Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Setpol Ketua Menteri nafi keluar BN


Thursday, 11 March 2010 3:00 PM Oleh Masdar Wahid cheng yi
KUALA LUMPUR : Cheng Yi, Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak, menafikan yang beliau telah meninggalkan SUPP, salah satu sekutu BN di Sarawak.
Beliau yang dihubungi erapakatan.com sebentar tadi memberitahu, beliau enggan menjawab sebarang panggilan sebelum ini kerana beliau baru sahaja kematian ibu dan beliau memerlukan masa untuk berehat dan tidak mahu diganggu.
Cheng Yi turut menafikan beliau ada ditawarkan jawatan sebagai Naib Presiden SUPP tetapi mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita SUPP Batu Lintang.
"Saya masih lagi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dan masih lagi Ketua Wanita SUPP Bahagian Batu Lintang," katanya kepada erapakatan.com.
Terdahulu, desas-desus bertiup kencang di Sarawak sejak beberapa minggu lalu yang mengatakan beliau telah meninggalkan BN selepas tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita peringkat pusat dan turut menolak jawatan Naib Presiden yang ditawarkan kepada beliau.
Cheng Yi ialah Setiausaha Politik di pejabat Ketua Menteri Sarawak sejak tahun 2002.
Sejak pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006, SUPP terus dilanda krisis dalaman yang menyaksikan pimpinan kanan parti itu meninggalkan BN termasuklah menyertai Pakatan Rakyat. 
Parti tertua di Sarawak itu juga satu-satunya sekutu BN yang hilang kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu selain tewas lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihanraya negeri pada tahun 2006, walaupun ketika itu Tsunami Politik belum melanda seluruh negara.

ITeM di Sarawak

Kuching, 1-2/5/09 - Badan Perhubungan PAS Sarawak dan Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan ICT & e-Media (ITeM) dengan kerjasama dari Jabatan IT PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak, Saudara Rasdi dan Timbalan Pemuda PAS Sarawak, saudara Solehin.

Antara yang dibentangkan di dalam bengkel tersebut ialah memperkasakan IT untuk menyebarkan penerangan dan dakwah di bumi Sarawak. Seramai 5 orang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah membuat pembentangan dan demo untuk bengkel tersebut. Tujuan bengkel tersebut adalah sebagai langkah awal untuk PAS Sarawak menghadapi Pilihan Raya Sarawak yang ke-12 diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Kepentingan IT di dalam pilihan raya sekarang adalah satu keperluan setanding dengan zaman sekarang.

pemuda sarawak

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.