"YES..PAS FOR ALL..BUT NOT TO IBRAHIM ALI..."

""Sertai UMNO? Ibrahim Ali buat keputusan JUN ini.."

Begitulah salah satu tajuk akhbar online mstar.com.my pada 25 April 2009 yg melaporkan dimana Ahli Parlimen Pasir Mas itu akan membuat satu konvensyen khas pada 6 JUN ini..

"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.


Pendapat peribadi saya kepada ahli-ahli Pas Pasir Mas janganlah "terkena patuk ular didalam lubang yang sama" lagi..biarlah ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya memberi opsyen utk beliau "rujuk" sekali lagi dengan UMNO..

"YES...PAS FOR ALL BUT NOT TO IBRAHIM ALI..!!!!!!!!"

Sebenarnya Ibrahim Ali dah terliur dengan melihatkan bekas "BOS"nya dah rejoin UMNO...so utk menunjukan beliau adalah "PENGAMPU TERHEBAT"..sudah semestinya beliau ingin membantu bekas "BOS"nya menajamkan kuku dan mencengkam Kabinet One Malaysia seterusnya meletakan Malaysia dihujung kuku bekas "BOS"nya kembali..

"AWAS !!!!!"..berbahaya org ini jika senang lenang didalam PAS....silap hari bulan akan ada pula golongan pro-ibrahim ali dan golongan anti-ibrahim ali didalam Muktamar yg akan datang ini...sudah tentu media pro-BN/UMNO yg dikepalai Utusan Meloya akan menimbulkan isu ini dah seterusnya mencanangkan perpecahan didalam PAS...

Jaga-jaga nooo!!!...http://apadianie.blogspot.com

Renung sejenak..


usinwafer writes ""kebumikan daku disini..."
Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary).


Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).. Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

eraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.

Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar…………..

Wallahua’lam bissawwab...

http://apadianie.blogspot.com

Kanak2 Hilang


Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa
Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .



Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

Memorandum Kepada Majlis Raja-Raja

Satu memorandum akan dihantar kepada Raja-Raja Melayu memohon mereka mengatasi krisis kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini semakin dipersoalkan

"Ke mana-mana sahaja kita pergi sekarang, rungutan utama rakyat ialah tentang kewibawaan Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri.

"Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun mengarahkan anak didiknya membersihkan nama, Najib tidak boleh buat-buat pekak lagi.

"Persoalannya, kalau tidak ada yang perlu dibersihkan, tidak mungkin Dr Mahathir suruh Najib bersihkan namanya,"

akan mengajak kesemua badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin kepada nama baik negara ini supaya bersama-sama menandatangani dan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ihsan Raja-Raja Melayu amat diharapkan supaya rakyat negara ini tidak terus mempunyai Perdana Menteri yang dipertikaikan nama baiknya.

"Kita yakin, Raja-Raja Melayu tentulah meletakkan nama baik negara ini sebagai keutamaan teratas.

"Tidak penting sama ada mereka ada agenda atau tidak, tetapi tindakan akhbar Perancis, Liberation dan akhbar-akhbar lain di serata dunia memburukkan nama Perdana Menteri dan menuduh beliau terlibat dalam kes rasuah dan pembunuhan amat memalukan negara ini,"

Lebih memalukan lagi, ialah sikap Perdana Menteri yang langsung tidak kelihatan bersedia mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar tersebut.

"Sebelum ini, banyak pihak yang merayu dan menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar tersebut di negara mereka sendiri. Tengku Razaleigh Hamzah malah menunjukkan bukti bagaimana beliau memenangi perbicaraan ketika mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar yang memburukkannya di negara mereka sendiri.

"Tetapi, Najib tetap tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan nama negara ini semakin busuk malah menurut Dr Mahathir ada yang menuduh negara kita negara pariah,"

Campur tangan raja-raja Melayu sangat diharapkan kerana rakyat dan negara ini tidak sanggup lagi dituduh pariah semata-mata kerana keengganan Perdana Menteri mengambil tindakan membersihkan namanya.

http://gemasuara.blogspot.com/

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.
Iklan




Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

Najib ketuai Umno Selangor bukti krisis kepimpinan serius

PAS Selangor melihat perlantikan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, sebagai suatu petanda betapa Umno Selangor berada dalam krisis kepimpinan yang sangat serius dan bakal membawa parti itu terus tidak relevan dan dipinggirkan oleh masyarakat dan rakyat di negeri ini.

Umno Selangor seolah tidak mampu bangkit setelah hilang kuasa kepimpinan di negeri ini selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu, sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan termasuklah yang menyokong bekas Menteri Besar Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan, Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Akibatnya tidak ada seorang pun anak Selangor di kalangan mereka yang didapati layak untuk memimpin parti itu di peringkat negeri sehingga terpaksa "mengimpot" Presidennya sendiri.

Meletakkan Presiden Umno sendiri sebagai Ketua Umno negeri, hanya akan terus menghangatkan perbalahan dan krisis dalaman parti itu kerana Najib sudah pasti tiada masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memimpin negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

PAS melihat suasana ini akan mengakibatkan lebih ramai lagi pimpinan dan ahli-ahli Umno dipelbagai peringkat hilang keyakinan dan bosan dengan parti berkenaan lalu bakal menyertai parti kerajaan Pakatan Rakyat khasnya PAS di Selangor.

Untuk itu usaha bagi memberi penerangan dan memujuk mereka ini untuk bersama menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan dan masa depan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan dipertingkatkan lagi oleh PAS Selangor.

PAS Selangor bersedia menerima penghijrahan beramai-ramai pimpinan dan ahli-ahli Umno Selangor demi sama-sama menegakkan perjuangan bagi membela nasib dan masa depan ummah yang semakin pupus dari agenda perjuangan Umno di negeri ini.

---

Roslan Shahir Mohd Shahir ialah Ketua Penerangan PAS Selangor _

Kabinet Umno, perangi rasuah dan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

DATO' Seri Najib Razak seperti mahu menekankan beliau sememangnya serius untuk melakukan perubahan dalam Umno, sambil menyampaikan mesej jelas bahawa beliau turut berusaha keras bagi menawan semula empat negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, melalui rombakan besar barisan pengerusi perhubungan dan jawatankuasa pengurusan parti itu, Jumaat lalu.

Meskipun gimik perubahan yang cuba dicetuskannya pada hari pertama mengangkat sumpah sebagai perdana menteri telah ditolak oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Najib masih menyandarkan harapan agar team barunya ini dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun formula pembaharuannya tidak menjadi; imiginasi rakyat gagal menjangkau apa yang diangan-angankannya.

Tarik sokongan pengikut Anwar

Pemerhati politik melihat Najib seakan mahu menarik sokongan pengikut Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila melantik beberapa tokoh muda yang dilihat pernah cenderung dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam Kabinet dan juga memberi jawatan strategik dalam parti kepada mereka. Malah, kalau mahu disenaraikan, rasanya agak ramai juga menteri dan timbalan menteri di bawah Najib yang dikatakan pro-Anwar satu ketika dahulu.

Walaupun dilihat ada elemen perubahan semasa melantik Menteri Kewangan II, Dato' Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, namun apabila mengekalkan ahli politik kontroversi, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung, keputusan Najib itu tidak jauh bezanya dengan kelaziman perdana menteri sebelum ini yang meletakkan orang yang berkeupayaan melakukan misi "yang dikehendaki" meskipun ianya mempunyai imej negatif.

Najib juga melantik pengerusi perhubungan Umno yang baru untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat, iaitu Dato' Mustapa Mohamad (Kelantan), Dato' Seri Mohd Shafie Apdal (Kedah), Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan beliau sendiri di Selangor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan hanya satu kerusi Parlimen, Setiawangsa, dipertahankan BN.

Erti mengekalkan Ali Rustam

Bagaimanapun, tindakan Najib mengekalkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, tokoh yang digugurkan kelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden Umno walaupun mempunyai harapan cerah untuk menang, kerana disabit dengan politik wang, bagi mengetuai Umno Melaka, maka janji perubahannya memang ternyata retorik kosong.

Kita teringin juga mendengar komentar pengerusi badan disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddin mengenai pengekalan jawatan Ali di Melaka itu. Mungkin veteran Umno itu perlu meletakkan jawatan atau sekali lagi membuat cadangan menggemparkan sepertimana beliau pernah mengesyorkan agar sayap Puteri, Wanita dan Pemuda dimansuhkan bagi membanteras amalan rasuah politik.

Jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau membeli undi dan mengamal rasuah politik dalam pemilihan lalu, apa pula alasan Najib untuk tidak menyingkirkan Ali? Begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT), yang selama ini terpalit teruk dengan tuduhan "menjual" AP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan sebelum itu dikaitkan dengan amalan rasuah di Miti, seperti didedahkan Anwar kepada BPR.

Tentunya tidak mudah untuk meneka apakah kayu ukur yang dipakai Najib bagi melantik anggota jemaah menteri atau barisan pimpinan Umno. Pastinya ia tidak disandarkan kepada sejauh mana seseorang itu bersih daripada rasuah atau salahguna kuasa. Seperti presiden Umno terdahulu, kriteria terpenting tidak lain adalah kesetiaan dan keupayaan melakukan "misi yang dikehendaki".

Najib-Muhyiddin pasangan sementara

Misalnya, dalam kes Muhyiddin, yang dipilih Najib sebagai regunya, walaupun ramai menjangkakan mereka hanya "pasangan sementara". Najib terhutang budi kepada Muhyiddin disebabkan kelantangannya mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan no 1 dalam kerajaan dan Umno, malah lebih cepat daripada perancangan awal.

Apabila Zahid mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno, Najib khabarnya segera menitahkan bekas Ketua Pemuda Umno itu mengadapnya. Najib dikatakan memarahi Zahid, yang tidak memaklumkan hasrat untuk bertanding jawatan no. 2 itu kepadanya. Disebut orang bahawa tokoh yang meminta Zahid bertembung dengan Muhyiddin adalah Abdullah sendiri. Zahid pernah menjadi setiausaha politik Najib dalam jangka waktu yang agak lama. Meskipun berpotensi dapat mengatasi Muhyiddin, Zahid akhirnya terpaksa menarik diri.

Perlantikan Rafidah juga dikira mempunyai elemen sama, yakni difaktorkan oleh, antara lain, rasa terima kasih Najib atas kelantangan bekas Ketua Wanita itu untuk menggesa Abdullah bersara lebih cepat. Tengku Adnan yang dikaitkan dengan klip video VK Lingam juga dilihat mampu menjadi panglima paling setia kepada Najib dan sanggup melakukan "taktik kotor" untuk menjayakan misi presiden parti.

II. Apa nak dirayakan pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pada 3 Mei depan, seluruh dunia akan menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, yang diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1993. Menurut PBB, 3 Mei adalah hari untuk: (1) menggalakkan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar; (2) menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia; (3) mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar; (4) menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas; (5) mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan; (6) mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia; dan (7) menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.

Semasa saya mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) pada 2001, beberapa program khusus dianjurkan, antara lain mengadakan siri pertemuan dengan Suhakam, khususnya bersama Naib Pengerusinya, Almarhum Tan Sri Harun Hashim. Suhakam digesa memainkan peranan aktif untuk campur tangan setiap kali wujud kes-kes penutupan akhbar dan majalah di negara ini. Ketika itu kecoh soal pengharaman majalah Detik dan Wasilah yang saya sendiri kendalikan (permit disewa daripada rakan-rakan pemegang permit). Akhbar mingguan politik, Eksklusif turut dibatalkan permit penerbitan, manakala Harakah dicantas kekerapan penerbitannya, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Apa kuasa Suhakam

Tidak banyak yang boleh dilakukan Suhakam bagi mempromosikan kebebasan akhbar di negara ini, apatah lagi mengembalikan permit penerbitan yang diharamkan KDN. Justeru, dalam satu pertemuan dengan Harun Hashim, secara spontan saya memberikan gred merah D kepada prestasi Suhakam. Saya kira usaha paling berkesan untuk memperjuangkan hak media adalah dengan penggemblengan suara rakyat dan masyarakat sivil yang lebih teratur dan sistematik.

Ramai masih tidak jelas apa yang mahu dituntut oleh pejuang kebebasan akhbar. Malah, rakyat mungkin kurang menyedari kepentingan atau peri mustahaknya media diberikan ruang secukupnya untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Media independen dapat memastikan gejala rasuah dan salahguna kuasa dapat dibanteras, selain menyuburkan amalan demokrasi yang matang.

Menurut Jeremy Pope dalam bukunya Strategi Membanteras Korupsi, yang diusahakan bersama dengan Transparency International, media yang bebas sama pentingnya dengan kehakiman yang independen. Tingkat kebebasan media adalah tingkat yang dapat dicapainya untuk melaksanakan fungsi pengawasan masyarakat yang efektif atas perilaku kakitangan awam. Dikutip pandangan seorang editor Time Inc, Henry Grunwald bahawa "pemerintah yang terpilih secara demokratis dan patuh sekalipun dapat dengan mudah menjadi pemerintah yang korup bila kekuasaannya tidak diawasi oleh akhbar yang bebas".

Setelah sekian lama menyepi, tiba masanya KAMI kembali berperanan, sekurang-kurangnya untuk merayakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini, walaupun saya sendiri kurang arif, ya ... apa yang mahu dirayakan sebenarnya? _

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.