BN memerintah, Rakyat bergelap


Wednesday, 31 March 2010 12:10 PM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Sejak Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 melanda seluruh negara, kerajaan pusat menyalurkan berbilion ringgit ke Sarawak kononnya untuk memajukan rakyat negeri itu.
Persoalannya ke mana wang itu dibelanjakan atau ia hanya berlegar di sekitar kepimpinan BN dan kroni mereka.
Terbaru, gerak kerja turun padang yang dilakukan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mendapati berlaku penindasan dan pengabaian berterusan oleh kerajaan BN terhadap rakyat miskin di negeri itu termasuklah ratusan keluarga miskin dalam kawasan Bandaraya Kuching.
Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Sarawak, Ahmad Nazib Johari dalam gerak kerja turun padang itu misalnya menemui keluarga miskin yang dikenali sebagai Keluarga Kasmi yang menetap di Kampung Kudai, dalam kawasan Bandaraya Kuching lebih 30 tahun dan sehingga kini gagal mendapat bekalan elektrik.
“Kasmi sekeluarga seramai lapan orang masih menggunakan generator yang sama sejak lebih 30 tahun lalu.
Setiapkali generator itu rosak (gambar), kehidupan keluarga itu akan bergelap.
Mereka terpaksa menggunakan generator yang usang itu kerana keluarga Kasmi tidak mampu untuk membeli yang baru,” katanya.
Nazib yang juga seorang peguam menjelaskan bahawa Kasmi kini ibarat ketua keluarga sebenar kerana suaminya mengalami masalaha kesihatan dan situasi itu sudah pasti merupakan beban baginya lebih-lebih lagi kehidupan mereka yang serba dhaif.
“Di zaman moden ini masih ada lagi orang Malaysia yang tinggal di bandaraya Kuching hidup dalam keadaan tanpa bekalan elektrik dan ini sesuatu yang sukar diterima.
Sesuatu yang amat mendukacitakan juga ialah Kasmi pernah memohon bekalan elektrik melalui SESCO tetapi syarikat berkenaan mengenakan caj RM 14,000 untuk yuran pemasangan.
Keluarga miskin seperti Kasmi memang tidak mampu untuk membayar,” tambahnya.
Sehubungan itu katanya, AMK Sarawak menuntut agar kerajaan BN yang memerintah Sarawak sejak puluhan tahun lalu segera menyalurkan bekalan elektrik ke kampung itu yang merupakan hak penduduk berkenaan.
Sementara itu, dalam gerak kerja berasingan, AMK Sarawak dalam lawatan itu turut bergotong-royong membaiki rumah seorang lagi keluarga miskin yang dikenali sebagai Fatilah yang terletak di Jalan Patingan.
 “AMK Sarawak akan pergi ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menolong Fatilah memohon skim PPT (Projek Perumahan Termiskin) dan rumah kos rendah dalam masa terdekat supaya dapat menyelesaikan masalah Fatilah,” jelas Nazib
Diakhir gerak kerja itu, AMK Sarawak menyalurkan pelbagai bantuan kepada kedua-dua keluarga miskin tersebut termasuklah, mi, telur, minyak masak dan pakaian kepada keluarga tersebut.
Turut serta dalam gerak kerja turun padang AMK Sarawak itu ialah Penasihat PKR Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Dominuque Ng Kim Hoe, Timbalan Ketua AMK Sarawak, Mark Murau, Naib Ketua AMK Sarawak, Wong Liong Hing dan puluhan kepimpinan PKR negeri Sarawak.
Kongsi berita ini

Wakil Rakyat BN jahil undang-undang?


Monday, 29 March 2010 10:25 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Isu tanah di Sarawak sehingga kini gagal diselesaikan oleh kerajaan BN sehingga beberapa wakil rakyatnya termasuklah mereka yang memegang jawatan menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan yang merayu dan menipu rakyat di negeri itu bagi memastikan rakyat tidak mengundi pembangkang menjelang pilihanraya negeri akan datang.
Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemena merangkap Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Stephen Rundi mengancam pemilik tanah agar jangan menggunakan pembangkang atau melepaskan geram melalui penulis blog dan media siber untuk memperjuangkan “hak” mereka.
Adun BN itu menyalahkan pemilik tanah atau mereka yang mewarisi dan menduduki tanah kerana tidak dapat membezakan di antara tanah hak adat bumiputera, NCR dan tanah temuda.
“Ingin saya maklumkan bahawa tanah NCR ialah tanah yang diwarisi turun menurun sebelum 1958 manakala tanah temuda ialah tanah yang diduduki selepas tahun tersebut (1958)”, kata Stephen Rundi.
Mengulas isu itu, Pengarah Eksekutif Brimas Borneo Resources Institut Malaysia, Mark Bujang, berkata, Adun Bn itu sendiri gagal memahami maksud dan konsep sebenar NCR menurut undang-undang dan juga dari segi adat masyarakat Iban.
Menurut Mark Bujang, NCR adalah kata singkatan untuk Native Customary Rights di dalam Bahasa Inggeris dan jika diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia NCR bermaksud Hak Adat Orang Asal.
Mark menjelaskan, Hak Adat Orang Asal ke atas tanah wujud apabila seseorang atau sesebuah masyarakat Orang Asal meneroka sesuatu kawasan hutan untuk tujuan membuat rumah atau tempat kediaman, bercucuk tanam, memburu, menangkap ikan, mencari hasil-hasil hutan, membina tapak perkuburan, menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan perjalanan dan sebagainya untuk menyara kehidupan mereka.
Beliau turut memberitahu, Tanah Adat Orang Asal atau Native Customary Land bermaksud seseorang atau sesebuah masyarakat Orang Asal telah mendapatkan hak NCR ke atas tanah melalui amalan adat seperti apa yang disenaraikan di atas.

“Bagi masyarakat Iban, tanah adat berkait rapat dengan amalan pertanian dan kepercayaan tradisi mereka.
Masyarakat Iban tinggal di dalam wilayah tanah adatnya atau dikenali sebagai pemakai menoa di dalam Bahasa Iban.
Lokasi pemakai menoa amat penting untuk masyarakat Iban kerana ia merupakan punca sumber-sumber asli seperti tanah yang subur untuk pertanian, air, ikan dan hidupan air, binatang liar dan hasil-hasil hutan, katanya.
Beliau menambah, beberapa kumpulan keluarga akan berkumpul untuk membina sebuah rumah panjang untuk hidup di kawasan pemakai menoa tersebut di mana kawasan pemakai menoa tersebut mempunyai sempadan atau dikenali sebagai garis menoa dengan komuniti yang lain.
Sebelum pemakai menoa diwujudkan, masyarakat Iban akan meraikan sebuah upacara panggol menoa, iaitu upacara yang menandakan bahawa penebasan pertama hutan dara telah dilakukan dan kawasan tersebut boleh didiami dan diusahakan untuk pertanian.
“Dari masa ke semasa bilangan penduduk di rumah panjang tersebut akan bertambah, maka rumah panjang tersebut akan dipanjangkan untuk menampung ahli-ahli keluarga baru atau jika rumah tersebut sudah uzur maka komuniti tersebut akan berpindah ke sebuah kawasan baru dan membina rumah panjang baru yang masih di dalam sempadan kawasan pemakai menoa mereka. Kawasan rumah panjang lama pula dikenali sebagai tembawai.
Pemakai menoa termasuk tanah temuda (tanah pertanian), tembawai (kawasan penempatan lama), pendam (tapak perkuburan) dan pulau (kawasan hutan di mana hasil-hasil hutan diperolehi).
Garis menoa adalah sempadan yang menentukan kawasan pemakai menoa sesuatu komuniti dengan komuniti yang lain.
Garis temuda pula adalah sempadan di antara temuda seseorang dengan temuda orang yang lain. Sempadan-sempadan tesebut selalunya ditentukan mengikut ciri-ciri bentuk mukabumi seperti gunung, rabung, sungai, batu ataupun tanda yang lain seperti pokok tapang dan rumpun bulu,” ujarnya.
Beliau turut menerangkan bahawa jika kita lihat dari sudut undang-undang pula (dari Kanun Tanah Sarawak 1958), tanah adat diberi maksud sebagai:
(1) tanah di mana hak NCR ‘telah diwujudkan secara komunal atau sebaliknya, mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958, dan masih lagi sah diperlakukan’,
(2) tanah di dalam rizab di bawah seksyen 6, atau
(3) tanah Interior Area Land di mana hak NCR ‘telah diwujudkan mengikut undang-undang melalui permit di bawah seksyen 10’.
Selepas 1hb Januari 1958 pula hak NCR masih lagi boleh diwujudkan:
(1) jika masyarakat Orang Asal masih lagi tinggal ataupun masih menjadi ahli masyarakatnya yang tinggal di dalam kawasan pemakai menoa mereka,
(2) jika masyarakat Orang Asal mendiami kawasan tanah tersebut dengan menebang hutan dara, menanam pokok buah-buahan, bercucuk tanam, membina tapak perkuburan atau tempat keramat, mendapatkan hak laluan ke atas mana-mana kelas tanah dan apa-apa cara mengikut undang-undang seperti yang termaktub di seksyen 5(2) Kanun Tanah Sarawak 1958,
(3) mendapatkan permit mengikut seksyen 10 Kanun Tanah Sarawak 1958.
Beberapa keputusan Mahkamah juga menegaskan konsep NCR ini menurut adat resam masyarakat Orang Asal.
Sehubungan Mark menyeru Adun Bn itu membaca keputusan kes Mahkamah Tinggi Nor Anak Nyawai dan yang lain lawan Borneo Pulp Plantation Sdn. Bhd., kes rayuan di Mahkamah Persekutuan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri dan Kerajaan Negeri Sarawak lawan Madeli bin Salleh dan baru-baru ini dua kes Mahkamah Tinggi yang telah diputuskan iaitu kes Agi Anak Bungkong dan yang lain lawan Ladang Sawit Bintulu Sdn. Bhd. dan Mohd Rambli Kawi lawan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching.
“Kami juga mengesyorkan agar Dr. Stephen Rundi merujuk juga kepada laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bertajuk Legal Perspectives on Native Customary Land Rights in Sarawak.
Kami berharap selepas membaca sumber-sumber rujukan tersebut, Dr. Stephen Rundi tidak lagi membuat kenyataan yang tidak masuk akal dan beliau sendiri mempunyai perspective yang lebih luas mengenai maksud NCR dan konsepnya mengikut adat dan undang-undang sedia ada di Sarawak,” jelas Mark Bujang lagi dalam satu kenyataan.

Menjelang Praya Swak : Ketua Kaum ‘diarah’ jumpa Najib ?


Thursday, 25 March 2010 11:03 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Jentera penerangan BN di Sarawak semakin tertekan apabila penerangan isu-isu semasa yang mereka sampaikan gagal dan kurang berkesan terutamanya bagi penduduk luar Bandar di negeri itu.
Sehubungan itu, BN pusat atas nama kementerian tertentu telah berpakat dengan Presiden Umno, Najib Razak apabila 13 wakil di bahagian Miri telah ‘diarah’ ke Putrajaya untuk menemui kementerian ‘penting’ yang berkaitan isu-isu penting di Sarawak.
Lawatan ketua-ketua kaum itu yang kononnya atas nama ‘lawatan sambil belajar’ telah berangkat ke Putrajaya sejak 21 Mac lalu dan akan berada di pusat pentadbiran kerajaan pusat itu selama seminggu.
Pegawai Daerah Miri merangkap ketua rombongan itu, Boniface Intang Apat dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan untuk mendedahkan ketua-ketua masyarakat terbabit dengan polisi yang dipraktikkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam mentadbirkan kerajaan.
“Lawatan ini seterusnya dapat memperluaskan pengetahuan serta pengalaman ketua-ketua masyarakat tentang polisi yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sejajar dengan konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya.
Menurutnya, rombongan tersebut akan melawat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Putrajaya, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mereka seterusnya akan melawat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian  Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN).
Sehingga kini, antara isu-isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang diterajui BN di Sarawak ialah jenayah seksual terhadap kaum Penan, tiada kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air bersih di hampir semua tempat di negeri itu dan rampasan tanah oleh kerajaan negeri terhadap kaum Peribumi di pedalaman dan masyarakat Cina di Bandar.
Rombongan itu juga seterusnya akan menghadiri majlis makan malam bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang akan diadakan pada sebelah malamnya.
Peter Chin ialah pimpinan tertinggi parti SUPP, salah satu sekutu BN di Sarawak yang sehingga kini gagal meraih sokongan Cina.
Antara ketua masyarakat yang mengikuti rombongan itu ialah, Temenggung Lim Siong Yew, Temenggung Atong Limping, Temenggung Abdul Rahman Fadzil, Pemanca Wilson Siang Lim, Pemanca Lee Sie Tong, Pemanca Abg Mohd Dato Sri Abg Othman, Penghulu Ibrahim Karim, Penghulu Adam Bujang, Penghulu Chio Siong Nang, Penghulu Ahmad Lamat, Penghulu Ahmad Raman, dan Penghulu Randi Elon.
Kongsi berita ini

Bekas Menteri Meninggal dunia


Tuesday, 23 March 2010 12:45 PM Oleh Era Pakatan
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.
 
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.
Sulaiman ialah bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).
Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an. BERNAMA
Kongsi berita ini

PR Sarawak jamin sekali lagi pertandingan satu lawan satu


Tuesday, 23 March 2010 10:36 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Pengarah Biro Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh memberi jaminan setiap komponen Pakatan Rakyat (PR) hanya akan bertanding satu lawan satu menjelang pilihanraya negeri akan datang kecuali ia disertai calon bebas atau calon daripada Parti Cinta Malaysia (PCM).
Fuziah yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuantan berkata, lawatannya ke Sarawak minggu lalu untuk membincangkan persediaan serta merangka strategi bersama PR di negeri itu bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
“Saya sudah bertemu dengan pengarah Pusat Pilihan Raya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menyelesaikan isu peruntukan kerusi, dan kita telah bersetuju kita tidak akan menyentuh penyandang kerusi, malah calon penyandang daripada anggota PR akan dikekalkan.
“Kedua, kita komited dengan satu lawan satu di setiap kerusi, iaitu calon PR bertanding menentang calon BN.
“Dengan cara itu kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk menewaskan BN,” kata Fuziah selepas melakukan lawatan ke  Hospital Umum Sarawak (HUS).
Beliau turut memberitahu, perundingan sedang dijalankan  dengan lancar di peringkat negeri dan keputusan muktamad terletak di tangan pihak PKR pusat.
Menurut Fuziah, komponen PR di Sarawak memiliki hubungan yang cukup erat dan ibarat satu keluarga yang cukup harmoni terutamanya selepas 8 Mac 2008.
“Kita akan mengusahakan formula dan kita mengamalkan demokrasi, sikap keterbukaan dan telus. Kita amat bersatu padu dan kita akan menjatuhkan BN.
Operasi di peringkat akar umbi terus berjalan dan semua semakin bersedia menjelang Jun ini, dan mereka sudah menyiapkan jentera dengan mengadakan latihan walaupun tarikh pilihan raya belum ditetapkan,” katanya.
PCM ejen BN
Ditanya mengenai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang banyak mensasarkan kawasan pedalaman untuk pilihan raya akan datang, beliau menyatakan bahawa parti itu tindak menimbulkan sebarang ancaman pada PR.
“PCM hanya sebuah parti yang kecil dan jika BN tidak menjadi dalang dalam mendorong mereka untuk membuat kacau, mereka tidak mempunyai peluang dan akan pergi,” katanya
Berbalik kepada formula PR, Fuziah menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil kira penyandang kerusi daripada PCM.
“PR merupakan gabungan PKR, PAS, DAP dan parti-parti kecil  yang lain seperti Sarawak National Party (SNAP), Sarawak Reform Party (STAR), Malaysian Dayak Congress (MDC) serta parti-prti pembangkang lain yang ingin menyertai pakatan kami.
“Sesetengah parti terutamanya parti berasaskan Dayak atau parti yang berpangkalan di pedalaman kemungkinan besar tidak sempat untuk didaftarkan (MDC) untuk pilihan raya akan datang.
Oleh itu, semua calon bebas yang ingin bertanding boleh menghubungi kami untuk berbincang tentang langkah yang betul,” kata Fuziah.
Beliau menambah bahawa keputusan mengenai peruntukan kerusi kini selesai 70 peratus, tetapi meja perundingan tetap akan dibuka sekiranya ada pertukaran di saat-saat akhir.
“Yang paling penting ialah kita tidak mahu sebarang masalah timbul menjelang pilihan raya kali ini dan mengulangi kesilapan dahulu, di mana sudah terang Pakatan Rakyat adalah parti utama pilihan rakyat,” kata Fuziah.
Kongsi berita ini
del.icio.us Favicon Digg Favicon Facebook Favicon Google Favicon LinkedIn Favicon StumbleUpon Favicon TwitThis Favicon

Komen Pembaca

Malaysian Dayak Congress (MDC) bukan tidak sempat didaftarkan, pendaftaran telah gagal oleh Ros. Alasan “Potential Threat To National Security”, seolah-olah kaum Dayak pengganas. Dendam terhadap Umno tidak akan dilupakan, percayalah.
By Raban Dayak Baru on 2010 03 23
Tahniah atas usaha bersepadu dan intensif yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi dalam pilihan raya Dun Sarawak yang akan datang. Teruskan perbincangan agar persefahaman dapat dikemaskini dan kedudukan kita semakin kukuh untuk menggempur kekuatan rejim Taib / BN di Sarawak.
Apa yang penting sekarang ini ialah pastikan calon-calon yang muncul dan dipilih oleh PR benar-benar berkualiti untuk meneruskan perjuangan rakyat. Ingatlah bahawa Sarawak terlalu banyak golongan yang mahu menjadi popular dengan menawarkan diri sebagai calon.
Contohnya, di Simunjan ada calon PKR yang telah menguar-uarkan nama untuk bertanding tetapi tidak berani untuk menampilkan diri dan berdepan dengan rakyat. Taktik hanya muncul pada pilihan raya nanti tidak lagi diterima oleh rakyat. Dan akhirnya PCM telah membuka cawangan di Simunjan sedangkan calon PKR yang mahu bertanding tadi terus senyap tanpa sebarang kegiatan.
Adalah diingatkan bahawa peluang PR untuk menumbangkan BN di Simunjan pada Dun kali ini cerah jika calon yang ditampilkan memenuhi kehendak masyarakat setempat. Pilihlah calon yang benar-benar berkaliber bagi merampas kerusi BN di Simunjan seterusnya mengembangkan PKR di Sarawak.
Calon Dap juga berpotensi menumbangkan BN di Simunjan. Generasi muda mahu calon terbaik daripada PR untuk menumbangkan BN. Tidak kira dari parti mana, apa yang penting calon berkualiti dan BN mesti ditumbangkan.
By wan simunjan on 2010 03 23

Selepas aktiviti dakwah di pasar bintulu kami singgah minum dan makan di pasaraya tersebut.

Program perhimpunan pemuda islam di sarawak bersama-sama dewan pemuda pusat.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.