sayap sama seperti dewan-dewan lain, atau mahu kekalkan ia seperti mana sedia ada sebagai satu kelab. Adakah kewajaran mereka ini ahli bersekutu atau tetap, keputusan ini perlu dihadamkan segera agar pergerakan kelab ini menjadi lebih baik dan berada pada 'massa'.

Nasihat Dato' kepada perwakilan berhubung kualiti perbahasan?

Saya harap setiap pembawa usul mesti membawa idea, fakta usul dan isu usul itu sendiri dan penghujahannya yang cukup meransang, meyakinkan perwakilan agar tidak timbul kontroversi yang akhirnya usul itu tidak akan ditolak.
Dan begitu juga kepada pembahas yang lain perlu buat rujukan, saya akan maklumkan awal kepada kawasan tentang spesifik usul yang bakal dibahaskan. Pencarian fakta penting kepada perwakilan supaya muktamar kita nanti betul-betul mempamerkan kualiti muktamar kita.

sumber: detikdaily

Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir


Salam Sejahtera...

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.


Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.
Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

sumber dari manjungmari



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Malaysia...Bumi Orang Hilang

Malaysia bumi bagi orang "hilang" ! Itulah gelaran sesuai untuk Malaysia kini. Balasubramaniam, 3 ADUN Perak, Arumugam mantan ADUN Kedah dan terkini Raja Petra. Masing-masing punya alasan tersendiri untuk "hilangkan diri" atau "dihilangkan".


Ada yang hilang selepas dapat habuan jutaan RM. Ada yang hilang takutkan risiko nyawa diri dan keluarga. Dan ada yang hilangkan diri kerana tidak yakin tahap keselamatan semasa berada di tanahair sendiri.


Kini terbaru mungkin mantan Ketua Siasatan Jenayah KL Datuk Mat Zin Ibarahim juga bakal tersenarai orang yang akan "hilang " atau "dihilangkan". Beliau di antara saksi penting untuk memberi keterangan di mahkamah tentang kes pemalsuan bukti oleh IGP Musa dan AG Gani berkenaan mata lebam DS Anwar.


Sebagai amaran awal, kredibiliti Datuk Mat Zin dimusnahkan dengan notis bangkrap yang diterimanya pada 26 Mei lalu. Perbicaraan tentang kes fitnah liwat DS Anwar akan berlangsung pada awal Julai. Dijangkakan pihak peguam DS Anwar akan mengungkitkan kes pemalsuan bukti mata lebam dalam perbicaraan itu dan sudah tentu Datuk Mat Zin akan dipanggil untuk keterangan sebagai saksi.

Ini amat membimbangkan pihak pendakwa. Ini pasti akan membongkarkan kisah sebenar di sebalik peristiwa mata lebam 1998 itu.

Walaupun SPRM memutuskan AG Gani dan IGP Musa "bersih" dari pemalsuan bukti kes mata lebam, dan ini seolah-olah Datuk Mat Zin menjadi mangsa kambing hitam(scapegoat).


Datuk Mat Zin juga membayangkan risiko yang bakal menimpa beliau dan keluarganya jika pendedahan-pendedahan berprofil tinggi yang bakal diberikan dalam mahkamah nanti.


"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini (Gani dan Musa)mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya".


Datuk Mat Zin adalah pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes mata lebam DS Anwar 1998. Beliau bersara dari PDRM pada awal 2001. Beliau membuat rayuan kepada SPRM agar namanya dibersihkan dari kes mata lebam selepas SPRM mendapati AG Gani dan IGP Musa tidak terlibat dengan pemalsuan bukti kes mata lebam DS Anwar.


Apakah Datuk Mat Zin bakal menjejak langkah seperti Arumugam dan Raja Petra ? Atau menjadi nasib Altantuhya ?


Kepada mantan anggota PDRM ini kita ucapkan selamat berjuang untuk nyatakan kebenaran dan berani kerana benar !

sumber: tranungkite

PAS Ada Harapan Menang Di Manek Urai - Prof. Madya Ghazali Mayudin

Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.


Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat."Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar."Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang."Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya."Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya."Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan. Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah. Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya. Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai."Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya./Harakahdaily

http://addin77.blogspot.com

Rakyat Manik Urai, Kelantan Beri Undi Umno

Pemimpin Umno cukup optimis menawan kerusi Manik Urai dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan 14 Julai. Pemimpin umno berhujah atas dasar Pas menang dengan majoriti kecil dalam PRU 12.

Pemimpin Satu Malaysia dengan seribu tektik jahat, pengcabulan semua insitiusi kerajaan, perlembangaan demi kepentingan politik dan pemimpin umno memerlukan kemenangan pilihanraya kecil Dun Manik Urai.


Sanggupkah rakyat Dun Manik Urai memberi undi kepada Umno?. PAS masih utuh dan perpengaruh di Kelantan? Dan bagaimana kalau dicadangakan kepada penduduk Dun Manik Urai memberi undi pada umno pada 14 julai?.

Dari analisa rambang Umno bergerak secara "under-dog" (dibawah anjing) malah pemimpin umno berkata peluang menang cukup optimis kerana bergerak dibawah anjing, siapa yang bakal menjadi binatang anjing?.

1. Ketua umno Kelantan Datuk Mustaffa, beliau cukup cekap dalam teknik menarik rakyat "sokong" umno. Denagn kaedah membina pasarana dan janji seperti Daearah Jeli.

2. Satu Malaysia, satu Kelantan. Tumpuan 100% setipa pelusuk Dun Manik Urai dengan agihan projek dan wang sebagai modas operandi umno dulu kini dan selamanya.

3. Jika Dun Manik Urai milik umno. Gelagat pemimpin umno bermula dari perdana menteri dan memteri dan seterusnya semua sayap umno berkokok dan melalak siang dan malam dalam semua media dan akhbar harus perdana dengan satu nada rakyat menolak PAS dan pakatan rakyat.

4. Penutup. Bagaimana kalau dicadangkan rakyat Dun Manik Urai membuat pusingan "U" pada 14 Julai dengan beri undi pada umno. Dengan ini kita dapat lihat pemimpin umno melalak macam orang gila .....syok juga sekali sekala dapat lihat kera mendapat bunga.

sumber: tranungkite

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Penanti : Peratus Keluar Mengundi Rendah

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata parti itu akan menggerakkan sepenuhnya usaha membawa pengundi keluar mengundi kerana peratus pengundian yang rendah.

"Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian," katanya. Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pengundi memikirkan bahawa PKR pasti memenangi pilihanraya kecil ini.


Jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 12 tengahari tadi adalah 30 peratus atau 4,593 orang. Manakala calon PKR, Dr. Mansor Othman melawat pusat pengundi di SMK Guar Perahu pada jam 12.30 tengahari.SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini. Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Namun umum mengetahui sebenarnya, UMNO BN takut kalah kerana situasi politik mutakhir ini menyebelahi Pakatan Rakyat. Sementara dalam perkembangan yang sama, Dato' Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk membuat aduan kepada SPR kerana berjaya mengesan beberapa pengundi DUN Penanti yang telah dipindahkan ke DUN lain.

http://addin77.blogspot.com

Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_

sumber: harakahdaily

Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno

Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.

Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.

Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.

Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.

Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat).

`Isu potong� adalah sebahagian isu kecil tetapi memberi kesan yang cukup besar kepada politik PAS. Banyak lagi isu syariah yang berkaitan hukum hakam dan peraturan hidup dijadikan mainan politik Umno bertujuan memburukkan PAS pada kacamata bukan Islam tetapi untuk dihuraikan di sini mungkin panjang.

Rupanya `isu potong� bukan perkara kecil walaupun dianggap remeh bagi setengah pemikir lain. Perkara ini dibangkitkan oleh ahli kelab penyokong PAS dari Serdang. Katanya: �Saya ditanya orang (India) apakah masuk kelab �. nak kena potong?�

Mungkin pada sesetengah orang ia hanya bahasa sindiran tetapi dari segi sejarah pertembungan PAS dengan Umno, ayat inilah yang menjadi kejayaan kepada Umno selama ini dalam usahanya memutuskan hubungan orang bukan Islam daripada berhubung rapat dengan PAS.

Kejayaan dakyah Umno itu cukup berkesan menakutkan orang bukan Islam kepada PAS sejak PAS keluar daripada perikatan kerana Umno menguasai media elektronik dan cetak, cukup pantas dan sukar ditangkis PAS yang hanya bergantung melalui ceramah.

Sebaliknya sejak maklumat banyak diperolehi melalui internet, orang bukan Islam mula membuka mata tentang PAS. Segala tuduhan serong terhadap PAS selama ini adalah kekeliruan hasil daripada perancangan rapi Umno.

Dr Mujahid dalam usaha menjawab perkara yang dibangkit oleh wakil dari Serdang itu, berkata: �Orang Cina, India, Siam atau Iban, jangan takut menyertai kelab penyokong PAS kerana PAS tidak ada hak untuk mensunatkan orang bukan Islam.�

Menurut beliau, PAS berpegang kepada prinsip al-Quran menyatakan kebebasan beragama dan ia merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dipaksakan keatas mereka.

�Jadi orang bukan Islam jangan bimbang mereka masuk kelab penyokong PAS bukan masuk Islam. Agama hak masing-masing di hati masing-masing,� ujarnya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil kelab penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.

Program sehari, Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Taun Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam ucapan menariknya, Abdul Aziz berkata: �Antara Melayu, Cina dan India serta kaum lain mereka mungkin 40,000 pupu.� Dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Hampir 1,000 orang hadir dalam program yang ramai didominasi kaum India. Ini kemungkinan berikutan program tersebut diadakan di Klang iaitu kawasan yang mempunyai keahlian kelab penyokong PAS yang ramai terdiri daripada kaum India.

Program tersebut turut membentangkan dua kertas kerja disamping sesi soal jawab yang cukup hangat bagi meningkatkan kewibawaan kelab tersebut pada masa depan._

sumber: harakahdaily

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns_

sumber: harakahdaily

Sikap, tindakan Umno lebih buruk daripada Cheng Peng

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Cheng Peng yang sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.

Tambahan lagi sekarang ini terlalu banyak isu dan skandal terpaksa dijawab oleh kepimpinan negara maka tiada jalan lain untuk beralih kepada isu kepulangan Cheng Peng untuk dijadikan sasaran.

"BN mainkan isu Cheng Peng untuk tingkatkan kemarahan rakyat tanpa mereka sedar tindakan merampas Perak dengan cara tidak beradab dan membelakangkan demokrasi lebih teruk daripada Cheng Peng," ujarnya ketika berceramah di Kubang Semang semalam.

BN hendak mainkan isu ini semata-mata untuk membangkitkan soal perkauman dan menimbulkan pandangan serong terhadap pembangkang yang menggangap isu ini sebagai isu kemanusiaan, katanya.

Menurut Anwar, jika BN sanggup meningkatkan kemarahan rakyat tentang isu Cheng Peng kenapa pada masa yang sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pula mengadakan lawatan ke China yang merupakan 'bapa komunis'.

Sepatutnya isu Cheng Peng itu tidak dimainkan untuk tujuan itu kerana yang perlu ditangani segera ialah kembalikan hak kepada rakyat di Perak supaya kestabilan dibina semula demi pembangunan negeri dan rakyat, jelasnya.

"Bila keadaan di Perak tidak stabil macam mana pelabur nak datang. Siapa yang rugi bukan sahaja kerajaan malahan rakyat yang paling menderita," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menyentuh mengenai pengundian di Penanti Anwar berkata, beliau yakin rakyat N12 Penanti tidak berubah haluan sokongan pada Pakatan Rakyat kerana calon bebas tidak mempunyai agenda membantu rakyat sebaliknya suka-suka atau mencari publisiti murahan.

Justeru, semua petugas sama ada daripada KeADILan, PAS dan DAP harus menjalinkan usahasama yang lebih padu untuk memastikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. - mns_

sumber: harakahdaily

PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.

Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.

"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.

Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.

"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.

Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.

"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.

"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.

Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.

Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.

Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.

Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.

Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.

"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya. - mns_

sumber: harakahdaily