Muhammad Bercakap Ikut Sedap Mulut

" Bernama telah menemuramah Muhammad Muhd Taib berkaitan pelbagai perkara, termasuk misi dan visinya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Saya benar-benar kecewa apabila membaca semua soalan dan jawapan yang diberikannya. Itu sahajakah tahappemikiran pemimpin UMNO yang dikategorikan sebagai veteran itu?

Pada bahagian-bahagian tertentu, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Bila bercakap ikut sedap mulut, banyaklah tembelang yang pecah. Sehubungan itu, terserlah imej tidak cerdik yang memalukan dirinya sendiri. Anda perlu membaca teks penuh wawancara itu untuk melihat sendiri semua perkara yang diulas dalam artikel ini. Lihat http://www.malaysiakini.com

Soalan:
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh UMNO untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti ini selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu?

Dia ada sebut tentang UMNO kena ada proses restorasi. Ini bukan cabaran. Ini termasuk dalam projek yang hendak dilaksanakan. Calon Timbalan Presiden UMNO pun tidak tahu membezakan antara cabaran dengan projek. Semua yang dicecehkan dalam jawapan seterusnya tidak berkaitan langsung dengan soalan. Hentamlah labu!!!

Apakah 20 tahun cukup untuk bangunkan satu kaum yang begitu lama ketinggalan kerana dipetisejukkan di tepi sungai dan pantai dengan mentaliti yang terperangkap?

Pertanyaan di atas dihamburkan semasa mengulas tentang DEB. Sebelumnya dia menganggap pencapaian 18% ekuiti Bumiputera sebagai satu kejayaan. Memang betullah kata orang, Melayu mudah puas hati. Di sana sini rakyat mengkritik kegagalan DEB, Muhammad puas hati. Jika beginilah sikapnya, bala menanti orang Melayu jika dia jadi TPM.

Satu tanda tanya timbul berikutan fakta sebenar kegagalan DEB yang langsung tidak disentuh oleh Muhammad. Dia membutakan mata tentang hal itu. Apa muslihat dia? Mengapa memilih jalan mengabui mata orang lain yang celik? Tidakkah perbuatan itu cuba menyembunyikan sesuatu?

Pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan tentang kegagalan DEB disebabkan oleh ketirisan, kebocoran, salah guna kuasa, dan kronisme. Sebab itulah dia langsung tidak jawab soalan di bawah ini:

Soalan:
Tapi Tan Sri, ada persepsi bahawa UMNO itu tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi UMNO memperjuangkan kelompok tertentu, perjuangan untuk kroni?

Jawapan yang diberikannya tiada kaitan langsung dengan soalan. Dari sudut psikologi, orang yang bertutur itu sedang menghadapi tekanan hebat sehingga gagal mengawal diri. Sebab itu pemikirannya mendongkol.

Kaji track record sebagai pemimpin. Bagaimana saya wujudkan bandar Melayu di Shah Alam, Bangi, dan Damansara.

Ini kenyataan masuk bakul naik bas. Mengapa tak sebut tentang bawa duit juta-juta dan kena tangkap di Australia? Kenapa tak cakap tentang larikan Ku Yah hingga sultan murka? Track record itu bukankah lebih hebat? Tak terpecahkan oleh sesiapa pun di Malaysia!!!

Kalau parti lemah dan bertelagah ... orang Melayu akan lemah dan orang Melayu berpecah.

Inilah generalisasi paling tidak masuk akal yang selalu keluar dari mulut cabul pemimpin UMNO. Apa kena mengena orang Melayu keseluruhannya dengan perpecahan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO? Orang Melayu UMNO nak bergaduh, nak berparang, nak pecah kepala, atau apa-apa pun lantak dialah. Janganlah seret orang Melayu di luar UMNO. Mereka tidak bersalah dan tiada hak untuk masuk campur.

Adakah Muhammad sudah hilang akal dan hendak memberitahu orang Melayu; jika UMNO berkubur, orang Melayu akan terjun lubuk juga? NO WAY!!! Orang Melayu akan terus hidup sekalipun tanpa kehadiran UMNO. Sampai satu ketika nanti, UMNO hanya dianggap menyemak dalam politik Malaysia kerana tidak dipedulikan oleh orang Melayu lagi.

UMNO harus incorporate falsafah dan idea orang muda. Orang muda nak ketelusan dan sesuatu yang adil, dan UMNO perlu ada pendekatan baru yang sesuai.

Orang muda akan tersenyum sumbing bila membaca penjelasan ini. Teluskah UMNO membenarkan perasuah terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka? Adilkah UMNO membentuk kerajaan haram di Perak? Pendekatan baru yang paling sesuai dilaksanakan untuk menarik orang muda menyertai UMNO ialah meniru cara licik Khairy merasuah perwakilan sehingga tidak hilang kelayakan untuk bertanding apa-apa juga jawatan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan.

UMNO tak sorok hukuman, terbuka dan boleh dikritik, dasar terbuka yang menyebabkan rakyat boleh bersuara dan mengkritik dan memperbetulkan kesalahan yang ada.

Rakyat Malaysia amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Muhammad Muhd Taib jika pernyataan di atas keluar dari hati yang tulus ikhlas. Malangnya, pelbagai pihak mengkritik rampasan kuasa di Perak tidak bermoral, salah, dan perlukan pembubaran DUN untuk membetulkan kesalahan itu. Apa reaksi UMNO terhadap gesaan itu? Jawapannya: UMNO terus memekakkan telinga, sanggup turun naik mahkamah, mempergunakan institusi raja yang selalu mereka derhakai, dan mencabul kedaulatan undang-undang serta keluhuran perlembagaan. Anehnya, tiada penguatkuasa yang ambil peduli tentang pemerkosaan UMNO terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara yang berkenaan.

Oleh sebab itu, rakyat yang akan mengundi di Bukir Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai perlu menolak UMNO/BN dalam PRK yang akan dijalankan pada 7 April 2009 nanti. Gunakan undi anda untuk menguburkan UMNO/BN. Berikan undi anda kepada PAS dan PKR!!!

Umno dengan 'air kumbahan' sama sahaja.

" Bersidanglah umno pada 24 hingga 28 March 2009. Sama sahaja modas operandinya sidan agong umno yang lalu. Atau sidang agong umno di ibarakan macan sidang "Air Kumbahan atau "Air Tahi" atau "Air Najis" yang dikendalikan oleh Indah Water.

Apakan tidaknya hampir 98% pemimpin umno yang bertanding terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan politik wang atau rasuah wang .

Umno diibaratkan "Air Kumbahan" atau 'Air Najis atau 'Air Tahi' bergelumang dengan rasuah, jenayah politik serta jenayah pembunuhan. Tahniah DS Najib Razak selepas tamat sidang agung umno "air kumbahan" akan angkat sumpah menjadi perdana menteri Malaysia 3 April ini. Maka sahlan seorang penjenayah menjadi ketua negara Malaysia.

Seindah mana pun umno atau sebaik mana pun umno ianya tetap bagaikan "Air kumbahan". Semua jawatan dalam umno bermula dari bahagian umno termasuk sayap parti pemuda, ahli majlis tertinggi umno, naib presiden umno, timbalan presden terlibat dengan politik wang cicik kotor bagaikan air kumbahan.

Sekadar peringatan : Kerajaan Perpaduan


"Salam, Sejak akhir-akhir ini melalui lama komen internet atau laman blog terlalu banyak membuat ulasan tentang satu perkara baru yang di lontarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan nama "Kerajaan Perpaduan".

Pelbagai pandangan telah diberikan secara terbuka dari serendah-rendah ahli sehinggakan kepada Mursyidul Am Pas.

Kebetulan pada masa ini pula Tuan Guru Presiden berada di luar negera dan akan pulang ke Tanah Air pada 21 mac 2009.Beliau belum berpeluang memberi ulasan.(Di fahamkan beliau keluar negara bukanlah untuk makan angin atau cari makan)
Dengan penuh hormat kepada semua pemberi komen samada yang menyokong dan menolak, samaada yang dengan baik dan maki maki, Jadilah seorang yang adil kepada Allah dan kepada diri.

Oleh yang demikian , supaya kita boleh berlaku adil kepada tuhan kita juga kepada diri kita maka sebelum membuat apa jua komen tak kiralah anda sebagai ahli Umno, ahli PKR, anda ahli DAP , ahli atas pagar, ahli PAS ke, AJK Pas ke, AJK Pas Pusat ke, Naib Presiden Pas atau anda Mursyidul Am PAS marilah dulu sama-sama dengan penuh hormat kita baca dulu siasah keluaran 138 (1-7 Mac 2009) mukasurat 8 & 9 terdapat jawapan Hadi Awang dalam wawancara Kerajaan Perpaduan .

Selepas itu bila kita sudah faham betul betul barulah kita boleh komen seribu lori komen sekalipun.Apabila kita membuat ulasan tanpa membaca wawancara dan memahami , maka orang yang dah baca dan faham akan kenal samada kita dah betul betul faham atau saja kita gatal gatal tangan atau mulut membuat ulasan.


-Pas Untuk Semua-

http://penawarrinduku.blogspot.com - Menulis Bukan Kerna nama

Siapa Gaji 14ribu Sehari??? (baca baik baik bukan sebulan)

"Bila kerajaan PR bercadang hendak memberi subsidi air sebanyak RM10 kepada rakyat, gegak gempitalah ramai pemimpin pemimpin UMNO membantah dan menghina.

Sibuk menanya di mana kerajaan negeri hendak mendapatkan hasil untuk menampung perbelanjaan tersebut. Satu syarikat air pun 'kulat liut' hendak menyokong cadangan kerajaan PR itu.

Tiba tiba sehari dua yang lalu ada didedahkan seorang pengerusi syarikat air mendapat gaji sebanyak 430ribu sebulan. Kalau dibahagikan 30hari maknanya gajinya adalah 14ribu sehari. EMPAT BELAS RIBU SEHARI BROTHERRRRRR...

Tu baru gaji tu. Elaun jangan cerita. Munawir yang kerja jaga tandas kat JB pun baru gaji rm500 sebulan.Setahun baru 6ribu. Kena kerja 2 tahun setengah baru dapat sama dengan sehari gaji pengerusi tu. Yang paling mengheranajaibkan kepala otak aku, bila kerajaan negeri nak ambik alih, kerajaan pusat pulak nak bayar lagi mahal.

Barang 4 ringgit kerajaan nak bayar 10 ringgit. Naik pening aku. Duit berbillion billion tu datang dari mana?? Bukan duit rakyat ke?? Kenapa dengan mudah hendak dibayar dengan harga mahal sedangkan harganya lebih murah

Sekarang selalu dicanang dalam TV ucapan Najib kerajaan membayar 670 juta sebagai subsidi untuk menampung kenaikan harga barang seperti gula dan segala barang keperluan lain. Kalau tak, najib kata gula akan naik sebanyak 43sen sekilo. Soalan satu: duit dari mana pulak Najib dapat?bukan duit hasil cukai rakyat ke? Soalan dua: kenapa harga barang naik? Kesan kenaikan kos ke? Kenapa kos naik? Sebab tol? Sebab minyak? Atau apa apa sebab lain?

Semua jawapan dan soalan terarah kepada urustadbir negara yang pincang. Sistem yang salah. Jika sesuatu barang naik selalu pengguna yang hendak diberi beban. Sedangkan orang yang paling kaya di malaysia adalah Robert Kuok. Tauke gula. Belum cukup cukup lagikah harta yang dimilki hinggakan gula terpaksa dinaikkan. Kenapa kerajaan tak cukai atas kekayaannya yang banyak hasil dari gula untuk menampung kenaikan harga gula? Atau bagi pilihan kepada banyak syarikat lain untuk menjadi saingan kepada syarikat gula yang sedia ada , sudah pasti harga gula akan turun. Bertahun tahun MAS beroperasi dengan harga mahal tetapi laporan tahunan sentiasa rugi. Air asia hanya beroperasi setahun jagung dengan harga murah dapat untung ratus ratus juta?

Sistem monopoli sentiasa akan mencekik rakyat. Jika diberi pilihan tentu akan ada persaingan harga dan persaingan servis. Masing akan berlumba lumba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Politik negarapun tidak terkecuali. Ketika rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO untuk memerintah negara selama setengah abad, yang diberi oleh UMNO kepada rakyat hanyalah kesempitan hidup yang semakin hari semakin menghimpit. Bila monopoli UMNO mula dipecahkan, Pakatan Rakyat mula mendapat kepercayaan dan harapan rakyat, UMNO mula menuju kehancuran.

Kini semua rakyat menantikan sinar harapan baru yang akan muncul pada PRU ke 13. Moga moga UMNO akan berkubur selamanya. Tengok ah kalu dok caye gok.

K.O Sebelum masuk Gelanggang

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar etika kempen. Serentak dengan itu Lembaga Disiplin memutuskan Ali tidak boleh bertanding atau dipilih bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu 26 Mac depan.

Selain Ali, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar etika kempen parti dan diberikan amaran. Bagaimanapun Khairy dibenarkan bertanding.


Sementara itu Ali ketika ditemui di Ipoh selepas majlis pengenalan calon Majlis Tertinggi UMNO dengan perwakilan UMNO Perak berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai keputusan Lembaga Disiplin berkenaan. "Saya akan buat sidang media mengenai perkara ini esok di Melaka selepas dapat pengesahan keputusan itu," ujar beliau.

emm!!! masa aku sekolah rendah dulu-dulu nama Muhammad Ali sangat terkenal.sampai sekolah aku bila dia masuk gelanggang,gelangang tinju semua kelas di batal tengok TV live ( Siaran Langsung ).

Kira semua tengok Muhammad Ali bertinju masuk gelanggang.Selalunya Muhammad Ali ni menang kerana tumbukakan dia leh buat orang tergolek ,kira dia selalu kalahkan lawan dia dengan K.O or T.k.O.Muhammad Ali sorang ni memnag ramai penyokong tu sebab dia selalu menang.Cuma baru-baru ni aku baru tahu kat melaka ada gak Mohd.

Ali cuma Muhammad dia tak tulis penuh ejaan dia Mohd je.Dengar cite dia ni pun hebat masa bertanding kat gelanggang ,penyokong dia pun ramai kira macam sebijik muhammad Ali yang aku cite tadi lah.Tapi tu la record dia nampak tercemar sikitlah dan tak setanding Muhammad Ali yang aku tengok dia bertanding di gelanggang dulu tu.

Muhamamad Ali dulu tu aku tengok selalu je dia menang tapi kalau kalah pun dia kalah di gelanggang,Tapi Mohd Ali yang hero baru ni lak T.K.O OR K.O sebelum bertanding,Ishh malu kat penyokong-penyokong yang ramai tu,tapi ok le tak de live kat TV suruh budak-budak tengok.Kalau tak kesian budak-budak sekolah tak sempat tengok dia masuk gelanggang,,mcm tu kena masuk kelas balik,live di batalkan hehehe."

Mahathir setuju dengan Pas, Ali Rustam kena Letak Jawatan


"Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
Oleh Jimadie Shah Othman

mahathir and rais yatim pc 190309 04Malaysiakini : Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.

"Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Artikel selanjutnya disini

Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.