Ketua Menteri Sabah & Sarawak Dua Kali Lima ?


Apakah persamaan di antara Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud? Jawapan biasa yang kita dengar ialah kedua-duanya berasal dari Wilayah Borneo Sabah dan Sarawak iaitu antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib Altantuya) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.

2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.

3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.

4. Musa Aman Menekan Menteri Kewangan Noor Mohamed Yaacob agar membatalkan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai RM 800 juta kepada yang telah diluluskan kepada Ting Pek King dengan menyerahkan projek itu kepada syarikat WCT Sdn Bhd yang juga syarikat kroninya

5. Musa Aman Mengarahkan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) agar melantik syarikat yang ada kepentingan dengannya Sagajuta Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membina Kompleks membeli belah bernilai RM 1 billion, suatu angka yang cukup besar.

6. Musa Aman meluluskan Konsesi Kayu Balak di Benta Wawasan kepada 18 Syarikat Kroninya tanpa tender dan penjualan Kayu Balak Bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat proksinya.

7. Beberapa hari lalu, salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)keADILan mempersoalkan perlantikan Mohd Hasnol bin Ayub, 44 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). untuk rekod, Hasnol ialah anak kepada abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.

Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud

1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.

2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud

3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.

4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.

5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.

6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching

secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.

Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.

Lupakah mereka kepada Abdullah, Menantu dan kroni? Yang menjadi punca kejatuhannya? Ataukah mereka buat2 lupa? Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan lebih awal, akibat desakan pihak berkepentingan, tidak mustahil kedua KM ini akan menimpa nasib yang sama.

Bukankah sejarah sering berulang? Sejarah adalah suatu panduan dan iktibar untuk manusia zaman kini, tetapi manusia tidak suka mengambil pengajaran daripada sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah yang akhirnya memakan diri sendiri.

Pelik Tetapi Benar

Suatu yang pelik apabila SPRM memejam mata berkenaan rasuah kedua-dua KM Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi BN negeri masing-masing. Sedangkan pada masa bersungguh-sungguh untuk menyiasat hingga ke lubang cacing Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu pemberian lembu kepada masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara telah dilembukan oleh BN dalam perkara ini. Jelas, kedua-dua KM Sabah dan Sarawak ini sama sahaja dan bersifat dua kali lima atau lima kali dua.

RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MENANTI PENTADBIRAN PAKATAN

Siapa Sebenarnya Yang Saiful Ingin Saman?

Pengendali laman blog Pahangdaily mempertikai tindakan bekas pembantu peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari yang menfailkan saman fitnah RM2 juta terhadap blog berkenaan Khamis lalu. Salah seorang editor ekskutif blog berkenaan, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata beliau hairan, siapa sebenarnya yang Saiful ingin saman, kerana sehingga ke hari ini Pahang Daily masih belum menerima sebarang writ saman berkenaan.

Sebenarnya ramai yang terkejut dengan tindakan Saiful Bukhari menyaman blog ini. Yang anehnya bila wartawan bertanya siapakah penulis blog berkenaan , Saiful gagal memberi jawapannya.


"Malah kata Saiful, beliau akan memberi maklumat itu kepada media selepas writ saman diserahkan kepada penulis blog berkenaan. Yang menjadi persoalan sekarang siapa penulis blog berkenaan? Sebenarnya blog berkenaan tidak berdaftar secara sah dengan mana-mana pembekal server di Malaysia kerana ia didaftarkan dengan 'www.blogger.com' dan Saiful seolah-olah cuba menyaman sebuah syarikat yang tidak mempunyai pemilik. Beliau yang juga blogger Cucumatkilau memberitahu Pahang Daily hanya membicarakan soal 'penyakit misteri' yang berlaku selepas 'sumpah laknat' nya dan ia langsung tidak mengganggu kes liwat yang sedang beliau hadapi. Mohd Shukri berkata, Saiful sepatutnya menyaman pihak yang mengatakan beliau tidak diliwat, kerana itulah yang akan mengganggu kes ini di mahkamah nanti.

Beliau memberitahu, Saiful telah mengaku dirinya diliwat tetapi ada pihak mengatakan beliau tidak diliwat, bahkan dengan bukti teknikal iaitu laporan perubatan dari doktor dan Hospital Pusrawi. Saiful dan pihak terbabit menafikan laporan tersebut, sedangkan ia dikeluarkan dan dihebahkan media sebelum ini. Sekiranya Saiful menafikan maknanya, itu adalah 'fitnah' terhadap diri dan mengapakah Saiful tidak berani membuat laporan polis dan menyaman doktor dan hospital berkenaan? Begitu juga dengan media yang menyiarkan laporan perubatan tersebut. Tambah beliau, sedangkan semua pihak terbabit mempunyai premis yang sah dan boleh dihubungi dengan mudah jika mereka mahu menghantar writ saman berkenaan. Kenapa peguam Saiful tidak menyedari perkara ini? tegasnya.


http://addin77.blogspot.com

Media BN jadi batu api lagakan DAP & PKR

"media pro kerajaan melaporkan bahawa anwar akan menamakan pemenang prk dun penanti sebagai timbalan ketua menteri 1 pulau pinang tanpa merujuk kepada ketua menteri dari dap Yb Lim Guan Eng.(bertujuan melaga lagakan kedua pemimpin ini)

Guan Eng menafikan laporan palsu media itu itu dan berkata Anwar tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara perlantikan.

“Sudahkan Anwar membuat pengumuman rasmi mengenainya?” soal Guan Eng kepada media.

“Saya fikir Anwar belum lagi membuat keputusan rasmi mengenai hal itu. Lagipun kita masih lagi menunggu apakah Penanti akan dipertandingkan atau tidak,” ujar beliau lagi.

lim guan eng menyifatkan laporan berkenaan adalah satu spekulasi dan berharap media lebih bertanggungjawab dalam melaporkan berita.

sebelum ini,media pro bn cuba untuk melaga lagakan dua pemimpin tertinggi pr ini berikutan kes adun penanti yang juga bekas timbalan ketua menteri p.p 1,Fairus yang meletak jawatan sebagai tkm dan juga adun penanti.

namun,isu ini sepetutnya sudah reda setelah pertemuan antara dua pemimpin ini..( maklumat diambil dari tvantara.com)

ps-media pro bn memang begitu, jadi,teruskan boikot mereka..



sumber:
http://keraspedal.blogspot.com/"

Utusan Malaysia Melalok - Mukhriz Mahathir ialah TPM

‘‘SAYA sebenarnya terkejut’’ itulah yang dilafazkan oleh DATUK MUKHRIZ MAHATHIR apabila ditanya perasaannya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dimaklumkan mengenai pelantikan berkenaan ketika berada di Tokyo, Jepun atas urusan peribadi.

Walaupun Mukhriz menganggap kejutan namun bagi sesetengah pihak, pelantikan berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini kerana biarpun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun populariti Mukhriz sebagai pemimpin pelapis tidak pernah pudar.

Bagaimanapun dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, anak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ini tetap merendah diri.


Dalam pertemuan itu juga Mukhriz turut mengulas beberapa isu politik termasuk soal hubungan UMNO dan Pas yang dilihat terlalu sukar untuk bekerjasama.


‘‘Kita boleh bersaing tetapi jangan bermusuh kerana kita adalah sebangsa dan seagama,’’ kata Mukhriz.
- macam2 hal isu utusan minggu ini. yang kasihan adalah hak2 wartawan dalam organisasi itu yang tidak dipedulikan walaupun wartawan itulah yang selama ini menaikan nama akhbar berkenaan.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.html



masdarwahid.blogspot.com

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak
Posted on Sunday, April 26 @ 13:53:48 MYT by TokAyah
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka

semalam (Jumaat). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.



Pembubaran Perkahwinan

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam. Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidaya daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di mahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

Agama Anak

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada al maqasid al syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan ‘common sense’. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.



Pemeliharaan Anak

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.



Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.



Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arusperdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah audi alteram partem itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira. NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.

http://membelaislam.wordpress.com/

Mexico dilanda wabak selesema babi

MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

(gambar - ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS)


Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.

Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.

‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.

Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.

‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

Pengekalan Adnan Menerajui UMNO Negeri Satu Tamparan Hebat Buat PR Pahang

"Pengekalan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan perlantikan Dato' Sharkar Shamsuddin sebagai Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang baru amat mengejutkan semua pihak.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam. Dengan perlantikan itu, segala kontroversi yang berlaku sebelum ini terhadap Adnan nampaknya tidak menjadi tekanan kepada beliau.

Malah kes saman RM63 juta yang dihebohkan baru-baru ini juga gagal menghilangkan keyakinan Perdana Menteri untuk terus mengekalkan beliau. Dalam pada itu, ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat melihat pengekalan Adnan itu merupakan satu tamparan hebat buat rakyat Pahang. Mereka sebelum ini menganggap bahawa masa depan Adnan bakal "musnah" bila Najib naik sebagai Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Perlantikan Sharkar Menerajui UMNO Negeri dan Adnan juga dilihat telah gagal untuk membawa pembangunan yang sewajarnya ke negeri Pahang.

Bajet negeri yang senantiasa pada paras kritikal sejak Adnan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu juga dilihat bakal membolehkan Najib membuat perubahan dalam parti dan seterusnya pentadbiran kerajaan negeri itu selepas ini. Namun, tuah masih berpihak kepada Adnan sekarang.

Malah perlantikan ADUN Sanggang, Dato' Sharkar Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi juga dilihat sebagai satu gandingan yang cukup kuat untuk UMNO berhadapan dengan pembangkang di negeri itu selepas ini. Apakah Adnan mampu melaksanakan tanggungjawab beliau kali ini, dan apakah agenda terbaru beliau dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda agar kemabli menyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Apapun, Pakatan Rakyat harus bekerja lebih keras dan kuat lagi jika mahu berhadapan dengan team Adnan-Sharkar kali ini. Jika tidak sudah pasti kita akan terus berputih mata untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu nanti

Sumber : Pahangdaily

http://addin77.blogspot.com

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.