Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
2 tahun yang lalu
"Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita (isu azan) tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini.Baca seterusnya dlm blog YB Kulim pada tajuk, "YB Teresa Kok jelaskan isu azan"..(cepat sebelum pengkhianat dan petalam dua muka ini memadam entry ini di dalam blognya)..
Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam."




SHAH ALAM, 13 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafei (foto), menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat. "Saya tidak akan letak jawatan dan keluar parti. Itu berita palsu," katanya kepada pemberita ketika di temui selepas menyertai demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam. Shuhaimi turut menyifatkan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media berhubung peletakkan jawatannya sebagai berita palsu. Sebelum itu pagi semalam tersebar SMS yang mendakwa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu akan meletakkan jawatan ekoran tindakannya mempersendakan kuasa Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Ketika ini, Shuhaimi sedang memberi keterangan kepada polis berhubung tindakannya mempersoalkan kuasa Sultan dalam pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru. Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 4.10 petang ditemani oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bersama pembantunya, Azmizam Zamanhuri.
BERA, 12 Jan [6.37 pm] - Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan ‘mengugut’ peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju. Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (BIPP) oleh Felda; terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang. Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan. Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas. Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah. “Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP. “Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,” katanya. Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian. Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka yang telah menjualkan hasil ke kilang Felda bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang. selamatkanpahang
Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita isteri Perdana Menteri Si Rosmah Mansor (foto), mengadakan lawatan selama tiga hari ke Arab Saudi mulai semalam. Mereka hairan apakah motif beliau itu agaknya. Kelibatnya jelas sekali mengalahkan lagak seorang menteri kabinet dan tidak pernah berlaku kepada isteri mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Apakah ini membuktikan yang Rosmah memang lebih berkuasa daripada PM sendiri dalam membuat keputusan apa yang mahu dilakukan. Dikala rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan sekarang ini, beliau tergamak untuk membazirkan wang rakyat atas alasan lawatan kerja. Siapakah beliau sebenarnya yang sanggup mengadakan lawatan kerja sebegitu rupa?. Bukankah beliau itu hanyalah isteri Perdana Menteri, makanya kenapa beliau harus mewakili kerajaan dalam urusan-urusan rasmi seeprti itu. Apakah kini beliau sudah memegang portfolio di dalam kabinet Najib agaknya?. Inilah yang memusykilkan rakyat dengan senario terbaru ini. Beliau bukan sahaja akan ke Arab Saudi, malah selepas itu juga dijadualkan akan melawat Oman selama empat hari dari 16 Jan sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Jan. Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri. Di Arab Saudi, Rosmah dijadual akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh. Rosmah juga khabarnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).














DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.