Khamis, 20 Januari 2011

First Our Trees, Now Our Oil – but still no Doctors!

Thursday, January 20th, 2011 GMT
Najib and Taib helicopter into Belaga
Sarawak’s vast natural resources have been sucked dry, but still we learn that there is not enough money to hire a doctor for the new clinic in Belaga opened by the Prime Minister of Malaysia himself last week!  The ten thousand displaced Bakun Dam refugees in Belaga must wonder why, since a tropical jungle the size of Singapore was cut down around them and sold to make way for the hydro-project which nobody needs.
Where did that money go and what about the compensation and the better life these people were promised in return for being forced from their native lands?   How can it be that the Malaysian Prime Minister and Sarawak’s Chief Minister, who flew in by helicopters surrounded by costly entourages to seek the votes of these disillusioned people, could not even afford to give them a doctor? 
No money for doctors but plenty for Taib’s Wedding Feasts
Vote winner - The Wedding Tour is being planned for every area of Sarawak
We hope we can shame them into looking again.  Perhaps they could save something from Taib’s upcoming Wedding Tour of Sarawak to boast his extremely young new bride?  Since the budget for this string of parties due to take place all over Sarawak will have to be vast, a small saving could pay for ten doctors in Belaga for ten years and for doctors in every other district as well!
Does Taib really think this bragging about his his own healthy ability to take a new bride is going to win votes from people who are worrying about the health of their own young children, their sick parents and their women in childbirth?  Is Sarawak Report alone in finding this wedding feast charade conducted by such an old man to be both disgusting and insensitive?
We advise those voters to be aware of another series of Road Shows also taking place at this time.  This is the Road Show of the Human Rights lawyer Baru Bian, who has won so many land rights cases for his native peoples and who is now supporting the cases of 200 different communities across Sarawak, who are fighting the land grabs conducted by Taib and his BN party.
Baru Bian is also the new leader of the opposition PKR party and he and his allies in DAP and SNAP want to return the people their lands and to pay for those missing doctors and schools and roads and generators.  Baru does not care to be rich, so find time to attend his Road Shows and forget about the scraps thrown to you from the Taib Wedding Feasts!
They took the wood and offer you Wedding Feast scraps!
The former forests of Belaga, cleared by BN cronies
The irreplaceable wood of Bakun and the rest of Sarawak went to build houses in Japan and China, furniture in Europe and even to make paper.  It raised billions and billions and billions of ringgit.
But what has been given to the people of Sarawak?  Meanwhile, the life of their jungle has been extinguished.  A priceless environmental heritage and a DNA data-base that could have resourced a thousand scientific discoveries has been lost to Taib’s crude grab at a single natural resource. 
So why do some people call Taib clever?  He was not clever enough to realise that the single commodity he grabbed as he tore down the glorious jungles of Borneo represented just one tiny fraction of the wealth available to a more discerning exploiter of nature.  A thousand benefits could have come to the people of Sarawak if their jungle had been more intelligently managed.  The people who call Taib clever mean that he may have destroyed his country, but that he made himself rich, possibly the richest man in the world.
They think this is clever.  However, it is stupid not to realise that the anger of the people of Sarawak would eventually rise up at such treatment and threaten to sweep that wealth away!  Taib now hopes his young, bejewelled Arab bride will melt their hearts again!
So what is this about our oil?
Alternative vision for Sarawak - while Taib celebrated yet another wedding feast at the weekend PKR Leader, the Land Rights lawyer Baru Bian, went on the first of his Road Shows to meet the people and hear about their real concerns
With the trees of Sarawak now gone Sarawak Report has now been able to reveal that there has been a dangerous new direction to Taib’s quest for wealth.   It is clear he does not want to give up his power until he has managed to suck us dry of oil as well.  For years our vast oil reserves have been sucked dry by Malaysia under his agreement.
Our off-shore reserves which could have made Sarawak into a beautifully kept country with nice roads and hospitals and school have all been pumped into Malaysia and the bank accounts of the BN politicians who have run the country since independence – look at the agreement 95 % of our oil wealth to Malaysia 5% of our oil wealth supposedly to Sarawak.
In our last report we showed that what remains of Sarawak’s oil, our reserves in our shallow waters, is under the control of Taib and new evidence that has come our way indicates that the old despot has once again handed its extraction to his same old business cronies.  Is there any evidence that a single ringgit of this wealth will come back to pay for doctors in Sarawak?

Najib memberi tazkirah di Batu Cave!!

Oleh: viet6

" NONEJutaan Penganut Agama Hindu Sambut Thaipusam

KUALA LUMPUR: Jutaan penganut agama Hindu di Malaysia hari ini menyambut perayaan Thaipusam dengan mengunjungi beberapa kuil di seluruh negara bagi menghormati hari kelahiran Dewa Murugan itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersama penganut Hindu yang meraikan perayaan tersebut dengan meluangkan masa memberikan ucapan ringkas kepada lebih 1.3 juta penganut dan pengunjung yang membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves di sini. Walaupun cuaca agak panas terik, ia tidak menghalang kira-kira 2,000 penganut membawa palkudam (belanga susu) dan lebih 1,000 yang membayar nazar dengan membawa kavadi, selain memecahkan kelapa serta mencukur rambut sebagai penebus dosa.
Lalu lintas serta keadaan sekitar juga dilihat terkawal dengan kehadiran 1,200 anggota polis dan juga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Sehingga tengah hari tadi, laluan ke Batu Caves bergerak lancar kecuali di Lebuhraya Lingkaran Kedua (MRR2) yang agak sesak terutamanya pada awal pagi tadi.
"

Umno: Biar mahkamah putuskan isu kerusi Pelabuhan Klang......M'SIAN INSIDER


Umno: Biar mahkamah putuskan isu kerusi Pelabuhan Klang......M'SIAN INSIDER

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah akan membawa isu statusnya dilucutkan semalam ke mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Bagaimanapun Noh mengakui bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim boleh mengisytiharkan kerusi itu kosongan dan pihaknya menunggu pemakluman rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pun begitu Badrul Hisham enggan mengulas apabila ditanya bila beliau akan memfailkan kesnya di mahkamah.

“Tiada komen. Saya akan memaklumkan esok,” kata wakil rakyat penggal pertama itu pada sidang media di sini hari ini.

Badrul Hisham juga mengesahkan beliau akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini.

Wakil rakyat itu menyertai Umno April lalu selepas meninggalkan PKR Oktober 2009.

Pada 8 Mac 2008 beliau bertanding atas tiket PKR.

Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan Prof A. Aziz Bari melaporkan speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

Aziz menambah Adun Pelabuhan Klang itu berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng semalam sebagai tidak sah.

Justeru katanya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan,” kata beliau.

KWAH KWAH KWAH.. SUDAH DIJANGKA DARI AWAL... UMNO TAK DE TELOQ... NO EGG..NO BALLS ...CAKAP BERDEGAR-DEGAR KONONNYA UMNO SUDAH PULIH DARI KEYAKINAN RAKYAT....BILA NAK DIUJI KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN MEREKA KECUT BACUL.. kwah kwah kwah...PRESIDENNYA NAJIB RAZAK TAKUT NAK BERDEBAT DENGAN KETUA OPOSISI YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM WALAU PUN MENDABIK DADA KONONNYA DSAI AKAN DEMAM DENGAN MAKLUMAT YANG ADA PADANYA....kwah kwah kwah... KALAU KETUA NOMBOR SATU UMNO DAH KECUT BACUL APALAH NAK DIHARAPKAN PEMIMPIN PERINGKAT BAWAHAN....kwah kwah kwah...DENGAN RAKYAT PUN TAKUT NAK BERSEMUKA... kwah kwah kwah...DEPAN AHLI-AHLI, PENYOKONG TOTOK DAN PENDOKONG TEGAR BOLEH EKSYEN...TEST MARKET TENGOK....kwah kwah kwah...BAWALAH ISU DERHAKA , KETUANAN MELAYU DAN HERET KEPALA LEMBU...INILAH MASA YANG TERBAIK...kwah kwah kwah...UMNO TIADA KEMALUAN LANGSUNG... kwah kwah kwah...RIP UMNO..REST AND ROT IN HELL!!!...kwah kwah kwah...

Dengar, Hayati dan Sahutlah Seruan Azan

by Nasrudin Hassan on Thursday, January 20, 2011 at 2:06am
1. Selepas isu non muslim memasuki dan mengunjungi masjid, kini timbul pula isu azan yang dianggap mengganggu ketenteraman awam oleh sebahagian dari penduduk negara kita. Sedang azan adalah syiar agama Islam yang telah berkumandang diangkasa sejak ummat Islam wujud di negara ini. Malang jika masih ada yang belum memahami nilai seruan azan yang cukup luar biasa ini. Mungkin juga buat - buat tidak faham sedang azan adalah seruan rutin yang boleh didengari melalui menara masjid, radio dan televisyen saban waktu malah di televisyen lengkap dengan subtitle nya.

2. Barangkali masyarakat kita samada muslim atau non muslim masih gagal menghayati dan mendalami nilai spiritual dan saintifik yang tersirat disebalik seruan azan yang dikumandangkan. Lebih malang jika kegagalan memahami seruan azan itu bertolak dari rasa benci dan jengkel terhadap agama Islam itu sendiri. Bukan sahaja non muslim, malah orang yang mengaku Islam juga pernah memaki hamun muazzin [ tukang azan ] kerana mengganggu tidurnya sehingga terdapat perbahasan hukum seorang muslim yang mencela seruan azan boleh membawa kufur atau batal aqidahnya didalam kitab - kitab Islam .

3. Azan ialah I'lam   iaitu [ seruan untuk memberitahu ] masuknya waktu solat [ sembahyang ] bagi ummat Islam. Menurut pendapat jumhur ulama' bahawa hukum azan ini ialah sunat muakkad bagi muslimin [ lelaki ] yang menunaikan solat berjamaah di masjid pada setiap 5 waktu [ subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak ]. Sementara menurut pandangan kebanyakan ulama' mazhab Hanbali , azan dan iqamah adalah fardhu kifaayah bagi solat 5 waktu justeru ia adalah syiar agama Islam yang perlu ditegakkan.

4. Azan menjadi syiar agama Allah iaitu mercu tanda kewujudan penganut ajaran Islam di kawasan atau kariah tersebut. Syiar ini bukan sahaja mesti diamal dan dipertahankan oleh ummat Islam malah mengagongkannya merupakan tanda jiwa dan hati yang bertaqwa kepada Allah swt.

Firman Allah swt : [ bermaksud ] Barang siapa yang mengagongkan \ meninggikan syiar agama Allah maka sesungguhnya ia adalah lambang ketaqwaan hatinya kepada Allah swt.

5. Tiada apa yang perlu dibimbangi atau ditakuti dari seruan azan ini. Bahkan ia adalah seruan yang cukup positif dan membina struktur tamadun ummah. Malah lirik atau senikata azan itu sendiri sudah cukup mendamaikan jiwa yang kusut dan hati yang lusuh asal sahaja seruan itu dinikmati dan dihayati alunan serta maksud setiap kalimahnya.

6. Azan bermula dengan seruan kebesaran dan keagongan Allah swt. Kemudian persaksian bahawa Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah swt dan Muhammad adalah utusan Allah. Azan juga menyeru manusia agar tunduk dan sujud kepada Allah sebagai satu kemenangan hakiki yang perlu dicapai oleh manusia . Allah adalah Tuhan yang Maha Agong, Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah swt.  Lafaznya
 
  ألله اكبر الله  أكبر  الله أكبر الله أكبر  .
أشهد أن لا إله إلا الله  أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمدا رسول الله  أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة  حي علي الصلاة
حي على الفلاح  حى على الفلاح
الله أكير الله أكبر
لا إله إلا الله

7. Allah swt, adalah Tuhan kita semua. Tuhan yang mencipta manusia dan segala makhluk. Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang menurunkan hujan lantas menyuburkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh - tumbuhan yang menjadi rezeki kepada ummat manusia. Itulah yang Tuhan yang kita Agongkan saban waktu dengan seruan azan yang dikumandangkan agar manusia selaku makhluk yang diciptaNya tidak lupa untuk mentaati perintahNya dan tidak melanggar laranganNya.

8. Manusia sering leka dan lalai. Peringatan seperti ini menjadikan manusia kembali mengingati Allah swt. Manusia yang ingat kepada Allah tidak akan melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Mereka tidak akan melakukan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Mengingati Allah swt menjadikan manusia baik, berintegriti, berakhlak dan berhati jujur.

9. Dunia ini akan menjadi aman dan damai jika seruan azan ini berjaya menyelinap masuk dalam hati kecil setiap individu manusia dan mereka menyahut seruannya. Betapa jika seruan ini turut menyelinap masuk ke bilik Menteri Besar dan exconya, bilik Perdana Menteri dan anggota kabinetnya, bilik Pengarah Syarikat dan ahli lembaga pengarahnya, lalu mereka menyahut seruan tersebut, banyak masaalah boleh diatasi.

10. Siapa lagi yang tergamak mempersoalkan seruan yang sedemikian indah dan suci ini ? Pula dikumandangkan dengan alunan yang lunak dan menusuk qalbu. Saya tidak nampak seruan azan ini menganggu ketenteraman awam sedang seruan itu hanya memakan masa sekitar 5 minit setiap kali ia dikumandangkan. Biarpun menggunakan pembesar suara, azan adalah satu seruan yang sangat indah untuk didengar dan dihayati oleh semua berbanding bunyi bising dan bingit muzik yang sanggup kita dengar saban hari dan saban ketika melalui konsert, pita rakaman, corong radio, televisyen, super market, restoran dan lain - lain.

11. Demikian juga kita sanggup mendengar bunyi - bunyian yang lain seperti deruan enjin kereta, kapal terbang, keretapi, kilang, mesin dari tapak binaan, salakan anjing dan suara tinggi  manusia berpidato, bertengkar dan membebel. Kenapa kita mesti bersikap tidak adil terhadap azan yang hanya dikumandangkan sekadar 5 minit ? sedang seruan itu untuk mengingatkan manusia yang alpa agar mereka sedar akan amanah dan tanggubgjawab mereka .

12. Azan subuh sering dipertikai kononnya menganggu mereka yang sedang enak tidur. Sekali lagi saya mengajak supaya kita hayati seruan azan ini. Terdapat sedikit perbezaan seruan azan diwaktu subuh berbanding waktu - waktu lain. Azan waktu subuh ditambah satu lagi seruan yang berbunyi : الصلاة خير من النوم    الصلاة خير من النوم

maksudnya : Solat [ sembahyang ] itu lebih baik dari tidur .

13. Saya tidak jangka ada orang akan berkata bahawa tidur itu lebih baik dari sembahyang kecuali ia seorang yang tidak tahu menilai erti agama dan ketundukan kepada sang Pencipta dalam hidupnya. Azan subuh akan dikumandangkan pada waktunya sekitar jam 5. 50 am . Saya kira inilah juga waktu setiap orang akan bangun untuk bersiap ke tempat kerja malah mereka boleh berterima kasih kepada muazzin . Sekalipun pada hari - hari cuti, disiplin hidup menjadikan mereka perlu juga bangun awal untuk senaman dan sarapan, sementara solat subuh itu sebahagian dari senaman fizikal untuk kesihatan yang sistematik bagi ummat Islam.

14. Disiplin waktu bangun pagi bukan sahaja dibantu oleh muaazin yang mengumandangkan azan saban hari tetapi juga dikongsi oleh makhluk Alllah yang lain seperti ayam yang berkokok setiap kali masuk waktu subuh dan cengkerik juga akan berbunyi dengan nadanya yang tersendiri. Ertinya waktu subuh ialah waktu manusia mesti bangun untuk memulakan kehidupan sehariannya secara disiplin dan sihat. Bagi seorang muslim, ia bermula dengan rukuk dan sujud kepada Allah swt sebagai tanda syukur yang tidak terhingga diatas segala nikmat kurniaNya.

15. Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina. Terima kasih muazzin .

Murnikan Perjuangan  Maknakan Kemenangan

Madzamtoklah Madzam's Photos -Najib kata "Jangan cabar....nanti Demam"

Najib kata "Jangan cabar....nanti Demam"
Tapi Md Isa "CABAR" penyokong Shahidan berdebat...Ini boleh mendatangkan "demam".

***Ini-lah cerita dalam UMNO yang bersuhu melebihi 40°C tahap Demam kritikal..
PADANG BESAR, 19 Jan: Konflik yang melibatkan Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Besar, Ali Ismail terus berlanjutan dengan perkembangan terbaru timbulnya desakan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua pihak berhubung isu 'mentalkinkan Umno Perlis' yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30433%3Apenyokong-md-isa-cabar-penyokong-shahidan-berdebat&catid=57%3Anegeri-perlis-indera-kayangan&Itemid=102

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/01/debat-akan-berlangsung-di-perlis.html?spref=fb

Topeng Perak Unmasked's Photos - Misi Mendaulatkan Islam Di Oman Oleh RosMoh

RosMoh sorang je yang tutup aurat, yang lain semua kurang ajar tak reti nak tutup aurat..!

Petanda Awal Kejatuhan BN Di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Bermula Apabila Calon Yang Bukan Pilihan Tiba-Tiba Pula Di Pilih Oleh Si Muhyiddin!

LABIS, 19 Jan [6.00 pm] - Tanpa mengambilkira pandangan banyak pihak terutamanya pemimpin UMNO setempat dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional untuk bertanding di DUN Tenang pada Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan hujung bulan ini, tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mohd Azhar Ibrahim (foto) mewakili parti itu. Difahamkan, ini menimbulkan kemarahan ramai pemimpin dan penyokong UMNO Bahagian Labis. Tambahan pula Azhar hanyalah ahli biasa bahagian itu cuma beliau pernah menjadi Bendahari Pemuda UMNO Labis suatu ketika dulu. Azhar juga merupakan Penolong Pegawai Daerah Rengit. Maka itu, pemilihan Azhar dilihat satu petanda awal kejatuhan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang sebenarnya. Terdahulu Muhyiddin mengumumkan di kawasan lapang di belakang Pejabat UMNO bahagian Labis di hadapan hampir 700 penyokong BN. Ramalan awal menjangkakan UMNO akan memilih calon wanita untuk bertanding kali ini, tambahan pula calon PAS adalah wanita. Namun, ternyata sangkaan ramai meleset sama sekali dengan pemilihan Azhar ini. Apapun, ia sedikit memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat samada bagi mengurangkan majoriti undi BN atau pun merampas terus kerusi DUN itu nanti. Tambahan pula difahamkan undi pos yang terdapat disitu hanyalah sekitar 18 undi sahaja. Ini akan memberi tamparan hebat kepada UMNO BN yang selama ini dipercayai memanipulasi undi pos sesuka hati.
[Nampaknya ramai penyokong UMNO BN pasti marah dengan kenyataan ini. Namun, itulah hakikatnya. Mana mungkin, seorang ahli UMNO biasa yang hanya bekas Bendahari Pemuda pada zamannya boleh dipilih sebagai calon. Sedangkan, tujuan asal puak-puak UMNO sanggup gunakan "politik wang" untuk menang jawatan-jawatan penting dalam parti hatta di peringkat bahagian sekali pun ialah demi kuasa. Mereka tahu, apabila kuasa ada maka mudahlah untuk menentukan hala tuju dan perjuangan mereka. Maka, kenapa Ketua UMNO Bahagian atau lain-lain pemimpin utama bahagian itu tidak dipilih oleh Muhyiddin. Kenapa pula Azhar Ibrahim yang dipilih?. Sedangkan seorang Ketua Bahagian UMNO mahukan jawatan itu, kerana mengimpikan untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sudah pastilah idaman mereka ialah untuk bergelar "Yang Berhormat". Maka itu, pemilihan Azhar sudah pasti amat mengecewakan mereka sebenarnya. Malah, terdapat ura-ura undi protes akan dibuat kepada calon BN atas kesilapan yang dilakukan oleh Muhyiddin ini].

Akhirnya Parti KITA Pimpinan Zaid Di Lancarkan Dengan Disertai Beberapa Orang Pemimpin Politik Daripada Parti Pembangkang Dan Juga Kerajaan !


Seperti yang dijanjikan akhirnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dilancarkan secara rasmi hari ini. Parti yang diterajui oleh bekas Menteri UMNO dan pemimpina kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (foto) itu turut dibarisi oleh beberapa orang pemimpin politik terkenal tanahair. Antara mereka termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Presiden PPP, Datuk M.Kayveas. Turut kelihatan hadir ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallahuddin Hashim dan bekas Timbalan Setiausahanya yang dipecat iaitu P.Jenapala. Ramai bekas pemimpin PKR, SNAP dan lain-lain parti politik juga dilihat hadir pada program itu pagi tadi. "Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya. Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan. Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, AKIM sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember tahun lalu.


Inilah barisan KITA, antara pemimpin parti yang diterajui oleh Zaid
[Dengan pelancaran rasmi parti yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim ini, maka ia dilihat bakal menjadi pesaing hebat kepada UMNO BN dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya, sempatkan parti Zaid itu menyertai pilihanraya umum nanti?. Apapun, kemasukan ramai pemimpin politik sedia ada ke dalam KITA membuktikan pengaruh Zaid bukanlah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Prinsip perjuangan adalah lebih jelas dan terbuka berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO atau PKR sebelum ini. Cuma apakah dalam KITA tidak akan wujud amalan proksi dan cantas-mencantas seperti yang amat ditakuti oleh Zaid dulu. Khabarnya ramai lagi pemimpin PKR dan UMNO yang akan menyertai Zaid selepas ini, termasuk dari Pahang ini].

Akhlak Blogger UMNO Makin Parah, Selepas Hina Tok Guru Dan Caci Ulamak Kini Mereka Rela Gelar Blogger Pro-Pakatan Sebagai "Anjing-Anjing" Pula

Mungkin dek kerana terlalu ghairah dan taksub untuk "mengipas" pemimpin UMNO agar sedar dengan kehadiran beliau maka blogger pro-kerajaan tergamak mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas mutakhir ini. Bukan sahaja memaparkan gambar-gambar yang tidak senonoh malah sanggup menghina dan mencaci pula golongan ulamak. Inilah yang berlaku kepada salah seorang blogger handalan di Pahang iaitu Braveheart (foto) sekarang ini. Sejak awal penulisannya, beliau ternyata nampak agak terbuka mengkritik. Namun, mungkin dek kerana mahu pemimpin UMNO Pahang menyedari kelibatnya, maka akhirnya beliau sanggup mengadaikan maruah demi perjuangan sibernya itu. Sikap beliau ini amatlah memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Paling terbaru, beliau sanggup melabelkan blogger Pakatan Rakyat sebagau "anjing-anjing" yang kononnya sedang berkeliaran di DUN Tenang sekarang ini. Posting terbaru beliau yang bertajuk "Blogger (Pencacai) Pakatan Serang Tenang" jelas sekali menggambarkan kedaifan akhlak blogger terbabit. Tulisannya membuktikan maruahnya kini semakin terhakis sebenarnya. Sebelum ini, dalam posting terdahulu beliau turut menyatakan "Anjing-anjing yang masih kenyang ini akan berkeliaran di felda Tenang dan menyalak kesana kemari seperti yang diarahkan oleh tuan (guru)nya. Perhatikanlah, anjing-anjing ini juga sudah mula memasuki blog-blog pro kerajaan dan melemparkan kata nista serta fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerajaan"Selepas ini nanti tentulah segala bloger pencacai Pas dan penyokong parti DAP kafir harbi ini akan lebih nyaring suaranya, al-maklumlah mereka sudah kenyang diberi makan dan upah yang sewajarnya untuk menyalak menentang kerajaan. Jangan hairan jika nanti anjing-anjing ditepi jalan juga akan mula menyalak setiap siapa yang lalu lalang", ketika menghina kononnya Tuan Guru Nik Aziz membuat fitnah ketika mengulas isu "Hudud" di Kelantan semasa Majlis Ramah Mesra dan Dialog Blogger yang diadakan baru-baru lalu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Justeru rakyat diminta menilai apakah mentaliti dan sikap sebenar perjuangan dan hala tuju blogger seperti ini

Klik pada imej untuk besarkan bukti tulisan "Anjing" blogger terbabit
[Kami difahamkan blogger terbabit sebelum ini sendiri telah banyak kali menghentam Kerajaan UMNO BN di Pahang, akibat tidak ambil peduli kebajikannya. Malah difahamkan sedang berusaha membawa kembali proksinya ke dalam politik Pahang iaitu bekas Ketua Pemuda yang telah diterajang oleh MB Adnan Yaakob iaitu Datuk Azizan Yaakob. Kini beliau dan kuncu-kuncunya sedang melakukan strategi untuk memastilkan masa depan Datuk Azizan kembali cerah dipersada politik di Pahang. Malah, beliau juga sering menghuru-harakan UMNO Jerantut dengan berbagai pendedahan panas yang dibuat menerusi blog-blognya yang pelbagai itu. Kami difahamkan beliau mempunyai banyak blog dalam versi yang berbeza. Soalnya, kenapa beliau meracau tidak tentu pasal sekarang ini agaknya. Apakah motif dan matlamatnya sebagai Exco Blogger Pembela Negara bagi negeri Pahang itu akan tercapai jika ini keadaannya. Kami difahamkan, nasib beliau dan blogger-blogger "hardcore" lain kini terpinggir dan hak mereka dinafikan. Anehnya, beliau menggelarkan pula blogger pro pembangkang sebagai "pencacai", sedangkan hakikatnya blogger seperti inilah yang menjadi pencacai sebenarnya. Apakah ia boleh dimaafkan?].

Edisi Pahang: Kajian Mengenai Projek Pembinaan Landasan Keretrapi KL Ke Kuantan-K.Trengganu-K.Bharu-Tumpat Di Jangka Selesai Bulan Mac Ini

KUANTAN, 19 Jan [12.34 pm] - Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri (foto) berkata kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan. "Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini. Abdul Rahim berkata laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif sekaligus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. "Laluan Pantai Timur itu adalah rangkaian komprehensif bukan sahaja untuk laluan kargo tapi juga laluan penumpang kerana Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baharu tiada laluan jajaran kereta api yang melalui bandar-bandar sedangkan terdapat keperluan di situ," katanya.

Debat: Dato' Fauzi Cadang Timbalan Pengerusi II Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Si Yusri Ahon Lawan Khairy Jamaluddin Bukan Anwar !!


TEMERLOH, 19 Jan [10.00 am] - Lawan sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin jika mahu berdebat bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Umum PKR itu. Tambah Fauzi, ini disebabkan Khairy hanya duduk di kaki lima kabinet Najib yang tidak tahu apa-apa tentang dasar ekonomi dan subsidi kerajaan, justeru tidak layak berdebat tentang ‘Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat’. "Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula. Lagi pun Yusri , walaupun berketurunan Orang Asli adalah lulusan universiti yang bijak menganalisis perkembangan ekonomi “PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh baru-baru ini. Sebelum ini, Khairy berya-iya mahu gantikan Najib untuk sahut cabaran berdebat dengan Anwar, setelah Anwar mencabar PM Najib berdebat isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

[Berdebat memang satu cara terbaik untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam sesebuah negara itu. Malah, negara yang dianggap "polis dunia" seperti Amerika Syarikat sekali pun mengamalkan amalan berdebat secara terbuka untuk mana-mana pemimpin yang berhasrat menawarkan diri bertanding dalam jawatan utama politik di negara itu. Rakyat akan menilai setiap hujjah dengan minda yang terbukan tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Namum, anehnya negara Islam seperti Malaysia ini takut untuk berbuat demikian. Apakah yang ditakutkan sangat oleh mereka agaknya?. Apakah takut rakyat ketahui banyak penyelewengan yang berlaku atau sebaliknya. Lantaran itulah kami yakin debat ini tidak akan berlaku secara profesional di negara kita, malah jika ada sekali pun pasti akan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan mereka dan gusar dengan kebangkitan rakyat itu sendiri sebenarnya].

Kontroversi: Pihak Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Percepatkan Bicara Kes Pegawai Kanan MUIP Di Tangkap Khalwat !!


Susulan pendedahan panas kami perihal kes seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat di sebuah hotel ternama dekat Kuantan baru-baru ini, maka ramai pihak yang menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan kes tersebut. Biarpun, ada yang cuba menafikan berita itu atas alasannya yang tersendiri, namun ramai pihak sebenarnya sudah mengetahui kejadian itu biarpun tidak dihebahkan di laman blog ini. Cuma, anehnya tidak ada satu pun media arus perdana yang meng"highlight"kan insiden tersebut. Seolah-olah mereka tidak mendapat maklumat sebenar tentang kejadian itu. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Menurut sumber, segala fail dan kertas pendakwaan terhadap pegawai terbabit sudah pun disiapkan. Cuma terdapat beberapa halangan yang menyebabkan ia tergantung sekarang ini. Mungkin dek kerana, pengaruh pegawai berkenaan atau sebaliknya. Malah, usaha-usaha untuk meminda kes masih dijalankan sekarang ini. Segalanya bertujuan untuk menyelamatkan dua individu terbabit dari didakwa berkhalwat. Apa yang lebih mengejutkan ialah, ada pula pihak yang bersetuju bahawa pegawai berkenaan sudah pun berkahwin dengan pasangannya yang juga kakitangan di jabatan agama tersebut (MUIP).

Maruah Agama Itu Penting Untuk Di Pertahankan


Soalnya, jika mereka sudah berkahwin mengapa perlu mengadakan perjumpaan sulit di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan mencurigakan ketika ditangkap?. Malah, terdapat juga maklumat mengatakan pegawai berkenaan memang telah lama berhubung secara sulit dengan pasangannya itu. Difahamkan, ketika di Pejabat Kadi Jengka dulu, pasangan (wanita yang ditangkap itu) juga telah mempunyai kes seperti ini hingga menyebabkan tindakan displin hampir diambil terhadap beliau. Ketika itu, dia masih berkerja secara kontrak di sana. Maka, atas usaha pasangannya yang merupakan pegawai kanan MUIP akhirnya dia dipindahkan sebumbung dengan pegawai terbabit dan diuruskan jawatan tetap disitu. Maka, bermulalah era hubungan terlarang yang langsung tidakk diketahui oleh orang ramai hatta kakitangan di MUIP sendiri. Hinggalah kedua-duanya tertangkap pada penghujung November tahun lalu itu. Jika tidak, sudah pasti perhubungan sulit kedua-dua mereka sukar untuk dihidu. Begitulah serba sedikit maklumat terkini yang diterima oleh pihak kami berkenaan kes itu sekarang. Apapun, laporan seterusnya akan menyusul dan difahamkan pasangan wanita terbabit kini sedang menguruskan kursus kahwin dengan pihak tertentu untuk membolehkan beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya itu. Ia bagi tujuan mengelirukan orang ramai tentang insiden yang berlaku terhadap mereka.


Penguatkuasa JAIP begitu garang menangkap umat Islam
beli nombor ekor satu ketika dulu, soalnya kenapa dalam

kes ini mereka akhirnya terpaksa menikus agaknya ?
[Diharap, pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat mempercepatkan proses pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh terbabit. Usahlah dicari jalan untuk melengah-lengah atau meminda kes tersebut. Lakukan tindakan biarpun ia agak perit akibat desakan daripada pihak atasan agar kes itu dipinda atau ditutup. Islam perlu dipertahankan lebih dari segalanya. Ingatlah, Allah melihat apa yang anda semua kerjakan. Tiada gunanya lagi menyimpan pegawai yang khianat di sebuat jabatan agama yang sepatutnya menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Jika kes ini tidak ditangani dengan secara adil dan saksama, maka sudah pasti ia akan memberi tanggapan negatif kepada umat Islam di negeri ini sebenarnya. Mereka akan memberontak kerana bila ada kes melibatkan orang yang berkedudukan maka kes akan ditutup atau dipinda, tetapi jika berlaku kepada orang biasa begitu laju pendakwaan dibuat. Siapakah yang lebih mereka takutkan sekarang?. Kami akan mendedahkan gambar sebenar pasangan terbabit, kiranya tiada apa-apa tindakan pendakwaan dibuat dalam sehingga akhir bulan ini. Demi maruah agama Islam, biarlah ia menjadi satu pedoman untuk semua].

Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Tetapkan Mulai Dari 14 Feb Hingga 25 Mac ini !!

KUALA LUMPUR 17 Jan [12.12 pm] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Februari hingga 25 Mac ini untuk sambung perbicaraan kes liwat babitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika sebutan kes itu di kamar beliau hari ini. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 hingga 4.30 petang (26 Jun 2008).
[Nampaknya sampai bila-bila pun kes liwat II ini tidak akan tamat jika inilah keadaannya. Namun biar apa pun yang terjadi, rakyat sebenarnya sudah mengetahu sejak dari awal lagi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan disabitkan dengan pertuduhan terbaru ini. Tambahan pula, tindakan pihak berkenaan memberi tekanan kepada beliau dengan membawa masuk para pelakon baru seperti Ummi Hafilda Ali jelas sekali merupakan langkah terdesak untuk memastikan Anwar tetap ke dalam. Apa yang pasti, pilihanraya umum ke-13 pasti akan diadakan selepas sahaja pemimpin pembangkang itu dipenjarakan nanti].

Rabu, 19 Januari 2011

Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh facebooker Umno!!

Oleh: Pria Malaya

Lagi fitnah berzina terhadap pemimpin2 PAS oleh penyokong (blogger/facebooker) Umno..kini seperti dijangka, calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman menjadi sasaran jahat mereka!



Suara Dari Bumi:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"


Berita fitnah ini kemudiannya dijaja dan disebarkan oleh beberapa blogger dan facebooker Umno, antaranya..

Pas Beruk:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "


Amaran buat petugas PAS/PR!

Sila perhati muka-muka ini di DUN Tenang..jika boleh, sila cetak dan sebarkan gambar-gambar ini agar petugas2 parti dan pengundi Tenang boleh mengenalpasti tindak tanduk mereka..



Menurut admin facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari':
"Papa Gomo di dapati telah mengekori beberapa petugas PAS serta mengambil gambar dan memasang telinga perbualan petugas PAS PRK Tenang! ~Mereka mungkin tak kenal Papa Gomo! Itu kelemahan mereka...

Namun bagi kita atau petugas2 PR utk PRK Tenang yg kenal beliau, sila ambil perhatian! Sila 'BUAT SESUATU' apabila nampak kelibat si MALAUN ni, lebih2 lagi di Tenang nanti! Khabarnya dia sedang mencari maklumat peribadi calon PAS Tenang.... ~AWAS GOMO AKU KENAL KO! -andak"
Siapa tak kenal blogger jumud Umno ini, Papa Gomo, seorang blogger pemfitnah yang paling tersohor dikalangan penyokong Umno..banyak koleksi fitnah beliau, antaranya beliaulah yg pernah menfitnah MB Selangor, Khalid Ibrahim adalah penagih arak dan alkohol..kalian boleh rujuk bukti di SINI..



Jika kalian perhati gambar di atas, di sebelah Papa Gomo adalah rakannya yg bernama Mohd Azmy bin Awang (Azmy Awang Kelana Jaya), seorang facebooker yang kerap memakihamun dan menyebarkan berita palsu dan fitnah..



Selain Papa Gomo dan Azmy Awang, seorang lagi rakan mereka adalah, Syamsul Azrai, yg menggelarkan dirinya sebagai 'Pas Beruk' di dalam facebook..kalian boleh rujuk contoh fitnah beliau di SINI..

Sumber dan pendedahan lanjut (latar belakang) muka-muka pemfitnah ini boleh dirujuk dlm blog "propartiislammalaysia.blogspot.com"..klik di SINI..

Kes fitnah zina ADUN Selising dan Perupok

Untuk pengetahuan pembaca, muka-muka inilah yang mereka dan menjaja fitnah knonnya ADUN PAS Selising dan Perupok telah berzina dan berkhalwat..mereka kononnya mahu mendedahkan bukti bergambar dan video pada awal Januari 2011 jika ADUN Selising berdegil tidak mahu mengaku..namun sehingga kini langsung tiada bukti2 sebagaimana yg dijanjikan walaupun ADUN itu telah menafikan sekeras2nya..

Kalian boleh rujuk tulisan penulis mengenai koleksi kes fitnah zina oleh penyokong2 Umno di SINI..

Cerita fitnah ADUN Selising berzina pula boleh ikuti pada link di bawah..

1. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising! (siri 1)
2. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising...(siri 2)

Akhir kalam..ingat Umno, ingat Fitnah Zina..fikir2kan..wallahua'alm..

Kelab Bekas Ahli Umno's Photos - Umno yg memperjuangkan Islam.


Surat Mahathir kepada Israel satu bukti betapa bagaimana jahatnya pimpinan Umno dalam menghalang usaha menegakkan syiar Islam

Photos of Tok Malim Hutan-Cikgu Mala ke SK LKTP Kemelah kerana urusan dokumentasi perletakan jawatannya di Sekolah tersebut.


Pagi ini Cikgu Mala ke SK LKTP Kemelah kerana urusan dokumentasi perletakan jawatannya di Sekolah tersebut. Kami sempat merakamkan detik2 penting untuk tatapan umum dan terkhusus buat pengundi2 di DUN Tenang yang dihormati.

Aiman Tak Kesah's Photos - wujud spekulasi bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kemungkinan???


Gambar di atas di cilok dr Parpukari masak asam (parpukhairi)
Juga wujud spekulasi bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kemungkinan ditawarkan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri susulan pengumuman bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Rembau Julai depan.

SEKALI LAGI PRK RAHMAT ALLAH KEPADA RAKYAT.........


Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
SEKALI LAGI PRK
RAHMAT ALLAH KEPADA RAKYAT.........

PRK ke 15 di Selangor?

January 19, 2011 No Comments

YB Speaker DUN Selangor dalam sidang media.
Belum pun selesai proses penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil ke14 di DUN Tenang berjalan pada 22 Januari ini, kemungkinan besar satu lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan. Kali ini Selangor bakal menjadi tumpuan apabila sebentar tadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Dato’ Teng Chang Kim mengumumkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang yang diwakili oleh Badrul Hisham Abdullah.
Badrul Hisham Abdullah memenangi kerusi tersebut atas tiket KeADILan pada pilihanraya umum lalu dengan memperolehi majoriti sebanyak 4407 setelah menewaskan wakil UMNO. Namun kini , Badrul Hisham Abdullah memilih untuk tidak berparti dan menjadi wakil rakyat bebas di DUN tersebut semenjak 29 Oktober 2009 setelah hilang tanpa dapat dikesan oleh pelbagai pihak termasuk keluarga dan parti. Beliau tiba-tiba muncul disaat kepanasan aktiviti lompat-melompat wakil-wakil rakyat pengkhianat dan turut serta mengumumkan keluar dari KeADILan.
Untuk rekod, beliau juga telah diheret ke Mahkamah  setelah mahkamah menerima 5 tuntutan menurut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Kelurga Islam Negeri Selangor yang dipohon Isterinya . Permohonan cerai Fasakh tersebut difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Klang  pada 22 Februari 2010.
Menurut Dato’ Teng Chang Kim, kerusi DUN Pelabuhan Kelang diisytiharkan kosong pada tarikh 16 Januari 2011 akibat kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama 6 bulan berturut-turut tanpa sebab. Kali terakhir dia kelihatan di dalam sidang dewan adalah pada 15 Julai 2010. Perkara ini diputuskan mengikut Artikel 69 dan 70 Perlembagaan Negeri yang menafikan sebarang bentuk rayuan.

Mungkinkah Dr Badrul Amin bakal calon KeADILan?
Menurut Dato’ Teng lagi, beliau hanya menerima surat penjelasan mengenai kegagalan hadir oleh Badrul pada 10 November lalu yang memberi alasan bahawa Badrul sedang menjalani rawatan tradisional di Pahang. Namun beliau menjawab dalam suratnya yang bertarikh 21 Disember bahawa penjelasan itu tidak diterima kerana sepatutnya Badrul memohon cuti lebih awal.
Kini kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang ini akan dimaklumkankepada pihak SPR dan SPR sendiri akan membuat keputusan mengenai tarikh PRK ke 15 yang amat dinanti-nantikan rakyat Selangor.
Pastinya jika berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor ia akan menjadi tumpuan seluruh negara. Bukan sahaja kerana ini merupakan indikator kejayaan dan penerimaan rakyat Selangor kepada pemerintahan KeADILan dan Pakatan Rakyat namun juga sebagai cabaran besar buat Najib Tun Razak yang kini mengepalai rejim UMNO di Selangor yang bercita-cita besar untuk menggulingkan pentadbiran Kerajaan Berkebajikan di Selangor kini.
Tumpuan diberikan kepada beberapa nama besar dalam politik Selangor kini. Di pihak KeADILan, kemungkinan besar nama-nama seperti Dr Badrul Amin Baharom yang kini merupakan Pengarah Komunikasi diPejabat MB Selangor menjadi sebutan. Beliau bukan sahaja terkenal dikalangan anggota parti malah di seluruh Selangor dengan aktiviti LayarRakyat setiap minggu disamping penyampaian kuliah dan ceramah agama seluruh negeri. Keperibadian beliau sebagai seseorang yang setia dan istiqamah dalam perjuangan juga pastinya memberi lebih banyak kelebihan. Bekas Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa ini pernah ditahan dibawah akta zalim ISA pada kemuncak kerjaya dan popularitinya.  Antara nama-nama lain yang mungkin dipertimbangkan adalah Bekas Ketua AMK Selangor (sehingga artikel ini ditulis,AMK Selangor masih belum putus mengenai ketua mereka) Sdr Khairul Anuar atau Jonah. Beliau seorang anak muda yang lantang bersuara pernah bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU 12 lalu menentang Najib Tun Razak. Jika parti memutuskan untuk meletak calon wanita pula nama-nama seperi Setiausaha Politik Menteri Besar Sdri Faekah Hussin, Bendahari KeADILan Negeri Selangor Y.M Tengku Maraziah Tengku Sulaiman atau bekas Ahli Parlimen Klang Datin Paduka Tan Yee Kew yang kini Ketua Penerangan KeADILan Selagor boleh dipertimbangkan.

Dipihak UMNO pula sudah tentu persaingan sengit untuk menjadi calon akan berlaku. Pastinya Ezam Mohd Nor yang makin aktif dalam UMNO Selangor akan berusahamelobi kerusi panas tersebut. Walaupun ini yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan anak didiknya dalam AMK kini dan juga panglima-panglima besar KeADILan seperti Azmin Ali, Shamsul Iskandar dan laijn-lain laluan untuk Ezam dijangka sukar. Kemarahan anggota UMNO apabila dia dilantik sebagai Senator masih belum reda. Kalau reda pun Ezam perlu melalui UMNO Bahagian Kelang yang mahukan kerusi itu kekal diwakili mereka. Calon lalu, Roselinda Abdul Jamil adalah menantu kepada bekas ADUN kawasan tersebut. Kemungkinan Ketua UMNO Bahagian, Dato Mazlynorr Abdul Latif untuk bertanding juga boleh dipertimbangkan disamping Ketua Pemudanya, Zainuri Dato’ Hj Zainal.

Dengan pecahan data seperti di bawah, kini pastinya KeADILan dan UMNO sedang mencongakpeluang masing-masing.

Pak Pedy's Photos -Kami rakyat pun nak tau jugak macam mana Altantuya mati.... apa motif kematiannya....????


Ooitt Najib Razak....
Kami rakyat pun nak tau jugak macam mana Altantuya mati.... apa motif kematiannya....???? Takan lu tak kesian kat si Azirul dan si Azilah tu... diorang pun ada keluarga juga... kalau salah sorang tu gila tiba2 air naik kapla lepas tu pi letupkan Altantuya gua percaya la jugak... atas alasan menghidapi penyakit psikotik yang dikenali sebagai gangguan dilusi (Delusional Disorder) iaitu sejenis gangguan pemikiran dan tingkah laku, boleh lagi gua percaya....Ini sampai kedua-duanya membunuh tanpa motif.... hehehe... lu tak rasa pelik ke... lu kan PM Malaysia... hello bro.... gua sebagai rakyat malaysia berasa teramat-amat pelik bro..... cumanya gua tak macam luuuu.... lu sebagai PM Malaysia lu ada segala maklumat.... gua rakyat biasa jer... apa bukti yang gua ada... hahaha....

Kelantan sedia tambah lesen premis minuman arak


Kelantan sedia tambah lesen premis minuman arak

http://www.malaysiakini.com/news/153754

Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.

- Bernama

Lordof Silkroad's Photos - Pilihan Raya Umum ???


KUALA LUMPUR, 18 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan memutuskan tarikh untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar berdasarkan pada majoriti yang bakal direkodkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang hujung bulan ini.

The Malaysian Insider difahamkan Najib meletakkan sasaran majoriti 5,000 undi di kubu kuat Umno itu sebelum memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini ataupun sebaliknya.

Najib (gambar) yang juga pengerusi BN akan melawat kawasan Tenang hari ini menjelang hari penamaan calon pada 22 Januari.

BN akan mengumumkan nama calonnya esok.

Hari pengundian pilihan raya kecil yang ke-14 itu ialah 30 Januari.

Ia pilihan raya kecil yang pertama di Johor sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan yang pertama sejak lebih satu dekad di negeri selatan itu.

Najib mahu Umno-BN mengulangi majoriti yang diperoleh ketika pilihan raya umum 2004 di mana calonnya memperoleh 5,517 undi.

Calon BN mempertahankan kerusi itu pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 2,492 undi.

“Tenang akan digunakan sebagai kayu ukur. Jika Umno boleh menang dengan majoriti 5,000 hingga 6,000 undi maka kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan Jun ini.

“Jika Umno gagal untuk mencapai sasaran itu, maka pilihan raya kemungkinan akan dianjakkan ke suku keempat tahun ini ataupun awal tahun depan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Pakatan Rakyat melihat pilihan raya kecil Tenang akan menjadi ujian bagi keyakinan ke atas Najib sama ada beliau boleh menerajui negara di bawah perikatan BN, kata seterunya.

Malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mengakui bahawa bagi mereka menawan kerusi Tenang secara realistik agak sukar tetapi jika dapat mengurangkan majoriti BN, bermakna ia akan mencerminkan populariti Najib sebagai perdana menteri.

Satu kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan bahawa kadar populariti Najib di Semenanjung Malaysia masih kekal tinggi walaupun ia merosot sedikit daripada 72 peratus Mei lalu kepada 69 peratus akhir 2010.

Pungutan suara itu menunjukkan 74 peratus orang Melayu, 54 peratus Cina dan 85 peratus orang India berpuas hati dengan prestasi Najib.

The Malaysian Insider juga difahamkan bahawa kegagalan dalam pilihan raya kecil Tenang juga kemungkinan akan membawa kepada rombakan Kabinet.

“Perdana menteri merasakan Kabinet perlu diperkukuhkan jika BN tidak dapat mencapai sasaran 5,000 undi.

“Jika ini berlaku, maka rombakan dijangkakan bulan depan. Bagaimanapun enam menteri NKRA tidak akan terjejas,” kata satu sumber.

Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (pelajaran), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pencegahan jenayah), Datuk Seri Nazri Aziz (rasuah), Datuk Seri Shahrizat Jalil (standard kehidupan), Datuk Seri Shafie Apdal (infrastruktur) dan Datuk Seri Kong Cho Ha (pengangkutan awam).

Difahamkan Najib sedang mempertimbangkan kedudukan Datuk Seri Rais Yatim dalam Kabinet meskipun beliau sudah pun menafikan dakwaan insiden rogol bekas pembantu rumahnya.

Juga wujud spekulasi bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kemungkinan ditawarkan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri susulan pengumuman bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Rembau Julai depan.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa beliau akan memperuntukkan RM20 juta bagi projek-projek gololongan muda, antara inisiatif Khairy yang dikemukakan susulan Makmal Pemuda BN tahun lalu.

sumber : "Pencacai SeMalaysia"

Hafez Sabri's Photos-Alhamdulillah, selesai bersama pimpinan pemuda PAS Perak dalam penyerahan momorundum!!!


Alhamdulillah, selesai bersama pimpinan pemuda PAS Perak dalam penyerahan momorundum memohon fatwa perbuatan zambry mb mahkamah yg melakukan upacara khurafat letak ancak ke tiang seri, harap mufti perak TIDAK mempertahankan kebathilan kerna kami tdk akan berdiam atas kemungkaran dilakukan, lawan tetap lawan, dakwah tetap dakwah

bila minyak naik lagi rakyat sensara lagi.....kerajaan telah mendahulukan rakyat dengan kesensaraan.....

bila minyak naik lagi rakyat sensara lagi.....kerajaan telah mendahulukan rakyat dengan kesensaraan...

pelajar di bunuh dengan kejam di sarawak-Muhyidin Rashid's Photos


PELAJAR DIBUNUH KEJAM


SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.

Mayatnya ditanam sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek di Kampung Sadong Jaya hari ini.

Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.

Mangsa tidak pulang selepas keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa dilihat digunakan oleh seorang remaja lain di kawasan Sadong Jaya, malam tadi.

“Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melakukan siasatan dan menangkap suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kampung Sadong Jaya.

Suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi di mana mangsa ditanam.

Sepasukan anggota Forensik yang tiba di tempat kejadian menggali semula tanah berkenaan sebelum menemui mangsa yang masih lengkap berpakaian dan berlumuran darah di dalamnya.

“Siasatan awal polis mendapati, sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan.

ALAHAI RAMAINYA PENJENAYAH BEBAS BERKELIARAN..

Selasa, 18 Januari 2011

Pelatih PLKN beragama Sikh dakwa rambut di potong

January 18, 2011
IPOH, 18 Jan – Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan program latihan khidmat negara selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas.
Basant Singh, 18, berkata kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.
“Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan ... saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini.
Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad.
Beliau mendakwa insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lepas.
Katanya, beliau yang mengikuti latihan di kem itu sejak 4 Januari hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelum ini panjang hingga mencecah pinggang didapati sudah pendek sekadar paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter.
Basant berkata beliau terus menghubungi ayahnya, Surinderpal Singh, 46, bagi memaklumkan perkara itu dan pihak kem kemudian membenarkan beliau bercuti selama seminggu dan melaporkan diri semula pada Ahad ini.
Beliau berkata 10 pelatih lain yang tinggal bersamanya turut terkejut dengan kejadian itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh penceroboh kerana asrama berkenaan tidak berkunci.
Katanya, kesemua pelatih yang tinggal bersama dalam asrama berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan beliau mengenali mereka.
Sementara itu, ayahnya Surinderpal berkata beliau juga tidak bersetuju anaknya kembali meneruskan latihan di kem berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya.
“Jika ketika tidur orang lain boleh sewenang-wenangnya masuk ke asrama dan memotong rambut penghuninya, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memotong leher anak saya tanpa sedar,” katanya.
Di Putrajaya, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong.
“Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah mengarahkan agar kajian terperinci dibuat dan saya telah mengarahkan Pengarah Operasi JLKN Kol Sanusi Hashim untuk mengetuai siasatan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata pihak pengurusan kem PLKN sedia maklum tentang agama Sikh dan rambut mereka tidak boleh dipotong dan pelatih-pelatih diberi ingatan supaya bahasa, agama dan kebudayaan rakan-rakan mereka dihormati.
Komandan kem telah memberi cuti kepada pelatih berkenaan berasaskan permohonan ibu bapa pelatih untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan secara kebetulan pelatih tersebut mempunyai temu janji dengan doktor gigi pada Jumaat ini, katanya sambil menyatakan kecewa dengan kejadian itu.
Abdul Hadi juga berkata pelatih sememangnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang objek tajam dan pihak pengurusan mempunyai pengawasan yang ketat terhadap perkara tersebut. – Bernama

Jurufoto Finas ditemui mati dalam bilik air

January 18, 2011
PETALING JAYA, 18 Jan – Seorang jurufoto Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditemui mati terlentang dalam bilik air di kediamannya di sebuah kondominium di Seksyen 10, Kota Damansara,  hari ini.
Norhaslinda Jaffar, 34, ditemui mati dalam keadaan berulat dan berbau busuk oleh rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar negeri kira-kira pukul 5.30 pagi.
Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
“Rakan mangsa yang berusia 40an terhidu bau busuk ketika masuk ke dalam rumah, terkejut apabila menemui mayat mangsa yang sudah berulat di dalam bilik air,” katanya.
Arjunaidi berkata mangsa dipercayai telah mati lebih tiga hari lepas.
Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

Gambar diatas ada lukisan wajah beberapa pendakwah yang berjaya mengislamkan hampir seluruh pulau Jawa,


Gambar diatas ada lukisan wajah beberapa pendakwah yang berjaya mengislamkan hampir seluruh pulau Jawa, bahkan dengan usaha mereka, gabungan semua negara rumpun Nusantara menjadikan penduduknya merupakan lokasi umat Islam yang terbesar di dunia.
Antara alat dakwah mereka ialah wayang kulit, alat pertanian, persilatan dan ilmu hikmat di samping yang jelasnya akhlak dan budi perkerti yang mulia.
Antara kesan peninggalan mereka ialah Masjid Agung Demak, Masjid Kg.Laut Kelantan dan Masjid Telok Manok di Pattani juga sebuah masjid tua di Champa, Komboja, di Pulau Besar Melaka Malaysia terdapat sebuah Makam antara wali-wali ini.

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.
Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.
Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.
“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.
Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.
“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.
Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.
“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.
Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.
“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Najib hanya berani berkokok di sebalik skrin tv..

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini. Dia berkata Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Tambahnya lagi, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dahulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang itu.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadirin pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut, pengecut, bacul, takut bini dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya hanya berani bercakap di layar televisyen sahaja.



Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%.

Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis.

Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan. [ttdi.kl 6:20 pm 18/01/11]

Lawatan MB Perak bukan pilihan rakyat ke UPSI disambut dengan laungan "MB Haram" dan "Katak"!



Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR

Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim.

Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan.



Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program.

Sumber: upsikini.blogspot.com

GEMPAR: Dua memorandum mohon campurtangan agung bantah kebiadapan Rosmah Mansor!!



Oleh: Pria Malaya

Penulis bersetuju dengan usaha dan inisiatif badan-badan NGO untuk mengadap agong bagi menghentikan tindakan biadap, melampau2 lagi memalukan Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor..

Penulis juga bersetuju dengan kenyataan badan NGO ini bahawa pemimpin dan penyokong Umno takut untuk bersuara dalam isu ini walaupun sebahagian dari mereka turut berasa jelek dengan keteramppilan berlebihan Rosmah Mansor..

Buktinya boleh lihat antara suara-suara blogger pro-Umno yang membantah, mengutuk dan mendesak supaya tindakan diambil terhadap Rosmah..baca pada link di bawah..


1. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno@Presiden Muslim Bloggers Alliance
2. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!
3. Lagi blogger Umno hentam Najib-Rosmah: "Najib dayus tidak tahu menjaga isteri"...
4. Koleksi isu/artikel berkaitan Rosmah Mansor (video n pic inside)


Terbaru, heboh di dalam media-media baru Rosmah Mansor rupanya mempunyai pejabatnya tersendiri di bangunan Jabatan Perdana Menteri..pertama kali dalam sejarah di Malaysia seorang isteri kpd PM mempunyai pejabat sendiri yg menggunakan wang rakyat demi mengurus dan menyelia segala aktiviti/program/rancangan Isteri Perdana Menteri..boleh rujuk di SINI..

Akhir kalam, kpd penyokong Umno yg sedar akan isu ini, tahniah penulis ucapkan..penulis tahu ramai diantara mereka yang jelek dan mual dgn gelagat Rosmah Mansor, namun kerana taksubnya kpd parti Umno dan Najib, krn bimbang malu dgn penyokong parti lawan, mereka sanggup mendiamkan diri, malah terpaksa menutur ayat2 puji dan bodek terhadap Rosmah Mansor..sungguh kesian..fikir2kan..wallahua'lam..


Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah

Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri berikutan tindakan Rosmah Mansor menggunakan gelaran Wanita Pertama dan mencampuri urusan negara.

PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.

Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.

Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.

“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

‘Rosmah semakin angkuh’

“Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.

“Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri,” menurutnya lagi.

Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.

“Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini.

Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung,” ujar beliau.

Perkasa tidak bersuara

Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.

“Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.

“Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.

Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.

“Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.

“Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti,” katanya lagi.

Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak

Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian.
“Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor.

Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik,” ujar beliau.

Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya.

Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah mencampuri urusan negara

“Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada,” menurut sumber itu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.

“Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?” soal beliau.

“Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?

“Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini,” tambah beliau. - FMT